2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Antara Cinta & Kasih

Aku binggung bila memikirkan hal ijam. Apa salahnya perhubungan ini. Di manakah janjinya dahulu yang ingin sehidup semati denganku.

"Lelaki semuanya penipu...!" jeritku di dalam bas Intrakota.


Aku terlupa yang aku sedang berada di dalam bas. Tatkala itu aku terlopong sebentar. Yang sadisnya mamat disebelahku angin sampai memerhatikanku tanpa ada kerdip di matanya. Akupun apa lagi...! jeritlah control ayu.

"Apa pandang-pandang...! Nak penampar…?" tanyaku sambil menekan loceng bas Intrakota untuk terus turun kerana semua mamat yang berada dalam bas semuanya pakat memerhatikan aku selepas aku membelasah mereka dengan "ayat" tadi.

Nak malu apa buat muka selamba ajalah. Rupa-rupanya sadis aku tak sampai di situ, mamat yang duduk di sebelah aku turut turun bersamaku.

"Hah...! Yang gi ikut orang ini kenapa...! Tak puas hati ke...?" tanyaku lagak tanpa segan silu.

"Cik adik singa oi...! Awak ingat CM ini bapak awak punya...!" marah mamat tu kepadaku.

"Kalau bapak orang punya...!"

"Orang tak bagi semua lelaki kat Malaysia ini datang lepak sini...!"

"Buat semak muka orang aja...!" marahku mulalah menggila.

Ini semua gara-gara Si Ijam yang dok main gila dengan minah seksi yang selalu lepak kat Cyber Cafenya.

"Woi…! Angin aku dah naiklah ini…!"

"Ooiit...! Cik adik singa ooii…!

"Kalau awak dah putus cinta janganlah terjah orang sekali...!"

"Isk...! Makan penampar plak aku kang kat budak ini...!" angin mamat tu dah naik.

Aku rasa baik aku pergi sebelum itu baik aku kasi ayat bodoh selamba untuk dia sebagai balasan memalukan aku depan bebudak KL yang ramai dok lepak depan McD ini.

"Lain kali...! Kalau sendiri dah ditinggalkan girlfriend janganlah mengata orang...!"

"Sendiri kena tinggal sendiri soundlah...!"

"Bodoh...! mangkuk...!" aku lari sekuat hati meninggalkan mamat tu bengang sambil diketawakan oleh rakan-rakannya aku rasa.

Lari punya lari aku sampai di pangung wayang belakang CM....

"Aik Lis aku tengok kau tercungap-cungap tu kenapa?" tanya Huda.

"Hik...! Hik...! Hik....! Aku dah belasah satu mamat…"

"Ada ke dia sound aku cik adik singa, tapi memang salah akupun emosional sangat…!"

"Siot tullah" ini semua gegara aku putus cinta ngan ijam 2 hari lepas.

Aku teringat di sinilah aku berkenalan dengan Ijam. Aku mengeluh panjang. Belum sempat aku habis mengeluh aku terserempak dengan Ijam di sini.

"Adoi…! Kecil betullah KL ini fikirku di dalam hati…!" aku tak sempat melarikan diri dan bermulalah episod perli memperliku yang datangnya dari girlfriend baru Ijam.

Memang cantik dan sememangnya tinggi lampai dan yang pastinya gadis itu seksi…

"Sayang…! Jom kita pegi situ sayang… I nak beli pop corn dengan air ye you sayangkan I kan…?" kata-kata gedik yang keluar dari mulut perempuan itu buat Huda geram.

"Woi pompuan gatal…! Kalau kau nak pegi beli gi ahh beli aja…!

"Yang kau dok bodoh bising kat depan muka aku ni pehal…!!" jeritan Huda membuatkan persekitaran di luar panggung itu gamat seketika.

"Hai…! Lah sayang, orang lain yang makan cili, orang lain yang rasa pedasnya sayang…!" perli demi perli membuatkan aku lepas dan lesu. Aku hanya memerhatikan Ijam dari jauh. Ada kesal di wajahnya. Aku tersenyum kerana dia ternyata menang dalam taruhannya sendiri untuk memalukan aku.

"Alah… Takat makan cili apalah sangat woi…!"

"Kau belum kena penanggan tempe aku lagi tau…!"

"Mau tebal bibir terjuih kau tuuu bengkak aku tabur cili…!" Huda ini memang kaki gaduh.

Sejak dari bangku sekolah lagi, entah kenapalah dia ini yang kelakarnya bila dengan boyfriendnya lembut macam sotong.

"Dahlah tu…! Yang kau gi layan tu apsal…! Malulah… !" aku menarik tangan Huda jauh ke belakang. Air coke di tangan telah di goncangnya. Alamak aku rasa perang air nak start dah ini. Gadis itu berlalu di depan kami sambil melanggar badanku.

"Hurmmm… dah rampas bf akupun nak eksen… !" geramku di dalam hati.

"Kau tanak balas ker Lis…! Geramnya aku…!" bising dan bebelan Huda buat aku mula hendak menanggis.

Tiba-tiba, ada sentuhan dari seseorang yang pastinya bukan tangan Huda yang menyentuh pinggangku dan terus meranggkulnya.

"Awak lagi…! Tak ada tempat lain ke awak nak pergi hah…!" jeritku perlahan di telinga mamat yang aku jumpa di dalam bas tadi.

"Saya nak tolong…!"

"Jaga sikit awakpun awak maruah jugak…"

"Tak malu ke member awak tolong tahankan x-bf awak yang tak hensem tu…!"

"Saya lagi hensem…!"

"Jom…!" katanya sambil menarik tanganku ke arah Ijam dan pasangannya yang sedang membeli air dan pop corn.

"Woi… brother…!!"

Deshum…

Satu tumbukan kena tepat di muka Ijam dan membuatkan bibirnya sedikit berdarah dah air yang diminumnya disemburkan ke arah gadis tersebut. Apa lagi menjeritkan gadis mengada tu. Aku menanggis kegembiraan. Buat pertama kalinya aku rasa inilah saat kepuasan setelah aku ditinggalkan pergi oleh Ijam.

"Apa ini brother…! Lu pehal ini…! Tumbuk gua…!" Ijam bersuara.

"Sayang you pergilah lawan balik…!"

"Geramnya you ini tengok…!"

"Habis basah baju I ini…!" gadis itu mengedik meraba-raba menyuruh Ijam bangun dan melawan.

"Aku nampak awek kau sound awek aku lagi…!"

"Kau memang nahas. Kau nampak member aku kat sana tu...!"

"Sekali tumbuk kaunya tulang patah… !"

"Ingat…!"

"Last warning…!" kata mamat tesebut dengan lagaknya sambil menarik aku keluar dari panggung wayang.

Habislah punah aku nak tengok cerita "Buli". Penat aku beratur dengan Huda. Huda terkedu tak terkata.

"Haaii…! Brother thanks yeak…! Kalau awak tak ada alamatnya saya kena perang sengsoranglah. Nak harapkan pompuan ini duduk macam tunggul kayulah gamaknya…!" kata-kata Huda buat aku menyepak kakinya sekali lalu.

"Adoi…! Apa ini…!" Huda menjerit kesakitan.
"Lain kali diam…!" kataku malu.

"Amboi…! Tadi macam singa. Bila kena serang ngan pompuan tu terdiam plak…!" perli mamat tu buat aku mula menyampah kembali.

"Yang awak gi tolong tu kenapa…! Orang tak suruhpun awak tolong orang…!" kataku marah.

"Nasib baik saya tolong orang tadikan…! Bukannya singa…!" katanya sambil tergelak.

Huda menyuruh aku berterima kasih. Hurmmmm kenalah juga sebab dia dah tolong selamatkan maruah aku dari terus di hina tadi.

"Hurm… thanks… bye…!" kataku sambil menarik tangan Huda.

"Okey… bye… jumpa lagi… cik adik singa…!" katanya sambil mengenyitkan matanya ke arahku.

Memang betul dia ramai kawan. Semuanya smart-smart belaka. Aku dok gaduh ngan mamat tu tak sempat aku nak tanya nama dia. Siapa lantaklah sapa suruh tolong.

"Wei member dia smartlah aku dah sambar sorang…!" kata Huda.

"Kau sempat lagi…!" jeritku.

"Sesambil tengok kau gaduh ngan mamat tu akupun bagilah no HP aku dah dorang mintak…!"
"Eh…! Lis kau tahu ke nama mamat yang tolong kau tu…!"

"Smart gila aku rasa dia ketua kot…!" Huda bercakap tak henti-henti.

"Jomlah… aku nak gi McD kejap nak gi beli ais krim kita balik ajala ye. Aku dah tak ada mood dah ini...!" kataku kepada Huda.

"Jom… kita lepak umah kau ajalah mama kau bukan adapun…!" idea Huda aku terima.

Tiba-tiba bahuku di cuit…

"Sorry ye saya tak sempat tanya nama awak nasib baik awak ada lagi kat area sini...!"

"Nama siapa?"

"Saya Zulkifli. Panggil Zul aja…!" sambil berjabat tangan denganku.

"Hurmmm… baik plak tadi sibuk dok gaduh ngan orang" balasku sedas dua.

"Saya Melissa panggil lis aja…!" kataku sambil memegang ais cream McD.

"Mekasih ye ais krim ini anggaplah upah sebab tolong awak tadi…!" terus meyambar ais creamku dan berlari ke member-membernya.

"Iskk… geramnya aku…!"

"Aku jumpa mamat tuu memang aku katuk-katuk kepala dia…!"

"Konon nak minta maaf…!"

"Iisk geramnya aku. Meh Huda aku kena beraturlah gamaknya balik…!" geramku pada Zul dah mula memuncak. Memang kalau aku jumpa dia siaplah.

"Hik…! Hik…! Aku tengokkan Zul tu macam minat kat kau je tak habis-habis dok kenyit mata kat kau…!" Huda tergelak besar melihat adegan Zul dan aku.

"Banyaklah kau...!" geramku tak padam lagi.

Setelah selesai membeli aku mengajak Huda balik naik teksi aja sebab dah panas sangat KL ini rasanya. Semasa di dalam teksi aku tengok Huda tak habis-habis bergayut. Tengah bergayut ngan mamat yang dia bagi no tulah agaknya. Tergedik-gedik aja aku tengok.

"Lis… Zul minta no kau… aku dah kasi…!

"Sebab dia kata dia nak ngorat kau…!" kata Huda selamba.

"Kau tahu tak apa yang kau buat Huda…! Aku baru putus cinta…!"

"Kau sesedap hati aja nak pasangkan aku dengan orang yang aku sendiripun tak kenal kenapa?" tanyaku tak puas hati.

"Zul tu ok aja aku rasa tak salahkan kau berkawan bukan aku suruh kau cinta dia. kawan…! Faham…! makna kawan...!" Huda bersuara.
Ada betulnya kata Huda aku yang emosional. Hurmmm aku hanya mengeluh. Aku tanak bergaduh dengan Huda sebab dialah satu-satunya sahabatku suka dan duka.

"Kau cuba tenang sikit tak semua lelaki jahat macam Ijam…"

Sedikit demi sedikit persahabatan Huda dengan Mail membuatkan aku sering bertemu dengan Zul secara tak langsung. Dah menjadi lumrah yang aku harus bersama-sama Huda tak kira dimanapun Huda berada kerana kami sememangnya terpaksa bersama sekiranya ingin keluar bersosial.

"Hai… sayang…! Hari ini moody aja…! Kenapa… ?" tanya Zul kepadaku setiap kali bertemu.

"Sukalah…! Nak moncong ke…! Nak senyum ke…! Tak kena bayar kan…!" kataku perlahan.

"Awak nak balas dendam tak…?!" tanya Zul kepadaku.

"Maunya tak selagi orang tak balas dendam dia melutut kat orang selagi tulah hati orang tanak tenteram…!" kataku dengan nada yang marah.

"Jom…! Tapi awak kena ikut syarat saya dulu. Baru awak boleh gugurkan iman x-bf awak tu…!"

"Setuju…? Lagi satu jangan muncungkan mulut tu… buruk betul…!" katanya sambil tak sudah ketawa.

"Huda aku kidnap member kau kejap kau duduk kat sini ye. Jagakan coffee house aku kejap dalam 2 jam aku balik ok…!" kata Zul kepada Huda.

"Okey… !" jawab Huda.

Sememangnya Zul bukan orang sebarangan. Walaupun aku mengenalinya seorang lelaki yang tak bermoral dari segi tutur kata rupa-rupanya itu adalah masa hujung minggunya sahaja. Zul memiliki coffee housenya sendiri. Di situlah rakan-rakannya duduk berjam-jam dan berkumpul. Dah zul bukan seorang yang cikai. Sememangnya dia anak orang berada juga tapi penampilannya cukup sederhana pakai bajupun bukan jenis jenama memahal.

"Awak nak bawa orang gi mana?" tanyaku.

"Saya nak bawak awak gi sesuatu tempat…!" katanya sambil memandu kereta Honda Mivecnya.

Sesampainya di satu tempat, aku lihat dia menarikku ke satu salon.

"Sis…! Tolong ubahkan Lis…!"

"Oh ya...! ini kawan Boy…!

"Lisa nama dia…! Kenalkan inilah kakak I Farah nama dia…!" katanya sambil aku menghulurkan tangan untuk berjabat.

Ternyata mereka tidak sombong aku dilayan seperti seorang puteri. Zul hanya ketawa melihat aku merungut bila rambutku ditarik oleh stylish kakaknya yang lembut tetapi lelaki tau…! Semua kena dengan cuci rambut siap rebonding lagi. lepas tu colorkan dengan warna burgundy.

Adoi…! Memacamlah… dari rambut aku yang agak curly sedikit berubah menjadi rambut tak ubah seperti Jenniffer Aniston.

2 jam aku kepala aku digodek oleh pembantu kak Farah. Sedangkan Zul sempat membuta di sofa menunggu sambil aku melihat seorang gadis yang tak sudah-sudah dok mengesel Zul dari tadi.

"Gf dia kot…! Jangan dituduh aku rampas Zul dah.. memang aku sepak si Zul tu.. nanti..!"kataku di dalam hati.

Aku tak tahu apa motif Zul dengan tindakanku untuk membalas dendam. Apa kaitannya dengan rambutku yang diubah sebegini rupa.

"Oit…! Dah siap. Tengok princess kau Boy…!" Kak Farah menepuk bahu Zul dan membuatkan Zul terjaga dan terkejut.

"Alamak…! Erk…! Cantiklah kak…!" kata Zul perlahan-lahan.

"Tak pernah akak tengok kau bawa perempuan kat salon akak ini ada apa-apa ke…?"

"Special ke…?" tanya Kak Farah.

Aku yang berdiri terdiam sebentar melihat perbualan adik beradik ini yang satupun tidak dapat aku dengari.

"Ada tu ada…! Tapi budak ini baru lepas putus cinta. Perangai dia tak ubah macam singa tapi comel ahh kan…!!" Zul tersenyum sambil mengenyitkan matanya kepadaku.

"Darling…! Gf baru you ke…? I tak ada harapanlah ye…!" kata gadis yang dari tadi dok gatal mengeselnya dari mula aku mencuci rambut.

"A`ah...! sorry ye sayang…!" kata Zul sambil menuju ke arahku.

"Jom kita kena gi satu tempat lagi…!"

"Lepas ini kita belasah nafsu x-bf awak sampai lenjan…!" kata Zul berselorok.

"Gila ker apa…!"

"Ini jap, saya nak bayar…! Berapa yeak kak Farah…!" tanyaku sambil berlari menuju ke arah Kak Farah di kaunter.

"Gila ke apa…! Tu adik akak dah siap bayar dah dari masuk tadi….!" kata-kata Kak Farah tak ubah sepertiku.

"Samakan ayat you ngan akak I…!?" ketawa Zul buat aku termalu sekejap.

Dari salon Zul membawaku ke tempat pakaian yang berada di sekitar Damansara. Aku hanya mengikut biarlah dah dia yang nak belanja sapa suruh. Aku tak suruhpun. Tapi aku tahu penampilanku kini buat aku sedikit gembira dan rasa diperhatikan oleh persekitaran. Zul pula tak habis-habis memerhatikan aku dari tadi.

Aku senyum sambil memandang ke arahnya. Ada cebisan kasih untukku sebagai seorang kawan kepada Zul. Kasih yang sukar untuk ditafsirkan dan yang pasti ianya bukan perasaan cinta.

"Awak nak buat apa sebenarnya ini. Saya tak fahamlah…!" tanyaku bila dia menarik aku ke kedai pakainan yang aku rasa tak pernah aku pakaipun sebelum ini dan kalau adapun hanya di majlis formal papa dan mama 4 bulan lepas di majlis koktel syarikat papa.

"Adalah... janganlah banyak soal…!" katanya sambil mengarahkan seseorang melayanku.

"Abu…! Meh sini.. kau carikan baju dia kejap…! aku nak 5 pasang…! Make sure seksi key...!" arahan Zul dipatuhi.

"Woit…! Selamba aja awak ini sound mamat tu…!" marahku terkejut.

"Apa pulak…! Kedai ini papa saya punya…!"

"Diorang nak marah…! Try…! Kalau berani…!" lagak Zul mula menakutkan aku.

Dia ini siapa sebenarnya. Anak loaded gila aku tengok. Tapi aku malas nak tanya nanti dia riak pulak so dah rezeki aku biarkan aja janji mama aku tak tahu dah tapi kalau papa tahu matilah aku. Mesti aku kena grounded sebab duit sendiri tak guna tapi membazirkan duit orang lain.

1 jam aku dijadikan patung oleh Zul untuk mencari baju yang sesuai Sungguhpun pakaiannya agak seksi. Ternyata aku tak faham lagi apa motif Zul buat begini. 2 jam berlalu akhirnya Zul berpuas hati dengan pemilihan Abu dalam memilih pakaian yang sesuai.

Hp Zul berbunyi ketika dalam perjalanan pulang ke Coffee housenya. Zul membelikan Huda sepasang baju berserta kasutnya sekali sepertiku juga. Memang aku tak faham Zul, aku baru mengenalinya 3 bulan sahaja. Tetapi di hatiku ini rasa macam dah lama berkenalan dengannya. Ada sononim di hati ini.

"Kau dah jumpa mamat aritu…! Ngan minah tu sekali…?" tanya Zul ketika perbualannya.

"Okey… lagi ½ jam aku sampai dengan member aku. Make sure malam ini kau jangan bagi diorang keluar till 12.00 am okey… !"

"Ok good…! Thanks beb…!" sambil tersenyum dia berkata kepadaku.

"Malam ini kita gi Modesto ada suprise untuk awak. Lepas ini janji jangan moody lagi. Tiap kali jumpa dan lepak ngan kitorang kat coffee house rite…!?" pinta Zul tegas dan pelahan sahaja tonasi suaranya.

"Saya tak pernah jejak kaki kat situ kalau papa saya tahu matilah saya awak…!" kataku.

"Malam ini malam executive jemputan aja dibenarkan masuk. Lady's nite okey…! Saya dapat pas malam ini…!" terangnya.

"Kenapa awak baik sangat layan saya…! Ijam tak pernah layan saya macam ini…!" tanyaku sambil memandang wajahnya.

"Tak ada apa-apa. Saya cuma nak tengok awak happy. Make sure awak juga ada harga diri faham…!" ujar Zul sambil mengusap lembut rambutku.

"Cantik rambut awak kena ngan muka awak. Lepas ini awak gi salon akak saya ajalah senang citer...!" kata-kata Zul buat aku terfikir sebentar.

Alangkah terkejutnya Huda tengok aku dah berubah jadi agak sedikit seksi bukan dari segi pemakaian tetapi dari stail rambutku yang lurus dan bersinar.

"Teknik rebonding…! Jelesnya aku… cantiknya rambut kau Lis…! Nie nak gi mana nih…!?" tanya Huda tak habis-habis memegang rambutku.

"Alah…! Aku tiru rambut kau Huda tak suka ke…?" tanyaku ketawa.

Hari ini dan saat ini aku rasa gembira. Ada sedikit cahaya yang mula menerangi hatiku. Aku rasa ada sedikit riak bila semua orang memerhatikan aku dan tersenyum. Terutama sekali Zul yang duduk di kaunter sambil menolong pekerjanya setelah lama meinggalkan coffee housenya. Zul cukup gentlemen, saat ini dia membiarkan orang lain memuji penampilanku. Dan dia hanya tersenyum sambil mengenyitkan matanya kepadaku.

"Kau menang loteri tak…!" tanya Huda sambil memandang Zul.

"Gila ke apa..!" kataku terkejut.

Tiba-tiba Zul merapati meja kami dan menyuruh kami balik dahulu dan malam ini dia akan menjemput aku jam 10.00 malam ini. Zul menyuruh aku mengambil beg pakaian untuk Huda.

"Nah…! Zul belanja…!" kataku sambil menghulurkan beg pakaian berserta kasutnya sekali.

Kaki aku dah Huda sama aja kalau kat rumah tu kasut aku kasut dia baju aku baju dia gak. Maklumlah mak aku dan mak dia kembar. Hehehehehe sebab itulah aku kata memana pergi aku kena pegi dengan dia. Dah sepupulah katakan.

Sesampainya dirumah, aku dikejutkan dengan jeritan mama yang melonjak kegembiraan.

"Waaaaaaaaaaaaaa…! Darling… you tengok baby you… dah berubah dah ini…?!" jeritan mama buat aku ketawa.

Memang benarlah rambut adalah mahkota setiap wanita. Aku hanya tersenyum dan mama agak aku mesti ada date malam ini. Aku tak sempat nak menidakkannya suara Huda lagi dulu dariku.

"Ada Mak Cu, date dengan Zul bf baru dia. Rambut ini bf baru dialah yang belanja…!" kata Huda sambil berlari naik ke atas. Jam di tangan sudah menunjukkan masa maghrib hampir 15 minit berlalu.

"Dah gi sembahyang dulu. Lepas tu kita makan…! Tu suruh si Huda tu call mama dia, kang mengamuk plak pompuan tu lagi kat mama macam semalam…!" pinta mama.

Aku hanya angguk sambil melihat papa tak putus-putus mencium pipiku.

"Dahlah papa…! Lis nak naik nih…! Malulah…! Ini baru ubah rambut…!"

"Kang lagi papa terbeliak tengok lis pakai baju plak…!" kataku berselorok.

"Iyalah…!" papa berlalu ke ruang tamu sambil menonton tv.

Kami makan ala kadar kerana aku dah kenyang makan nasi ayam tadi petang di café Zul. Hudapun sama. Oleh kerana Zul menjemput sampai ke rumah mama dan papa tak melarang aku. Yang pastinya, mama dan papa terkejut melihat pakaian aku dan Huda yang agak seksi. Pada mulanya papa macam tak suka tetapi setelah berbual dengan Zul, papa membenarkan aku dengan syarat aku balik sebelum jam 1.00 pagi.

"Zul…! Uncle tahu sebelum jam 1.00 pagi hantar…! Kalau takk…! uncle adukan pada papa Zul…!" kata-kata papa buat aku terkejut beruk.
"Papa tahu Zul ini siapa...?"

"Aik… patutlah dia bagi. Kalau ijam mampus, aku sampai kena curik keluar gi dating memalam dulu-dulu…"

"Okey… uncle… Zul janji…!" kata Zul sambil meminta izin untuk pergi sekarang.

Huda naik kereta bf baru dia. Alah si Mail tulah. Memang bila sampai kat Modesto tu aku tengok ramai betul member Zul. Semuanya dok puji aku ini gf Zul. Aku sengih aja. Yalah… tak tahu nak kata apa aku kata tidak diorang kata aku tipu sukalah diorang nak kata apa…

Tiba-tiba semasa aku menjejakkan kaki di Modesto buat pertama kalinya. Tanganku ditarik oleh seseorang yang pastinya bukan Zul dan bukan juga rakan-rakan Zul.

"Ijam…!?" jeritku terkejut.

Setahu aku ijam kata dia tak suka disko. Tapi rupanya dalam pada dia halang aku pergi menjejakkan kaki aku di disko dia dulu hantar badannya ke disko. Dasar penipu.

"Lis… ! you Lis ke…! Tak sangka you cantik sangat! Rambut you, lawa seksinya…!" pujian Ijam buat aku muak.

Zul merapatiku. Ijam terkedu bila melihat tangan Zul merangkul lembut pinggangku.

"Lu pehal brother nak ngorat balik awek ini ke…! Kalau lu berani trylah…!"

"Jom sayang kita gi duduk kat sana…!?" pinta Zul.

"Lisa… Berilah I satu peluang…!"

"I janji akan jaga you bebaik kali ini…!?" pinta Ijam sambil terduduk melutut ke arahku.

Aku sedih rupa-rupanya inilah cara pemakaian yang mampu buat Ijam kembali kepadaku. Barulah aku faham suprise inilah yang Zul buat untukku. Walaupun aku marah sebab dia rancang ini semua untuk membantuku tetapi aku lega. Kegelapan percintaan antara aku dan Ijam hilang setelah melihat Ijam melutut meminta aku kembali padanya.

Kata-kata penghinaan gf baru Ijam tempoh hari menyuruh aku melutut untuk dapatkan Ijam kembali terbalas juga. Aku hanya tersenyum melihat gf baru Ijam yang benggang dan malu. Yang pastinya mereka tidak boleh keluar sampai jam 12.00 pagi nanti. Pintu Modesto di tutup. Dan inilah malam executive yang Zul katakan petang dari.

"Puas hati…?"

"Dendam awak terbalas tak…?"

"Maaf yer sebab buat ini semua tanpa bincang dulu dengan awak sebab takut awak jadi macam dulu balik…?!" kata Zul sambil mengaru kepala.

"Taklah thanks a lot…!" aku mencium pipi Zul di hadapan semua rakan-rakannya.

Itulah tanda terima kasih yang tak terhingga untukku setelah membuatkan aku kembali ceria dan bertenaga semula.
"Wooohoooo…! Cayalah Beb… kau menang loteri ini…?!" jeritan rakan-rakan Zul buat aku malu dan tersenyum sendiri.

"Awak takut saya jadi macam dulu tu apa yeak…?!" tanyaku.

"Jadi Cik Adik singalah…! Apa lagi…!" kata-kata Zul buat aku menampar badannya.

Huda tersenyum…

Aku faham maksud Huda. Inilah erti persahabatan. Walaupun aku pernah mencintai Ijam ternyata nilai cinta tak seindah yang aku dapat. Aku rasa inilah kasih sayang yang terindah aku dapat dari seorang lelaki yang aku gelarkan sahabat.

Setelah jam tepat pukul 12.00 pagi. Zul mengarahkan rakan-rakannya pulang. Memang Zul tegas ke semua rakan-rakannya tidak dibenarkan mengambil sebarang minuman beralkohol. Ada bagusnya juga.

Huda di hantar oleh Mail ke rumahnya terus kerana dah 2 hari Huda tak nak balik rumah hari ini terpaksa juga balik sebab papa Huda dan mengamuk kat rumah. Sedangkan aku dihantar oleh Zul dengan diekori oleh beberapa rakan Zul. Zul kata dia ada kerja lagi.

"Saya kata satu boleh…?!" Zul bersuara.

"Katalah apa dia…!" tanyaku.

"Andai kata suatu hari nanti ada bibit cinta antara kita, boleh beri peluang pada bibit cinta tu tak…?" tanya Zul malu dan yang nyata dia langsung tak pandang muka aku.

"Amboi tak pandang. Asal malu…?!" perliku.

Aku tersenyum dan berkata

"Yup of course, but now tak ada lagi...!" kataku bergurau.

Sengih Zul menjelaskan segalanya. Walaupun aku tahu dia tersenyum girang aku tak dapat lihat wajahnya saat itu kerana dia memalingkan mukanya ke tingkap kereta.

"Bye… good nite… jumpa esok key…!" kataku sambil mencium pipinya.

"Bye… my princess… sweet dreams…!!" kata Zul tersenyum.

"Thanks…!" kataku dan mula membuka pintu gate rumahku.

Aku tak mahu memuji Zul sekarang ini. Ternyata aku gembira Huda memarahiku tempoh hari. Ada bagusnya berkawan dengan orang baru kerana dari situ kita banyak perolehi kegembiraan dan kenangan yang baru juga.

Rupa-rupanya papa dan mama mengintai aku dari balkoni biliknya. Keesokkan paginya aku dan nampak si Huda ini tercongok kat meja makan untuk bersarapan lebih dulu dariku.

"Good Morning…!" kata Huda seakan memperliku.

"Berseri-seri orang tu Huda…!" papa tersengih.

Aku hanya tersenyum. Ternyata perubahanku membuatkan papa kembali ceria. Perjalanan yang baru ini aku harap ianya bukan perjalanan ke arah kegelapan lagi.

"Kau ini tak reti makan kat umah sendiri ke…?"

"Ada aja…!"

"Tak malu betul…!" marahku pada Huda.

"Alah…!"

"Sana ke sini ke sama aja, rumah aku kat sebelah rumah kau aja nak heran apa…!"

"Mama aku kat sana, kat sini sama ajakan Pak Cu kan…!" kata Huda sambil makan nasi goreng.

Ya tak ya jugak. Nasib kaulah Lis nak kata apa mama kau ngan mama diapun tak reti nak berenggang terpaksalah kau pun sama gak…!

Aku tersenyum…
try , Khamis, Mac 15, 2007 | 9 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

9 ulasan :

  1. cite nih best gile....but...x de ksmbgn die ke...skt mate mencr nye...

    BalasPadam
  2. takde sambungannye ke?

    BalasPadam
  3. best.... write la story y best lagi... =)

    BalasPadam
  4. ada sambungannya lagi gak? sambung lagi dong. Kayaknya bagus deh kalo disambung kisah cinta antara zul dan lis tu, hehehe, romantik abeshhh

    BalasPadam
  5. bagus nya cta nie... suka dgr smbg lh cta nie.. wat buku ke best bah cta nie. i suka dgr best giler... ending dia pun ok. tp mcm tiru cta hindustan tajuk apa yer.. lupa plak.

    BalasPadam
  6. best giler citer ni..
    buat la smbungan citer dia..
    huhuhuhu...

    BalasPadam
  7. best si0t cite nie...x kn x da smbngan k0t???

    BalasPadam
  8. bgus cta nie.. wat la smbungan ek

    BalasPadam
  9. cite best.boleh dibuat buku. tp klu boleh utk bhgn dialog tu tlg mention siapa yg bertutur....

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog