2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 10:56 PM

8Selasa,April

Beras kurang cetus krisis Asia, Afrika

Harga sebenar meningkat ke paras tertinggi sejak 19 tahun lalu


LONDON: Sekurang-kurangnya 33 negara di Asia dan Afrika akan mengalami situasi tegang dan pelbagai masalah lain berikutan kekurangan bekalan beras di pasaran dunia menyebabkan harga makanan ruji itu meningkat sehingga 50 peratus sejak dua minggu lalu.

Situasi itu turut mencetuskan krisis antarabangsa apabila ada negara yang mengharamkan eksport beras dan mengancam hukuman berat kepada pihak yang menyorok bahan itu.


Setakat ini, China, India, Mesir, Vietnam dan Kemboja sudah mengenakan tarif dan mengharamkan eksport selepas menjangkakan pengeluaran beras pada tahun ini akan menurun sehingga 3.5 peratus.

Kadar penuaian menurun akibat kemarau terutama di China dan Australia sehingga memaksa pengeluar menyorok hasil tuaian untuk memenuhi pasaran tempatan.

Kesan kenaikan harga beras akan dirasai terutama di kalangan negara yang memiliki penduduk miskin malah nasi adalah makanan ruji bagi lebih separuh daripada penduduk dunia.

Kenaikan harga itu yang dipercayai akan meningkat sehingga 40 peratus dalam beberapa bulan lagi menyebabkan kadar inflasi tinggi bagi produk makanan lain.

Akan tetapi, beras diperlukan sekitar lapan bilion penduduk dan kesan krisis beras yang berlanjutan terhadap negara miskin yang mana sebahagian besar pendapatan penduduknya dibelanjakan untuk makanan, akan menyebabkan masalah besar.

Kesannya sudah dirasai di seluruh dunia Bangladesh misalnya, kedai kerajaan yang menjual beras subsidi menjadi tumpuan penduduk kelas pertengahan yang sanggup berbaris selama berjam-jam untuk membeli lima kilogram beras yang dijual 30 peratus lebih murah berbanding pasar terbuka.

Di Thailand, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri mengadakan mesyuarat dengan pegawainya dan p engeluar bagi membincang untuk mengenakan harga eksport minimum bagi mengawal jumlah eksport selain langkah untuk menghukum mereka yang menyorok bahan itu. Mesyuarat itu juga diadakan susulan tindakan sesetengah pasar raya besar di Thailand yang mengehadkan pembelian beras oleh pelanggan.

Di Filipina, Biro Siasatan Kebangsaan menyerbu pedagang yang disyaki menyorok beras dengan harapan untuk mengaut untung manakala pihak aktivis pula memberi amaran terhadap risiko tercetusnya rusuhan.

Kegusaran turut dirasai Setiausaha Pertanian negara itu, Arthur Yap, yang meminta restoran makanan segera termasuk McDonald's dan KFC yang menyediakan secawan nasi dalam hidangannya supaya mengurangkan kepada separuh bekalan beras mereka supaya tiadanya pembaziran.

Sementara itu, pedagang yang cuba menyorok bekalan beras diberi amaran mereka akan menghadapi dakwaan 'cuba mensabotaj ekonomi negara' yang membawa hukuman penjara seumur hidup di Filipina.

Kekurangan beras turut memberi kesan kepada India apabila Isnin minggu lalu, kerajaannya mengharamkan eksport beras melainkan beras Basmati selain menaikkan harga beras itu.

Walaupun China mengatakan bahawa bekalan berasnya adalah terjamin, hakikatnya kerajaan negara itu menawarkan lebih bayaran kepada petani untuk mengeluarkan lebih banyak beras.

Kenaikan harga beras berpunca daripada pelbagai faktor termasuk perlumbaan antara negara Afrika dan Asia Tenggara untuk mengawal bekalan beras supaya mencukupi di negara mereka bagi mengelakkan rusuhan dan ketegangan sosial.

Kegusaran mengenai impak krisis beras sudah dijangka Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menjangkakan 3.5 peratus kekurangan akan berlaku selain Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick, yang menjangkakan 33 negara bakal berdepan dengan ketegangan akibat kenaikan harga yang tinggi bagi makanan dan tenaga. - Agensi
try , Selasa, April 08, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog