Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 2:30 PM

12Sabtu,April

Asia Masih Ketinggalan Di Belakang Barat Dalam Semua Bidang Pengetahuan

SINGAPURA, 12 April - Negara-negara Asia mesti terus mencari pengetahuan, kecemerlangan saintifik dan inovasi untuk kekal bersaing pada peringkat global, satu forum Asia diberitahu, Jumaat.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata Asia hari ini terus ketinggalan kepada Barat dari segi sains, kejuruteraan dan teknologi, semuanya bidang pengetahuan bagi pembangunan ekonomi dan perkembangan insan.

Bagaimanapun, beliau berkata negara-negara Asia mengetahui bahawa penggunaan dan kewujudan pengetahuan adalah penting untuk mengekalkan perkembangan dan memperbaiki kehidupan rakyat mereka.

"Sehubungan itu, banyak negara mahu mendidik rakyat mereka, meningkatkan ekonomi mereka dan mewujudkan keadaan supaya pengetahuan dan inovasi berkembang," katanya pada Forum Asia London School of Economics (LSE) di sini.

Menjadikan Malaysia sebagai contoh, beliau berkata negara itu yang memutuskan menggunakan Bahasa Melayu untuk mengajar semua subjek di sekolah-sekolah kerajaan beberapa generasi lepas, kini beralih menggunakan Bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik.

Lee berkata perubahan itu bukanlah sesuatu yang mudah sama ada dari segi politik atau praktikal tetapi kerajaan Malaysia komited untuk melakukan perubahan ini kerana ia tahu inilah satu-satunya cara untuk mendapat perkembangan terkini dalam dunia serta memberikan rakyat Malaysia peluang terbaik untuk menghadapi pengetahuan ekonomi global.

Beliau menggariskan tiga cabaran yang Asia patut hadapi untuk kekal kompetitif dalam arena global, dengan yang pertama adalah dengan memastikan bahawa semua orang dalam masyarakat mendapat faedah daripada pengetahuan ekonomi.

Beliau berkata mereka tanpa kemahiran yang sepatutnya mengalami saat yang semakin sukar, malah ketika Asia berusaha untuk memajukan kemampuan dan bakat setiap individu.

Cabaran kedua, Lee berkata adalah pendedahan lengkap dan segera terhadap limpahan maklumat menerusi internet dan saluran dalam talian.

Beliau berkata ini membawa kesan ekonomi yang hebat dan peluang besar untuk berkongsi pengetahuan tetapi ia juga menyebabkan orang ramai memberi maklum balas terhadap maklumat yang tidak ditapis atau maklumat tertentu tanpa faedah atau interpretasi tertentu.

Beliau berkata filem dalam talian "Fitna" yang menghina Islam di seluruh dunia adalah contoh terkini pemikiran yang salah, memperlihatkan hak dalam kebebasan menyatakan pandangan dalam negara demokrasi, Belanda tanpa memikirkan kesannya sehingga mewujudkan rasa benci antara penganut agama Islam dan Kristian.

Kumpulan pengganas juga menggunakan internet untuk mencari ahli baru, menyebarkan ideologi ekstrem mereka dan bersedia untuk menyerang, katanya.

Beliau berkata dengan televisyen satelit dan internet, acara-acara juga dipancarkan di seluruh dunia seperti bantahanyang mengganggu perjalanan larian obor Sukan Olimpik.

Katanya cabaran terakhir dan yang terbesar adalah menyemai indentiti kebangsaan terutama bagi masyarakat yang kecil dan terbuka seperti Singapura.

Beliau berkata untuk mencapai kejayaan, sesebuah negara memerlukan rakyat yang hebat, dengan kepintaran intelek dan sosial untuk menerajui ekonomi, pentadbiran dan kepimpian politik.

Walaupun menghadapi cabaran-cabaran ini, Lee berkata transformasi Asia akan berterusan dan ia akan diperkuatkan dengan pengetahuan dan idea, dan peningkatan berbilion pekerja berkemahiran dan usahawan akan terus mencari cara yang baru dan lebih baik melakukan sesuatu.
try , Sabtu, April 12, 2008 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

  1. Bahasa masih memainkan peranan penting untuk pembangunan minda.
    Kekeliruan adalah apabila kita mahu menjadi lebih barat dari barat sendiri dari sudut budaya dan kejatian peribadi yang masih bahasa sebagai fungsi kekuatan diri.
    Di negara teluk mereka terpaksa menggunakan buruh dari berbagai bangsa dan keturunan yang tidak diberi kursus khas untuk mahir berkomunikasi dengan bahasa ibunda mereka (bahasa arab) dan ia membezakan dengan keperluan Asia menangani keperluan bahasa sebagai kekuatan minda.
    Lantaran itu pembanjiran tenaga buruh asing kini sebagai antara ciri menjadikan wujudnya pengasimilasian budaya yang memudarkan rupa dan diri warga tanpa disedari.
    Pilihan yang ada mereka terpaksa menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi.
    Asia memiliki rakyat yang hanya perlu dididik dengan sifat kemandirian dan semangat berdikari yang tinggi untuk membangunkan negara mereka kerana jumlah kepadatan penduduk dengan sendirinya menyediakan tenaga berkolar biru putih buruh dan profesional.Ini kelebihan negara yang memiliki ramai penduduk isunya hanya apakah dan bagaimanakah sistem itu mencorakkan warganya samada hanya untuk menjadi pengguna yang selesa dengan produk mewah atau bijak menjadi pengguna yang memiliki kuasa beli yang tinggi tanpa berhutang.

    Sesuatu yang khilaf andai sesuatu bangsa tidak upaya berdiri dengan bahasanya sendiri.
    Bahasa itu penunjuk bangsa jiwa itu berharga dengan keindahan bahasa dan keunikan bangsa tetap tidak memisahkan bahasanya.Tidak wajar globlalisasi mengorbankan budaya dan bahasa setelah agama menjadi korban dalam pembinaan ummah.

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog