2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Harga beras boleh cetus rusuhan

Pihak berkuasa Thailand bimbang gagal tampung bekalan untuk pusat tahanan


BANGKOK: Harga beras yang semakin mahal dibimbangi boleh mencetuskan rusuhan di penjara berikutan kontraktor yang dilantik pihak berkuasa untuk membekalkan makanan kepada penghuni pusat tahanan dipercayai mengalami kerugian, kata ketua Jabatan Penjara, Wanchai Rujanawong

Akhbar The Bangkok Post semalam melaporkan, pihak berkuasa penjara bimbang sekiranya pembekal menghentikan penghantaran beras ia boleh menyebabkan masalah kekurangan makanan di penjara yang seterusnya akan mencetuskan rusuhan di kalangan banduan.


Wanchai berkata, cara terbaik untuk mengatasi masalah itu ialah dengan membenarkan pembekal menghantar beras gred rendah berbanding apa yang dijanjikan dalam kontrak bagi membantu kontraktor menangani masalah kenaikan harga bekalan.

Berdasarkan kontrak, pembekal yang kebanyakan adalah koperasi beras dikehendaki menyediakan lima peratus beras putih kepada penjara. Manakala beras berkualiti rendah adalah beras putih yang bercampur dengan lima peratus beras hancur.

Ketua jabatan berkenaan berkata bahawa setiap penjara boleh menjalankan bidaan sendiri untuk memilih pembekal beras dan kebanyakan pembekal mendapat kontrak berdasarkan kepada harga beras yang lebih rendah ditawarkan.

Katanya, purata kos makan bagi setiap banduan adalah 42 baht (RM4.25) sehari tetapi ia meningkat disebabkan kenaikan harga beras. Pusat tahanan tertentu memperuntukkan 58 baht (RM5.85) sehari.

Sementara itu, Jabatan Pemantauan dan Perlindungan Juvana (DJOP) mengalami masalah kekurangan belanjawan untuk membiayai tahanan mereka selepas kenaikan harga pengguna besar-besaran sejak beberapa bulan lalu.

Timbalan ketua DJOP, Tawatchai THaikeaw berkata bahawa jabatan itu hanya mempunyai belanjawan yang mencukupi sehingga Jun ini.

Katanya, kebanyakan harga barangan pengguna semakin meningkat sedangkan pusat tahanan itu menerima lebih banyak pesalah.

Sehingga ini, katanya kerajaan belum menunjukkan sebarang tindak balas terhadap permintaan jabatan itu untuk menambahkan peruntukan perbelanjaan.

Ada juga pekedai di wilayah Pattani, misalnya, enggan memberi hutang kepada pelanggan kerana memerlukan tunai untuk terus membekalkan beras, lapor akhbar The Nation.

Seorang lagi pegawai berkata, ada kedai tertentu mengumpul beras tanpa menjualnya. Pekedai terbabit memberitahu pelanggan bahawa mereka kehabisan bekalan kerana perlu menunggu waktu terbaik menjualnya pada kadar lebih tinggi, lapor akhbar itu lagi. - Agensi
try , Selasa, April 08, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog