Kaum Hawa tiada kuasa ekonomi, politik
NEW DELHI: Wanita di rantau Asia Pasifik tidak memiliki banyak kuasa dari segi politik mahupun ekonomi sekali gus memberi kesan kepada prospek pertumbuhan di negara sedang membangun, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporannya, semalam.
Laporan Pembangunan Manusia Asia Pasifik PBB sempena Hari Wanita Antarabangsa menyatakan, rantau berkenaan berada dalam keadaan yang hampir paling teruk di dunia berhubung isu seperti melindungi wanita daripada keganasan dan hartanah.
"Mesej utama (laporan itu) adalah penyertaan penuh wanita adalah perlu bagi mencapai apa juga matlamat pembangunan yang diperlukan oleh masyarakat," kata Helen Clark, ketua Program Pembangunan PBB (UNDP).
"Hakikatnya, apabila wanita mempunyai hak sama, ia memberi kesan baik kepada masyarakat dan ekonomi di negara mereka tinggal."
Ketika kebanyakan wanita di Asia Pasifik memperoleh manfaat pendidikan dan kesihatan lebih baik serta kemakmuran, namun mereka masih menghadapi halangan dan tidak mendapat peluang sama seperti lelaki, kata laporan itu.
Bukan saja kadar pekerjaan, perwakilan politik dan pemilikan hartanah di kalangan wanita adalah terendah di dunia, petanda yang berkaitan dengan kesihatan, kemampuan membaca dan menulis juga rendah berbanding lelaki.
Di kebanyakan negara, tidak ramai wanita mampu memperoleh pendapatan sendiri dan hak perundangan berhubung tanah, perumahan, ternakan, perniagaan dan aset kewangan, menyebabkan wanita tiada kawalan dalam perbelanjaan di rumah.
Ketiadaan suara wanita dalam sistem politik di Asia Pasifik juga membimbangkan, manakala wanita yang berjaya bersuara di peringkat tempatan atau nasional pula menghadapi masalah. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "