NEW YORK: Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat mendakwa virus maut selesema burung sudah melalui proses perubahan yang membolehkannya mudah menjangkiti manusia biarpun ia belum bertukar kepada jenis menyebabkan wabak besar-besaran, setakat ini.
Bagaimanapun, Dr Yoshihiro Kawaoka, penyelidik Universiti Wisconsin-Madison, menyifatkan perubahan virus H5N1 itu sebagai membimbangkan.
"Kami sudah mengenal pasti perubahan tertentu yang menjadikan virus selesema burung itu merebak di bahagian atas saluran pernafasan manusia," katanya yang mengetuai kajian itu yang disiarkan edisi terbaru jurnal PLoS Pathogens, - lidah rasmi Public Library of Science.
"Virus yang terbesar di Afrika dan Eropah adalah jenis yang paling hampir untuk bertukar kepada virus manusia atau mudah menjangkiti manusia."
Katanya, semua sampel terbaru yang diambil daripada burung di Afrika dan Eropah, didapati membawa virus mutasi berkenaan.
"Saya tidak suka menakutkan orang ramai kerana ia tidak membawa faedah, tetapi pada masa sama, penting bagi masyarakat sains untuk memahami apa yang sedang berlaku," katanya ketika dihubungi agensi berita Reuters.
Virus H5N1 yang lazimnya menjangkiti burung dan unggas, turut menjangkiti 329 orang di 12 negara sejak 2003.
Malah, ia turut meragut 201 nyawa mangsa. Ia jarang disebarkan daripada seorang kepada individu lain, tetapi bakal mencetuskan wabak besar-besaran jika mampu bertukar kepada jenis yang mudah tersebar.
Semua virus sentiasa melalui proses evolusi dan saintis mempunyai idea tertentu mengenai mutasi yang diperlukan bagi mengubah virus yang tersebar di kalangan burung dan unggas kepada jenis yang mudah dijangkiti manusia.
Burung misalnya mempunyai suhu badan kira-kira 41 darjah Celsius manakala manusia 37 darjah Celsius. Hidung dan kerongkong manusia yang lazimnya menjadi tempat penyebaran, pula pada suhu sekitar 33 darjah Celsius.
"Oleh itu lazimnya, virus selesema burung tidak mudah hidup dalam hidung atau kerongkong manusia," kata Kawaoka.
Namun, jenis virus H5N1 yang menjalani proses mutasi membolehkan virus itu dapat hidup dalam cuaca lebih sejuk di bahagian atas saluran pernafasan manusia.
Virus H5N1 menyebabkan kematian pertama burung liar pada 2005 di Tasik Qinghai, tengah China yang menjadi lokasi persinggahan ratusan ribu burung yang sering berhijrah.
Virus itu disebarkan ke sekitar Asia dan Eropah oleh burung liar itu dan keturunannya membawa virus mutasi berkenaan.
"Jadi, virus yang tersebar di Eropah dan Afrika mempunyai mutasi jenis ini dan paling hampir dengan virus yang mudah dijangkiti manusia," kata Kawaoka. - Reuters
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Sabtu, Oktober 06, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Perubahan H5N1 ancam manusia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "