2+4 hrs...Twogether Fourever Daripada Abu Said al-Khudri R.A katanya, sabdanya Rasulullah S.A.W, “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang di dunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya.” Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah S.A.W, lalu Baginda bersabda, “Hendaklah kamu berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil” (cukuplah Allah tempat kita menyerah).”

/

Raja Bhutan kahwini pelajar :: 26G@f

PUNAKHA, Bhutan 13 Okt. - Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel melangsungkan perkahwinan dengan seorang pelajar daripada golongan kebanyakan dalam satu majlis penuh warna warni di sini, hari ini.

Namgyel, 31, mengahwini Jetsun Pema, 20, yang merupakan anak kepada seorang juruterbang mengikut tradisi rakyat Bhutan.
Selepas upacara perkahwinan selesai, pasangan pengantin diraja tersebut muncul di khalayak umum untuk bersama-sama meraikan hari bahagia mereka.

Acara perkahwinan diraja itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dan kira-kira 700,000 rakyat akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.

Sehubungan itu, kawalan keselamatan ditingkatkan bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.

Pemerintah yang terkenal dengan jolokan 'Raja Naga' itu mula menaiki takhta pada 2008 dan menyatakan kejelitaan serta keikhlasan yang dimiliki Pema menyebabkan beliau terpikat dengan gadis itu.

Rakyat Bhutan gembira dengan majlis perkahwinan diraja tersebut.

"Kami berasa gembira sejak Raja Jigme mengumumkan perkahwinannya pada Mei lalu.


"Melaluinya (perkahwinan), legasi keluarga diraja ini dapat diteruskan," kata penggubal undang-undang Bhutan, Jagar Dorji. - AFP

Mohd. Adam B. Firdaus , Khamis, Oktober 20, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Mohd. Adam B. Firdaus

Berkerjasama dengan Adam Merah (end 2009)