Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 4:02 AM

4Khamis,September

Segitiga Bermuda masih misteri selepas 500 tahun

KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri.

Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.

Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.

Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.

Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.

Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.

Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ itu.

Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!

Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.

Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.

Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.

Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.

Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.

Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.

Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.

Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.

Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.

Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.

Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes - ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.

Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.

Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.

Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu.

Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.

Oleh Nasron Sira Rahim
p/s : artikel ini telah di cut & paste dari blog saya yang lama iaitu ttuyup.wordpress.com kerana sebab-sebab tertentu, saya mohon maaf kerana posting comentar tidak dapat saya pindahkan .
try , Khamis, September 04, 2008 | 22 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

22 ulasan :

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. manusia selalu saja membuat sesuatu sensasi .karena keterbatasan ilmu lantas mengaitkan kekuasaan Allah SWT dengan berbagai cerita yang terkadang tak masuk akal.contohnya UFO.yang di katakan sebagai alien yang datang dari angkasa yang di halusinasikan berwujud Piring terbang.tapi hingga saat ini cerita yang tak jelas asal usulnya tersebut tetap hikang bagaikan di telan bumi.ini artinya manusia itu harus kembali kepada Kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa yakni Allah SWT. sebab hanya Allah yang mengetahui akan ciptaannya.manusia tak ada yang kekal,setinggi dan sepanjang apapun gelar yang di miliki tetap hanya setetes air di lautan luas.

    BalasPadam
  3. bila itu pusat para dajjal,berarti kiamat semakin dekat dong?

    BalasPadam
  4. ufo,ufo.manusia,manusia.dajjal,dajjal. kLu mNUSI ingin hidup sampai akhir hayat. vbegitu juga ufo dan dajjal.yang penting jangan saling mengganggu kehidupan satu samalain (RUKUN).

    BalasPadam
  5. daJal: Dada jeung Bujal
    OrGanNisMe:Orang GaNas Sinis dan seMena-Mena
    BuPaTi:Buka Paha Tinggi-tiNGGi
    Antum:Anda turunan Monyet
    Mujahadah:Mun jahat haRAM Jadah
    Pejabat : PenganGGuran Jawa Barat

    BalasPadam
  6. This is just a suggestion.May be we should think about doing some research to Bermuda Triangle.There are too many articles and documentary regarding this issue that sometimes it is too hard to recognize the originality.Research may be is one of the best effort.(Ini hanya cadangan sahaja.Mungkin kita perlu memikirkan untuk mengadakan penyelidikan ke Segitiga Bermuda.Terlalu banyak artikel dan dokumentari mengenai hal ini yang kadangkala menyebabkan keraguan kesahihannya.Penyelidikan boleh jadi merupakan usaha terbaik.)

    BalasPadam
  7. mmg MESTERI..
    kte mesti ingt ALLAH itu lbh brkuse..

    BalasPadam
  8. 0o0o0o0 klo gtoooo blum ada yang tw klo dstu ada apa sbnar na y ????

    BalasPadam
  9. Tak mungkin ada UFO karna dalam kitab manapun Al qur an mau pun al kitab tak ada UFO

    BalasPadam
  10. Saya Yg bilang Tak ADA UFO

    Cerita NYa Menarik Sangat Menarik

    BalasPadam
  11. Kalau masalah dajjal udah tau dia, nah kl masalah Ufo atau alien..bisa jg ada bs jg gak ada..krn rasanya mana mungkin sih kita hidup sendiri di alam semesta yang maha luas ini..?? pasti ada makhluk2 lain selain kita yang juga menyembah Tuhan yang satu Tuhan semesta alam..tapi kt sebagai manusia punya keterbatasan untuk menguak sedikit saja misteri Illahi tsb. Waullahualam..

    BalasPadam
  12. kte wajib percaya akn tntg citer ini. segitiga bermuda ini adalah wilayah syaitan yg tlh ditubuhkan.ketua mereka bernama ; azazil.....

    BalasPadam
  13. ya ap bener di situ ad makluk2 i2..serem juga ya..tp kita hanya mampu menebak..hanya Allah yg mengetahui segalanya..kta punya keterbatasan sbgi mahluknya..ya..allah itukan al-Alim..pikir2 ya

    BalasPadam
  14. manusia sering mempunyai keinginan untuk mengetahui tentang perkara gaib sedangkan ilmu mereka terbats..jd tidak dinafikan pelbagai mitos atau cerita direka untuk meuaskan hati para manusia..diingakan bahawa ilmu manusia itu terbatas..dan alam ghaib merupakan urusan Allah s.w.t.kita sebagai hambanya cuma harus menerima semua kejadian Allah dengan redha..

    BalasPadam
  15. waw, gak salah Gita Gutawa nlisin lagu buang aja ke segitiga bermuda...di sana serem juga.... gimana nek mbangun LP disana aja. agar kapok n ketakutan trus dan ga bakal kabur tuh!!!!
    hehehehe

    BalasPadam
  16. mungkin wilayah segitiga bermuda ini ada magnet bumi??!! kayak inti bumi gitu lah!! UFO??? menurut saya UFO adalah makhluk lain yang mungkin menjadi misteri yang blm ditemukan lainnya... banyak sekali misteri2 di bumi ini yang belum dapat dibuktikan... sebagai manusia saya akan berjuang untuk memecahkan misteri2 tsb... dan jgn hanya saya... mungkin anda ingin memecahkan misteri tsb juga.... mari lah kita berdoa agar tidak ada misteri2 lagi.... AMIEN!!!

    BalasPadam
  17. Sebab di segitiga Bermuda itu terdapat 3 arus air yang sangat besar

    BalasPadam
  18. bener 9ituch????
    tln9 pchn donx ??????????????

    BalasPadam
  19. kala kita tak bisa berbuat apa apa ingatlah ALLAH SWT karena DIA yang telah menciptakan semuanya dan hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI ......... manusia hanya bisa belajar mengetahui apa yang mereka tidak ketahui padahal itu hanya sedikit ciptaanNYA .....

    BalasPadam
  20. sebenarnya da yang selamat ga sih, melewati Segitiga ini,, atau tidak sama sekali.?

    BalasPadam
  21. klo tentang segitiga bermuda saya sich ngga percaya.tapi wallohualam biar alloh yang mengetahuinya.semoga smua ini dpt dipecahkan.dan jangan lupa kpd orng yg beriman agar slalu menjalankan kewajibannya dan jangan lupa berdo'a kpd alloh SWT,supaya kita ditetapkan menjadi umatnya.amin

    BalasPadam
  22. bgaimana segitiga bermuda itu terjadi??
    adakh disebabkan bebola api yg terhempas itu??

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog