/

Honda lancar model Stream generasi kedua

Yutaka Fujiwara (kanan) dan Atsushi Fujimota menunjukkan model terbaru Honda Stream 1.8 liter pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 21 Nov.Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) menetapkan sasaran jualan sehingga 600 unit setahun bagi model baru Stream generasi kedua yang dilancar di Malaysia bermula hari ini.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Atsushi Fujimoto berkata, kenderaan pelbagai guna tujuh penumpang (MPV) baru itu, yang diimport sepenuhnya akan dijual pada harga atas jalan RM149,800 termasuk insurans dan cukai jalan.

Berbeza dengan Stream generasi pertama memiliki enjin berkapasiti 2.0 liter, model baru ini berkapasiti 1.8 liter,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran model tersebut, di sini hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Wakil Pembangunan Automobil Honda Motor Co. Ltd. (Jepun), Yutaka Fujiwara.

Menurut Fujimoto, prestasi dan harga Stream generasi kedua itu adalah seimbang dan ia mampu menarik minat generasi muda.

Reka bentuk model baru ini adalah lebih dinamik dan moden serta telah diperkenalkan di Jepun lebih setahun lalu,” katanya.



Pelanggan model baru itu juga dijanjikan dengan jaminan tiga tahun dan servis percuma untuk tempoh enam bulan pertama selepas pembelian, katanya.

‘‘Pelanggan model baru ini juga ditawarkan diskaun sehingga 15 peratus bagi semua alat gantinya. Kami turut menawarkan aksesori ‘Modulo’ bagi model itu di semua wakil Honda yang sah,” katanya.








Honda Stream generasi kedua itu boleh didapati di semua 53 wakil Honda di seluruh negara mulai hari ini.

Sejak September 2007, sebanyak 75,000 unit model tersebut telah dijual di Jepun dalam jangka masa kurang daripada satu tahun, katanya.















Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]



try , Khamis, November 22, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog