2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Lombong atas gunung di Amerika

Foto :: KEADAAN tanah tinggi yang botak dan tercemar akibat perlombongan arang batu di atas gunung di kawasan Appalachia, Virginia Barat, Amerika Syarikat.

Ketika negara-negara membangun seperti India dilaporkan bergelut dengan dilema perlombongan arang batu yang mencemarkan alam sekitar, negara maju Amerika Syarikat juga tidak terkecuali.

BERBANDING sedekad lalu, para aktivis alam sekitar Amerika Syarikat (AS) kini semakin lantang memperjuangkan kepentingan pemuliharaan alam sekitar. Momentum itu dirancakkan dengan kesepaduan menentang aktiviti penarahan kawasan tanah tinggi bagi tujuan perlombongan arang batu.

Antara bantahan itu melibatkan kawasan pergunungan yang dinamakan Appalachia di Virginia Barat.

Para aktivis mengeksploitasi apa jua medium untuk menyampaikan mesej mereka termasuk mengaplikasi kecanggihan dan keberkesanan laman web, jaringan sosial serta telefon satelit untuk penyampaian yang jitu.

Mereka juga merantai diri mereka bersama dengan kenderaan berat, mengadakan demonstrasi jalanan serta memanjat pokok untuk mengelakkan ia ditebang.

Mereka telah berarak berbatu-batu jauhnya, mengangkat sepanduk dan ada yang ditahan oleh pihak berkuasa.

Gerakan mereka turut disertai oleh selebriti terkenal seperti aktres Daryl Hannah, penyanyi country Kathy Mattea dan peguam terkenal Robert F. Kennedy Jr. Mereka turut mengadakan perhimpunan besar-besaran di Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Negeri di Charleston.

Akan tetapi, kumpulan aktivis masih lagi perlu menangani cabaran yang lain. Misalnya, sikap tidak ambil peduli majoriti rakyat AS yang selalu disogok tentang kewajaran penggunaan elektrik bersumberkan arang batu.

"Perkara ini belum lagi menjadi isu kebangsaan. Tetapi, ia menjadi penanda aras apa yang berlaku pada masa kini tentang ketamakan korporat. Ia mengakibatkan pencemaran ekosistem, hutan-hutan ditebang dan kawasan tadahan air berkurangan. Ini sekali gus mengakibatkan aliran air yang tidak sekata," ujar bekas tentera laut, Bo Webb yang rumahnya terletak di kaki gunung itu. Terdapat tiga empangan sisa arang batu yang berjarak kira-kira 16 kilometer dari rumahnya.

"Bencana alam yang berlaku dalam keadaan senyap ini berlaku di bukit-bukau dan lembah-lembah di Virginia Barat, di mana penduduk di Los Angeles tidak tahu akan hal ini," kritik Nell Greenberg daripada kumpulan Jaringan Tindakan Hutan Hujan yang berpangkalan di San Francisco.

Greenberg bagaimanapun merasakan sudah ada 'suara-suara halus' yang menyokong untuk isu ini dibawa ke peringkat nasional. Mereka mendesak supaya tenaga janaan fosil digantikan dengan sumber tenaga yang bersih.

Dua bulan lalu, Greenberg mendedahkan lebih daripada 65,000 orang telah menghantar e-mel pandangan mereka kepada Agensi Kawalan Alam Sekitar AS.

Perlombongan pergunungan banyak berlaku di tempat-tempat yang berpopulasi jarang di Appalachia di Virginia Barat. Ia kawasan yang tidak dilawati pelancong. Walaupun ia satu perkampungan yang tidak glamor, Appalachia dianugerahkan sumber alam semula jadi.

Semasa Kempen Pemilihan Presiden AS 2008, rakyat Amerika begitu lantang menyuarakan pandangan mereka sama ada syarikat-syarikat cari gali minyak perlu menggali petroleum di kawasan Pusat Perlindungan Fauna Artik atau tidak.

Alasannya mudah. Ini kerana orang ramai terbeban apabila ia berkaitan dengan minyak gasolin yang berharga AS$4 (RM13) per gelen. Mereka juga melihat kesan cari gali minyak pada gunung-gunung salji di Alaska.

Tetapi, apabila ia berhubung dengan tenaga elektrik melibatkan suis di rumah, mereka tidak begitu sedar apa yang berlaku pada bumi, mungkin kerana kosnya yang tidak membebankan. Pendek kata, kalau harga minyak untuk menggunakan kenderaan melonjak naik, kos elektrik dari sumber yang lebih murah bukanlah suatu yang perlu dikhuatirkan.

Namun, kesedaran berhubung hal itu sudah mula nampak dan ada juga kalangan pihak yang mempunyai 'kuasa' telah menyedarinya.

Menurut Senator Robert C. Byrd, majoriti ahli Kongres Amerika secara amnya membantah aktiviti penarahan bukit untuk tujuan melombong arang batu.

Di kaca televisyen pula, banyak iklan disiarkan berhubung perkara itu. Antaranya ialah Faces of Coal yang disiarkan pada Hari Buruh Sedunia. Iklan tersebut memaparkan risiko pekerja-pekerja yang terlibat dalam industri perlombongan.

Oleh kerana isu itu menjadi bahan perdebatan, Chris Hamilton, Naib Presiden Kanan Persatuan Arang Batu Virginia Barat, menyelar tindakan sebahagian aktivis alam sekitar kerana tindakan mereka telah memberi idea kepada segelintir ahli politik yang bercakap berasaskan kepentingan politik semata-mata.

Mereka yang terlibat dengan industri perlombongan juga membalas isu itu dengan menyifatkan industri perlombongan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan berpendapatan rendah.

"Walaupun industri perlombongan ini sentiasa berdepan dengan pelbagai risiko, saya tidak fikir ia begitu berbahaya pada zaman sekarang," ujar Hamilton.

Jika para aktivis menyuarakan bantahan terhadap aktiviti penarahan bukit pada 10 tahun lalu, pasti bilangan yang memahami asas perjuangan mereka boleh dikira dengan jari.

Kini, ramai yang sudah mula menunjukkan sokongan.

Namun begitu, persaingan dengan budaya informasi hiburan di mana berita-berita sensasi seperti perihal pusat penyanyi kontroversi Britney Spears atau skandal seks pemain golf, Tiger Woods diberikan keutamaan masih lagi menjadi satu cabaran.

"Mungkin rakyat Amerika mahu melihat para selebriti popular pujaan mereka memegang sepanduk membantah pencemaran lalu ditahan polis baru mereka memberikan tumpuan dan sokongan untuk menjaga alam sekitar. Kita perlu mengikut selera tipikal rakyat Amerika," sindir Webb. - AP

Marjaki Rawo , Selasa, Januari 05, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog