2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Piramid bukan dibina hamba abdi

TAPAK kubur yang terletak berdekatan dengan piramid dipercayai milik pekerja. Gambar kanan menunjukkan tengkorak yang digali semula oleh ahli arkeologi Mesir. - AP

KAHERAH 11 Jan. - Sebuah kubur baru ditemui di Giza sekali gus menyokong pendapat bahawa piramid telah dibina oleh pekerja-pekerja dan bukannya hamba abdi sebagaimana yang dipercayai selama ini, menurut ahli arkeologi semalam.

Filem dan media selama ini memberi gambaran hamba abdi bekerja keras di padang pasir bagi membina piramid besar itu hanya untuk menemui kematian yang dahsyat di akhir usaha mereka.

"Kubur-kubur ini dibina bersebelahan piramid raja, yang menunjukkan bahawa mereka ini bukanlah terdiri di kalangan hamba abdi," menurut ketua ahli arkeologi, Zahi Hawass yang mengetuai pasukan penggalian Mesir dalam satu kenyataan.

"Sekiranya mereka adalah hamba abdi, mereka tidak akan dibenarkan untuk membina kubur mereka sendiri bersebelahan makam raja," katanya.

Beliau berkata, penemuan kubur pekerja itu dengan sesetengah darinya ditemui pada tahun 1990-an, adalah antara penemuan bermakna dalam abad ke-20 dan 21.

Ia adalah kepunyaan pekerja-pekerja yang membina piramid Khufu dan Khafre.

Hawass terdahulu menemui grafiti pada dinding daripada pekerja-pekerja yang menggelar mereka sebagai 'sahabat khufu', sebuah lagi tanda yang menunjukkan mereka bukan hamba abdi.

Kubur itu yang terletak di menara Giza di barat Kaherah dianggarkan berusia 4,510 tahun dan berada satu kilometer di pintu masuk Nekropolis.

Menurut Hawass, bukti yang ditemui menunjukkan petani di Delta dan kawasan atas Mesir telah menghantar sebanyak 21 ekor kerbau dan 23 ekor kambing biri-biri ke menara itu setiap hari sebagai sumber makanan kepada pekerja-pekerja itu yang dipercayai seramai 10,000 orang atau menyamai askar Greek 100,000 orang.

Petani-petani ini dikecualikan daripada membayar cukai kepada kerajaan purba Mesir, bukti yang mana menurutnya menyokong fakta bahawa mereka menyertai sebuah projek negara. - Reuters

Adam MeRAH , Selasa, Januari 12, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog