2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 22 April 2025   
@ 24 Syawal 1446H / 3:55 AM

10Isnin,Februari

Kiribati bakal tenggelam

KIRIBATI, 9 Feb. 2014 - Gugusan kepulauan Pasifik Kiribati adalah kawasan paling padat di dunia dan republik itu kini berdepan masalah lebihan penduduk teruk selain kemungkinan besar tenggelam ekoran perubahan iklim dunia.
 
Lautan menjadi ancaman terbesar berikutan wilayah itu tiada daratan yang tingginya lebih dua meter di atas paras laut. Kenaikan paras air laut akan memusnahkan negara kecil itu.
Dengan luas keseluruhan 3.5 juta kilometer persegi Kiribati terbentuk daripada beberapa pulau tetapi kebanyakan penduduk tertumpu di Selatan Tarawa. Pulau itu menyerupai bentuk bulan sabit dan mempunyai 50,000 penduduk.
 
"Secara relatifnya iklim persekitaran kini adalah normal, tetapi perubahan pergerakan cuaca yang mendedahkan Kiribati kepada laluan puting beliung akan menghapuskan kami," kata Presiden Kiribati, Anote Tong kepada program BBC World Service, Discovery.
 
Pada peringkat antarabangsa, beliau sering berkempen untuk menampung pembangunan Kiribati bagi mengatasi perubahan iklim dan untuk memindahkan penduduk ke kawasan lain, jika paras air laut menelan pulau itu.
 
Walaupun kesan perubahan iklim mengambil masa yang panjang, kesan terlalu banyak penduduk tertumpu dalam kawasan yang kecil adalah sesuatu yang perlu segera diselesaikan.
 
Isu penting ini dihadapi banyak negara membangun seperti menyediakan makanan, air dan kebersihan yang secukupnya. Ekoran kepadatan penduduk tinggi, warga Kiribati tinggal di atas sumber air bawah tanah mereka dan meningkatkan risiko pencemaran.
 
Walaupun Pulau Selatan Tarawa nampak seperti syurga tropika tetapi pantainya dipenuhi sampah sarap dan di bahagian lain gambaran buruk itu terlihat apabila air laut surut.
 
Taburan hujan di kawasan itu mudah diagak dan tangki hanya mengumpul air hujan yang amat terhad. Kebanyakan penduduknya bergantung kepada air bawah tanah, satu siri saluran mendatar yang dipenuhi dengan air hujan.
 
Ia terletak di bawah bahagian paling luas pulau itu di Bonriki, di sekitar lapangan terbang. Dua projek saintifik berkaitan kini giat mencari kaedah sumber air yang berharga itu dilindungi.
 
"Kami menempatkan 15 alat pengukur lautan di sekitar terumbu karang untuk memahami perubahan ombak, ketinggian ombak, kelajuan arus dan aras air," kata Herve Damlamian, seorang perekod data pesisir dengan Sekretariat Komuniti Pasifik (SPC).
 
Penduduk tempatan melaporkan air minuman mereka masin dan negara itu melancarkan Projek Herve bagi menilai kesan lebihan penduduk selain menilai risiko banjir air pasang besar yang berisiko mencemarkan simpanan air bawah tanah.
 
Migrasi ke pulau utama Tarawa daripada pulau lain yang kecil, Abaiang turut menjadi masalah kerana penduduk mahukan infrastruktur sama dengan di Pulau Tarawa yang mempunyai kedai, makanan import, daging tin, beras dan pusat kesihatan.
 
Timbalan Datuk Bandar Pulau Abaiang, Artan Rajit berkata, "walaupun Pulau Tarawa mempunyai jalan berlubang dan kenderaan buruk, masih ada peluang pekerjaan dan potensi pekerjaan dengan 20 peratus penduduknya bekerja sepenuh masa."
Unknown , Isnin, Februari 10, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog