PESAWAT SU150 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jose Marti di Cuba kelmarin tanpa kelibat Snowden.
MOSCOW, 25 Jun 2013 - Pembocor maklumat rahsia Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden seolah-olah hilang begitu sahaja di ibu kota Rusia, di sini, selepas dia tiba dari Hong Kong pada hujung minggu lalu.
Pihak berkuasa AS kini giat memburu bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dan bekas juruteknik Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu.
Snowden memalukan AS apabila dia mendedahkan fail program pengintipan perbualan telefon dan e-mel rakyat negara kuasa besar itu yang dikenali sebagai PRISM.
Menurut laman web anti-kerahsiaan WikiLeaks, Snowden meninggalkan Hong Kong dan menuju ke sini pada Ahad lalu dengan menaiki penerbangan syarikat Rusia, Aeroflot.
Kata WikiLeaks, Snowden telah menerima dokumen perjalanan sebagai pelarian daripada kerajaan Ecuador. Bekas ejen CIA itu sebelum ini dilaporkan mahu mencari suaka politik di negara Amerika Selatan tersebut.
Ecuador turut melindungi pengasas WikiLeaks, Julian Assange di Kedutaannya di London.
Pada masa ini, Washington telah membatalkan pasport Snowden dan memfailkan permohonan ekstradisi terhadap pembocor maklumat itu di Hong Kong.
Namun, permohonan AS ditolak oleh kerajaan Hong Kong dengan alasan dokumen ekstradisi Washington tidak lengkap.
Tambahan pula, menurut kerajaan Hong Kong, Snowden 'secara sukarela' telah meninggalkan pulau itu untuk menuju ke negara ketiga.
Terdahulu, berpuluh-puluh wartawan berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo di sini, namun gagal menemui Snowden.
Snowden telah mendaftar masuk dalam penerbangan SU 150 milik Aeroflot menuju ke Havana, Cuba dari sini kelmarin, tetapi dia tidak menaiki pesawat tersebut.
Dia dilaporkan akan menaiki penerbangan SU 150 untuk ke Cuba dan seterusnya ke Ecuador.
Ketiadaan bekas kontraktor NSA itu mencetuskan pelbagai spekulasi dengan sebahagian wartawan menyatakan dia tiada niat untuk ke Cuba.
Maklumat yang diberikan adalah untuk mengelirukan wartawan.
Agensi berita Rusia, Interfax menyatakan bahawa Snowden mungkin keluar dari Rusia secara rahsia ketika penerbangan SU 150 berlepas.
Namun, sebuah lagi agensi berita Rusia, ITAR-TASS menolak laporan tersebut. Ia yang memetik kenyataan sumber melaporkan, Snowden masih berada di lapangan terbang Sheremetyevo.
Dia dilaporkan tinggal di bilik kecil hotel kapsul yang terdapat di sekitar terminal. Snowden kemudian berlepas dari lapangan terbang Sheremetyevo untuk menunggu penerbangan seterusnya bagi mengelak dijejaki wartawan.
Sebahagian pihak lagi menyatakan bahawa Snowden kini berlindung di Kedutaan Ecuador di Rusia.
Namun, AS semestinya memburu pembocor maklumat itu dan tidak akan membiarkan dia terlepas. - AFP
Russia tiada kaitan dengan Snowden
MOSCOW, 25 Jun 2013 - Russia semalam menafikan pembocor rahsia AS, Edward Snowden pernah menyeberangi sempadannya dan mengecam Washington atas pembabitan negara itu ketika misteri kehilangan perisik berkenaan semakin mendalam.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov berkata, Moscow sama sekali tidak mempunyai kaitan sama ada dengan Snowden, hubungannya dengan agensi perundangan AS atau pergerakannya di seluruh dunia.
“Snowden memilih laluan yang diingininya sendiri dan kami mengetahui perkembangannya seperti kebanyakan orang lain melalui media massa.
“Dia juga tidak menyeberangi sempadan Russia,” katanya.
Sebelum itu, AS mendesak Moscow menggunakan segala cara untuk mengusir Snowen yang diburu kerana membocorkan rahsia program perisikan Washington kepada media dunia.
Dia dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Sheremetyevo di Moscow menaiki pesawat dari Hong Kong Ahad lalu, tetapi pegawai Russia bertegas menafikan lelaki terbabit pernah meninggalkan zon transit di situ.
Tidak dapat dipastikan sama ada Snowden masih bersembunyi di lapangan terbang berkenaan.
Lavrov tidak mengesah atau menafikan berita bekas juruteknik Agensi Keselamatan Kebangsaan itu tiba di Sheremetyevo.
Sementara itu, menurut satu sumber, Snowden menghabiskan sekurang-kurangnya satu malam di hotel kapsul yang disediakan di kawasan transit Lapangan Terbang Sheremetyevo.
“Justeru dia tidak perlu melepasi pos kawalan pasport atau memiliki visa Russia,” katanya.
Snowden dijangka meneruskan perjalanannya ke Havana menaiki pesawat Aeroflot tetapi dia tidak muncul dalam penerbangan berkenaan.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "