/

Accident at Puchong, after Sunway Toll under the flyover



Satu maut, 4 parah trailer rempuh 13 kenderaan

SUBANG: Seorang maut manakala empat lagi parah dalam satu kemalangan membabitkan tujuh kereta, lima motosikal dan dua lori termasuk sebuah trailer di persimpangan lampu isyarat menuju ke Bandar Puchong Jaya dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, trailer berkenaan dari arah Bandar Kinrara yang dipercayai dipandu laju hilang kawalan merempuh semua kenderaan berhenti di persimpangan berkenaan.

Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Asisten Superintendan Mohd Rizal Kamarudin, berkata siasatan awal mendapati, pemandu trailer itu dalam keadaan mabuk menyebabkan dia gagal mengawal kenderaannya.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan semua kenderaan berhenti di persimpangan lampu isyarat rosak teruk, manakala pemandu dan penumpang pula cedera,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang maut adalah pemandu satu daripada kereta dikenali sebagai Kyaw Lim , 64, warga Myanmar. “Mangsa maut akibat kecederaan serius pada kepala dan beberapa bahagian badan akibat keretanya terperosok di bawah trailer dan diseret kira-kira 100 meter. Empat lagi mangsa yang cedera parah, semuanya penunggang motosikal belum dikenal pasti identiti dan dihantar ke Hospital Putrajaya dan Serdang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba, Penguasa Kanan Zainal Elias Abdul Aziz, berkata pihaknya mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mayat mangsa tersepit di bawah trailer.

Kita mengalami sedikit kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana kereta mangsa terperosok di bawah trailer yang membawa muatan besi waja,” katanya.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan jam 2 petang dan tiba di lokasi 25 minit kemudian.

Tiga jentera dari Balai Bomba Seksyen 7, Petaling Jaya dan Jalan Penchala dengan 20 anggota menyertai operasi itu. Kami turut membantu mengawal kesan tumpahan minyak di lokasi kejadian untuk memudahkan kerja memindahkan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu,” katanya.

Kemalangan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas hampir lima kilometer dari arah menghala ke Puchong dan Bandar Sunway. - BH








try , Selasa, Julai 01, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog