/

Bahan toksik dalam barangan kemas kanak-kanak

LOS ANGELES 11 Jan. - Setelah dilarang daripada menggunakan plumbum dalam barangan kemas kanak-kanak, terdapat pengeluar di China menggantikannya dengan logam berat yang lebih berbahaya iaitu kadmium dalam rantai tangan dan loket yang dijual di seluruh Amerika Syarikat (AS).

Barang kemas paling tercemar yang dianalisis dalam ujian makmal mengandungi 91 peratus kadmium mengikut berat, menurut siasatan Associated Press.

Kandungan kadmium dalam barang kemas murahan lain, yang dibeli di rangkaian atau francais pasar raya di peringkat nasional atau wilayah, didapati pada paras 89, 86 dan 84 peratus.

Ujian itu juga menunjukkan logam berat tersebut mudah terhakis daripada sesetengah barang kemas, sekali gus menimbulkan kebimbangan lanjut mengenai tahap pendedahan bahaya bahan itu kepada kanak-kanak.

Seorang jurucakap bagi Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna AS yang mengawal selia produk untuk kanak-kanak, semalam berkata, agensi itu 'akan melancarkan siasatan dan mengambil tindakan secepat mungkin untuk melindungi keselamatan kanak-kanak'.

·         Kadmium dikenali sebagai karsinogen atau bahan yang boleh menyebabkan kanser.

·         Seperti plumbum, logam itu boleh membantutkan perkembangan otak di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak terdedah kepada pencemaran kadmium bukan sekadar dengan menelan sesuatu barang kemas tetapi mereka boleh menyerap dos yang rendah secara berterusan jika mereka suka menghisap atau menggigit barang kemas yang mengandungi kadar kadmium yang tinggi.

Bagi menguji seluas mana penggunaan kadmium dalam barang kemas kanak-kanak, AP mengatur ujian makmal ke atas 103 barang yang dibeli di tiga negeri. Kesemuanya kecuali satu dibeli pada November atau Disember lalu.

Ujian mendapati 12 peratus daripada barang-barang kemas itu mengandungi sekurang-kurangnya 10 peratus kadmium.

Kandungan kadmium yang tinggi turut dikesan dalam loket bertemakan filem The Princess and The Frog. - AP

Muhammad Ttuyup , Selasa, Januari 12, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog