/

Vaksin Melawan Penyakit Yang Menyerang Udang Ditemui

TAWAU, 5 Mac - Seorang profesor Universiti Malaya telah menemui vaksin perangsang yang boleh dimakan untuk melawan virus sindrom tompok putih (WSSV), penyakit udang yang serius sehingga menyebabkan kerugian berbilion dolar Amerika Syarikat setiap tahun.

Prof Dr Phang Siew Moi yang mengetuai kajian mengenai vaksin itu berkata ia boleh mencetuskan sistem imun dalam udang terhadap WSSV menggunakan lapisan protin viral VP28 yang boleh melindungi udang daripada penyakit yang berbahaya itu.

"Apabila udang memakan vaksin itu, ia akan mula menghasilkan pelalian. Jadi, vaksin itu hanya merangsang tindak balas imun.

"Ia menarik. Kita bukan menukar bentuk udang. Kita boleh memakan udang itu," kata Dr Phang kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata ia merupakan satu-satunya penemuan seumpama itu di negara ini dan ujian seterusnya sedang dijalankan pada masa ini sebelum ia dikomersilkan.

Projek kajian formulasi vaksin yang menelan kos RM2 juta itu dibiayai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dijangka selesai November, tahun ini.

Projek itu yang dijalankan dengan kerjasama syarikat ternakan ladang udang Global Satria Sdn Bhd di sini dimulakan September 2007. Setakat ini, lebih RM1 juta telah dibelanjakan bagi projek itu.

Menterinya Datuk Dr Maximus Ongkili yang melawat pangkalan projek itu di sini memberi pujian terhadap penemuan dan perkembangan kajian itu dan juga mereka yang terbabit dalam projek itu.

Pada masa ini, Virus Sindrom Tompok Putih itu merupakan mikro organisma berbahaya yang kerap menyerang udang di seluruh dunia dan boleh menyebabkan kadar kematian meningkat 100 peratus dalam tempoh tujuh hingga 10 hari, dan membawa kerugian besar kepada penternak udang.


Kerugian akibat serangan virus itu dianggarkan bernilai US$1 bilion setiap tahun daripada jumlah penghasilan udang di pasaran global yang berjumlah US$13 bilion.

Jawapan kepada virus itu diperlukan jika Malaysia mahu mencapai matlamat untuk menjadi pemain global dalam penternakan udang. Jika ini dapat dilaksanakan bagi kawasan kolam kajian berskala besar, ia merupakan vaksin DNA rumpair yang pertama di dunia bagi virus itu.

Mengenai kejayaan universiti itu, Dr Ongkili berkata: "Projek ini mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan dan boleh menyelesaikan kadar kematian yang tinggi bagi penternakan udang. - Bernama (Oleh Nashir Mansor)
Muhammad Ttuyup , Sabtu, Mac 07, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog