NEW YORK 5 Jan. - Bunyi riuh di dalam sebuah dewan konsert sangat bingit dan gamat. Penonton-penonton melaungkan 'Metallica... Metallica'.
Lars Ulrich memegang kayu pemukul dram tinggi di atas kepalanya. Hanya dalam masa beberapa saat, suasana yang awalnya gamat berubah sepi. Ulrich memulakan permainan dram bertenaga dan 'ditelan' bunyi yang sangat menggegarkan iaitu raungan gitar, dentuman gitar bass dan paluan rancak dramnya.
"Saya telah bermain muzik rock yang bingit selama kira-kira 35 tahun. Saya bermain muzik tanpa sebarang perlindungan,'' kata Ulrich, 46, pemain dram kumpulan muzik heavy metal Metallica.
Pada awal kerjayanya, tanpa sebarang perlindungan yang dipakai di telinga, bunyi bising daripada muzik terus terngiang-ngiang di telinganya biarpun Ulrich berada di luar pentas.
"Ia sentiasa bermain di telinga saya. Ia seperti tidak mahu pergi dan tidak pernah berhenti,'' katanya kepada CNN.
Bagaimanapun ia bukanlah bunyian yang didengar daripada bunyi sebenar. Ia adalah satu keadaan yang dipanggil 'tinnitus', satu persepsi yang menyebabkan seseorang mendengar bunyi walaupun ia sebenarnya tiada.
"Ia adalah satu rasa khayalan bunyi seperti ilusi kesakitan apabila tangan dipotong dan anda rasa kesakitan pada tangan yang telah hilang. Ia akan berlaku apabila anda menghidap 'tinnitus','' kata Richard Salvi, seorang pakar 'tinnitus' terkemuka dari Pusat Pendengaran dan Kesihatan di Universiti Buffalo, New York.
'Tinnitus' boleh berlaku berterusan atau sekejap-sekejap. Ia sering disifatkan sebagai bunyian nyaring di telinga, namun kadang kala boleh berbunyi seperti dengung, siulan atau bunyi klik.
Menurut Persatuan Tinnitus Amerika, lebih 50 juta orang di Amerika Syarikat (AS), mengalami beberapa darjah 'tinnitus'. Bagi 12 juta pesakit yang menghidapnya, hidung mereka hilang fungsi menghidu.
Ulrich berkata, masalah pendengarannya menjadi lebih teruk semasa siri jelajah konsert 1988 dan anehnya, ia berlaku semasa dia tidur.
''Saya biasanya akan tertidur dengan televisyen masih menyala. Saya akan terjaga di tengah malam untuk menutupnya. Tetapi ia sebenarnya tidak bernyala pun.
''Bila saya sedar saya kerap mengalaminya iaitu menutup televisyen yang tidak bernyala, saya sedar yang saya mungkin ada isu kesihatan,'' katanya. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "