
Penyelidik Universiti Southampton yang melakukan kajian terhadap tujuh bahan tambahan dalam makanan itu mendapati tahap kecerdikan kanak-kanak merosot akibat penggunaan bahan berkenaan.
Selepas memperoleh hasil itu bulan lalu, pegawai Agensi Standard Makanan (FSA) mengemukakan cadangan kepada pengarah agensi itu supaya enam bahan tambahan untuk makanan yang dikaji itu, dihentikan daripada diguna dalam industri makanan sebelum tahun hadapan.
Cadangan itu akan dibincangkan lembaga FSA minggu depan, bagaimanapun pengeluar dijangka menerima baik cadangan itu dan menukarkan bahan tambahan berkenaan dengan sumber bahan semula jadi.
Sesetengah pengeluar dilaporkan sudah bersetuju untuk menghentikan penggunaan bahan pewarna makanan itu selepas mengetahui bukti saintifik berkenaan.
FSA yang membiaya kajian bernilai £750,000 (RM4,780,151) itu sebelum ini dikritik kerana gagal mengharamkan penggunaan bahan tambahan itu selepas terpengaruh dengan nasihat Jawatankuasa Kajian Toksik yang mengatakan penggunaan bahan itu memberi kesan kepada sesetengah kanak-kanak saja.
Sebaliknya, FSA berkata, pihaknya akan meminta kerjasama pengeluar menghentikan penggunaan bahan itu dan menunggu penilaian lanjutan daripada penyelidik Agensi Keselamatan Makanan Eropah (EFSA).
EFSA memutuskan kajian penyelidik terbabit tidak dapat dijadikan alasan kukuh untuk menghentikan penggunaan bahan tambahan terbabit kerana kurang bukti ia mencetuskan masalah kanak-kanak terbabit.
Ketua penyelidik universiti itu, Professor Jim Stevenson, bagaimanapun, mempertahankan keputusan kajian mereka dengan menyertakan beberapa dokumen sokongan kepada lembaga FSA. - Agensi
Selasa, April 08, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pewarna tiruan jejas minda budak silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "