2+4 hrs...Twogether Fourever Daripada Abu Said al-Khudri R.A katanya, sabdanya Rasulullah S.A.W, “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang di dunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya.” Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah S.A.W, lalu Baginda bersabda, “Hendaklah kamu berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil” (cukuplah Allah tempat kita menyerah).”

/

Bulu Gajah: Tangkal Pembawa Tuah Dan Hindar Kejahatan

CHENNAI - Mungkin pelik bagi kebanyakan orang, tetapi di India ramai yang mempercayai bulu gajah boleh dijadikan tangkal pembawa tuah dan juga untuk menghindar kejahatan.

"Ia adalah tradisi lama iaitu jika seseorang memakai gelang tangan emas atau cincin yang dililit dengan bulu gajah, mereka akan dilindungi daripada mata syaitan dan sesetengah percaya ia membawa petanda baik," kata Naib Presiden Persatuan Pemilik-Pemilik Gajah Kerala, M Madhu kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Kepercayaan kuno sedemikian merentasi benua dari Afrika, India dan Vietnam di mana bulu gajah, yang ditemui di bahagian hujung ekornya, adalah barang yang amat dicari-cari, mereka yang mempercayainya akan gunakan ia untuk pelbagai tujuan.

Bagi mitologi Afrika, bulu gajah dikatakan membawa tuah dan melindungi daripada penyakit, dan ia juga popular di kalangan golongan muda yang bercinta di Vietnam.

Cincin emas atau gelang yang dililit bulu gajah sudah pasti menjadi barang yang berharga di pasaran India, kerana bulu gajah itu jarang ditemui, menyebabkan peniaga di pasar gelap menjual bulu tiruan, kata Madhu, yang memiliki tiga ekor gajah.

Gembala gajah sering mengeksploitasi pasaran itu, menjual bulu tulen, antara empat hingga lima inci panjang, iaitu sehelai bulu gajah dijual dengan harga antara 500 dan 1,000 rupee India (RM35 ke RM70).

"Di India, gajah dihormati sebagai haiwan yang suci dan bulunya dipercayai boleh memberi keyakinan dan perlindungan daripada penyakit untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

"Di India Selatan ramai orang masih menggunakan ia dengan emas atau perak
," kata P.V. Jose, Presiden Persatuan Pengilang Barang Kemas Kerala, lokasi penempatan lebih 600 ekor gajah jinak.

Penganut percaya Dewa Ganesha, tuhan berkepala gajah berupaya membuang semua halangan dan melindungi daripada kesusahan. Oleh sebab itu gajah amat dihormati di kalangan pengikut agama Buddha dan Hindu.

"Tradisi ini masih kukuh di India, sehingga sekarang," kata Krishna Murthy, Presiden Persatuan Barang Kemas Coimbatore di Tamil Nadu.

"Malah generasi muda kami masih membeli rantai emas atau perak, cincin atau gelang, yang dililit dengan bulu gajah kerana mereka percaya, ia akan menjadikan mereka kuat seperti gajah," tambah Krishna.

Oleh kerana mencabut bulu pakiderma dianggap kejam bagi haiwan herbivor, haiwan darat terbesar di dunia itu, berjual beli dilakukan secara tertutup, antara penganut dan pembuat wang. - Bernama

Tanpa Nama , Khamis, Jun 16, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Tanpa Nama

EXECUTIVE DERECTOR :: Saya, Blogger Tanpa Nama, Lihat atas, Lihat Bawah, Lihat Belakang, Lihat Depan, teruskan perjalanan ini, Itulah wajah kehidupan kita di atas muka bumi ALLAH ini..
((((((( 'The unKnown' / 'The Blog Noname' )))))