2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kaulah Segalanya

Matahari sudah tegak di kepala. Aku masih mengelamun di atas katil. Kedengaran jelas dari rumah jiran sebelah memasang lagu yang paling aku anti sekali. Aku menjenguk dari tingkap yang menghadap rumah banglo dua tingkat berwarna biru laut dan putih itu.

"Mesti mamat tak betul tu balik. Macam dah tak ada lagu lain yang nak dipasangnya. Lagu yang tak paham dek orang tu juga yang diulangnya," rungutku sendiri. Aku paling sakit jiwa kalau dia balik bercuti. Lagu trash yang tak pernah sejiwa dengan aku mesti kedengaran dari pagi sampailah ke malam. Kalau senyap tu maknanya dia tak ada di rumah. Masa itulah aku rasa teramat tenang jiwa raga dan betapa amannya hidup aku duduk di rumah.

"Adik! Bangunlah. Apalah nak jadi dengan anak dara Mama yang seorang ni. Selagi tak tegak matahari tu tak pernah nak bangun awal," leter Mama dari muka pintu sambil mencekak pinggang. Aku hanya tersengih. Alah, macam aku tak kenal Mama. Dia berleter sekejap je sebab aku tahu macamana nak buat Mama kembali tersenyum. Aku menghampiri Mama lalu merangkul pinggangnya. Sebuah kucupan hinggap di pipinya.

"Hari ini adik tengok Mama lawa sangat. Apa petua Mama?" pujiku. Mama mencubit pipiku geram.

"Petua Mama tak bangun lewat macam adik. Kalau bakal mak mertua tengok terus kena reject," jawab Mama selamba. Aku hanya menyeringai mendengarkan jawapannya.

"Anak Mama ni belum cukup umurlah nak jadi bini orang tapi kan kalau Along tu bolehlah. Layak sangat jadi laki orang," jawabku apabila kelihatan kelibat Along melalui hadapan bilikku.

"Hah! Nak cari gaduhlah tu," rungut Mama. Seperti yang diduga, Along sudah berdiri di belakang Mama untuk mengusikku namun tindakanku lebih pantas dengan berlari ke dalam bilik mandi. Yes! Aku berjaya lagi.

***************

Aku berlari anak menuju ke bilik kuliah. Aku terlambat lagi. Mampus aku. Masuk ni dah tiga kali aku lewat untuk minggu ni. Ini semua jiran aku punya pasal. Memekak saja kerja dia. Mama kata anak Makcik Aishah akan mula bekerja tidak lama lagi selepas menamatkan pelajarannya di luar negara. Bermakna aku terpaksa menahan telinga mendengar lagu yang paling aku benci di dalam dunia ni sepanjang dia dia tinggal dengan keluarganya.

"Maaf, Sir. Saya terlambat," perlahan aku bersuara lalu menuju ke tempatku. Shasha hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagatku.

Pensyarah baru itu terus menyambung pengajaran kuliah kami. Sejam berlalu, kuliah ditamatkan. Aku ligat mengemas buku-buku apabila kedengaran namaku dipanggil.

"Nurul Aina Syaiza, saya nak jumpa awak selepas kuliah awak habis hari ini," pesannya lalu beredar dari dewan kuliah. Aku dan Shasha saling berpandangan.

"Apa hal pulak ni, Aina?" tanya Shasha.

"Manalah aku tau. Baru first time jumpa dah nak jumpa aku. Takkan Prof.cerita dekat dia pasal rekod aku, kot? Jatuhlah saham aku."

"Kau pun satu. Dah tahu buat juga kenapa? Kan Prof. dah kata hari ni kita dapat lecturer baru. Kau tu yang cari pasal," Shasha mula berleter. Aku menekup kedua-dua belah telingaku.

"Ah, tidak! Bingitnya telinga aku," jeritku separuh kuat. Shasha menarik muncung lalu terus beredar meninggalkanku. Si Shasha ni kalau dapat buka mulut dia kalah Mama aku dibuatnya. Memang layak sangat dia jadi peguam. Siapa dapat dia gerenti menang kes kat mahkamah. Lain pula dengan aku ini sebab aku cuma sekadar menunaikan harapan dan impian arwah Ayah.

Aku mengetuk pintu bilik Encik Kamarul. Dengar cerita dari kawan-kawan kuliah, dia baru memulakan tugasnya dua hari lepas selepas menamatkan pengajiannya di UK. Orangnya boleh tahan juga. Putih melepak. Rambut dia macam Brad Pitt sikit.

"Apa lagi yang awak tercegat dekat pintu tu? Masuklah," tiba-tiba sahaja suaranya terasa begitu dekat di pendengaranku. Aku mendongak. Kelihatan dia sedang berdiri di hadapanku lalu kembali ke tempatnya apabila tiada tindakbalas dariku. Kus semangat mamat ni. Nasib baik lecturer aku dan nasib baik jugalah aku tak ada sakit jantung. Kalau tidak menjawablah dengan Mama.

"Nasib baik awak datang cepat. Saya dah nak keluar tadi," tegurnya. Aku masih kaku berdiri di muka pintu bilik pejabatnya.

"Awak nak berdiri di situ saja ke? Tak penat ke berdiri?" usiknya pula.

Kali ini aku memberanikan diri duduk di kerusi berhadapan dengannya.

Helaian kertas di hadapannya disusun kemas lalu memandangku tajam.

"Saya dah tengok rekod awak. Semua ok. Cuma saya tak faham kenapa awak selalu datang lambat ke kuliah pagi. Awak ada masalah nak bangun pagi ke?" tanyanya selamba. Macam Pak Belalanglah pulak orang tua ni. Mana dia tau? Dia pasang teropong agaknya tak?

"Sebenarnya saya bukan nak bangun lewat tapi saya ada masalah dengan jiran sebelah rumah saya. Dia suka pasang radio kuat-kuat waktu malam. Saya jadi susah nak tidur. Sebab itu saya selalu terlewat bangun," jelasku.

"Jiran lain tak buat report ke jiran awak buat macam tu?" soalnya.

"Masalahnya cuma rumah saya saja yang dengar sebab rumah kami paling hujung," balasku tidak mahu kalah. Pensyarah tersebut mencapai pennya lalu mencoret sesuatu sebelum mencapai assignment yang baru kuhantar kepada Prof. kelmarin.

"Kalau macam tu, tak apalah. Tapi, lain kali jangan datang lewat lagi. Saya tau awak pandai tapi takut nanti awak lepas banyak pelajaran pula kalau dah selalu datang lewat."

Aku hanya mengangguk lalu beredar setelah meminta izin. Itu je nak cakap? Ingatkan apalah tadi. Cakap dalam dewan kuliah pun tak apa. Tak payah aku nak menapak ke sini. Dahlah perut aku berkeroncong tak sempat nak makan sarapan pagi.

 



Hujan semakin lebat. Aku masih duduk di perhentian bas menantikan bas yang tidak muncul. Setengah jam telah berlalu. Kalau tidak kerana Mama terpaksa ke hospital menjenguk pakcikku pasti aku tidak perlu menaiki bas untuk balik ke rumah. Aku mencapai telefon bimbitku.

Siapalah yang aku nak minta tolong ni. Along! Jangan harap. Banyak sangat alasannya nanti. Tambahan pula tidak lama lagi waktu pejabat habis. Kesesakan jalan raya jangan katalah. Mahu sejam dua barulah Along akan sampai. Kalau aku naik bas aku sampai rumah dululah jawabnya. Sebuah kereta Wira berwarna biru berhenti di hadapanku. Cermin tingkap diturunkan.

"Awak tunggu siapa, Aina?" tanya Encik Kamarul. Aku menoleh kiri dan kanan. Kecoh kalau ada pelajar lain yang nampak. Bukan aku tidak tahu baru hari pertama dia daftar kerja berpuluh pelajar dah mula bercerita tentangnya kecuali aku yang kata Along tak ada perasaan.

"Tunggu bas," jawabku pendek.

"Naiklah. Waktu hujan macam ni susah nak dapat bas. Mari saya hantarkan awak balik," pelawanya. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Nak ikut ke tak nak? Tak ikut bas tak muncul-muncul. Nak ikut nanti apa pula kata pelajar lain kalau nampak. Ah! Belasahlah. Dari aku duduk sini seorang diri baik aku ikut. Lantas aku masuk ke dalam kereta.

Encik Kamarul memandu tenang. Sesekali aku ditanya berkenaan dengan kolej dan kursusku. Selebihnya kami lebih banyak mendiamkan diri. Aku lihat Encik Kamarul yakin dengan jalan yang dilaluinya untuk menghantarku. Tahukah dia di mana aku tinggal?

"Encik tahu ke rumah saya di mana?" akhirnya aku bersuara. Dia hanya tersenyum tanpa menjawab soalanku. Ah! Lantaklah dia janji aku selamat sampai rumah. Keretanya di berhentikan di depan rumahku.

"Terima kasih sebab hantarkan saya balik," ucapku.

"Sama-sama," jawabnya pendek. Aku keluar dari kereta lalu berlari anak di dalam hujan menuju ke pintu pagar. Kereta Encik Kamarul mula bergerak lalu hilang dari pandangan di selekoh hujung deretan rumahku.

***************

"Tensionnya!" jeritku tanpa sedar. Aku menghampiri tingkap di sebelah meja belajarku. Kelihatan tingkap di bilik rumah jiranku terbuka luas. Namun, tiada kelibat yang kelihatan.

"Hello, orang sebelah! Boleh tak tolong perlahankan radio tu sikit. Ingat awak seorang je ke yang ada radio," jeritku geram. Namun, tiada tindakbalas dari orang sebelah. Ni tak boleh jadi ni. Aku memulas tombol pintu. Terkejut aku apabila melihat Along sudah bercekak pinggang merenungku.

"Apasal menjerit terlolong pagi-pagi ni?" tanya Along. Aku mendengus kasar.

"Tu hah! Orang tak betul tu dah mula buat hal balik. Orang nak studi pun tak boleh. Bising sangat," jelasku. Along hanya tersenyum lalu berlalu ke biliknya. Macam tu je ke? Bukannya nak tolong selesaikan masalah besar adik dia ni. Tak apa. Tunggu kau orang sebelah. Tahulah aku nak buat macamana. Aku turun laju menuju ke ruang tamu.

"Adik nak ke mana tu? Laju je langkah tu Mama tengok?" tegur Mama.

Langkahku terhenti di muka pintu. Aku menoleh melihat wajah Mama yang sudah berkerut seribu melihatku.

"Adik nak pergi rumah sebelah. Adik nak marah orang tak betul tu. Pasang radio macam dia seorang je ada radio. Orang nak studi pun susah," rungutku. Mama menghampiriku lalu menarikku ke sofa. Diusap lembut rambutku yang lurus. Mama kalau bab pujuk memujuk ni memang pandai. Selalunya dia berjaya pujuk aku.

"Mama tak pernah ajar anak-anak Mama menyerang orang tak tentu pasal. Tak apalah. Biar Mama yang pergi jumpa Makcik Aishah. Adik pergi studi kat bilik Mama, ye," pujuk Mama.

Nasib baik Mama pujuk aku. Kalau tidak siaplah kau aku kerjakan pendengaran kau. Aku bangun. Dengan langkah yang lemah, aku menuju ke bilik lalu membawa semua buku yang ingin aku gunakan berpindah ke bilik Mama. Barulah tenang sikit. Aman sikit jiwa aku.

Akhirnya aku berjaya juga menamatkan pembacaan aku. Aku katup buku yang setebal dua inci itu lalu merebahkan diriku di tilam empuk Mama. Sedapnya kalau dapat lelap mata. Aku capai bantal bulat lalu kupeluk erat namun segalanya terganggu apabila telefon bimbitku berbunyi. Tertera nama Shasha di skrin.

"Hello, Aina. Aku ni."

"Hmm....... Aku taulah."

"Kau free tak? Jom temankan aku pi kedai buku jap. Aku nak beli barang sikitlah. Lagipun aku nak restkan otak aku sekejap. Dari pagi tadi aku menatap buku rasa macam dah nak biul rasanya."

"Ye ke? Bukan ke selama ni kau memang biul," usikku. Shasha tergelak besar.

"Mengata aku kau tu pun sama. Kau nak pergi tak?"

"Ok gak tu."

"Kau bersiaplah. Setengah jam lagi aku sampai. Aku keluar sekarang juga."

"Oklah. Aku tunggu kat rumah je. Bye."

***************

Kedai Buku MPH di Midvalley menjadi pilihan kami. Aku kusyuk membaca novel terbitan Alaf21 yang sering menjadi pilihanku selama ini. Shasha entah ke mana menghilang. Tiba-tiba aku rasa ada oang duduk di sebelahku.

Aku menoleh sekilas. Seraut wajah yang kukenali sedang tersenyum merenungku. Nak tergugur jantung aku melihatkan senyuman tampannya. Mujurlah aku sedang duduk. Kalau tidak ada yang terjelepuk macam nangka masak jatuh dari pokok.

"Encik Kamarul buat apa kat sini? Beli buku ke?" tanyaku berani.

"Awak ingat ni kedai kain ke? Kalau dah kedai buku, mestilah nak beli buku. Awak seorang je ke?" sambutnya lalu mencapai sebuah novel. Dibelek-beleknya novel tersebut.

"Tak. Saya datang dengan Shasha tapi tak tau dia ke mana. Nanti dia datang cari saya kat sini," jelasku lalu menyambung pembacaanku.

"Untung ye jadi macam awak ni," tegurnya selamba lalu meletakkan kembali buku yang dipegangnya.

"Kenapa pula?" tanyaku hairan. Dia hanya tersenyum.

"Tak payah keluar modal beli buku. Duduk sini baca sampai habis. Kan untung namanya kalau macam tu," perlinya. Aku mencebik menjelingnya.

"Awak kalau menjeling orang macam tu, ramai yang ikut awak balik nanti. Menggoda," usiknya pula. Aku buat tak tahu dengan kata-katanya lalu terus membaca.

"Oh! Senyap-senyap Encik Kamarul dating dengan Aina, ye?" sergah Shasha tiba-tiba. Bila masa pula minah ni datang? Curi-curi intailah tu. Aku menjelingnya tajam.

"Jomlah balik kalau dah sudah," ajakku. Shasha hanya tersengih.

"Sorrylah, Aina. Aku jumpa Syahmi. Kau nak join aku dating ke atau Encik Kamarul boleh temankan Aina tak?" kata Shasha tanpa kuduga. Aku pandang wajah Shasha tajam namun wajah selambanya tidak memberi ruang padaku untuk mengelak.

"Kalau kawan awak ni sudi, apa salahnya. So, Aina macamana?" tanya Encik Kamarul. Aku hanya menjungkit bahu.

"Kalau macam tu, aku pergi dulu. Anything give me a call, tau Aina," pesannya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum paksa. Aku pandang Shasha sehingga dia hilang dari pandanganku.

"So, shall we," tegurnya mengingatkan aku tidak bersendirian tatkala itu. Aku hanya menurut tanpa bersuara.

 


Aku memandang siling lama. Bagaikan terpapar skrin kehidupanku semenjak kebelakangan ini. Sukar untuk aku mentafsirkan segalanya. Aku tidak pernah rasa keliru sebegini berat. Aku tidak pernah merasa begini siksa melawan perasaan yang bermukim. Sudah jatuh cintakah aku padanya? Mustahil! Dia pensyarahku. Tak mungkin aku menyukainya melebihi had yang sepatutnya.

"Amboi! Kawan aku dah pandai mengelamunlah," suara Shasha kedengaran jelas di telingaku berbisik. Aku tersentak.

"Kau ni! Kalau aku ada sakit jantung dah masuk batu dua tau tak!" marahku geram. Shasha hanya tersengih.

"Kesianlah kat pakwe kau kalau betul macam tu," jawabnya selamba. Memang tak ada insuran betul mulut minah ni. Nasib baik dia ni kawan baik aku.

"Bila kau masuk. Aku tak sedar pun."

"Mana nak sedar kalau dok ingat kat cik abang tu. Eh! Orang sebelah dah tak memekak ke?" tanyanya sambil menjenguk-jenguk tingkap jiran sebelah rumah.

"Dia dah pindah rumah. Lega sikit. Tinggal mak dan ayah dia je kat rumah tu." jawabku selamba. Terasa rindu pula dah lama tak dengar suara radio yang selalu menyakitkan telingaku.

"Aku tengok lately ni kau nampak lain sikit. Apasal? Macam ada big problem je," Shasha mula bersuara setelah lama kami membisu. Aku hanya menjungkit bahu.

"Entah. Aku rasa biasa je," dalihku. Silaplah aku nak mengaku.

"Eloklah macam tu. Aku dapat news pasal lecturer kesayangan kau tu. Aku ada dengar cerita pasal dia kat kafe semalam. Dengarnya dia nak bertunang tak lama lagi. So, aku nak tanya kat kaulah. Kalau kau ada feeling kat dia, terus-terang dengan aku. Insya-Allah aku akan tolong kau," jelasnya.

"Bukan kau nak perli aku ke?" balasku agak dingin. Shasha mengerutkan dahinya.

"Pernah ke aku gelakkan orang kalau pasal hati dan perasaan ni?� nada suaranya seperti terasa hati denganku.

"Sorry, aku tak niat macam tu," aku rasa bersalah dengan tuduhanku.

"Apa jawapan kau," tanyanya lagi. Aku mengeluh perlahan lalu bangun menuju ke tingkap.

"Entahlah. Aku tak tahu. Kadang aku rasa seronok dengan dia. Aku rasa terhibur dengan dia. Tapi, kadang aku jadi keliru. Aku takut nak mengaku yang aku ada hati pada dia. Aku takut aku bertepuk sebelah tangan. Mujur juga kau bagitau aku berita tu. Sekurang-kurangnya aku tahu kedudukan aku kat mana sebenarnya," akhirnya aku luahkan juga persoalan di hatiku.

"Aku pun perasan sepanjang tiga bulan kita rapat dengan dia, layanan dia lebih pada kau cuma ada masanya dia macam terpaksa hadkan supaya tak terlalu ketara. Tapi, bila kita keluar berempat aku tengok dia layan kau macam puteri.�

"Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku belum luahkan perasaan aku pada dia. So, kalau dia bertunang pun dia tak tahu aku ada hati pada dia. Mungkin selama ni dia anggap aku ni macam adik dia saja. Mungkin, aku akan terima pilihan keluarga aku. Manalah tahu kalau aku boleh lupakan dia," putusku.

"Keluarga kau dah carikan calon ke? Along tak lepas lagi, kau kena kahwin dulu?"

"Bukan keluarga aku yang carikan tapi mereka yang datang meminang aku. Kau nak tahu siapa?" jelasku. Shasha mengangguk kepala tidak sabar untuk tahu.

"Budak yang selalu memekak pasang radio kat sebelah rumah aku nilah. Mama kata dia dah mula kerja. Kami tunang setahun je sementara nak tunggu aku habis belajar. Dari aku tunggu buah yang tak gugur, baik aku terima pilihan yang ada."

"Aku cuma boleh doakan semoga kau bahagia dengan pilihan yang kau buat. Aku tetap akan sokong kau dari belakang," janjinya. Kami berpelukan. Hai budak suka memekak. Nampaknya jodoh aku dah memang dengan kau agaknya. Tulah. Benci orang tak bertempat. Padan dengan muka aku.

***************

Jam di dinding sudah ke angka tiga petang. Rombongan pihak lelaki sudah tiba setengah jam yang lalu. Shasha di sisiku tidak lepas dengan senyumannya. Naik pelik aku tengok.

"Sha, kenapa kau dok menyengih dari tadi? Tengah angau ke?" usikku.

"Bukan aku yang angau. Tapi, kau tu yang bakal angau," balasnya.

"Kenapa aku pulak? Dahlah. Malas aku nak layan kau," rungutku lalu berdiri di tepi tingkap.

"Hai jejaka yang suka memekak. Macamanalah agaknya rupa kau, ye? Lepas ni terpaksalah aku tahan telinga dengan kapas," bisikku di dalam hati.

"Aina, bakal mak mertua kau nak masuk," panggil Shasha. Aku duduk di birai katil. Menunduk. Debaran mula terasa. Laju denyutan nadiku. Aku jeling sekilas. Seorang wanita serba biru laut sedang menuju ke arahku. Ada beberapa orang perempuan lain di belakangnya termasuklah Mama.

"Lawa Aina hari ini," tegurnya. Aku tersenyum. Alah! Makcik Aishah suka puji aku dari dulu lagi. Walaupun aku hanya pakai baju tidur. Rupanya, ada ubi dalam tepung. Kemudian, aku ditinggalkan sendirian di dalam bilik.

Aik! Mana depa nak pergi? Takan nak biarkan aku dalam bilik ni seorang. Aku pun nak jumpa gak tetamu yang datang. Aku kembali ke tepi tingkap. Rasa macam nak nangis tapi air mata tak mahu keluar pula.

"Aina," namaku diseru. Tersentak aku seketika. Kenapa aku rasa macam kenal je dengan suara tu? Takan dia datang ke majlis aku kot? Siapa pula yang menjemput dia? Aku menoleh perlahan ke wajah yang telah berjaya mencuri hatiku.

"Encik Kamarul buat apa kat sini?" tanyaku. Dia hanya tersenyum lalu menghampiriku.

"Selamat bertunang," ucapnya. Aduh! Sakitnya aku rasa. Macam hati aku dirobek dengan parang.

"Terima kasih. Encik Kamarul datang seorang je? Mana bakal tunang?" sambutku cuba melawan kalut.

"Ada. Tunang Aina tak datang?"

"Entah. Saya tak pernah kenal siapa tunang saya."

"Kenapa begitu sekali? Sebab dia selalu pasang radio kuat-kuat ke?" usiknya. Aku hanya mencebik. Tapi, mana dia tahu semua itu? Hanya keluarga kami berdua saja yang tahu.

"Mana Encik Kamarul tahu?"

"Sebab saya tunang Aina," jawabnya selamba lalu duduk di birai katil sambil tersenyum. Hampir terjelepuk aku mendengarkan pengakuannya.

Bermimpikah aku di siang hari yang panas terik ini? Tidak! Aku masih sedar diri semenjak pagi tadi. Sekadar mengujikah dia?

"Encik Kamarul jangan main-main. Nanti Aina menjerit baru tahu," aku cuba mengugut.

"Aina tak rasa pelik ke? Dah lama radio tu tak memekak. Macamana saya boleh tahu rumah Aina sedangkan Aina tak pernah beritahu di mana Aina tinggal," jelasnya. Memang aku ada terfikir tapi aku tidak peduli sangat.

"Tapi.....," kata-kataku bagaikan tidak terluah.

"Sengaja abang buat macam tu sebab abang nak Aina sukakan abang kerana abang. Shasha telah berterus-terang dengan abang segalanya. Jangan salahkan dia sebab abang yang paksa dia supaya berterus-terang." Kali ini aku terduduk di sofa bersebelahan katilku.

"Abang dah lama ada hati pada Aina. Sejak Umi abang selalu bercerita pasal Aina. Abang cuba dekati Aina dengan memohon sebagai pensyarah di tempat Aina. Abang minta maaf sebab tak bagitahu dari awal," terangnya.

Kali ini aku tersenyum. Lucu pun ada. Rasa nak menangis pun ada. Siapa sangka, di saat aku rasakan dia adalah segalanya sememangnya telah tertulis di Loh Mahfuz sememangnya dia milikku.

Aku hampiri Abang Kamarul. Aku salami tangannya. Kali ini aku yakin dengan pilihanku sebab bagi aku dialah segalanya.


Hasil nukilan : aelliea - aelliea@yahoo.com
Petikan dari halaman web Karangkraf
try , Khamis, Mac 15, 2007 | 8 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

8 ulasan :

  1. isk....isk...terharunya...
    happy ending....besttttttttttttttttttttttttttttt

    BalasPadam
  2. ish2..best btoi si aina tu..hehehehe..nice story

    BalasPadam
  3. untung kalu jadi mcm aina tu

    BalasPadam
  4. memang best giler.....

    BalasPadam
  5. beshnye endingnye... mule2 benci akhirnya jatuh cinta..huhu...seronok klau kita dpat miliki orang yang kite ingin kan..

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog