/

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (KWSP/EPF)

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah. Ianya adalah satu jenis pengeluaran baru yang berbeza daripada pengeluaran perumahan sedia ada. Bayaran akan dibuat secara bulanan melalui sistem pengkreditan terus ke akaun bank ahli.

Kelayakan Memohon
  • Anda layak memohon jika anda adalah: Warganegara Malaysia atau Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula atau Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998 atau Bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap Malaysia (PR).
  • Anda belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan.
  • Anda masih mempunyai simpanan di Akaun 2 sekurang-kurangnya RM600.00.
  • Anda hanya layak memohon jika tiada tunggakan ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Syarat-syarat Pengeluaran
  • Anda mestilah merupakan seorang pembeli atau pembina dan peminjam ke atas sebuah rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman.
  • Anda masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan yang diambil bagi tujuan membeli atau membina sebuah rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman.
  • Simpanan yang dikeluarkan adalah untuk membayar pinjaman yang telah dikeluarkan sepenuhnya (full disbursement) oleh pihak pemberi pinjaman dan rumah tersebut telah dicagarkan kepada pihak pemberi pinjaman.
  • Bagi pengeluaran yang melibatkan pembiayaan semula (refinance), baki pinjaman yang diambilkira adalah merujuk kepada baki pinjaman perumahan asal yang diambil daripada pihak pemberi pinjaman pertama atau mengikut baki pinjaman terkini yang mana terendah.Pengeluaran ini boleh dibuat untuk mana-mana rumah di Malaysia tertakluk kepada sebuah rumah bagi setiap ahli. Pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) hanya boleh dibuat bagi rumah yang sama.
  • Anda boleh membuat pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) pada bila-bila masa dan paling awal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan yang terdahulu selesai.
  • Anda boleh membuat pengeluaran secara serentak sama ada untuk :-
    • mengurangkan/ menyelesaikan baki pinjaman perumahan mengikut jenis pengeluaran sedia ada; dan
    • membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan dengan bayaran dibuat kepada ahli.
    • Tempoh bayaran bulanan yang dipohon adalah tidak melebihi umur 55 tahun.

Amaun Yang Layak Dikeluarkan
  • Jumlah yang boleh dikeluarkan secara bulanan adalah simpanan terkumpul dalam Akaun 2 pada masa ahli membuat permohonan.
  • Jumlah minimum bayaran bulanan adalah RM100.00 sebulan bagi tempoh minimum tidak kurang daripada 6 bulan.
  • Jumlah maksimum bayaran bulanan adalah tidak melebihi jumlah ansuran bulanan pada masa permohonan dibuat.
  • Tempoh maksimum bayaran bulanan adalah tidak melebihi baki tempoh pinjaman perumahan ahli dengan pihak pemberi pinjaman.
  • Tempoh bayaran bulanan yang dipohon adalah tidak melebihi umur 55 tahun.
  • Sekiranya terdapat permohonan bersama, amaun kelayakan kesemua pemohon adalah tidak melebihi jumlah ansuran bulanan yang ditetapkan oleh pihak pemberi pinjaman. Ini bermakna, pemohon kedua dan seterusnya hanya layak mengeluarkan amaun perbezaan di antara jumlah pengeluaran pemohon pertama dengan jumlah ansuran bulanan pinjaman.
  • Anda akan menerima bayaran bulanan mengikut tarikh pembayaran pertama.

Pembatalan Pengeluaran
  • Anda boleh membatalkan pilihan bayaran bulanan selepas satu (1) tahun daripada tarikh pengeluaran dibuat. Bagi tujuan pembatalan ini, anda hendaklah melengkapkan Borang Pembatalan Pengeluaran yang disediakan.
  • Selepas pembatalan, anda boleh membuat permohonan baru untuk menstruktur semula amaun atau tempoh masa bayaran bulanan mengikut baki simpanan di dalam Akaun 2 yang tidak melebihi baki pinjaman sedia ada.
  • KWSP berhak membatalkan pengeluaran bayaran bulanan ini jika didapati:-
    • anda mempunyai hutang tertunggak (non-performing loan) dengan pemberi pinjaman.
    • pinjaman telah diselesaikan.
    • rumah telah dijual/dilelong/ telah dipindahmilik kepada pihak lain.
    • anda disabitkan dengan penipuan mengemukakan dokumen/butiran palsu.
    • Pembayaran bulanan ini juga akan terbatal apabila anda membuat pengeluaran kesemua simpanan seperti pengeluaran hilang upaya, pengeluaran kematian dan pengeluaran meninggalkan negara.

Contoh Pengiraan Kelayakan Pengeluaran

Contoh 1: Pengeluaran Perseorangan
Anda telah membeli sebuah rumah berharga RM250,000.00 pada tahun 2003. Anda telah mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM200,000.00 daripada Bank ’A’. Kini anda ingin memohon pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjamannya yang berjumlah RM160,000.00. Bayaran ansuran bulanan anda kepada Bank ’A’ adalah RM 1,500.00 sebulan. Simpanan anda di dalam Akaun 2 adalah sebanyak RM100,000.00. Pengiraan pengeluaran simpanan KWSP anda adalah seperti berikut:

Harga Rumah

RM 250,000.00

Pinjaman Perumahan Di Bank 'A'

RM 200,000.00

Baki Terkini Pinjaman Di Bank 'A'

RM 160,000.00

Jumlah Ansuran Bulanan

RM 1,500.00

Simpanan Dalam Akaun 2 Encik Amar

RM 100,000.00

Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan

RM 100,000.00

Jumlah Terkumpul Bayaran Bulanan
(Minimum 6 bulan)

RM 9,000.00

Jumlah Bayaran Bulanan
(Minimum RM100.00 dan maksimum RM1,500.00)

RM 1,500.00

Contoh 2: Pengeluaran Bersama Pasangan
Anda dan pasangan anda telah membeli sebuah rumah berharga RM350,000.00 pada tahun 2005. Kedua-duanya telah mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM300,000.00 daripada Bank 'Y'. Kini anda dan pasangan anda ingin memohon pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjaman yang berjumlah RM280,000.00. Bayaran ansuran bulanan anda dan pasangan anda kepada Bank 'Y' adalah RM 2,500.00 sebulan. Simpanan anda dan pasangan anda kepada Bank 'Y' adalah RM2,500.00 sebulan. Simpanan anda dan pasangan anda dalam Akaun 2 masing-masing adalah sebanyak RM150,000.00 dan RM100,000.00. Pengiraan pengeluaran simpanan KWSP bagi anda dan pasangan anda adalah seperti berikut:

Harga Rumah

RM 350,000.00

Pinjaman Perumahan Di Bank 'Y'

RM 300,000.00

Baki Terkini Pinjaman Di Bank 'Y'

RM 280,000.00

Jumlah Ansuran Bulanan

RM 2,500.00

Simpanan Dalam Akaun 2 Encik Amar

RM 150,000.00

Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan

RM 100,000.00

Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan
oleh En. Azman

RM 150,000.00

Jumlah Terkumpul Bayaran Bulanan
(Minimum 6 bulan x RM 2,500.00)

RM 15,000.00

Jumlah Bayaran Bulanan
(Minimum RM100.00 dan maksimum RM2,500.00)
* Encik Azman memilih RM 1,500.00

RM 1,500.00

Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan
oleh Puan Azlin

RM 100,000.00

Jumlah Terkumpul Bayaran Bulanan
(Minimum 6 bulan x RM 1,000.00)
* RM1,000.00 merupakan amaun perbezaan di antara
jumlah pengeluaran pemohon pertama (En. Azman)
dengan jumlah ansuran bulanan

RM 6,000.00

Jumlah Bayaran Bulanan
(Minimum RM100.00 dan maksimum RM1,000.00)
* RM1,000.00 merupakan amaun perbezaan di antara
jumlah pengeluaran pemohon pertama (En. Azman)
dengan jumlah ansuran bulanan

RM 1,000.00

Amaun kelayakan anda dan pasangan anda adalah tidak melebihi jumlah ansuran bulanan yang ditetapkan oleh pihak pemberi pinjaman. Pasangan anda hanya boleh mengeluarkan amaun perbezaan di antara jumlah pengeluaran anda dengan jumlah ansuran bulanan.

Contoh 3: Pengeluaran Dengan Pembiayaan Semula

Anda telah membeli sebuah rumah berharga RM200,000.00 pada tahun 1995. Anda telah mendapat pinjaman perumahan sebanyak RM180,000.00 daripada Bank ’A’. Pada tahun 1999, anda telah membuat pembiayaan semula (refinance) ke atas pinjaman perumahan tersebut. Baki pinjaman di Bank ’A’ adalah sebanyak RM50,000.00 dan anda telah mendapat pinjaman pembiayaan semula dari Bank ’B’ sebanyak RM200,000.00 untuk menebus hutang di Bank ’A’. Kini anda ingin memohon pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjamannya yang berjumlah RM160,000.00. Simpanan anda dalam Akaun 2 adalah sebanyak RM170,000.00. Pengiraan pengeluaran simpanan KWSP anda adalah seperti berikut:

Harga Rumah

RM 200,000.00

Pinjaman Perumahan Di Bank 'A'

RM 50,000.00

Pinjaman Yang Diluluskan Oleh Bank 'B'

RM 200,000.00

Baki Terkini Pinjaman Di Bank 'B'

RM 160,000.00

Jumlah Ansuran Bulanan

RM 2,000.00

Simpanan Dalam Akaun 2 Encik Azley

RM 170,000.00

Amaun Maksimum Yang Boleh Dikeluarkan
(Baki Pinjaman Asal)

RM 50,000.00

Jumlah Terkumpul Bayaran Bulanan
(Minimum 6 bulan x RM2,000.00)

RM 12,000.00

Jumlah Bayaran Bulanan
(Minimum RM100.00 dan maksimum RM2,000.00)

RM 2,000.00

Untuk pengeluaran akan datang, anda hanya layak mengeluarkan simpanan Akaun 2 tidak melebihi baki pinjaman asal sebanyak RM38,000.00 (RM50,000.00 – RM12,000.00) .

Pertanyaan
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi:

  1. Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran;
  2. Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di 03-8732 6000;
  3. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip KWSP dan hantar ke 36373.

Sila nyatakan nombor keahlian KWSP atau nombor Kad Pengenalan anda dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi KWSP untuk mendapatkan bantuan atau nasihat yang diperlukan.

Perhatian
Maklumat ini adalah sebagai panduan sahaja. KWSP boleh meminda sebarang syarat atau meminta dokumen tambahan jika difikirkan perlu.





Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Januari 16, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog