Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian itu Abdul Razak Abdul Latif berkata daripada jumlah itu, 190 tajuk diharamkan atas kesalahan yang memudaratkan ketenteraman awam dan 207 kerana memudaratkan kemoralan (ada unsur lucah).
"Sebanyak 150 tajuk berbahasa Melayu, 142 Inggeris, 94 bahasa Cina, sembilan bahasa Tamil dan dua bahasa Arab," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini pada Khamis.
Abdul Razak berkata bagi tahun ini sahaja (sehingga Julai) sebanyak 22 tajuk diharamkan membabitkan 13 tajuk berbahasa Melayu dan selebihnya berbahasa Inggeris yang masing-masing atas kesalahan memudaratkan kemoralan (lucah) dan ketenteraman awam.
Katanya sekiranya penerbitan tajuk lucah itu dibiarkan ia boleh merosakkan moral pembaca kerana terdapat unsur lucah manakala tajuk yang memudaratkan ketenteraman awam boleh memesongkan akidah pembaca kerana kebanyakannya membabitkan buku agama.
"Antara tajuk penerbitan berbahasa Melayu yang diharamkan tahun ini ialah Cinta Awak Dalam Sehari, Pengantin Remaja, 55 Masalah Seksual yang Anda Malu Tanya, Rahsia Dalam Rahsia Di Sebalik Tirai Kamar Suami Isteri dan Senggama Kubur.
" Bagi tajuk penerbitan bahasa Inggeris yang diterbitkan di luar negara termasuk The Jewel of Medina, The Trouble With Islam Today, Ibrahim a.s And Sarah dan Qabil & Nabil," katanya.
Katanya sekiranya mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk dijual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan larangan yang dilarang, jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya mengikut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. - Bernama
Jumaat, Ogos 07, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang KDN Haramkan 397 Tajuk Penerbitan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "