DETROIT 11 Jan. – Kereta elektrik, hibrid dan kompak akan menjadi tumpuan utama pada pameran automotif di Detroit minggu ini, ketika industri mula membiasakan diri dengan keadaan dunia yang dibentuk semula oleh kemelesetan ekonomi dan kebimbangan alam sekitar.
Pameran akan memperlihatkan bagaimana pengeluar kereta memberi maklum balas terhadap realiti baru ini. Ford mahu membina sedan saiz sederhana dan memulakan semula jualan kereta kecil, sementara Hyundai mensasarkan untuk meneruskan kegemilangan tahun lalu dengan model-model menjimatkan.
GM dan Chrysler akan memulakan tahun baru dengan kenderaan berkuasa elektrik namun akan cuba meningkatkan kredibilitinya dalam kategori kompak. Toyota pula berharap dapat memperkukuh kedudukan dalam pengeluaran kereta hibrid.
Model-model terbaru kereta ini perlu berjaya jika pengeluar mahu menampung kejatuhan jualan sebanyak 21 peratus tahun lalu. Kehilangan pekerjaan, pengisytiharan muflis GM dan Chrysler serta penutupan beberapa jenama ikon menyebabkan jualan menjunam kepada paras terendah sejak 1982.
Rakyat Amerika Syarikat (AS) berasa kurang kuasa berbelanja dan yang pasti, trend ke arah harga minyak yang lebih tinggi kekal sebagai ancaman. Ia perubahan yang lambat mendapat perhatian pengeluar kereta AS dan kesan buruknya dirasai sejak dua tahun lalu apabila harga minyak melonjak dan pengguna berhenti berbelanja.
Pengeluar kereta Jepun dan Eropah turut terjejas walaupun mereka kurang bergantung kepada segmen trak pikap.
Tahun ini, dengan berjimat-cermat menjadi keutamaan pemandu, pengeluar kereta mahu menunjukkan versi kereta lebih kecil dan murah dengan kadar penggunaan minyak 17 kilometer per liter di lebuh raya. Ia turut menarik minat pengguna terhadap perubahan iklim.
Pameran ini bukan eksklusif kepada kereta kompak. Pengeluar di Detroit akan cuba menghidupkan semula kereta 1960-an dengan elemen kereta berprestasi tinggi, sesuatu yang mendapat sambutan.
Berbanding keadaan kemerosotan tahun lalu, pameran kereta kali ini adalah lebih menarik kerana GM mengeluarkan beberapa kereta baru.
Kawasan pameran ‘Electric Avenue’ seluas 3,400 meter persegi di pentas utama menempatkan 20 kereta elektrik. Ia dipamerkan tahun lalu namun berkongsi tumpuan dengan kereta enjin konvensional. – AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "