Tanah Suci jadi bandar paling maju, tercantik
JEDDAH: Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, menekankan bahawa pihak berkuasa merancang supaya Makkah menjadi bandar paling cantik, bersih, bertamadun dan maju di dunia.
Melancarkan pertandingan pertama untuk mencantikkan Makkah di sini, beliau berkata, kepemimpinan Arab Saudi berazam untuk menjadikan Makkah antara bandar paling membangun dan tercantik dunia.
Sekumpulan pelukis, pegawai kanan diplomatik, ahli perniagaan, pegawai kerajaan dan media menghadiri majlis itu.
"Strategi pembangunan bagi Makkah sentiasa menjadi keutamaan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Pentadbiran Diraja," kata putera itu.
"Jika Makkah tidak berada di sini, rantau ini tidak mungkin menarik kedudukan budaya dan politik yang penting di dunia," tegas beliau.
Katanya, semua cadangan pembangunan dan inisiatif bagi membangunkan Makkah datangnya daripada masyarakat yang tinggal dekat kawasan Kaabah.
"Kami amat berbangga dapat berkhidmat dengan Rumah Allah dan kami mempunyai tanggungjawab membangunkan Makkah dan memastikan keamanan dan keselamatan terus kekal untuk kebajikan jemaah yang datang dari seluruh pelusuk berbeza di dunia," katanya.
Beliau memuji usaha mereka termasuk pelukis dan ahli perniagaan yang mengambil inisiatif mencantikkan Makkah.
Datuk Bandar Makkah, Osama Al-Bar berkata persediaan bagi pertandingan Islam pertama untuk mencantikkan Makkah mengambil masa dua tahun untuk dirancang, mengambil kira kedudukan penting Makkah dalam dunia Islam.
Katanya, perbandaran itu bercadang untuk memastikan penyertaan sejumlah besar pelukis dari negara Arab dan Islam dalam pertandingan itu, sambil menambah ia akan diberi publisiti dalam media antarabangsa.
Menjelaskan objektif utama pertandingan, Al-Bar berkata ia menyasarkan mencantikkan Makkah dengan menjadikan selekohnya umpama muzium hasil seni Islam.
"Ia juga menawarkan peluang bagus kepada pelukis Islam di seluruh dunia untuk memaparkan kemahiran dan taraf seni mereka," kata datuk bandar itu.
Hadiah AS$300,000 (RM1.02 juta) akan diberi kepada pemenang, kata pelukis Taha Sabban, anggota jawatankuasa persediaan pertandingan. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "