2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 4:12 PM

9Selasa,Mac

Keranda permaisuri Firaun ditemui

MAKAM Permaisuri Bahnou di Saqqara, kira-kira 35 kilometer di selatan Kaherah yang dirakamkan kelmarin.

KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Perancis menemui sebuah keranda granit berwarna merah jambu milik seorang permaisuri Mesir zaman purba yang tidak begitu dikenali, kata seorang jurucakap Kementerian Kebudayaan Mesir hari ini.

"Permaisuri misteri ini bernama Bahnou dan merupakan salah seorang permaisuri pada Dinasti Keenam yang memerintah Mesir daripada 2374 hingga 2192 sebelum Masihi," kata ketua jabatan antikuiti, Zahi Hawass dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun pakar arkeologi keliru siapa suami kepada Permaisuri Bahnou.

"Kami masih tidak tahu sama ada beliau merupakan isteri Pepi I (2354-2310BC) atau Pepi II (2300-2206BC)," kata Hawass lagi.

Menurut Philippe Collombert selaku ketua kumpulan pengkaji Perancis itu, besar kemungkinan Permaisuri Bahnou merupakan isteri Pepi II.

Penemuan berkenaan dibuat di sebuah tanah perkuburan purba di Saqqara, selatan Kaherah. Keranda Bahnou ditemui di dalam sebuah piramid di situ.

Keranda setinggi 2.6 meter itu ditemui di dalam sebuah kamar pengebumian di dalam piramid berkenaan di mana mantera terukir pada dinding kamar berkenaan bertujuan memudahkan kemasukan permaisuri berkenaan ke alam selepas mati.

Pada satu bahagian keranda berkenaan terdapat tulisan Mesir kuno bermaksud 'isteri raja yang disayangi'.

Galal Muawwad yang mengawasi kerja-kerja yang dilakukan oleh pasukan perancis itu mengakui keranda seumpamanya memang jarang ditemui.

"Saya katakan ia jarang dilihat kerana badan keranda berwarna merah jambu manakala penutupnya berwarna hitam. Ini memang jarang ditemui," katanya yang tidak menolak kemungkinan penutup hitam itu mungkin daripada keranda lain. - AFP

 

Muhammad Ttuyup , Selasa, Mac 09, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog