2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 9 April 2025   
@ 11 Syawal 1446H / 3:33 AM

19Khamis,Julai

Puasa dan hubungan antara agama

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 19 Julai 2012
 
SEKARANG saya berada dalam bulan terakhir di UK. Tempoh fellowship saya akan berakhir dalam bulan Ogos ini. Saya merancang untuk pulang pada awal Ogos.  Jadi insya-Allah, saya akan sempat menjalani separuh Ramadan sini. Ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa Ramadan di UK. Waktu berpuasa dalam musim summer ini agak panjang.
 
Subuh bermula pada jam 3 pagi dan maghrib pula pada jam 9.15 malam. Hanya enam jam ruang yang ada. Waktu malam begitu pendek. Jika dicampur segala aktiviti; iftar, solat maghrib, isyak, tarawih dan sahur tentu amat sedikit ruangannya. Ditambah lagi dengan masa untuk membaca al-Quran dan ibadah yang lain, maka tentu lebih sempit ruangan masanya. Namun masa itu relatif. Jika ALLAH memberkati, waktu yang pendek mempunyai ruang yang luas dan amat bermanfaat. Jika DIA tidak memberkati, waktu yang banyak menjadi sempit dan terbatas. Maka, ada manusia yang panjang umur, tiada hasil yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ada yang pendek umurnya, tetapi mempunyai hasil kerja yang bermanfaat yang banyak.
 
Pada zahirnya tentulah di Malaysia lebih beruntung kerana ruang ibadah malam itu lebih banyak. Kita mempunyai lebih sepuluh jam waktu malam. Pun begitu, tidaklah semuanya dapat dimanfaatkan dengan baik oleh setiap orang. Bahkan mungkin ada yang waktu yang disia-siakan. Ini mengingatkan kita kepada hadis Nabi s.a.w: "Dua nikmat yang ramai orang terpedaya; kesihatan dan waktu lapang" (Riwayat al-Bukhari).

Amalan Bersejarah
 
Ramadan menjelang, kita berpuasa. Puasa bukanlah ibadah baru yang bermula sejak kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Puasa telah wujud sejak zaman berzaman lagi sebelum Nabi Muhammad s.a.w dibangkitkan sebagai rasul. Justeru itu Allah menyebut: (maksudnya) "Wahai mereka yang beriman! diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa". (Surah al-Baqarah 183). Ayat ini mengingatkan kita bahawa ibadah ini bukan ibadah baru. Ia satu ibadah yang telah diamalkan dalam syariat nabi-nabi sebelum kita. Mereka sebelum kita telah berpuasa bagi mematuhi arahan ALLAH.
 
Ini memberikan kita kesedaran, betapa adanya hubung kait antara agama-agama yang dianuti oleh manusia. Islam mengiktiraf itu semua. Jika ALLAH mahu, boleh sahaja ALLAH hanya menyebut 'diwajibkan kepada kamu puasa', tanpa disebut 'seperti mana diwajibkan kepada mereka yang sebelum kamu'. Namun dengan hikmah yang besar ALLAH  mengingatkan hubungan ini bagi mengingatkan kita sejarah agama. Maka jangan hairan jika kita dapati beberapa persamaan dalam amalan agama antara Yahudi, Kristian dan Islam. Hanya orang yang tidak memahami al-Quran, as-sunnah dan sejarah agama sahaja yang menafikan kewujudan persamaan. Mereka inilah yang cuba menjadi isu-isu seperti berkongsi panggilan ALLAH, panggilan nabi dan nama-nama tertentu sebagai isu permusuhan dalam agama. Mereka lupa sejarah yang disebutkan oleh al-Quran di atas.
 
 
Persamaan
 
Al-Quran dan as-Sunnah menjadikan isu persamaan ini sebagai penggerak yang memboleh dakwah Islam sampai ataupun lebih mudah difahami oleh mereka yang beragama yahudi dan kristianiti. Maka, layanan untuk mereka lebih istimewa dalam Islam. Dalam surah al-Maidah ayat 5, ALLAH menghalalkan muslim memakan sembelihan mereka  dan berkahwin dengan wanita mereka. Walaupun ada mazhab yang menyempitkan tafsiran bahawa itu merujuk kepada Ahlil Kitab (People of the book) keturunan tertentu sahaja, namun majoriti ulama berpendapat ia merangkumi semua yahudi dan kristian. Sudah pasti di sana ada ikatan dan syarat tertentu. Apapun, tujuannya untuk mendekatkan mereka dengan dakwah Islam yang mempunyai kesinambungan dari ajaran para nabi sebelum ini.
 
Disebabkan kelemahan sikap sesetengah umat Islam, nampaknya orang Kristian lebih menggunakan persamaan ini untuk berkempen dakwah mereka dibandingkan orang muslim. Lebih teruk lagi, ada orang muslim yang menggunakan isu persamaan ini untuk menghidupkan suasana tegang dan modal politik. Sepatutnya seperti mana al-Quran dan as-Sunnah ajar muslim, isu persamaan digunakan untuk membawa dan menyampaikan mesej Islam kepada mereka. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Para nabi itu saudara dari keluarga yang berbeza. Ibu mereka ramai namun agama mereka satu" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 
Dalam hadis al-Bukhari, apabila Nabi s.a.w berada di Madinah, baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Ashura (hari ke sepuluh Muharram). Baginda bertanya kenapa mereka berpuasa. Mereka menyatakan kerana sejarah perjuangan Nabi Musa a.s. Mendengar alasan tersebut, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Daku ini lebih berhak untuk menghormati Musa dibandingkan mereka" lalu baginda berpuasa dan mengajak umat Islam berpuasa.
 
 
Ruang
 
Pendekatan al-Quran dan as-Sunnah adalah mengambil ruang persamaan untuk membawa dan memahamkan penganut agama lain tentang peranan Islam sebagai agama yang terakhir. Mengingatkan bahawa semua nabi itu atas ajaran Allah yang satu. Mereka hakikat membawa akidah Islam yang sama, walaupun syariat ataupun peraturan hukum antara mereka ada beberapa perbezaan. Namun banyak juga yang sama. Kesan-kesan persamaan itu terus diwarisi dan tidak boleh dinafikan. Bahkan ada masanya al-Quran memuji agama Kristian dan sikap sesetengah rahib mereka. Firman ALLAH: (maksudnya) "..demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong" (Surah al-Maidah: 82).
 
Islam mengajak kita mengambil ruang untuk meredakan ketegangan dan memudahkan perbincangan. Sementara sesetangah pihak samada Kristian ataupun Muslim, cuba menjadikan persamaan yang ada sebagai titik permusuhan dan ketegangan. Kita patut kembali kepada pendakatan al-Quran dan as-Sunnah.
 
 
*Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan felo Pusat Pengajian Islam Oxford
Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Julai 19, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog