/

Menara tertinggi dunia, Burj Khalifa dibuka

DUBAI: Ketika berdepan kemelut kewangan, bangunan dan menara tertinggi dunia yang baru - Burj Dubai - dibuka dengan rasminya malam tadi dengan ketinggian 828 meter (2,717) di tengah padang pasir Dubai.

Dengan percikan bunga api, pembinaan struktur paling mengagumkan itu dirasminya pemerintah Dubai, Sheikh Mohammad Rashed al-Maktoum.

Dikenali sebagai Burj Dubai ketika pembinaannya, Sheikh Mohammad bagaimanapun malam tadi mengisytiharkan nama baru kepada mercu tanda baru dunia itu sebagai Burj Khalifa iaitu tanda menghormati Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahayan.

Sheikh Khalifa juga adalah pemerintah Abu Dhabi, negara sekutu UAE yang membantu menyuntik AS$10 bilion tahun lalu untuk menyelamatkan syarikat pemaju hartanah gergasi Nakheel, iaitu anak syarikat Dubai World.

"Hari ini UAE berjaya memiliki bangunan tertinggi di dunia yang dihasilkan tangan-tangan manusia. ia satu projek yang hebat dan ia berhak memakai nama orang yang hebat," kata Sheikh Mohammad.

Pasukan payung terjun yang memakai pakaian ala bendera UAE iaitu hijau, hitam dan putih menyentuh potrait gergasi Sheikh Khalifa yang disemat di dinding menara yang menelan belanja AS1.5 bilion itu.

Dubai berharap Burj Khalifa akan mengembalikan semula kegemilangan ekonomi dan kewangan negara itu yang tercalar akibat kemelut hutang, baru-baru ini.

Kerja bagi Burj Dubai bermula pada 2004 dan berterusan. Setiap masa tingkat baru akan ditambah hampir setiap tiga hari, menunjukkan Dubai terus membentuk keadaannya sejak beberapa tahun dari sebuah padang pasir kepada sebuah kosmopolitan urban gergasi yang dipenuhi pencakar langit.

Sehingga Januari 2007, beribu-ribu pekerja yang kebanyakan mereka dibawa secara kontrak sementara dari India menyiapkan 100 tingkat bangunan terbabit.

Bangunan lengkap mengandungi lebih 160 tingkat. Ia melebihi 50 tingkat berbanding Menara Willis di Chicago, bangunan yang pernah memegang rekod paling tinggi yang dikenali di Amerika Syarikat sebagai Sears Towers. -
Bh

'Api' Harjan Milosevic , Selasa, Januari 05, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog