2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 4:48 PM

6Sabtu,Oktober

Polis mula bongkar rahsia kad SIM

Oleh Nurhayati Abllah (berita Harian)

KUALA LUMPUR: Kad SIM telefon bimbit yang ditelan suspek wanita Indonesia yang disiasat bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8, sudah dihantar ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras, untuk dianalisa.

Sumber memberitahu Berita Harian, Unit Forensik sedang membuat analisis sama ada kad itu masih boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat yang dipercayai dapat membantu mengenai kehilangan dan pembunuhan murid Tahun Dua itu yang mayatnya ditemui pada 17 September lalu.

- Analisa sedang dijalankan dan kita tidak tahu sejauh mana kad SIM itu dapat membongkar rahsia pembunuhan Nurin Jazlin.

- "Bagaimanapun, jika masih boleh digunakan, kemungkinan kita dapat mengambil maklumat yang tidak rosak termasuk nombor telefon atau SMS yang dihantar suspek," katanya.

Beliau berkata, nombor siri di belakang kad SIM itu mencukupi untuk mengenal pasti nombor telefon bimbit yang digunakan suspek.

Semalam, akhbar melaporkan, selepas enam hari menunggu, doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berjaya mengeluarkan kad SIM yang ditelan suspek wanita itu.

Wanita itu kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk menyambung reman.

Suspek yang disambung reman enam hari lagi dikatakan menelan kad SIM itu ketika dalam tahanan polis kerana dipercayai mengandungi maklumat yang dapat membantu siasatan kes berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, ketika dihubungi semalam berkata, polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat berhubung kes itu.

"Kad SIM itu sudah dihantar dan diserahkan kepada pihak berkenaan untuk dianalisa dan polis perlu menunggu keputusannya sebelum mengambil tindakan susulan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan berkata, polis juga sedang menyiasat dakwaan orang ramai yang menghubungi talian RakanCop mendakwa melihat seorang lelaki dan wanita yang menyamai lakaran wajah dua suspek kes pembunuhan Nurin Jazlin.

Lelaki dan wanita itu dikatakan menaiki tren Star LRT dari Stesen Bandar Tun Razak di sini, pagi kelmarin.

Lelaki berusia antara 35 hingga 40 tahun dan wanita dalam lingkungan 20-an itu, bagaimanapun menghilangkan diri di tengah kesesakan orang ramai selepas turun di Stesen Masjid Jamek, kira-kira jam 8 pagi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai dan media supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menulis laporan tanpa mendapatkan fakta yang betul kerana ia boleh menjejaskan siasatan polis.




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Oktober 06, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog