KABUL 7 Jan. – Kanak-kanak merupakan kelompok mangsa peperangan terbesar di Afghanistan dengan lebih 1,050 orang di bawah umur 18 tahun terbunuh pada tahun lepas sahaja, menurut jawatankuasa pemerhati hak asasi manusia negara bergolak itu.
Puak militan yang berkaitan dengan Taliban telah menyebabkan sekitar 64 peratus kematian kanak-kanak yang tidak berdosa tahun lepas, menurut Afghanistan Rights Monitor (ARM) dalam satu laporan.
Kanak-kanak juga turut didesak dan dieksploitasi secara seksual, mengalami kekurangan dari aspek kesihatan dan pendidikan, dan ditahan secara haram oleh semua pihak dalam peperangan yang mengheret sehingga sembilan tahun lamanya sejak Amerika Syarikat (AS) memimpin serangan ke atas rejim Taliban.
“Sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak terbunuh dalam insiden berkaitan peperangan setiap hari dalam tahun 2009 dan kebanyakan yang lain menderita dalam pelbagai cara lain yang tidak dilaporkan,” menurut pengarah ARM, Ajmal Samadi.
Golongan kanak-kanak turut terkorban dalam serangan berani mati dan pengemboman di tepi jalan dalam serangan Taliban ke atas AS, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan pasukan tentera Afghanistan yang menentang peningkatan puak pemberontak yang berkembang di seluruh negara miskin itu.
Taliban dilaporkan sengaja memberi lebih ancaman dan mendera lebih ramai kanak-kanak untuk tujuan yang menyalahi undang-undang berbanding terhadap rakyat Afghanistan yang pro-kerajaan dan pasukan tentera antarabangsa, menurut laporan itu.
“Melalui polisi anti-pendidikan dalam serangan kejam, ugutan dan keganasan yang dilakukan oleh pemberontak itu telah menyebabkan ratusan kanak-kanak, lelaki dan perempuan kekurangan dari aspek pendidikan dengan kebanyakannya di daerah selatan dan timur negara yang tidak selamat,” katanya.
Menurut Samadi, sebaliknya, kerajaan yang disokong oleh Barat telah gagal untuk memperkenal atau melaksanakan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak daripada kekejaman peperangan atau membawa penjenayah dan pesalah undang-undang ke muka pengadilan.
ARM telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Afghanistan supaya menyediakan sebuah badan perlindungan rasmi kanak-kanak dan berinteraksi dengan majlis peperangan berhubung hak kanak-kanak.
Laporan oleh ARM itu, iaitu sebuah jawatankuasa pemerhati hak kebebasan yang ditubuhkan di Kabul pada tahun 2008, dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan kematian penduduk awam di Afghanistan meningkat kepada 10.8 peratus dalam tempoh 10 bulan terawal tahun lepas yang kebanyakannya dilakukan oleh puak Taliban. – AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "