Namun, laman web Google berjaya menangkis serangan siber itu menerusi sistemnya.
Twitter terpaksa dihentikan selama lebih sejam sebelum firma California itu dapat kembali ke dalam talian dengan mengeluarkan satu amaran di laman webnya bahawa 'kami tetap akan terus mempertahankan dan pulih dari serangan itu'.
"Serangan berlarutan terhadap perkhidmatan itu kini sedang ditangani, walaupun perkhidmatan masih lemah bagi sesetengah pelanggan sehingga kami pulih sepenuhnya,'' kata pengasas bersama Twitter, Biz Stone dalam blog rasmi syarikat itu.
"Twitter bekerjasama rapat dengan beberapa syarikat lain dan perkhidmatan yang terjejas akibat satu serangan solo terancang secara besar-besaran pada awal pagi semalam. Mengenai motif serangan, kami tidak akan membuat sebarang spekulasi mengenainya," tambahnya.
Serangan perkhidmatan penafian agihan (DDos) yang dilancarkan pada pukul 6 pagi (10 pagi waktu Malaysia), telah 'menjatuhkan' rangkaian Facebook yang berpangkalan di Palo Alto itu.
"Namun tiada data pengguna yang diancam bahaya dan kami berjaya memulihkan sepenuhnya laluan ke laman untuk kebanyakan pengguna," kata jurucakapnya, Brandee Barker.
"Kami akan terus mengawasi keadaan itu," katanya lagi.
Twitter dan Facebook telah bekerjasama dengan laman web Internet AS, Google bagi menyiasat serangan tersebut.Serangan siber telah dilancarkan pada laman web Google, namun firma itu berjaya mengelakkan serangan tersebut.
"Sistem Google akan menghalang kesan besar terhadap perkhidmatan kami," kata jurucakap syarikat, Nate Tyler. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "