/

Ong Umum Pengecualian Bagi Pemakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat berkata pengecualian kepada peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang hanya diberi kepada kenderaan yang didaftar sebelum 1 Jan 1995, kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Jan 1995 tetapi tidak dilengkapi dengan "anchorage points" dan kenderaan komersial termasuk bas, teksi dan kereta sewa.

Beliau berkata bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Jan 1995, tetapi belum dipasang dengan tali pinggang keledar tempat duduk belakang, tempoh selama tiga tahun akan diberikan bermula 1 Jan 2009.
Katanya di bawah perundangan ini, pemandu kenderaan akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang dilakukan oleh penumpang-penumpang di belakang yang tidak menggunakan tali pinggang keledar yang disediakan.

Ong berkata dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool pada pelancaran program pemasangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang di Proton Platinum Centre, Mutiara Damansara di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengguna jalan raya supaya membudayakan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk depan dan belakang mulai sekarang, bukan sahaja untuk mengelakkan tindakan undang-undang, tetapi bagi keselamatan diri sendiri dan orang tersayang apabila berlaku kemalangan.

Beliau berkata sebagai peringatan kepada orang ramai, satu program penguatkuasaan percubaan atau "mock enforcement" akan bermula 15 Dis ini di mana pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan "notis amaran" kepada pemandu-pemandu kenderaan persendirian atas kegagalan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang-penumpang di belakang.

Pada masa kini, Ong berkata kerajaan sedang melaksanakan kempen advokasi bagi membiasakan pemandu dan penumpang kenderaan persendirian tentang pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

Katanya di bawah program ini, anggota JPJ, polis dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dengan dibantu pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya dan Rakan-Rakan Keselamatan Jalan Raya telah mengadakan Operasi Khidmat Nasihat di plaza-plaza tol, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta kawasan tumpuan orang ramai di seluruh negara.

Kempen promosi ini juga disokong dengan mesej kegunaan tali pinggang keledar yang dipaparkan melalui iklan-iklan di rangkaian televisyen, radio dan akhbar tempatan, katanya.

Ong berkata sehingga Oktober lepas, tahap keselamatan jalan raya di negara ini telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Katanya kadar kematian bagi pemandu/penumpang kereta telah berkurang sebanyak 7.6 peratus, pejalan kaki 6.2 peratus, pemandu/penumpang bas 52.3 peratus, pemandu/kelindan van 29.1 peratus serta kenderaan-kenderaan lain sebanyak 33.9 peratus berbanding Oktober 2007.

"Hanya kadar kematian penunggang dan pembonceng motosikal masih belum lagi dapat ditangani dengan jayanya di mana kadar kematiannya telah meningkat sebanyak 14.2 peratus sehingga bulan Oktober 2008 berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas," kata beliau.

Ong berkata bagaimanapun kadar kes-kes cedera parah dan ringan untuk penunggang dan pembonceng motosikal telah menurun dengan kadar 6.6 peratus.

"Ini menunjukkan secara keseluruhannya, inisiatif-inisiatif dan program-program keselamatan jalan raya yang telah dilaksanakan, telah pun menghasilkan impak yang positif," katanya lagi. - bernama
Adam MeRAH , Rabu, Disember 03, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog