2+4 hrs...Twogether Fourever Daripada Abu Said al-Khudri R.A katanya, sabdanya Rasulullah S.A.W, “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang di dunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya.” Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah S.A.W, lalu Baginda bersabda, “Hendaklah kamu berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil” (cukuplah Allah tempat kita menyerah).”

/

Guna Coca-Cola elak hamil...


ADA sesetengah wanita muda Singapura yang menyangka bahawa membilas kemaluan mereka dengan minuman Coca-Cola sejurus selepas mengadakan hubungan seks boleh mencegah mereka daripada menjadi hamil.

Ada juga yang menyangka bahawa mandi atau meletakkan kaki mereka ke atas dan kepala ke bawah boleh mencapai matlamat yang sama - menghindari mereka daripada hamil bayi yang tidak diingini.

Itulah antara tanggapan salah yang masih dipegang ramai orang muda Singapura meskipun mereka sudah agak dewasa dan didedahkan kepada pendidikan seks sejak di sekolah lagi.
Satu kajian yang mendedahkan demikian baru-baru ini juga menunjukkan bahawa lapan daripada 10 orang dewasa muda di sini tidak menggunakan kaedah mencegah kehamilan semasa mengadakan hubungan seks buat pertama kali dengan pasangan.

Kadar ini adalah antara yang tertinggi di Asia Pasifik.
Ramai juga yang tidak tahu akan adanya kaedah-kaedah mencegah kehamilan seperti pil pencegah kemahilan yang 99 peratus berkesan dalam mencegah kehamilan jika digunakan secara kerap dan dengan cara yang betul.
Kajian tersebut melibatkan lebih 1,800 orang dewasa muda berusia antara 20 dengan 35 tahun dari sembilan negara di Asia Pasifik, termasuk 100 lelaki dan 100 wanita dari Singapura.

Kajian itu dijalankan pada tahun ini.

Mengulas, Profesor P. C. Wong, Konsultan Kanan di Jabatan Sakit Puan dan Perbidanan, Hospital Universiti Nasional (NUH), berkata sikap kebanyakan orang muda Singapura itu membimbangkan.

'Kami memang menggalakkan pasangan mempunyai anak, tetapi jika mereka belum bersedia, mereka harus mengambil langkah-langkah mencegah kehamilan yang tidak diingini.

'Saya tidak tahu mengapa orang muda Singapura bersikap sambil lewa mengenai kaedah mencegah kehamilan. Mereka mungkin berasa bahawa masalah itu (kehamilan) tidak akan berlaku ke atas diri mereka,' kata Profesor Wong.

Peringatan itu diberikan sempena Hari Penggunaan Kaedah Mencegah Kehamilan 2011 yang disambut bulan lalu.

Di pasaran pula, antara pil pencegah kehamilan yang ada ialah Yaz, sejenis pil yang bukan saja membantu mencegah kehamilan, malah memberikan beberapa faedah lain.

Ini seperti membetulkan semula perjalanan kedatangan haid, mengurangkan darah haid yang keluar berlebihan, mengelak haid yang menyakitkan, memberi kesan-kesan bagi mencegah barah ovari, mencegah masalah akne dan beberapa masalah kesakitan sebelum kedatangan haid.
Muhammad Ttuyup , Khamis, Oktober 20, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.