Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Maximus J. Ongkili berkata, berdasarkan statistik yang diperolehi pihaknya, sebanyak 2,432 kes rogol dilapor dalam tempoh itu berbanding 1,849 kes tahun lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan melahirkan rasa bimbang berhubung perkara itu apabila mendapati kebanyakan kes yang dilapor didakwa dilakukan oleh mereka yang dikenali termasuk bapa dan teman lelaki.
“Ini memberi gambaran yang menyedihkan dan menunjukkan peranan institusi keluarga dan masyarakat sekeliling amat penting untuk mengatasinya.
“Apabila diteliti, ia banyak membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah dan ini merungsingkan kita,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Kempen Pencegahan Jenayah Rogol anjuran MCPF di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee.
Maximus berkata, daripada jumlah keseluruhan kes yang dilapor itu, sebanyak 942 kes membabitkan mereka yang dikenali termasuk rogol berkumpulan.
Sebanyak 752 kes dilapor dilakukan oleh teman lelaki, bapa (75 kes), bapa tiri (45 kes), bapa saudara (61 kes) dan bapa angkat (sembilan kes), katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, MCPF akan mengadakan kempen kesedaran besar-besaran mulai tahun depan dengan kerjasama pelbagai agensi dan masyarakat awam dalam usaha mengurangkan kadar jenayah itu.
“Kempen itu akan melibatkan institusi keluarga, sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, masyarakat awam perlu diberi kesedaran agar dapat mengawasi pergerakan golongan remaja memandangkan kebanyakan kes membabitkan penjenayah yang dikenali termasuk selepas berkenalan setakat satu atau dua hari. - Bernama
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Sabtu, Disember 01, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kes rogol meningkat, lebih 70 peratus mangsa 18 tahun ke bawah silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "