2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 10:17 AM

8Jumaat,Januari

Telefon boleh halang penyakit Alzheimer

WASHINGTON 7 Jan. - Berbual menggunakan telefon bimbit didapati baik untuk kesihatan kerana gelombang elektromagnet yang dipancarkan oleh peralatan komunikasi itu boleh melindungi dan menghalang penyakit Alzheimer, menurut penemuan satu kajian yang dijalankan ke atas tikus semalam.

Sekumpulan penyelidik di Universiti South Florida mendedahkan 96 tikus, kebanyakannya telah diubah secara genetik untuk menghidap Alzheimer, kepada gelombang elektromagnet yang dipancarkan dari telefon bimbit buatan Amerika Syarikat (AS).

Tikus-tikus itu didedahkan kepada gelombang elektromagnet dengan frekuensi 918 megaHertz sebanyak dua kali sehari, setiap satu sesi selama satu jam dalam tempoh tujuh hingga sembilan bulan iaitu bersamaan beberapa dekad pada manusia.

Tikus lebih tua yang menghidap Alzheimer, pendedahan yang lama kepada medan elektromagnet menyebabkan perkumpulan beta-amyloid di bahagian otak, iaitu sejenis pecahan protein yang berkumpul di otak penghidap Alzheimer bagi membentuk tanda-tanda penyakit itu, yang kemudian dilaporkan hilang.

Kajian itu mendapati, masalah gangguan daya ingatan pada tikus yang lebih tua juga hilang sama sekali.

Kajian sama menunjukkan, tikus muda tanpa tanda-tanda masalah daya ingatan, terlindung daripada penyakit Alzheimer selepas beberapa bulan didedahkan kepada gelombang telefon bimbit.

Tahap ingatan tikus normal tanpa genetik yang cenderung mendapat penyakit Alzheimer pula, didapati meningkat selepas terdedah kepada gelombang elektromagnet.

Kajian tersebut merupakan yang pertama meneliti kesan pendedahan jangka panjang terhadap pancaran elektromagnet di kalangan manusia atau tikus dan penemuannya amat mengejutkan para penyelidik.

"Secara terus-terang, saya memulakan kajian ini beberapa tahun lalu dengan hipotesis bahawa medan elektromagnet daripada telefon bimbit mungkin merosakkan kesihatan tikus yang menghidap Alzheimer.

"Setelah mendapati keputusan awalnya memberikan kesan yang baik, saya berfikir kami akan berikan masa yang lebih kerana gelombang itu mungkin akan memberi kesan buruk kepada tikus.

"Tetapi ia tidak pernah berlaku. Kami terus mendapat keputusan yang memberi kesan baik pada tikus normal atau yang menghidap Alzheimer,'' kata ketua penyelidik Gary Arendash, seorang profesor di Universiti South Florida. - AFP

Muhammad Ttuyup , Jumaat, Januari 08, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog