2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Nadia Natasya

Nadia memerhati sekeliling. Vas kristal dari Butik Ombak menjadi penghuni di atas meja jati asli yang berbentuk bulat dan terletak di sudut kiri bilik. Kemudian sofa 2 duduk dan kerusi kayu yang berwarna biru terletak elok di ruang tengah bilik. Di sebelah kanannya terdapat 2 almari kayu juga yang menempatkan begitu banyak fail- fail sulit. Di sebelah sudut kanan atau sebelah kanan mejanya, terdapat satu rak yang telah diletakkan satu set audio sistem lengkap dengan pemain DVD dan televisyen 21 inci. Di mejanya pula terdapat dua komputer dan 2 telefon. Vas yang diletakkan bunga ros hidup berada di antara kedua- dua telefon itu. Nadia memerhati laptop yang berada di tengah- tengah meja. Kemudian memandang sekilas pada dekstop yang agak canggih dengan perisian yang terkini dan monitor LCD skrin 17 inci. Nadia mengeluh. Sudah tertulis takdirnya untuk menjadi sebahagian dalam keluarga Tengku Norman, anak saudara kepada Sultan Pahang dan berkahwin pula dengan Tengku Mariana yang bukan calang- calang orang, cucu kepada Yang DiPertua Negeri Sembilan yang juga berkaitan dengan Sultan Brunei..
Mama dan daddy nya menetap di UK selepas adik nya yang bongsu melanjutkan pelajaran di Harvard, London. Hidupnya dari kecil penuh dengan kemewahan tetapi kurang dengan perhatian dari mama dan daddy nya. Mereka sentiasa sibuk dengan kehidupan mereka sebagai orang korporat dan politik. Kakak dan abangnya, selepas berkahwin mereka juga menetap di luar negara. Hanya tinggal dia seorang yang berada di tanah air. Pintu diketuk. Muncul seorang gadis yang agak cantik rupa paras, yang mengenakan kebaya pendek berwarna hijau pucuk pisang dan kainnya terbelah agak tinggi di belakang. Dia senyum.
‘Cik Nadia. Tuan Awaludin meminta saya menyerahkan fail ini untuk rujukan Cik Nadia. Dan dia minta Cik Nadia ke biliknya sekarang.’
Nadia segera bangun dan melangkah keluar dari biliknya. Dia memasuki bilik yang dimaksudkan dan melihat Tuan Awaludin atau Tengku Awaludin berbual di telefon. Lelaki yang berada di depannya ini adalah pakciknya, abang kepada daddy nya. Dia lebih senang dengan uncle nya ini dari duduk berbual dengan daddy nya. Uncle nya tiada anak dengan ketiga- tiga isterinya. Hanya anak tiri sahaja yang berada di bawah tanggungjawabnya. Nadia lebih senang meluahkan perasaan dengan lelaki ini dari daddy nya. Uncle dia lah yang mengajaknya menguruskan syarikat ini bersama- samanya. Tengku Awaludin senyum seraya tangannya meletakkan gagang telefon.
‘Nadia dah masuk bilik Nadia?’
‘Dah uncle. Thanks coz uncle beri Nadia bilik tu. Its so nice uncle. Luxury personal room pulak rasanya!’
Mereka berdua ketawa.
‘Nadia selesa?’
‘Ermm masih dalam pertimbangan.’
‘Nadia nie memang suka mengusik. Uncle nak ajar Nadia manage this company.’
Nadia diam. Dia memandang wajah lembut Tengku Awaludin. Dia sebenarnya bukanlah seorang yang bijak pandai ketika di sekolahnya. Malah dia hanya belajar setakat SPM dan terus bekerja di salon kecantikan untuk menyara hidup. Mungkin disebabkan itu mama dan daddy nya kurang memberi perhatian padanya. Tetapi tidak pada Tengku Awaludin. Dia memahami tingkahlaku anak saudaranya ini. Ditatangnya Nadia sebagai anak. Dicurahkan kasih sayang yang melimpah ruah padanya sehingga dia kadang- kadang lupa bahawa Nadia Natasya berbintikan Tengku Norman. Dan bukan Tengku Awaludin.
‘Nadia, uncle beri jawatan Admin Executive dulu. Uncle beri Nadia tempoh 2 bulan untuk belajar bagaimana nak manage dan melakukan admin work pada syarikat nie. So scope kerja Nadia, uncle akan terangkan sedikit. Nadia akan belajar membuat dokumen, cara menyimpan dokumen, menyerahkan tugas kepada staf, mengendalikan meeting dan juga mengumpul maklumat perjalanan syarikat.’
‘2 bulan uncle? Larat ke Nadia?’
‘Uncle tau Nadia berkemampuan. Uncle tau jugak Nadia nie sebenarnya berwibawa. Cuma Nadia malas nak attend lecturer and tutor class.’
Nadia tersengih malu. Sejak dari hari itu, Nadia mula belajar tentang alam pekerjaan yang sebenarnya dan mengenali dunia korporat. Dan benar yang di teka oleh Tengku Awaludin bahawa Nadia memang berkemampuan. Pada bulan kedua Nadia diletakkan di bahagian Public Relation. Nadia mempelajari bagaimana mahu mengendalikan pembekal, pelanggan dan juga cara berkomunikasi. Segalanya pantas berlalu. Dalam masa 6 bulan, Nadia sudah berada di takhta pengurusan. Nadia diberikan amanah oleh Tengku Awaludin untuk memegang jawatan Pengarah Urusan syarikat milik penuh Tengku Awaludin. Nadia mengeluh. Melepaskan nafas yang berat dan mencapai gelas yang berisi dengan air sejuk untuk menghilangkan perasaan bersalahnya. Yahoo Mail kedengaran di pendengarannya. Ditolehnya ke dekstop yang berada disebelah kanannya. Emel dari kawan chatingnya.

Hi nadia…smlm I ke Kuching, n I bought 4 u something. I duno either u like it o not. Juz keep it till u setuju nak jumpa i. Ermm wat r u doing now?bz?its ok my dear…ur life is more beter than other gurls outside. Ramai org yg impikan sit at urs now tau! Ingat utk balas jasa..lupakan yg lain..ehehee…I miss u a lot. Kenangan masa I kat Kuching, I jatuh longkang kat pasar besar masa jln2 kat sana. Tension tul. Bengang je..pulak tu ada aweq yg tgk.iskk mau je nak sorok dlm beg plastik yg tergantung kat pasar tu..huh..take care ye nadia.i nak cari mkn dulu. Laparlah!

P/s: plss lah bg phone no u. u xpenah nak contact i.i nak dgr sgt sore u tu…

Nadia senyum meleret. Lupa sebentar pada masalahnya. Dia membawa cursor ke reply msg dan mula menaip. Telefon yang berwarna biru gelap itu bernyala menandakan ada panggilan.
‘Hello!.. Yes speaking. Anything?…. I see.. I can’t simply make decision for him because actually he is with his family. His having a family vacation…I dun think you can get him.. I try my best to talk with him and I’ll let you know as soon as possible…ok..thanks..byebye.’
Nadia menekan interkom yang terletak disebelah sudut kiri meja. Tidak lama kemudian pambantunya datang.
‘Salmi dah kerja disini berapa lama?’
‘Almost 5 years.’
‘Before, Tengku Radhiah yang pegang jawatan nie kan?’
Salmi hanya mengangguk.
‘So Salmi kenal tak one guy dari shipping company kat Lumut?’
‘Err… Yang mana satu?’
‘Chinese guy… Manager and always talk with her?’
Salmi seperti mengingat sesuatu.
‘You mean Desmond?’
Nadia mengangguk.
‘Kenapa Cik Nadia?’
‘Kita ada special rate untuk dia ke dalam tender?’
‘Saya tak berani nak cakap Cik Nadia. Ini rahsia syarikat.’
‘Salmi, saya masih pucuk dalam bidang nie. Especially this company. Please tell me if something wrong or anything?’
Salmi kelihatan serba- salah.
‘Saya akan bertanggungjawab.’
‘Desmond and Tengku Radhiah ada hubungan sulit dan kebanyakan tender bulat- bulat diserahkan kepada dia. Malah Tengku Radhiah pernah memasukkan sejumlah duit ke dalam akaun syarikat Desmond untuk sebab yang dirahsiakan.’
‘Jadi sebab itu Tengku Radhiah dipecat dari jawatannya dan dikenakan hukuman oleh mahkamah tinggi?’
Salmi hanya mengangguk. Nadia mengerut dahi. Tengku Radhiah adalah adik bongsu kepada daddy dan uncle nya. Tak sangka keluarga sendiri boleh buat perbuatan yang keji.
‘Berapa jumlah kerugian yang ditanggung oleh pihak kita selepas kes itu?’
‘Kira- kira 3 juta dollar Amerika.’
Nadia ternganga. Banyak betul. 3 juta dollar Amerika bersamaan 10 juta ringgit Malaysia! Beraninya auntie Radhiah nya itu.
‘So Desmond macam mana?’
‘Desmond hanya dipenjarakan dan dia bekerja kambali dengan syarikat itu selepas keluar dari penjara. Kenapa Cik Nadia?’
‘Tadi ada orang call yang katakan pasal perjanjian yang dibuat Desmond dengan syarikat nie. Uncle ada batalkan semua perjanjian yang dibuat dengan syarikat dia tak?’
‘Setahu saya semuanya Tuan Awaludin dah batalkan. Malah kita dah bayar pampasan perjanjian pada dia selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan.’
‘Takpelah Salmi. Awak boleh pergi. Saya akan buat rujukan pada uncle bila uncle dah balik ke sini semula.’
Salmi mengangguk dan melangkah keluar. Ketika di pintu Salmi berpaling.
‘Oh ye Cik Nadia. You ada seminar di Concorde next week.’
‘Seminar apa?’
‘Improve your management.’
‘Berapa lama?’
‘3 hari. Concorde KL. So Cik Nadia nak pergi by flight or..’
‘I’m driving Salmi. Thanks.’

Nadia mencampakkan beg tangannya ke atas katil. Dia merebahkan badannya. Rumah yang dihuninya amat sunyi. Dia mengeluh berat. Rumah itu adalah pemberian mama dan daddy nya kepadanya. Rumah itu adalah hasil pertama yang diraih oleh perniagaan mama dan daddy. Rumah itu juga yang menjadi cagaran ketika syarikat mereka dilanda masalah kewangan. Dia melangkah ke bilik air. Selepas membasahkan badan, dia ke ruang tengah di tingkat 2. Selepas habis dinner bersama satu syarikat perkapalan dari Boston, dia terpaksa ke pejabat untuk menyiapkan proposal yang akan dibentangkan untuk satu projek lebuhraya kerajaan Holland. Jam yang menunjukkan pukul 2 pagi tidak dihiraunya. Malah tekun menaip di depan komputer dan mengemas mejanya. Televisyen yang tidak menarik minatnya segera ditutup. Dia bergerak ke bilik tidurnya. Dia sedar pada jam 10 pagi keesokkannya. Segera dia bersiap kerana dia tahu dia perlu hadir ke mesyuarat perbincangan tentang satu tender yang diluluskan oleh syarikat hardware dari Korea untuk menyalurkan barang- barang mereka ke Malaysia.

‘Hello Salmi, I’ll be late. But now I’m on my way to conference Pan Pasific and please do a favour for me…Please print out all the document yang saya save dalam satu disket under Korean Stuff on my table.. You bring it all to Pan Pasific. I’ll meet you there!’
Kereta Honda Civic 2.0 meluncur laju membelah Jalan Ulu Tebrau ke Pusat Bandaraya Johor Bahru. Dia cepat- cepat ke tingkat 10 yang menempatkan conference room dimana mesyuarat bersama delegasi dari Korea akan diadakan. Nadia mencapai fail yang dihulurkan oleh Salmi dan mereka melangkah masuk ke dalam bilik itu bersama- sama dengan pegawai- pegawai yang mengendalikan projek ini. Janji dimeterai setelah hampir 3 jam perbincangan. Nadia amat berpuas hati dengan kejayaan yang telah diperolehi.

‘Cik Nadia!’
‘Saya Salmi.’
‘Cik Nadia perlu ke Danga Bay sekarang juga. Tuan Awaludin tengah tunggu cik Nadia ke sana untuk high- tea bisnes dengan pihak Sulawesi Wood Factory.’
‘Pukul berapa mula?’
‘4 petang.’
‘Ermm bagus gak. Saya pun belum makan lagi nie. Ada urgent lagi ke lepas tu?’
‘Malam nie dinner dengan Temasiktronics kat Crown Cristal jam 8. Ini invitation card and tommorow. Cik Nadia perlu ke Equatorial Melaka untuk ceremony Reds Corporation. Petang pulak cik Nadia perlu ke Nilai untuk pembentangan quotation oleh Tough Security. Then free satu hari, next day barulah cik Nadia perlu ke seminar di Concorde KL.’
‘Huh! Saya dengar awak cakap pun letih Salmi. Awak tak letih ke?’
‘Dah kerja saya Cik Nadia. Ada pesanan?’
‘Nasib baik ada free hari tu.. Boleh lah saya tidur puas- puas! Awak siapkan semua fail- fail dan dokumen yang perlu saya bawa untuk kesemua meeting tu. Then I want you send by email thru my PDA my schedule time. Faham aje lah! I taknak jadi macam kes pagi tadi.’
Salmi dan Nadia ketawa mengenangkan keadaan yang agak kelam kabut pagi tadi. Overslept punya pasal, dah menyusahkan orang.
‘Alah.. Cik Nadia drive laju. Sampai pun sharp! Takde nak risau.’
‘Ermm ini JB Salmi. Nanti bila di KL tau lah awak. Masak dok dalam kereta je!’
Nadia melangkah ke parking basement dan Salmi masih senyum mendengarkan gurauan Nadia.
‘Awak datang sekali masa high- tea nie Salmi.’
‘Ish Cik Nadia. Mati saya. Tuan Awaludin tak suka perbincangan dibentangkan depan pekerja. Nanti rahsia bocor katanya.’
‘La.. Kami cuma high- tea Salmi. Lagipun awak yang buat report pasal Sulawesi Wood nie kan? Awak nak takut apa?’
‘Saya tak biasalah Cik Nadia.’
‘Ermm saya taknak paksa awak lah Salmi. Awak balik ke pejabat dan buat apa yang saya pesan. Esok pagi- pagi saya akan ke pejabat untuk ambil semua dokumen tu dan baru ke Melaka. Oh ye! Awak dah book bilik saya di Concorde?’
‘Cik Nadia tak perlu risau. Seminar nie memang disediakan sekali tempat makan dan tidur.’
Salmi senyum. Nadia membalas senyum itu. Salmi agak senang dengan pengarah barunya itu. Amat komited terhadap kerjaya sampai makan pun boleh lupa. Umur pun masih muda. 7 tahun lagi muda dari Salmi sendiri! Baginya Nadia amat sopan, tidak sombong walau dia orang berada, malah tidak segan silu meminta maaf andai tersalah langkah. Bukan seperti Tengku Radhiah dulu. Tengku Radhiah hanya tahu menghabiskan duit keluarga dan buat syarikat muflis. Tengku Radhiah sombong dan selalu menengking pekerja bawahan. Kontras betul sifat dua saudara itu.
‘Sorry uncle. Tight schedule!’
‘Its ok darling. Ok..meet, Pak Borhan. Empunya Sulawesi Wood Factory. Pak nya, ini anak saudara saya, Nadia Natasya namanya.’
‘Assalamualaikum pak Borhan. Panggil saja Nadia ya..’
Pak Borhan senyum. Berbudi bahasa betul. Bukan seperti Tengku Radhiah dulu. Berbual dalam bahasa antarabangsa.
‘Waalaikumsalam. Anaknya ini sudah besar ya Awal?’
‘Dia lah pengubat racun saya pak.’
‘Ini anaknya Norman ya?’
‘Iye pak. Inilah dia.’
‘Betul. Cantik sungguh anak ini. Rugi Norman buangnya Awal. Pak lihat senyumnya., manis sekali.’
Nadia senyum malu. Dia bengang bila orang memujinya. Dia paling benci dipuji.
‘Uncle, pak Borhan nak makan ke?’
‘Kenapa Nadia? Kamu belum makan ke?’
‘Dari pagi uncle.’
‘Kamu dari mana nie?’
‘Pan Pasific. Delegasi dari Korea.’
‘Ohh! Uncle lupalah Nadia. So how?’
‘Wish me luck uncle. We did it!’
‘I’m proud of you my dear. Makanlah. Pak mau mangan dulu?’
‘Mangan? Ok aja. Udeh lama pak tak rasa gulai asam pedas orang Johor!’
Mereka bertiga ketawa. Setelah habis perbincangan dengan pak Borhan, Nadia terus pulang ke rumah. Dia mula mengemas keperluan yang perlu di bawanya selama seminggu. Kemudian dia bersiap- siap untuk menghadiri dinner di Crown Crystal. Jam 12 barulah dia keluar dari hotel. Selepas mencuci mukanya, dia melangkah ke bilik bacaannya.

Hi nadia…I miss u a lot. Where hav u been?I given my contact no…also u din call me..huh.. I’m really missed u..u c, I bought something for u from sabah. I went to pulau sipadan also.next time wen we hav a lot time to spend together..we’ll go there n enjoy.oh ye..next month I perlu ke armsterdam. I perlu buat research tentang sifat wanita yg perahsia mcm u tp menarik..ehehehe..i like ur smile even I couldn’t c it…c u next..
Byebye…

P/s:I’m waiting ur call

Nadia senyum. Dia terus- terusan membalas email yang diterimanya. Kesian Iskandar. Iskandar perlu tahu tentang kehadirannya di KL minggu depan. Keesokkan harinya dia kepejabat dan berjumpa dengan Salmi untuk mengambil dokumen- dokumen yang perlu di bawa.
‘Dah siap semuanya Salmi?’
‘Sudah Cik Nadia. Semuanya saya dah letakkan atas meja cik.’
‘Masuk bilik saya.’
Salmi membuntuti Nadia yang melangkah dengan tertib dan kemas ke biliknya. Dia membelek- belek fail yang tersusun di atas meja.
‘Banyaknya!’
‘Dah memang inilah dokumen yang diperlukan. Dan jangan lupa Cik Nadia memang dah ada banyak meeting.’
‘Ermm awak dah send schedule pada PDA saya?’
‘Saya siapkan dokumen ini dulu. So saya ingat nak send sekejap lagi.’
‘Ermm ok lah. Tapi make sure you hantar. And tolong saya angkat dokumen nie masuk dalam kereta saya. Saya nak bergerak sekarang.’
Nadia dan Salmi mengangkat semua dokumen- dokumen dan diletakkan di back seat kereta Nadia.
‘Uncle dah tau tentang ketiadaan saya seminggu nie?’
‘Saya rasa dia masih belum tau. Tapi saya dah sent email pada dia juga pada PDA dia. I guess dia akan tau bila dia masuk pejabat nanti.’
‘Oklah kalau macam tu.. Saya nak awak take message even 1 call. And berhubung dengan saya thru my PDA. Don’t try to call at my handphone.’
‘Baik cik Nadia. Selamat pergi dan balik. Drive carefully.’
‘Ok. Thanx.’
Nadia mula memandu keluar meninggalkan bandaraya Johor Bahru dan terus ke Melaka. Dia segera ke Hotel Equatorial Melaka. Majlis perasmian akan bermula pada jam 11 pagi dan berakhir selepas lunch. Dan kemudian perbincangan dengan pihak Tough Security pada jam 3 petang. Meeting dengan pihak Tough Security di Nilai selesai jam 6. Nadia seterusnya memandu terus ke Kuala Lumpur.

‘Hello.. Hi Rina… Aku on the way gi KL nie…Nak jumpa kau lah nie…Lepak rumah kau lah.. Tapi esok sehari je aku free… Biasalah. Macam kau tak tau aktiviti sekarang aku nie apa…. Ok…Make sure kau kat rumah lah… Ada..aku bawak.. Ok..I’ll call you back later..Bye’
Nadia meneruskan perjalanan. Agak meletihkan bekerja tidak kira masa. Lebih kurang jam 8 dia tiba di rumah sepupunya, Tengku Sabrina. Dia meletakkan kereta di tingkat bawah dan beredar ke lot sepupu nya itu. Dia sudah dimaklumkan oleh ketiadaan Rina dirumah. Dia menggunakan kunci pendua yang diserahkan oleh Rina padanya. Dia merebahkan badan di atas katil selepas meletakkan beg bimbitnya dan beg pakaian. Di pejamkan matanya.

‘Woi!’
Serta- merta matanya terbuka. Rina tersenyum melihat wajahnya. Kemudian Nadia pejamkan kembali matanya. Rina menggeleng kepala. Dia tidak mahu mengganggu keadaan sepupu nya itu. Dia tau sejak Nadia mendapat jawatan yang agak penting dalam syarikat uncle nya, dia menjadi sibuk dengan tugasnya. Dia beredar ke dapur dan membancuh air serta sedikit sandwich in case Nadia ingin mengisi perut. Dia tau Nadia jarang nak makan. Dia lebih pentingkan kerja dari lain hal. Dia juga faham kenapa Nadia begitu. Semua nya kerana sikap uncle Man dan auntie Ana yang tidak memberi perhatian yang penuh pada Nadia. Dia amat rapat dengan Nadia dari mereka kecil. Dia juga hairan kenapa mummy dan daddy nya tak suka dia berkawan rapat dengan Nadia. Dia amat menghormati peribadi Nadia yang amat murni baginya. Tiba- tiba bahunya dipeluk. Hampir terlepas mug dari tangannya. Dia menjeling pada Nadia yang sedang ketawa.
‘Marah ke cik akak?’
‘Takdelah. Ikutkan hati nak je tampar!’
‘Uiks.. Sejak bila kau garang nie?’
‘Ermm sejak kau merajuk tak nak balik UK.’
Nadia mengambil satu mug yang berisi Nescafe dan beredar ke ruang tamu. Rina menghampiri dan duduk bersebelahan.
‘Nadia..’
‘Please Rina. You me much!’
Rina diam membisu. Telefon di sebelahnya berbunyi nyaring. Selepas berbual seketika dia meletakkan gagang telefon.
‘Kau nak ikut tak?’
‘Pergi mana?’
‘Ermm Planet Hollywood.’
‘Ada apa?’
‘Kau nie kan.. Suka sangat tanya soalan tu tau! Nak ikut ke tak?’
Nadia seperti berkira- kira. Dia teringat janji nya untuk bertemu Iskandar.
‘Oklah. Sekarang ke?’
‘Ermm apa pulak sekarang.. As usual lah!’
‘Nanti remind lah. Akupun nak jumpa Iskandar.’
Rina ternganga. Betul ke apa yang dia dengar nie? Nadia nak jumpa kawan chating nya? Selama nie dia asyik mengelak dari bertemu sesiapa di alam internet nya. Tiba- tiba hari ini Nadia melafazkan hasratnya untuk bertemu kenalan chating nya yang sudah berkenalan hampir 4 tahun?
‘Apahal kau tengok aku macam tu?’
‘Betul kau…’
‘Ish kau nie. Macam lah aku pernah tipu kau!’
‘Sure kau nak jumpa budak tu?’
‘Betul lah. Lagipun kami dah lama dok chating je. Apa salah kalau aku luangkan masa untuk chating face to face dengan dia kan?’
‘Ok lah sayang. I hope kali nie menjadi.’
‘Amboi amboi mulut tu! Macam lah aku nie teruk sangat sampai doakan hubungan menjadi.’
Nadia dan Rina ketawa. Mereka memang memahami antara satu sama lain. Luar dan dalam masing- masing sudah faham. Nadia menghubungi Iskandar. Mereka bersetuju untuk bertemu muka. Nadia agak gelabah dan berdebar. Bagaimana reaksi Iskandar pada dirinya. Dan bagaimana agaknya reaksi aku nanti? Kacak kah dia? Protokol ke dia? Nadia serba salah untuk memilih baju yang sesuai untuk pertemuan itu. Rina berdiri di muka pintu melihat pada Nadia yang masih bertuala.
‘Kenapa kau nie?’
‘Aku tak reti lah nak pakai baju apa..’
Rina ketawa gelihati melihat gelagat Nadia yang gelabah.
‘Just be yourself my dear… Do not pretend!’
Nadia senyum. Dia berterima kasih pada Rina yang memahaminya. Jam 12 malam mereka sudah berada di Planet Hollywood. Nadia agak gelabah. First time berjumpa dengan lelaki yang selalu bergurau mesra di alam maya. Telefon bimbitnya bergegar. Dia beredar ke lorong yang menghala ke tandas untuk mendapatkan privasi.
‘Sorry my dear. Jammed teruk. Ermm lagi 15 minutes I’ll be there k?’
‘Ok. Do not to late k?’
‘Ok. You pakai baju apa nie? And you sit kat mana?’
‘Err warna brown and I sit at left stage. I dengan cousin I.’
‘Ok. Nanti I sampai I call you lagi k?’
‘Ok.’
Nadia masuk semula ke dalam pub. Dia duduk bersama dengan Rina dan kawannya. Mereka berbual seketika. Tiba- tiba bahu Nadia disentuh perlahan. Dia memalingkan muka. Seorang jejaka yang agak segak berdiri sambil tersenyum padanya.
‘Is.. You Nadia?’
Nadia hanya menganggukkan kepala. Dirinya gugup seketika. Is bersalam dengan Rina dan kawannya, Nelly. Kemudian dia duduk bersebelahan dengan Nadia. Nadia kaku. Entah apa yang terjadi pada dirinya. Hatinya terdetik melihat wajah yang bersih dan sinar matanya yang galak.
‘Kenapa you diam je ni?’
‘Takde apa- apa.’
‘I tak sangka pulak kawan I nie jelitawan.’
Nadia malu.
‘Opss.. I tau you tak suka orang puji you. Tapi ikhlas apa yang I katakan nie.. I memang sukakan peribadi you Nadia.’
‘You dah memuji I lebih nie..’
Is ketawa.
‘You datang dengan siapa tadi?’
‘My cousin. Dia tau I malas nak drive kalau cuti.’
‘Ermm apa yang menggerakkan hati you nak jumpa I nie?’
‘Saja. Nak lihat jugak wajah orang yang selalu mengusik I di alam maya, bagaimana rupanya dia di alam realiti!’
Mereka berdua ketawa. Nadia mudah menyesuaikan diri dalam apa suasana. Iskandar lega melihat senyuman yang terukir di wajah yang jelita itu. Dia agak terkejut kerana umur Nadia masih awal 20an. Sedangkan dari lagak gaya dan tutur katanya adalah sebaliknya. Nadia matang dari usia yang sebenar. Mereka berbual sehingga lewat pagi. Jam 3 Nadia sudah tiba di rumah. Esoknya dia mengambil peluang untuk berjalan- jalan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
‘Nadia dimana?’
‘Ermm take a walk around KL.’
‘Can I join you?’
‘Join? You tau ke dimana I sekarang?’
‘Alah macamlah I tak tau KL.’
‘Kalau tau datanglah cari I.’
Nadia senyum. Dia membelek kain yang bertimbun dihadapannya. Fikirnya ingin menghadiahkan pada mamanya atau Tengku Zaidah, adiknya. Tetapi dia tahu yang mama dan adiknya tidak akan menerima apa saja barang- barang yang murah harganya. Kain yang dibuat baju kebaya atau baju kurung kalau bukan dari Euromoda atau Korean Silk Store, jangan mimpilah untuk mereka berdua memakainya. Dia pula lebih senang membeli kain yang terdapat di serata Malaysia. Baginya, tiada orang lain selain dari rakyat sendiri membantu negara. Kesemua baju kebaya atau baju kurungnya ditempah olehnya sama ada di Medan Mara atau butik kawannya yang terdapat di JB atau KL. Malah Terengganu juga tak terkecuali.
‘Cantiklah kain tu Nadia.’
Nadia terkejut. Macam pernah didengarnya suara itu. Dia berpaling. Terkejut melihat Is senyum memandangnya.
‘Kenapa you tengok I macam tu?’
‘Takde apa.’
‘Mesti ada something nie. Tell me..’
‘Ermm I pun tak tau macam mana nak describe tentang you nie. Mengusik I, you tau. Mencari I pun you lulus. Apa petua you nie sebenarnya?’
‘Semuanya terletak pada hati. Naluri.’
Nadia senyum mendengar penjelasan Iskandar. Mereka berdua bergurau- senda dan bersiar- siar sekitar KL. Pagi merangkak senja, mereka berpisah. Iskandar pulang dengan senang hati. Entah kenapa sejak bertemu dengan Nadia, dia menjadi riang dan semakin galak mengusik. Esoknya, pagi- pagi lagi Nadia dah bangun. Seminarnya akan bermula pada jam 10 pagi. Tetapi disebabkan hari ini adalah hari yang pertama, peserta dikehendaki mendaftar pada jam 9 pagi.
‘Bila nak jumpa lagi nie?’
‘Tak sure lagilah.’
‘Bila kau kena pantau kerja- kerja pembinaan kat Armstederm?’
‘Kenapa? Kau nak ikut ke?’
‘Berapa lama kau kat sana?’
‘Mana lah aku tau cik Rina sayang wei.. Kau nak ikut aku ke?’
‘Takde lah. Tolonglah belikan aku ole- ole ye..’
Nadia senyum gelihati.
‘Macamlah aku pernah miss belikan sourvenier untuk kau!’
Rina ketawa.
‘Aku cuma ingatkan kau je. Manalah tau, sejak Is ada nie..’
‘Apa pulak kene- mengena dengan Is? Hadiah untuk kau, bukan untuk dia!’
‘Hai.. Takkan lah kau reject jugak si Is nie Nadia?’
‘Reject apa pulak nie?’
Nadia memandang pada Rina yang sedang menyapu peanut butter pada roti.
‘Ha! Kau jangan fikir yang bukan- bukan! Macam kau tak kenal aku!’
‘Ala… Apasalahnya Nadia. Is tu aku tengok senang je sesuaikan diri. Segak, berpendidikan tinggi. Dia kerja apa?’
‘Errmmm aku tak pernah tanya pada orang kerja apa Rina.’
‘Tulah kau. Suka sangat buat macam tu!’
‘Kita kawan tak kira pangkat Rina. Lambat- laun aku akan tau jugak kan?’
‘Aku malas nak bertekak dengan kau! Buat habis air liur aku je…’
Nadia senyum. Dia mencubit lembut lengan Rina. Rina kalau merajuk sekejap saja. Dia tau Rina sayangkannya.
‘Aku pergi dulu lah. Nanti kalau sempat aku call kau. Kau out town kan hari nie?’
‘Ye. Aku ke Ipoh 2-3 hari. Kau lepas seminar nie ke mana?’
Nadia diam. Dia teringat sesuatu. Segera dia mencari PDA di dalam beg bimbitnya. Terlalu banyak message yang diterima. Dia meneliti setiap message yang diterima.
‘Aku perlu ke Berlin lah. Ada kontrak kat sana. Tapi aku kena balik ke pejabat dulu. Ambil surat penerimaan.’
‘Berapa lama?’
‘Seminggu.’
‘Lama nya! Lepas tu?’
‘Transit di Vancouver 3 hari.’
‘Rindulah aku pada kau nanti ye..’
‘Alaaa.. Kau nie kalau sehari tak jumpa aku kemaruk lah. Macam aku tak tau!’
Mereka berdua ketawa. Nadia menghadiri seminar itu selepas check- in. Dia berkenalan dengan ramai orang. Seminar tamat pada jam 6 petang. Dia amat keletihan. Masuk saja ke dalam bilik, dia terus baring di katil. Ingin melelapkan mata, tapi terganggu dengan bunyi nyaring PDA. Dia mencapai PDA yang terletak di atas meja sebelah katil. Kemudian dia mencapai telefon bimbitnya.
‘Ada apa Salmi?… Awak pesan pada diaorang, saya bagi arahan untuk berjumpa dengan uncle.. Uncle tau saya ke sini?…. Ok great. You ask them meet uncle… Hal ini pun uncle boleh setel kan bagi pihak saya…. Jangan risau Salmi. I tak suruh diaorang datang hari nie. Diaorang yang sengaja nak susahkan pihak kita…. Ok. Saya call uncle dulu. Awak suruh mereka tunggu kat lobby dulu. After that I inform pada you..’
Nadia mengeluh berat. Susah pulak nak bekerja dari jauh macam nie. Dia mendail telefon bimbit uncle nya pula.
‘Hello uncle… Ok je uncle. Uncle macam mana bila Nadia takde kat sana?…Ehehee…. Ermm pihak Sunrise datang untuk minta proposal syarikat kita… Nadia dah beritahu pada diaorang yang our appointment dengan dia on 13th uncle. Tapi diaorang sengaja datang tak tau lah nak apa.. Uncle boleh tengokkan? Salmi dah gila melayan soalan yang bukan- bukan dari wakil mereka… Ok thanks uncle..Miss you too…Bye’
Nadia senyum. Mujurlah uncle nya amat sporting malah amat menyayangi dia. Nadia menelefon Salmi kembali untuk memberitahu tentang persetujuan uncle menerima tetamu yang tidak di undang. Nadia kembali berbaring di atas katil. Telefon hotel pula berbunyi. Dengan malas Nadia menjawab. Terkejut bukan kepalang apabila mengetahui Iskandar yang menelefon menyuruhnya turun ke lobi. Nadia dengan tergesa- gesa turun ke lobi dan bertemu dengan Iskandar. Iskandar datang bersama bunga ditangan. Nadia menggeleng kepala melihat telatah Iskandar.
‘You ingat I nie kumbang ke? Makan bunga?’
‘Oh I tought you pekebun bunga. Takpe lah kalau macam tu, I beri bunga nie pada reception!’
‘Amboi.. Senangnya hati dia nak bagi bunga untuk kita pada orang lain. Give it to me!’
‘I ingat you tak nak. So buat apa I nak membazir beri pada you..’
Nadia menarik muka. Iskandar ketawa melihat rajuk Nadia. Dia menghulurkan sejambak ros kuning pada Nadia.
‘You have your dinner?’
‘Not yet. I baru je fikir nak tidur.’
Iskandar menggeleng kepala pabila mendengarkan jawapan Nadia. Dia tahu Nadia gemar tidur pada waktu kelapangan. Dia faham tentang keadaan Nadia yang komited terhadap kerjaya sehingga perkara lain diketepikan. Dia juga tahu tentang sikap dingin keluarga Nadia terhadap dirinya. Dia amat bersimpati dan dia tidak ragu- ragu bahawa dia memang menyayangi Nadia walau belum bertemu muka. Nadia seorang gadis yang peramah, merendah diri, lemah lembut, bijak, cantik, kelakar malah boleh dikatakan segala sifat yang dicarinya ada pada Nadia. Kerana itu dia cuba mengambil hati Nadia walaupun dia tahu mungkin Nadia tidak akan memikirkan soal hati pada masa sekarang.
‘Hello.. Sampai dimana dah sekarang?’
Iskandar senyum malu. Terkena jugak.
‘You kalau nak pergi mana- mana, ajaklah I sekali. Jangan tinggalkan I kat sini.’
Nadia ketawa melihat senyuman yang terukir dibibir Iskandar. Muka Iskandar sudah kemerah- merahan.
‘You nak bawa I kemana?’
‘Kita having dinner kat luar. I nak ajak you makan kat warung. Boleh?’
‘Great! I pun ingat macam tu. Takde selera nak makan kat hotel lah. Tapi…’
‘Tapi apa pulak nie?’
‘I nak bersiap dulu. I belum pun mandi lagi.’
‘Eeiii teruknya anak dara nie! Tak bersopan!’
‘Ada pulak tak bersopan! I tak sempat mandi tau. Baru nak relax you dah kacau I ajak turun!’
Iskandar senyum melihatkan jelingan Nadia. Dia setia menunggu Nadia di lobi hotel. Hatinya bergetar setiap kali Nadia senyum dan melihatkan lesung pipit di pipi kirinya. Sedang asyik dia angankan Nadia, dia tidak sedar Nadia yang tersenyum- senyum memandangnya. Lantas cubitan diberi dan terledaklah ketawa riang Nadia.
‘Sampai hati you.’
‘Ada pulak I yang kena. Siapa suruh you menggatal berangan?’
Is senyum. Dia menggamit tangan Nadia keluar dari hotel dan bawanya keluar makan di Kampung Baru. Mereka bergurau- senda. Tiba- tiba perbualan mereka terganggu apabila seorang lelaki datang menegur Nadia.
‘Err.. Nadia?’
Nadia berpaling menghadap pada wajah yang menegurnya. Terkejut bukan kepalang dirinya.
‘Amri?’
‘Kau buat apa kat sini?’
Nadia teragak- agak untuk berbicara. Amri menjeling pada jejaka tampan yang duduk dihadapan Nadia. Kelihatan mereka agak mesra bersama. Bagai pasangan kekasih.
‘Boyfriend kau?’
Sinis saja bunyi suara Amri. Nadia kelihatan agak gelabah.
‘Patutlah kau tolak aku! Kau nak yang lebih hebat dari aku!’
Jerkahan dari Amri membuatkan Nadia terkedu. Suara yang sama menjerkahnya hampir 6 tahun dulu bergema kembali di pendengarannya. Iskandar serba- salah melihat wajah Nadia yag sudah kelat. Malah peluh sudah memercik keluar.
‘Nadia! Kau jangan lupa tentang apa yang berlaku!’
‘Maaf encik. Awak sudah keterlaluan. Mari Nadia!’
Iskandar menarik tangan Nadia dan masuk ke dalam kereta. Nadia masih lagi kaku seperti tadi dan Iskandar hanya membiarkan Nadia melayan perasaan. Walau sudah berada di hadapan pintu masuk hotel, Nadia masih lagi kaku. Tiba- tiba Nadia menangis dibahu Iskandar. Iskandar terkejut dengan tindakan drastik Nadia. Genggaman tangan Nadia pada lengannya terasa mencengkam. Setelah reda, Nadia keluar dari kereta.
‘Terima kasih Is sebab bawa Nadia pergi makan. Nice the food.’
Nadia menghilangkan diri di dalam hotel. Malam itu Nadia menjadi takut. Takut wajah yang setelah sekian lama dibenci dan disumpah seranah akan datang menjelma kembali.
‘Riiii….Na..’
‘Kenapa nie Nadia?’
‘Aaaa…Amm…Rrii..’
‘Nadia.. Are you ok sayang?’
‘Rinaaaa….’
Rina gelabah apabila mendengar tangisan Nadia dan talianpun terputus. Dia segera bangun dan bersiap serta terus ke hotel tempat penginapan Nadia. Walau dia berada di Ipoh. Hanya dia tempat Nadia mengadu. Mana mungkin dia akan biarkan Nadia keseorangan pada waktu ini. Jarak Ipoh dan Kuala Lumpur bukan jauh sangat. Tambahan lagi pada waktu tengah malam begini. 2 jam selepas itu Rina sudah terpacak di hadapan pintu bilik Nadia. Tetapi hampa kerana Nadia tidak membuka pintu. Akhirnya dia meminta tolong petugas hotel membuka pintu. Nadia dilihat sedang memeluk lutut di penjuru bilik. Rina memeluk Nadia.
‘Tell me what happened Nadia..’
Nadia memeluk erat Rina.
‘Tolong lah Nadia. Cerita pada aku!’
‘Ammriii..’
Rina terkejut. Setelah sekian lama kenapa nama ini masih meniti di bibir Nadia?
‘Apa dia dah buat pada kau Nadia?’
Nadia hanya menggeleng kepala. Tangisan Nadia membuatkan hatinya menjadi semakin resah. Dia melihat telefon bimbit Nadia. 1 message diterima. Dari Iskandar. Rina bertindak menghubungi Iskandar untuk mengetahui cerita sebenar. Dia agak terkejut dengan keterangan yang diberi oleh Iskandar. Tahulah dirinya kini Nadia menghadapi traumanya pada Amri. Dia memeluk Nadia dengan erat dan membiarkan tubuh itu lena dalam pelukannya.
‘Thanks Rina. Kaulah saudara aku dunia akhirat!’
‘Lepas ni pergi bercuti. Buang sikit cuti tahunan kau tu!’
Nadia senyum. Jika Rina tidak datang malam tadi, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku pada dirinya. Kepulangannya ke pejabat memberi senyuman bahagia untuk uncle nya.
‘Nadia macam mana sayang? Sihat ke?’
‘Nadia ok je uncle. Rina kirim salam pada uncle.’
‘Waalaikumsalam. Rina pulak macam mana?’
‘Biasalah dia uncle. Makin nakal!’
‘Kamu yang nakal ke dia?’

Nadia ketawa. Minuman yang dihidangkan oleh auntie Zulaikha dihirupnya seteguk dua. Auntie Zulaikha biasanya tidak menemani uncle dan dia ketika berbual. Kerana dia faham akan sikap Tengku Awaludin yang tidak gemar perbualan antara dia dan anak saudaranya itu didengari oleh orang lain. Auntie Zulaikha juga amat menyayangi Nadia yang sudah di anggap sebagai anak sendiri. Tambahan lagi dia hanya mempunyai dua orang anak lelaki dengan suami yang terdahulu.
‘Nadia.. Uncle nak tanya something boleh?’
‘Alah uncle nie. Itupun nak mintak izin dari Nadia. Tanya jer lah!’
‘Ermm Nadia ada orang yang punya tak?’
Nadia diam. Dia memandang wajah tua uncle Awal.

‘Uncle nie nak sakat Nadia lah tu.’
‘Nadia nie kan, uncle bagi makan cili baru tau. Soalan kita tak dijawabnya, dah nak kenakan orang lain.’
‘Eh uncle nie merajuk ke?’
Nadia ketawa geli hati. Telatah uncle amat menggembirakan hatinya.
‘Ala.. Uncle nie dah tau bertanya pula.’
‘Nadia ada yang punya lah ye?’
‘Yelah.’
‘Kenapa tak kenalkan pada uncle?’
‘Lah uncle nie. Nak kenal kan buat apa. Uncle dah kenalpun.’
Wajah Tengku Awaludin berubah. Dahinya berkerut. Nadia dengan muka selamba meneruskan bacaannya.
‘Uncle tak dapat cari lah Nadia. Siapa dia?’
Nadia membaca buku dengan kusyuk. Dia tidak dengar apa yang dikatakan oleh Tengku Awaludin. Tengku Awaludin terpaksa menampar lembut lengan Nadia. Nadia melatah yang teramat. Tengku Awaludin ketawa besar. Jarang benar dia mengusik anak saudaranya ini sekarang. Sekali- sekala mengusiknya boleh juga buat awet muda. Zulaikha yakni isteri ketiganya juga tersenyum senang bila dia ketawa begitu. Zulaikha yang ketika itu membuat kek span hanya menggeleng kepala mendengar ketawa suaminya.
‘Mama!’
‘Kuss semangat! Janganlah kejutkan mama macam tu. Dari mana kamu nie Fakrul?’
‘Rul dari gym lah mama. Abah ketawa kuat- kuat tu ada tetamu ke mama?’
‘Biasalah.’
‘Nadia?’
‘Anak saudara dia Rul. Bukannya orang lain. Sepupu kamu jugak!’
‘Errmm.. Rul naik dulu lah mama. Amri ada balik mama?’
‘Faham aje lah dengan adik kamu tu. Bukannya ada negara. Elok- elok abah bagi rumah kat KL, pergi berhijrah ke Jepun. Balikpun jarang. Khabar berita pun takde.’
‘Nanti Rul cari Amri balik jumpa mama ye.’
‘Tak payah nak harapkan dia balik. Kamu tu patut bawa balik bakal menantu mama! Bukan sibuk dengan syarikat kesihatan kamu tu.’
‘Rul naik dulu mama!’
Zulaikha menggeleng kepala. Dua- dua anak bujangnya amat berlainan sikap. Yang sulung, Fakrul Hakimi amat pendiam tetapi lembut dan sopan. Anak bongsunya pula, Amri Hisyam sangat sombong malah suka membazir duit. Sudah hampir 6 tahun mereka tidak bertemu muka kerana sikap Amri yang suka tinggal diluar negara. Setelah berkahwin dengan Tengku Awaludin, dia amat bersyukur kerana nasib dia dan anaknya terbela. Dia juga inginkan anak bersama Tengku, sebagai tanda penghargaan dirinya pada Tengku. Tetapi apakan daya, tahap kesihatan Tengku berada dibawah kawalan doktor sehingga tidak digalakkan memperolehi anak. Walau dia masih muda ketika itu, kehadiran Nadia amatlah menggembirakan hatinya kerana dilihatnya Tengku amat mengasihi Nadia. Dia amat hairan pada mulanya kerana Nadia Natasya tidak diletak Tengku, pada pangkalnya. Sedangkan mereka berdarah DiRaja. Permulaannya, dia pernah menanyakan pada suaminya itu. Tetapi jawapan yang diterima amat mengecewakan.
‘Abang taknak Ika tanya apa saja tentang asal- usul Nadia. Cukup saja layan dia macam anak Ika sendiri. Abang tak mahu lihat hidup dia terumbang- ambing. Abang kasihi dia melebihi kasih sayang abang pada Ika.’
Sejak dari hari itu, dia mendidik Nadia bagai anaknya sendiri. Nadia mudah rapat dengan orang walau dalam tempoh yang singkat. Telatah Nadia yang lincah dan nakal amat mencuit hatinya. Dia pernah berkongsi hidup seperti anak perempuan dan ibu dulu. Tetapi entah dimana silapnya, ketika Nadia berada di tingkatan lima, hubungan mereka menjadi renggang. Dicuba mencari mana silap dan salah, tetapi hampa. Nadia tetap diam membisu tetapi jika suaminya duduk berbual dengannya, serta- merta tingkah laku Nadia berubah. Akhirnya dia diam membisu. Hanya dalam setahun ini sajalah Nadia cuba menghampirinya seperti dulu walau terasa seperti ada penghalang yang menjadi jurang yang jauh untuk mereka bersama.
‘Ika… Ika!’
Nadia senyum. Dia mencubit lembut pinggang auntie Ika. Terkejut bukan kepalang auntie nya itu. Ika senyum malu bila melihatkan suami dan Nadia ketawa besar.
‘Kenapa nie?’
‘Uncle dari tadi panggil auntie tau. Jauhnya auntie melamun. Entah dah sampai planet mana agaknya!’
‘Kamu nie Nadia.’
Nadia masih ketawa terkenangkan wajah auntie Ika.
‘Ika ok ke? Abang panggil banyak kali, Ika ingat siapa?’
‘Ish abang nie. Nak ikut anak awak lah tu! Mengusik saya.’
Zulaikha senyum malu. Mereka ketawa riang. Nadia pulang ke rumah selepas jarum jam melepasi pukul 1 pagi. Dia selesa jika bergurau bersama uncle Awal. Tetapi dia sudah jarang bermesra bersama dengan auntie Zulaikha. Semuanya gara- gara Amri. Dia memejamkan mata rapat- rapat agar tidak terlalu memikirkan tentang kejadian yang telah menggariskan sebuah kenangan hitam dalam hidupnya.
‘Cik Nadia. Tuan Awaludin minta cik Nadia hadir ke mesyuarat lembaga pengarah nanti.’
‘Pukul berapa?’
‘2 petang. Conference room 6.’
‘Awak tau apa sebab?’
‘Taktau Cik Nadia. Penting agaknya untuk pengetahuan cik Nadia.’
‘Baiklah. Awak boleh pergi. Errr Salmi!’
‘Saya cik Nadia.’
‘Awak boleh tolong saya bawakan panadol?’
‘Baik cik Nadia.’
Kepala Nadia terasa seperti berpusing- pusing sejak pagi lagi. Mujurlah hari ini dia tidak kemana. Maklumlah, selepas ke sana ke mari, segala kerjanya agak berkurangan. Salmi masuk membawa panadol yang diminta.
‘Cik Nadia ok?’
‘Ermm pening sikit Salmi.’
‘Nak saya panggilkan doktor?’
‘Tak payahlah. Saya try makan panadol je. Lagipun sikit je.’
‘Oklah kalau macam tu.’
‘Nanti awak ingatkan saya tentang board meeting tu ye.’
‘Baik cik Nadia. Apa- apa hal nanti panggil lah saya. Saya keluar dulu.’
Nadia hanya menganggukkan kepala. Selepas menelan panadol 2 biji dia pejamkan mata sekejap. Tetapi bayangan itu semakin menghantui dirinya. Telefon berdering. Dia terkejut.
‘Hello… Nadia sini.. Mana kau tau ini pejabat aku?… Kau jangan ganggu aku lagi boleh tak? Aku tak ingin dengar suara kau pun!…. Dengar sini, kalau dulu aku tak berani hadapkan perkara nie ke pihak berkuasa, sekarang kalau kau ugut aku lagi aku takkan ragu- ragu report pada polis!’
Nadia menghempaskan gagang telefon. Dia melepaskan keluhan berat. Laptopnya bernyala. Satu dokumen sulit diterima. Dia membuka fail tersebut dan menghantar kepada Salmi. Dia meninggalkan message supaya dokumen yang baru diterima itu dicetak keluar dan diberi padanya secepat yang boleh. Dia menyemak dokumen yang perlukan pemerhatiannya dan menyambung kembali kerjanya. Ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik yang agak besar dan memuatkan 10 orang pemegang saham terbesar, semua berpaling padanya. Dia menguntumkan senyuman untuk menghilangkan debaran di dada. Uncle berucap dan memulakan mesyuarat. Di suatu ketika jantungnya hampir luruh mendengar pengumuman yang dibuat uncle Awal tentang perlantikan dirinya sebagai salah seorang lembaga pengarah serta pemegang saham sebanyak 45% dari syarikat itu yang pada asalnya dimiliki oleh uncle Awal.
‘Kenapa uncle beri hampir kesemuanya saham uncle pada Nadia?’
‘Nadia kan anak uncle. Kenapa Nadia nak marah- marah nie?’
‘Nadia tak marah uncle. Tapi tak elok lah pandangan orang. Nadia nie cuma anak saudara uncle je. Tapi dapat saham terbesar dari uncle.’
‘Kenapa Nadia suka memperbesarkan hal dengan kata- kata orang lain?’
Nadia diam. Tengku Awaludin tau bahawa Nadia memang suka memikirkan tentang perasaan orang lain dari dirinya sendiri. Dia memang sengaja memberi Nadia kesemuanya saham yang ada pada Nadia. Kerana pada siapa lagi Nadia akan mengadu nasib selepas ketiadaan dirinya. Nadia hendak bergantung harapan pada siapa? Semuanya kerana fikirkan tentang masa depan Nadia yang mendorong dia membuat keputusan itu. Kerana dia percaya Nadia berkebolehan mengambil alih syarikatnya. Anak- anak tirinya semua sudah diberikan modal untuk membuka perniagaan sendiri dan kesemua mereka hidup senang sekarang. Isteri pertama dan keduanya sudah meninggal dunia. Manakala untuk Zulaikha dia sudah membuka sebuah dana untuk masa depannya. Hanya Nadia yang tiada. Syarikat itu pula adalah syarikat milik penuh dia. Takkan dia ingin melihat Nadia hidup merempat. Hidup dia takkan lama. Dia perlu bertindak dengan cepat. Kerana kasih sayang yang menggunung pada Nadia, dia sanggup berbuat apa saja. Nak harapkan Tengku Mokhtar dan isterinya menanggung Nadia? Jangan mimpilah. Dia kenal sangat dengan sikap Tengku Mokhtar. Hatinya tidak pernah inginkan Nadia sebagai anak.
‘Uncle! Kita cakap dengan dia, dia dah terbang ke Dubai pulak!’
Tengku Awaludin ketawa kecil melihat muncung Nadia.
‘Uncle sayang Nadia. Nadia nak bergantung pada siapa kalau uncle pergi dulu? Nadia nak mengadu pada siapa? Ini rezeki Nadia. Anggap takdir Tuhan.’
Nadia diam. Dia memeluk uncle nya dengan tangisan.
‘Uncle sayang Nadia macam anak uncle sendiri. Jaga lah syarikat nie baik- baik.’
‘Uncle masih berkuasa disini. Janganlah pergi dulu. Nadia masih bermanja dengan uncle.’
Tengku Awaludin. Nadia nie manja sangat! Dia mengusapkan kepala Nadia dengan kelembutan. Wajah yang ayu itu mengingatkan dia pada ibu Nadia yang meninggal dunia setelah melahirkan Nadia.
‘Nadia sayang uncle tak?’
‘Eeii uncle nie teruk betul!’
‘Kenapa pulak?’
‘Uncle selalu tanya soalan yang bukan- bukan. Dah tentu Nadia sayang pada uncle. Uncle macam ayah Nadia. Sekurang- kurangnya Nadia masih dapat merasa kasih sayang seorang ayah.’
Tengku Awaludin memeluk erat anak saudaranya itu. Sebak hatinya mengenangkan asal- usul Nadia yang pasti Nadia akan mengetahuinya bila- bila masa. Nadia dilihatnya tertidur di sofa. Dia menggamit tangan Zulaikha ke biliknya. Zulaikha terpinga- pinga dengan tingkah laku suaminya.
‘Abang nak cerita sesuatu pada Ika. Tapi abang nak Ika simpan rahsia ke akhir hayat Ika. Kata orang, biar pecah diperut tapi jangan pecah dimulut!’
Zulaikha terkedu mendengar amaran dari Tengku Awaludin. Dia hanya membiarkan segala cerita keluar dari mulut suaminya itu. Dia terkejut. Malah tidak disangka perkara seperti itu akan berlaku dalam keluarga yang mementingkan adat.
‘Ingat Ika. Abang terpaksa cerita pada Ika. Abang taknak apa- apa akan berlaku diluar anggaran kita. Simpan rahsia tu dan Ika cuba lah buat seperti Ika tidak tahu apa- apa. Tapi percayalah, abang memang sayangkan Nadia melebihi kasih sayang abang pada Ika dan anak- anak.’
Zulaikha diam seribu- bahasa. Fahamlah dirinya mengapa Nadia Natasya tidak diberi hak Tengku pada pangkal namanya. Ya Allah! Besar sungguh hidup yang Kau berikan pada manusia ini.
‘Uncle..’
Tengku Awaludin diam. Nadia masih lagi menyeru nama uncle. Dia menangis teresak- esak apabila datang seorang lelaki mengangkat uncle nya pergi jauh darinya. Dia menangis apabila semua orang mentertawakannya. Dia sudah tiada sesiapa lagi didunia ini. Dia menangis. Dia cuba mengejar bayang uncle tetapi hampa.
‘Uncle!’
Nadia mengurut dada. Dia memerhati sekeliling. Mimpikah dia? Mengapa mimpinya amat menakutkan?
‘Nadia! Kenapa?’
Nadia memandang wajah auntie Ika. Zulaikha hairan melihat gelagat Nadia. Seperti orang kebingungan. Dia terkejar- kejar ke ruang rehat itu apabila mendengarkan jeritan Nadia. Bila ditanya, Nadia seperti orang bingung. Dia menyentuh lembut tangan Nadia.
‘Uncle…’
‘Kenapa sayang? Kenapa uncle?’
‘Uncle… Uncle mana auntie?’
‘Uncle kamu sembahyang. Ada di atas. Mungkin berehat agaknya sekarang.’
Nadia melepaskan nafas lega. Tetapi debaran di dada masih lagi kencang. Zulaikha mengusap perlahan ubun kepala Nadia. Nadia bangun dan berlari ke bilik uncle nya. Dia mencari bayang uncle nya.
‘Uncle! Uncle!’
Nadia melaung memanggil Tengku Awaludin. Muncul Tengku Awaludin dengan rambut yang masih basah. Nadia berlari mendakap Tengku Awaludin. Dia terpinga- pinga dengan kelakuan Nadia. Zulaikha muncul.
‘Kenapa nie sayang?’
Nadia masih tenggelam di dada Tengku Awaludin. Dia mengusap kepala Nadia lembut. Nadia melepaskan pelukannya. Kemudian dia tersenyum malu mengenangkan kelakuannya sebentar tadi.
‘Sorry uncle. Nadia rindu kat uncle!’
Tengku Awaludin dan Zulaikha tertawa mendengarkan jawapan spontan Nadia.
‘Kenapa nie Nadia? Ada masalah ke?’
Nadia menggelengkan kepala sambil senyum. Malu!
‘Uncle nak sembahyang nie. Kamu tunggu uncle di laman. Auntie Ika kamu buat seri muka ari nie.’
Nadia memandang wajah auntie Ika. Auntie Ika senyum. Nadia berlalu ke dapur.
‘Nadia nak makan dulu boleh tak auntie?’
‘Makan lah Nadia. Auntie letak dalam fridge.’
Nadia membuka peti ais dan mengeluarkan pinggan yang terisi rapi dengan kuih kegemarannya, kuih seri muka. Sedang dia asyik menyuap kuih ke dalam mulut, bahunya ditepuk. Dia hampir tercekik.
‘Makan seorang diri. Diam- diam pulak tu! Rul pun nak makan juga.’
Nadia senyum. Dia menghulurkan pinggan pada Fakrul tetapi belum sempat di capai oleh fakrul, Nadia melarikan pinggan itu keluar. Fakrul mengejar Nadia yang berlari ke laman rumah.
‘Kenapa berlari ni Nadia?’
‘Sengaja nak sakat abang Fakrul.’
Tengku Awaludin dan Zulaikha terkejut dengan ayat yang meluncur dari mulut Nadia. Abang Fakrul? Sejak bila Nadia sudah membahasakan Fakrul sebagai abang? Mereka berpandangan sesama sendiri. Nadia duduk bersama- sama dengan uncle dan auntie nya dengan ketawa yang masih berbaki.
‘Penatlah abang kejar Nadia!’
Nadia ketawa riang. Mulutnya masih berisi dengan kuih kegemarannya itu.
‘Nadia sihat ke nie?’
Nadia terpinga- pinga dengan soalan yang di ajukan oleh Tengku Awaludin. Zulaikha menyiku lengan suaminya.
‘Nadia nak lagi ke?’
‘Err…’
‘Banyaknya makan? Badan macam tu juga.’
Belum sempat Nadia menjawab soalan auntie Ika, Fakrul sudah memotong. Nadia mencubit lengan Fakrul. Suasana itu masih lagi janggal buat Tengku Awaludin dan Zulaikha. Bukan Nadia tidak pernah berkelakuan begitu, tetapi sudah hampir 6 tahun Nadia hanya mendiamkan diri dan tiba- tiba pada hari ini Nadia kembali dengan gelak tawanya.
‘Cik Nadia!’

‘Just tell me apa program saya hari ni Salmi.’
‘Pihak Tough Security nak bentangkan usul baru memandangkan kerap sangat berlakunya kecurian di tempat kerja.’
‘Macam mana dengan kes kat port hari tu? Ada pihak atasan yang turun siasat tak?’
‘Laporan tu belum diterima cik Nadia.’
‘Belum diterima? Kes tu dah masuk 3 bulan! Saya mintak sampai akhir bulan lepas. Apa yang diaorang buat nie?’
Salmi hanya mendiamkan diri. Sudah hampir 2 tahun Nadia bekerja disitu. Segala sifat dan tabiat Nadia dia tahu. Nadia melangkah masuk ke dalam bilik. Salmi membuntuti tetapi berhenti separuh jalan apabila terpandang bayang seseorang duduk di dalam biliknya.
‘Siapa tu? Bila masa dia datang?’
‘Saya tak tau Cik Nadia. Katanya dia abang pada Cik Nadia.’
‘Kenapa tak suruh dia tunggu saya kat luar?’
‘I asked him to do so. Tapi dia degil. Katanya biar dia duduk di dalam. Tak kira lama mana pun.’
‘Gila!’
Salmi terkejut. Nadia memarahi abangnya sendiri?
‘Salmi, awak call pihak Tough Security. Sambungkan saya pada Tuan Zakri. Now!’
Nadia melangkah masuk. Dia tak rasa itu abangnya. Melihatkan pandangan belakang, dia macam mengenalinya. Tetapi ingatannya agak kabur. Dia membuka pintu perlahan. Serentak itu dia menjerit. Hampir jatuh beg bimbitnya.
‘Buat apa kau datang sini?’
‘Aku nak jumpa kau pun tak boleh?’
‘Tak!’
‘Kenapa kau sombong sangat sekarang nie?’
‘Apa kau peduli? Baik kau keluar dari sini sebelum aku halau kau keluar!’
‘Itu amaran atau arahan?’
Nadia mendengus geram. Buat apa dia kemari? Nak susahkan orang! Nadia mengangkat telefon yang disambungkan. Dia berbual dengan pembantu kanan pengarah urusan Tough Security. Setelah agak lama membincangkan tentang masalah yang timbul, Nadia menamatkan perbualan apabila kata sepakat di capai. Amri masih lagi merenung dirinya.
‘Kau nak apa lagi nie?’
‘Kau makin cantik sekarang.’
‘Kalau itu yang kau nak cakapkan, seribu kali pun, aku tetap tak percaya. Lebih baik kau keluar!’
Amri bangun menghampiri Nadia. Nadia mencapai gunting yang berada di mejanya. Amri senyum kerana berjaya membuatkan Nadia takut padanya. Dia mencuit sedikit dagu Nadia.
‘Keluar kau setan!’
Amri ketawa. Dia keluar dengan senyuman kemenangan. Nadia berdiri kaku.
‘Salmi bawakan saya panadol please..’
Dia memicit- micit kepalanya yang agak pening itu. Dia mengetuk pintu bilik yang berkayu jati itu. Tengku Awaludin senyum.
‘Kenapa nie sayang? Macam letih je?’
‘Takde apa uncle. Nadia ingat Nadia nak pergi bercuti lah uncle.’
‘Nadia nak kemana?’
‘Tak tau lagi. Mungkin dengan Rina.’
Tengku Awaludin perasan bahawa Nadia seperti tidak bermaya.
‘Nadia ada masalah ke?’
Nadia hanya membisu. Dia sekadar menggeleng kepala.
‘Nadia sakit?’
Geleng.
‘Nadia.. Kenapa nie sayang? Cerita pada uncle.’
‘Takde apa uncle. Mungkin Nadia dah terlalu banyak sangat kerja sampai lupa waktu rehat dan makan.’
‘Ermm cukup ke seminggu? Nak tambah lagi?’
Nadia diam membisu. Lukisan yang berasaskan cat air melakarkan sebuah keluarga nelayan sedang membantu si ayah turun ke laut, direnungnya. Damai sungguh rasanya.
‘Nadia…’
Alangkah indah hidup Nadia andai dia punyai kehidupan yang begitu.
‘Nadia!’
Tetapi sudah nasib dia tiada berteman.
‘Nadia!’
Nadia terkejut. Direnungnya wajah tua yang masih segak itu. Senyuman diukirkan.
‘Kenapa nie?’
Geleng.
‘Nadia betul- betul ada masalah ye?’
‘Takde ape lah uncle. Janganlah risau.’
‘Uncle luluskan cuti. Nadia pergi lah mana- mana pun. PDA jangan bawa.’
‘Thanks uncle. Nadia keluar dulu.’
‘Nadia!’
‘Saya uncle.’
‘Cukup cuti seminggu nie?’
‘Nanti Nadia bagitau pada uncle ye.’
Tengku Awaludin hanya menggeleng kepala. Kenapa dengan Nadia? Apa agaknya yang difikirkan? Dia memandang pada lukisan yang tergantung di belakangnya. Direnungnya dalam. Ya Allah! Nadia ingatkan keluarganya. Tengku Awaludin mencapai telefon.
‘Rina.. Uncle Awal nie… Uncle tengok Nadia tu macam ada masalah. Rina tau apa masalah dia?….. Dia dah apply cuti. Rina bawa dia pergi mana- mana…. Uncle memang risaukan dia Rina, kamupun tau kenapa….. Baiklah..’
Tengku Awaludin menyerahkan briefcase pada isterinya. Zulaikha menghulurkan secawan kopi kegemaran Tengku Awaludin. Tengku Awaludin menghirup sekali.
‘Kenapa bang?’
Tengku Awaludin membiarkan jari- jemari halus Zulaikha mengurut lembut bahunya.
‘Abang tengok Nadia tu macam ada masalah. Tapi entahlah Ika. Abang tak reti nak tafsir hati dia.’
‘Kenapa bang? Macam besar sangat masalahnya?’
‘Abang nak terangkan pada Ika susah sangat rasanya.’
‘Ceritalah apa yang abang nampak.’
Tengku Awaludin mengeluh berat. Dia memejamkan mata. Wajah lembut tetapi kelihatan gusar itu terbayang dimatanya.
‘Nadia mohon cuti seminggu. Tetapi pandangan matanya sayu aje. Pulak tu dia renung lukisan keluarga nelayan di bilik abang tadi. Bila ditanya tiada yang dijawabnya. Abang risau lah Ika.’
Zulaikha terkejut. Nadia rindukan suasana berkeluarga. Dia teringat renungan yang sukar ditafsir yang Nadia lemparkan ketika dia mendukung anak jiran sebelah rumah dengan kasih sayang. Benarkah andaiannya itu? Nadia dahagakan kasih sayang.
‘Bang..’
Tengku Awaludin hanya diam membisu.
‘Bang.. Apa kata kita suruh Nadia kahwin?’
Tengku Awaludin membuka matanya. Kahwin?
‘Maksud Ika?’
‘Ika juga sayangkan Nadia macam abang sayang dia. Tapi kita bukan ibu bapa nya bang. Dia dahagakan kasih sayang. So, kita suruh dia kahwin cepat. Agar dia dapat kasih sayang dari seorang suami pula!’
Tengku Awaludin berkerut dahi. Benarkah cara ini berkesan?
‘Ish awak nie! Jangan sembarangan. Kahwin sampai ke mati. Bukan untuk sebulan dua!’
‘Ika bukan bermaksud macam tu. Kita suruhlah dia kahwin dengan pilihan dia sendiri. Baru lah kekal. Nadia tu bukan tak cantik. Pasti dia ada teman lelaki.’
‘Abang taknak lah masuk campur dalam hal hidup dia. Dia dah cukup tenang sekarang. Biarlah dia fikirkan apa yang patut.’
Zulaikha diam. Memang benar Nadia sudah besar dan tahu pertimbangkan hidupnya. Tiba- tiba mereka terdengar bunyi kereta mengaum dengan nyaring. Mereka berdua bergegas ke garaj kereta dihadapan rumah. Zulaikha dan Tengku Awaludin terkejut melihat Amri keluar dari kereta Evolution 7 yang berwarna merah garang.
‘Mama abah..’
Amri bersalaman dengan mereka dan melangkah masuk. Tengku Awaludin hanya diam membisu. Dia segera naik ke bilik dan berehat. Zulaikha hanya mengekori langkah suaminya dengan ekor mata. Dia faham kenapa Tengku Awaludin bersikap begitu.
‘Kenapa pulak kamu ingatkan rumah nie Amri?’
‘Mama nie.. Amri balik nak jenguk mama dan abah pun salah!’
‘Baik kamu tak payah menjenguk kami kalau kau lebih suka hidup kat luar tu! Dah hampir 8 tahun baru kamu balik jenguk mama dan abah? Anak jenis apa kamu nie Amri?’
‘Mama macam nie lah. Bila Amri balik je, mama bising. Abang Rul tu tak pernah pulak mama marahkan?’
‘Kamu jangan nak bandingkan kasih sayang ,mama Amri! Mama marah kamu macam nie ada sebab. Kamu selalu susahkan kami.’
Amri berlari ke biliknya. Dia benci setiap kali pulang ke rumah, Zulaikha akan memarahinya. Sedangkan Fakrul tidak pernah sekali dia dengar mama marah. Dia pulang kerana Nadia. Dia geram melihat tubuh montok Nadia. Tubuh yang pernah dijamahnya dulu. Ingin sekali dia jejaki Nadia. Tetapi hampa. Hanya mengetahui tempat kerja Nadia. Tapi dia sedia maklum bahawa Nadia selalu pulang ke rumah ini pada hari ahad. Dia sabarkan penantian.
‘Auntie sihat?’
‘Sihat. Kamu?’
‘Saya macam nie lah auntie. Nak rasa gulai lemak auntie boleh tak?’
Zulaikha senyum. Mungkin ada rahmatnya. Dia melihat kemesraan antara suaminya dan Nadia ketika mereka berada di laman luar. Nadia ketawa mengisi ruang.
‘Mama!’
‘Oh pocot kau!’
Fakrul ketawa besar melihat Zulaikha melatah.
‘Kamu nie Rul. Suka buat mama terkejut!’
‘Ermm sorry lah mama. Mama masak apa?’
‘Gulai lemak ayam.’
‘Wow.. Sedapnya mama.’
Fakrul terlihat Nadia dan Tengku Awaludin duduk berbual.
‘Patutlah… Nadia ada kat sini.’
‘Alah kamu nie Rul. Macam tak biasa pulak!’
‘Mana Amri ma?’
‘Dia tak pernah punch card kat mama!’
Jawapan spontan yang keluar dari bibir Zulaikha membuahkan tawa Fakrul. Tiba- tiba Nadia muncul.
‘Amboi ketawa! Mengalahkan orang menang judi!’
‘Nadia bila sampai?’
‘Baru je duduk…’
‘Bukan duduk…Tidur tu baring!’
Nadia menarik muka masam. Fakrul mencubit hidung Nadia.
‘Nadia memang suka tidur mama. Aktiviti masa lapang!’
Nadia mendengus geram. Dia mencubit lengan Fakrul.
‘Kamu berdua nie amcam budak kecil pulak! Kahwinkan kamu berdua baru tau!’
Nadia terkedu. Fakrul juga terkejut sama. Zulaikha senyum.
‘Ermm tau pulak diam. Ingatkan dah tak reti dok diam tadi!’
‘Auntie sengaja nak kenakan kami ye?’
‘Dah kamu bising sangat.’
Nadia dan Fakrul ketawa. Nadia menolong Zulaikha memasak di dapur. Malam menjelang dan mereka makan malam bersama- sama. Ketika mereka sedang bergembira makan bersama, pintu besar di ruang bawah kedengaran seperti dibuka. Tidak lama kemudian muncul Amri. Nadia kaget. Gelas yang dipegangnya hampir terlucut dari tangan. Amri senyum apabila melihat wajah yang dirinduinya. Nadia sudah berpeluh menahan getaran. Tengku Awaludin tidak memandang pada Amri walau sedikit.
‘Kamu dah makan Amri?’
‘Err.. Belum mama. Mama masak apa?’
‘Masak lemak. Kamu nak makan marilah.’
Amri melangkah ke meja makan dengan selamba. Walau dia tahu ayah tirinya tak suka padanya. Tengku Awaludin meminta diri. Selepas mencuci tangan dia beredar ke ruang tamu. Nadia juga mengundur diri. Bukan apa, tak selesa apabila bertentang mata dengan orang yang dibencinya.
‘Kau dari mana nie Am?’
‘Dari bengkel kawan bang.’
‘Buat apa di bengkel sepanjang hari?’
‘Modified kereta.’
Fakrul menggeleng. Perangai adiknya itu terasa semakin lama semakin teruk. Malam itu Nadia kepanasan. Walau bilik yang di khas kan untuknya itu dipasang air-cond, tetapi kepanasan di hatinya yang membuatkan dia tak senang duduk. Nadia berkira- kira andai mahu pulang ke rumahnya pada waktu itu juga. Dia betul- betul kebingungan. Dia ke dapur untuk mengambil sedikit air minuman. Dia menjerit apabila ada tangan kasar memeluk pinggangnya dan menutup mulutnya. Kenangan hampir 8 tahun lalu berputar diminda. Nadia panik. Amri cuba menjamah bibirnya. Gelas yang dipegang Nadia terlepas. Kedengaran pintu bilik dibuka. Amri melepaskan pelukannya. Nadia pucat. Fakrul muncul dipintu dapur.
‘Apa yang kau dua orang buat kat sini?’
Nadia dan Amri diam membisu. Fakrul memandang wajah Nadia. Pucat sungguh hingga peluh mengalir di dahi. Fakrul ingin bertanyakan sesuatu tetapi Nadia terus berlari meninggalkan dia dan Amri. Amri juga ingin beredar tetapi ditahan Fakrul.
‘Apa yang Am buat pada Nadia?’
‘Takde apa.’
‘Am jangan tipu abang. Kalau takde apa, takkan Nadia pucat betul!’
‘Abang nak Am cakap ye?’
Fakrul diam. Tetapi dia tahu ada sesuatu yang berlaku antara Nadia dan Amri. Sedangkan dari kecil lagi Nadia sememangnya rapat dengan Amri dari dia sendiri. Setelah Nadia menjangkau tingkatan lima, serta- merta sikap Nadia berubah. Jarang sudah mahu balik ke rumah ini dan berpindah pula ke rumah mama dan daddy nya di Ulu Tebrau. Semakin lama dirasakan Nadia sudah tawar hati untuk bergurau senda bersama mereka sekeluarga. Hanya abahnya yang di layan oleh Nadia. Ingin ditanya pada Nadia sendiri, tetapi dia tidak tahu hendak mulakan dari mana. Akhirnya dia biar saja perkara itu berlalu ditelan masa.
‘Am tahu abang ada hati pada Nadia!’
Fakrul terkejut.
‘Kenyataan apa yang kau cuba sebut Am? Kau nak cari gaduh ke?’
‘Saya tahu abang memang dah lama pendam perasaan pada Nadia. Saya hidup dengan abang 27 tahun bang! 27 tahun saya faham segala sifat abang!’
‘Apa kena dengan kau nie Am?’
‘Abang cuma boleh pendam perasaan bila tengok Nadia dengan seorang lelaki di KL kan?’
Fakrul terkejut. Mana dia tahu semua nie?
‘Am jangan nak memandai- mandai. Nadia tu kan sepupu kita.’
‘Sepupu tiri bang!’
‘Ye sepupu tiri. Am pernah ambil kisah sikap Am yang malukan mama pada abah?’
Amri diam. Fakrul berlalu ke biliknya. Hampir- hampir rahsianya bocor. Dia memang sayang Nadia. Dia ingin Nadia menjadi suri hatinya. Tetapi apabila mengenangkan Nadia adalah sepupu tirinya dan mama nya berhutang budi pada Tengku Awaludin membuatkan dia patah semangat untuk meluahkan hasratnya. Tambahan lagi setelah dia melihat Nadia berdua- duaan dengan seorang jejaka yang amat dikenalinya sering bersama ketika Nadia ke Kuala Lumpur. Hubungan mereka nampak mesra dan serta- merta mematikan terus hasratnya. Tetapi bagaimana Amri tahu Fakrul ke Kuala Lumpur semata- mata ingin mengejar Nadia?
‘Abang nak buat apa?’
‘Abang nak tunjuk pada Nadia yang abang sayangkan Nadia.’
Nadia diam membisu. Dia hanya mengikut kata Amri yang menutup matanya dan membawanya ke suatu tempat yang tidak diketahuinya. Masa itu hubungan mereka bagai abang dan adik. Amat rapat seperti isi dan kuku.
‘Eeeiii cantiknya bang!’
‘Abang beli khas untuk Nadia di Holland.’
Nadia terpegun melihat bilik tidurnya penuh dengan bunga kegemarannya, bunga tulip. Di katil, meja, almari, komputer, telefon, mahupun lantai bilik atau siling, semuanya penuh dengan bunga tulip dan ros. Spontan dia melompat keriangan dan memeluk Amri. Kemudian dia cuba baring di atas katilnya yang tilam penuh dengan kelopak mawar. Tanpa disedarinya Amri mengunci pintu bilik dan melangkah penuh nafsu pada Nadia. Amri baring di sebelah Nadia.
‘Terima kasih bang. Cantik!’
‘Semuanya abang buat sebab abang sayang Nadia.’
Nadia senyum. Amri mencium pipi Nadia. Dia terkejut dengan tindakan Amri.
‘Tanda sayang abang pada Nadia.’
Nadia diam membisu. Dadanya berdebar. Dia ingin bangun tetapi dihalang Amri.

‘Nadia marilah temankan abang.’
Nadia berdebar. Tangan Nadia ditarik hingga dia terbaring kembali di atas katil. Amri menghempap badan Nadia yang agak kecil itu. Nadia meronta.
‘Apa nie bang? Nadia tak selesa lah.’
‘Jangan macam nie sayang. Abang nak Nadia layan abang sekejap je..’
Nadia meronta- ronta. Tetapi tangan Amri begitu kejap mengunci pergerakannya. Nadia memejamkan mata apabila Amri sudah meneroka ke lehernya. Nadia menjerit tetapi dia tahu tiada siapa di rumah melainkan mereka berdua.
‘Abang… Janganlah. Nadia tak suka…’

Amri tidak menghiraukan rayuan Nadia. Dia terus menerus meneroka ke seluruh badan Nadia. Nadia cuba meleraikan pelukan Amri. Dia mencari kesempatan untuk menampar dan menendang Amri. Amri bangun. Nadia lari ke pintu tetapi tangannya direntap kasar oleh Amri. Nadia mendapat satu tamparan yang agak kuat dari Amri hingga membuatkan dia pengsan. Dia terjaga pada malam harinya dan melihat bajunya berterabur dilantai bilik dan dirinya terbaring dalam keadaan bogel di atas katil. Dia menangis di dalam bilik bawah pancuran air.
‘Nadia! Mari turun makan. Uncle dah lama tunggu Nadia.’
Nadia mendiamkan diri. Dia hanya duduk berteleku di dalam bilik air. Zulaikha masuk ke dalam bilik Nadia apabila tiada balasan dari Nadia. Dia hanya menyangka Nadia masih mandi kerana air bunyi berterusan. Dia turun ke bawah.
‘Nadia mandi lah bang.’
‘Mandi?’
Tengku Awaludin melihat jam di dinding. 8 malam. Nadia tak pernah mandi lewat begini. Dia berasa seperti kurang sesuatu.
‘Ika dah suruh dia turun?’
‘Dah bang. Tapi tak tahulah dia dengar atau tak..’
Tengku Awaludin segera bangun dan ke bilik Nadia. Dilihatnya bilik Nadia agak bersepah. Penuh dengan bunga- bunga. Dia mengetuk pintu bilik air.
‘Nadia! Nadia.. Uncle nie!’
Tiada respon dari dalam. Hanya bunyi air bercucuran.
‘Nadia! Buka pintu sayang. Nadia ok ke?’
Masih lagi sama. Tengku Awaludin meminta kunci pendua dari Zulaikha.
‘Kenapa bang?’
‘Ika buka pintu bilik air nie…dan masuk tengok apa jadi pada Nadia!’
Zulaikha tidak membantah. Tengku Awaludin resah. Hatinya berasa tidak sedap. Kedengaran jeritan dalam bilik air.
‘Kenapa Ika? Kenapa dengan Nadia?’
‘Nadia bang.. Nadia!’
Zulaikha terkejut melihat sekujur tubuh Nadia terbaring lesu di tabir tab mandi. Darah mengalir mengikut arus air. Zulaikha mencapai towel yang sentiasa disediakan di dalam bilik air.
‘Abang masuk bang…’
Tengku Awaludin masuk ke dalam bilik air. Dia juga terkejut melihat keadaan Nadia. Dia agak kaget melihat Nadia begitu. Dia mencimpung badan Nadia ke katil.
‘Ika pakaikan baju. Kita bawa dia ke hospital.’
Tengku Awaludin menutup pintu bilik dan menunggu di luar bilik. Kemudian dia membawa Nadia ke hospital.
‘Doktor tolong.. Tolong jangan bagitau sesiapa pun tentang hal ni. Saya taknak uncle malu..’
‘Tapi Cik Nadia, bahaya jika dibiarkan.’
‘Doktor cucilah badan saya. Tapi jangan ceritakan hal ini pada sesiapa pun.. Tolong lah doktor..’
Nadia menangis di dalam bilik pemeriksaan selepas sedar. Dia terima hakikat bahawa dia telah dirogol dan disahkan oleh doktor peribadi Tengku Awaludin.
‘Tolonglah doktor.. Saya tiada sesiapa di dunia doktor selain uncle saya..’
Nadia menangis lagi. Dr. Hamizi simpati dengan nasib Nadia. Dia mengangguk sambil tersenyum.
‘Saya takkan bocorkan hal ini. Janji Nadia jangan sedih sangat macam nie.’
‘Saya janji doktor.. Terima kasih. Terima kasih banyak- banyak doktor!’
Nadia senyum melihat Tengku Awaludin masuk ke biliknya. Tengku Awaludin mengusap lembut kepala Nadia dan mencium dahi dengan penuh kasih.
‘Maafkan uncle Nadia. Uncle takde bersama Nadia.’
Nadia terkejut. Uncle susah tahukah? Dia memandang pada Dr. Hamizi untuk meminta penjelasan.
‘Nanti uncle tukar lantai baru. Atau uncle sendiri yang cuci lantai bilik air tu.. Uncle menyesal sebab Nadia jatuh, dan uncle terlewat untuk mendengar jeritan Nadia.’
Nadia melepaskan nafas lega. Dia senyum pada Dr. Hamizi. Sedang dia dan Tengku Awaludin berbual, Fakrul dan Amri masuk. Nadia terkejut. Dia hampir- hampir tidak dapat mengawal perasaan. Mujurlah doktor dan nurse yang bertugas dapat menenangkannya.
‘Tengku dan anak- anak keluar dulu. Biar Nadia berehat. Dia agak bingung dengan kejadian yang menimpa.’
Tengku Awaludin keberatan. Tetapi dipujuk oleh Fakrul, dia akhirnya dengan berat hati meninggalkan Nadia. Nadia masih terasa segala kesakitan yang dihadapinya.
‘Uunncclleeee!!! Tolong Nadia!’
Jeritan yang dikeluarkan ketika dia ingin melarikan diri dari Amri. Masih terasa pegangan yang tegap Amri lakukan padanya.
‘Jangannnn!! Unclee! Tolong Nadia uncle! Uunncclleeeee!!’
Nadia tersedar apabila terasa pipinya di tampar. Zulaikha gelisah mendengar jeritan Nadia yang mengganggu tidur dia.
‘Kenapa Nadia? Nadia sihat?’
Nadia berpeluh. Dadanya berombak kencang. Dengan tiba- tiba dia memeluk erat Zulaikha.
‘Jangannn tinggalkan Nadia auntie… Nadiaa takuuttt!’
Zulaikha terkejut. Apa yang dah berlaku sehingga Nadia takut sebegini rupa? Dia mengusap lembut belakang badan Nadia.
‘Nadia makan ubat nie dulu. Then Nadia tidur ye.’
Nadia diam. Dia menyambut huluran ubat yang diberikan.
‘Auntieee…’
Zulaikha tidak jadi melangkah.
‘Auntie temankanlah Nadia. Nadia takutt..’
Zulaikha hairan dengan sikap Nadia. Dia senyum. Dia membaringkan Nadia dan menyelimuti Nadia. Tangannya dipegang Nadia membuatkan dia duduk disisi Nadia dan menunggu sehingga Nadia benar- benar tidur. Dia menutup perlahan pintu bilik. Jam sudah pukul 5 pagi.
‘Kenapa Ika?’
Zulaikha mengurut dada. Di jelingnya Tengku Awaludin yang senyum melihatkan isterinya yang agak terkejut dengan tindakannya.
‘Abang nie kan, kalau nak mengusik janganlah masa ni.’
‘Marah lah tu!’
Zulaikha menjeling pada suaminya. Dia turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan.
‘Abang tanya Ika tadi.’
‘Abang tanya apa?’
‘Ika buat apa di bilik Nadia pagi- pagi nie?’
Zulaikha resah. Perlukah diceritakan segalanya pada suaminya itu?
‘Abang.. Ika rasa Nadia tu ada masalah.’
‘Kenapa Ika cakap macam tu?’
‘Ika dengar Nadia menjerit tadi.’
‘Nadia menjerit? Dalam tidur?’
Zulaikha mengangguk. Dia juga resah.
‘Tak pernah pulak dia macam tu. Lagi?’
‘Dia menjerit minta abang datang tolong selamatkan dia. Banyak kali!’
‘Mungkin dia mimpi ngeri.’
‘Mungkin. Tapi masa Ika kejutkan dia, dia macam orang bingung. Malah dia terus peluk Ika. Kuat pelukan dia. Macam betul- betul dia takutkan sesuatu. Pulak tu dia minta Ika temankan dia. Dia takut katanya.’
Tengku Awaludin terkejut. Macam orang bingung? Takut? Nadia ada masalah? Takutkan apa?
‘Betul ke?’
‘Masakan saya nak tipu abang.’
Pagi itu Nadia sudah berkemas. Semakin lama dia duduk di rumah itu, semakin terasa kepedihannya.
‘Nadia nak kemana?’
‘Uncle!’
Dia tidak jadi melangkah.
‘Uncle tengok Nadia bawa beg. Nak kemana?’
‘Uncle lupa ke?’
‘Lupa apa?’
‘Kan Nadia cuti seminggu.’
Tengku Awaludin ragu- ragu.
‘Kenapa uncle nie?’
‘Betul ke Nadia cuti start hari nie?’
‘Uncle jugak yang sign borang cuti Nadiakan?’
Tengku Awaludin teringat sesuatu. Memang betul Nadia sudah mula bercuti.
‘So Nadia nak ke mana?’
‘Ermm secret. Nadia nak jumpa Rina dulu.’
‘Nadia bawa PDA?’
‘Tak.’
‘Laptop?’
‘Pun tak.’
‘Tele..’
‘Uncle.. Jangan lah risau. Nadia ok. Telefon Nadia bawa yang personal. Nadia janji Nadia selalu contact uncle ok?’
Tengku Awaludin senyum melihat senyuman Nadia. Memang wajah Nadia mirip pada ibunya. Dia melihat kereta Honda Civic 2.0vtec itu keluar dari garaj rumah. Nadia memandu keretanya dengan laju. Dia pulang ke rumah untuk mengambil beberapa helai baju untuk keperluannya. Dan kemudian memandu terus ke Lebuhraya Utara-Selatan. Di pertengahan jalan, perutnya berbunyi. Barulah dia sedar, dia masih belum mengisi perut selepas keluar dari rumah uncle tadi. Dia masuk ke kawasan rehat dan mencari gerai makanan.
‘Nadia?’
Rina terkejut melihat Nadia di ruang tamu ketika kepulangannya. Dia menghampiri Nadia yang sedang menonton siaran Astro Star World.
‘Kenapa?’
‘Apa yang kenapa?’
‘Kau datang rumah aku secara tiba- tiba?’
‘Hai.. Dah tak boleh ke sekarang?’
‘Bukan macam tu. Tiba- tiba je.’
‘Macamlah aku tak pernah datang mengejut!’
Rina meyimpan handbag di biliknya dan keluar semula.
‘Bukan tak pernah. Tapi aku kenal sangat dengan kau. Kalau tak kerana ada sebab, kau takkan datang tiba- tiba ke rumah aku!’
Nadia mengeluh. Rina faham kehendak hatinya.
‘Cakap kat aku. Apa masalah yang datang?’
‘Setiap orang ada masalah Rina.’
‘Bukan aku kata aku nie takde masalah. Tapi aku kenal dengan kau bukan sekejap Nadia. Dah bertahun -tahun. Bau bantal busuk kau pun aku dah kenal!’
Nadia gelak mendengar kata- kata Rina.
‘Alah kau nie. Macam teruk sangat bau bantal busuk aku!’
‘Aku takdelah maksud kan macam tu. Aku kenal kau sangat. Masalah mana yang kau tak cuba selesaikan? Semua kau handle dengan baik. Dari masalah peribadi hinggalah ke masalah pejabat. Sampai masalah board meeting pun kau tau handle. Jarang sangat masalah yang kau tak boleh selesaikan!’
Nadia diam. Malas dia nak membidas kata- kata Rina. Dia tahu Rina seorang yang faham perasaan hatinya dan apa sahaja yang berkenaan dengan dirinya. Rina duduk bersama Nadia di sofa. Rina mengurut lembut bahu Nadia.
‘Nak cerita atau biarkan dulu?’
Nadia diam. Matanya dipakukan ke kaca televisyen tetapi fikirannya entah dimana. Dia memeluk Rina. Rina sudah dapat mengagak apa yang terjadi. Dia hanya membiarkan Nadia yang menceritakan dulu.
‘Amri…’
Rina diam. Nadia sudah teresak di bahunya. Nadia meleraikan pelukan beberapa ketika dan menarik nafas dalam.
‘Amri cuba ulangi lagi. Dia ada di rumah tu.’
‘Amri? Bila masa dia balik?’
‘Aku pun tak tau. Semalam masa kitaorang duduk makan malam dia sampai. Aku tak tau apa- apa.’
Rina melepaskan nafas berat. Amri datang kembali. Apa yang dia mahukan? Sudah menghisap madu, ingin apa lagi? Rina memang marah pada Amri pada kali pertama Nadia menceritakan kisah tragis itu. Tetapi dia terpaksa menghormati keputusan Nadia yang mahukan perkara itu disimpan menjadi rahsia. Hanya Nadia, Amri, Dr. Hamizi dan dia yang mengetahui kejadian itu. Rina mengurut lembut bahu Nadia. Rasa simpatinya menggunung. Baru saja tadi tengahari Tengku Awaludin membuat panggilan mengatakan Nadia sudah bercuti seminggu dan berharap agar dia membawa Nadia pergi bercuti. Kata- kata yang amat menyentuh hatinya adalah ketika Tengku Awaludin mengatakan Nadia merindukan suasana hidup berkeluarga dan rindunya pada suasana itu semakin membara.
‘Kita pergi bercuti nak?’
‘Kemana?’
‘Ermm.. Kau taukan aku ada buat kerja amal kat satu rumah anak yatim dan orang tua?’
Nadia mengangguk.
‘Management dapat satu penganjur yang support percutian mereka nie ke konsert amal yang berlangsung di Filiphina. Seminggu. Kau nak join?’
‘Kau pergi ke?’
‘Sebelum nie aku masih pertimbangkan. Tapi, memandangkan kau berada disini dan kau cuti, apakata kita ke sana. Dapat jugak merasa seronok dengan adik- adik dan pakcik makcik sambil melancong.’
Nadia berkira- kira dalam hati.
‘Aku telefon pengetua rumah tu, kita pergi esok malam!’
Nadia terkejut. Rina melangkah masuk ke bilik air. Ingin dihalangnya tindakan Nadia tetapi apabila difikirkan balik, tiada salahnya jika dia ke sana memandangkan dia sendiri tidak merancang percutian ini.
‘Hello! Ye uncle Awal!… Nadia nampaknya gembira dengan percutian nie…. Dia suka melayan orang- orang tua dan kanak- kanak kat sini uncle….. At least dia dah ukir sebuah senyuman uncle… Uncle taknak join ke program kami nie?…. Ahahahaa… Saya janji uncle. Saya akan jaga Nadia baik- baik…. Dia saja saudara yang memerlukan perhatian saya dan uncle…. Baik uncle. Bye.’
Rina menghampiri Nadia yang duduk melayan orang tua bercerita disampingnya beberapa orang kanak- kanak kecil. Nadia senyum pada Rina.
‘Uncle kirim salam pada kau.’
‘Yang call tadi tu uncle lah ye?’
Rina senyum. Nadia menggenggam erat tangan Rina.
‘Rina!’
Rina berpaling pada suara yang sudah biasa pada pendengarannya. Dia menghampiri pengetua rumah anak- anak yatim dan orang tua itu. Tidak lama selepas itu Rina menghampiri Nadia semula.
‘Kau happy?’
‘Ermm aku puas hati dengan percutian yang kau uruskan untuk aku nie.. Thanks sangat.’
‘Kaukan tau aku the best!’
Nadia ketawa. Perasan! Lupa seketika pada masalahnya. Seminggu berada di Kepulauan Filipina amat menggembirakan hatinya.
‘Uncle.. Nadia nak minta tambah cuti lagi 2-3 hari lah uncle… Ermm… Thanks uncle!… Nadia juga rindu pada uncle.. Ok..Bye!’
Nadia meletakkan telefon dengan senyuman yang masih terukir dibibir. Rindu sungguh dia pada uncle. Nadia sudah menghubungi Rina supaya menemaninya pergi berjalan- jalan sekitar Kuala Lumpur. Bunyi bell dipintu membuatkan Nadia tergesa- gesa berlari untuk membuka pintu. Hairan juga dia. Takkan Rina sudah sampai? Mungkin kunci rumah tertinggal lagi. Dia terkejut ketika wajah Amri tersembul di muka pintu. Amri menolak pintu dengan kuat apabila Nadia cuba menutupnya kembali. Tenaga perempuan Nadia tidak dapat melawan tenaga lelaki Amri. Tubuh tegap itu akhirnya berjaya juga meneroka Nadia lagi sekali. Nadia menangis. Dia duduk berteleku di atas katil dengan badannya ditutupi oleh kain.
‘Aku sayang kat kau Nadia. Cuma kau yang sombong sangat. Terpaksalah aku buat macam nie. Lagipun…aku mana tahan tengok badan kau yang betul….’
Nadia memandang Amri dengan renungan yang tajam.
‘Keluar kau setan! Keluuaarrrr!’
Nadia membaling apa sahaja barang yang berada berhampiran dengannya. Amri keluar dengan kepuasan. Berbanding 8 tahun dulu, kepuasan kali ini tahap maksima. Nadia semakin cantik. Membuatkan imannya gugur. Nadia menangis dengan syahdu. Kali kedua juga dia gagal menyelamatkan dirinya sendiri. Rina terkejut melihat pintu rumahnya sedikit terbuka dan ruang tamunya bertaburan dengan kaca- kaca serta majalah dilantai. Dia mencari Nadia. Pintu bilik tengah itu terbuka sedikit dan dia menolaknya dengan dada yang berdebar. Nadia menangis di atas katil.
‘Ya Allah Nadia! Apa dah jadi nie?’
Nadia memeluk Rina dengan erat. Rina tidak senang duduk. Sudah sejam lebih Nadia masuk ke bilik rawatan Dr. Hamizi. Sehingga detik ini tiada khabar berita walau sedikit. Iskandar datang dengan tergesa- gesa.
‘Macam mana Nadia?’
Rina menggeleng kepala. Perlukah dia menceritakan perihal Nadia?
‘Kenapa? Apa yang berlaku sebenarnya?’
Rina masih ragu- ragu. Nadia tidak menceritakan segalanya pada Iskandar. Tentang keluarganya ataupun kenangan silam dirinya.
‘Is… Boleh aku cerita pada kau sesuatu berkenaan dengan Nadia?’
Iskandar terkejut. Cerita apa tentang Nadia? Mereka duduk sebentar di kerusi yang di sediakan untuk tetamu yang datang. Rina menceritakan segalanya tentang Nadia dari awal hingga akhir. Membuatkan wajah Iskandar bertukar rupa. Nadia berdarah DiRaja? Nadia tidak menceritakan walau sedikitpun tentang keluarganya. Setelah hampir dua jam, Dr. Hamizi keluar.
‘Macam mana dia doktor?’
‘Dia stabil. Tapi trauma dia semakin teruk. Saya harap Rina boleh nasihat dan temankan dia.’
‘Ya Allah. Berapa lama makan masa?’
‘Terpulang pada semangat dia. Tapi dia mengharapkan kepercayaan orang pada dia. Cubalah bangkitkan dia semula.’
Rina terkejut. Teruknya trauma Nadia. Simpatinya pada sepupunya nan satu itu menggunung. Iskandar pula kembali tenang walau hatinya berdebar.
‘Rina!’
‘Saya doktor.’
‘Tolong bagi dorongan pada dia. Lagi satu. Dia kena rogol dengan orang yang sama ke?’
‘Saya rasa doktor.’
‘Bagi saja dorongan pada dia. Dia sedikit tertekan.’
Rina mengangguk.
‘Is… Aku harap kau jumpa dia pada hari lain ye. Aku takut dia tak dapat terima kenyataan yang kau dah tahu semuanya. Sedangkan dia tak bercerita apa- apa pada kau.’
‘Its ok. Aku faham. Aku akan jumpa dengan dia bila masa dia sembuh nanti.’
Zulaikha merenung anak saudaranya dari kejauhan. Nadia dirogol? Itulah ayat pertama yang keluar dari bibirnya selepas diberitahu berita itu oleh suaminya. Nadia dirogol untuk kali kedua! Ayat kedua itulah yang membuatkan dia terasa jauh hati. Mengapa anak saudara suaminya itu tidak menceritakan perihal itu padanya? Tapi walau bagaimanapun, dia sedar yang Nadia perlukan kasih sayang dan perhatian dari orang yang dipercayainya. Zulaikha terus- terusan memerhati Nadia dari cermin pintu bilik rawatan itu. Nadia sedang tidur selepas disuntik dengan ubat penenang apabila dia menjerit tidak tentu hala kerana teringatkan perkara yang terjadi. Zulaikha sedih. Pilu melihat anak saudara suaminya, yang telah dianggap sebagai anak sendiri, begitu seksa melawan sakit yang sukar untuk dilupakan. Derita itu hanya Nadia yang mengalaminya. Dia faham Nadia memerlukan masa untuk memulihkan perasaannya sendiri. Bahunya ditepuk. Zulaikha berpaling. Wajah suaminya yang lembut telah membuahkan tangisnya. Dia memeluk Tengku Awaludin.
‘Sabar Ika.’
‘Ika sedih tengok dia macam nie bang. Siapa yang patut bertanggungjawab nie bang? Mengapa ini nasib Nadia bang? Nadia tak pernah rasa kasih sayang, dilukai lagi dengan peristiwa yang menakutkan.’
Tengku Awaludin hanya membisu. Apa lagi yang mampu dia katakan? Nadia hanya suka memendam perasaan seorang diri. Rina datang menghampiri Nadia yang sedang termenung di kerusi kayu yang sudah sedia ada di laman.
‘Kau sihat?’
Nadia mengangguk.
‘Aku ada bawa kan kau CD cerita JLO yang baru tau! Best!’
‘Thanks.’
‘Kau dah makan Nadia?’
Nadia hanya menggelengkan kepala.
‘Jom kita keluar.’
‘Pergi mana?’
‘Makan lah. Aku teringin nak makan ikan bakar kat Danga Bay tu!’
Nadia hanya menggelengkan kepala. Tanda tidak mahu.
‘Jomlah. Nanti aku merajuk tau!’
Nadia masih sepi dengan ajakan Rina.
‘Penat je aku datang jauh- jauh. Ingat nak happy- happy dengan kau. Tapi customer service kau nie kurang sikit!’
Nadia memandang wajah muram Rina. Rina bangun dan menarik tangan Nadia masuk ke dalam rumah. Melangkah naik ke bilik dan membuka pintu almari selepas menyuruh Nadia duduk di birai katil. Rina mengeluarkan segala baju- baju yang difikirkan sesuai untuk Nadia.
‘Kau buat apa?’
‘Ermm aku tengah pilih ikan nak masak!’
Nadia membiarkan saja kata- kata usikan Rina. Hanya memandang Rina yang sedang sibuk memilih baju. Akhirnya Rina mengeluarkan satu blaus biru yang luas di dada dan jeans Apple Mint berwarna biru gelap diletakkan di atas katil.
‘Kau pergi mandi.’
‘Mandi? Nak pergi mana?’
‘Mandi pun banyak soal. Masuk bilik air cepat!’
Nadia tidak membantah. Dia melangkah masuk ke bilik air. Nadia hanya mengikut kata Rina yang ingin keluar bersiar- siar. Pintu rumah dikunci dan Rina melangkah masuk ke dalam kereta Putra yang berwarna biru metalik dan meluncur keluar.
‘Kita nak kemana nie Rina?’
‘Kita pergi Tanjung Leman!’
‘Tanjung Leman? Nak balik pukul berapa?’
‘Relax. Takde masalah. Bukannya kita berdua kerja pun besok!’
Nadia mendiamkan diri. Lebih kurang 2 jam perjalanan, mereka tiba di destinasi. Nadia keluar menghirup angin pantai yang bertiup lembut. Rina duduk di batang kayu yang terdampar di bawah pokok. Matanya meliar mencari kelibat seseorang. Dia melatah apabila bahunya ditepuk kasar. Dia menjeling pada Iskandar yang ketawa gelihati dengan gelagat Rina.
‘Gila kau! Nak bagi aku mati ke apa?’
‘Alah kau nie. Relax lah. Bukan selalu dapat sakat kau!’
Rina menjeling sambil tangannya mengetip lengan Iskandar.
‘Is!’
Iskandar berpaling. Dia terkejut. Nadia ke itu? Dia memandang Rina. Rina hanya mengangguk. Dia menghampiri Nadia yang berada agak jauh sedikit dari Rina. Wajah Nadia sudah berubah. Tiada lagi solekan tipis pada wajahnya. Pipinya agak cengkung dan pucat. Tubuhnya sedikit kurus dan rambutnya pula dibiarkan begitu saja. Tidak diikat.
‘Is buat apa kat sini?’
‘Bercuti.’
‘Jauhnya datang?’
‘KL ke sini berapa lama je. Dah biasa long journey tau!’
Nadia senyum tawar. Dia duduk dan diikuti oleh Iskandar. Matanya dipakukan pada sampan- sampan yang berkeliaran di tengah laut.
‘Nadia sihat?’
‘Macam nie lah. Is?’
‘Is macam tu lah.’
Nadia memandang wajah Iskandar. Lama sungguh dia tidak menatap wajah yang segak itu. Iskandar merenung mata indah milik Nadia. Mata yang pernah bersinar dulu. Iskandar menggenggam jari- jemari milik Nadia. Nadia hanya membiarkan.
‘Is rindu pada Nadia yang dulu sebenarnya.’
Nadia tertunduk. Genggaman tangan Is semakin erat.
‘Is benar- benar inginkan Nadia kembali seperti dulu.’
Nadia sebak. Fikirannya melayang pada dua peristiwa yang membawakan awan hitam dalam hidupnya.

‘Is inginkan Nadia. Please Nadia.. Help me to find Nadia Natasya! I really love Nadia Natasya!’
Nadia terkejut dalam keadaan sebak dengan kata- kata Iskandar.
‘Jangan cintai seseorang yang tidak layak Is.’
‘Who say so? Who say Nadia?’
Nadia terdiam. Matanya bergenang. Jikalau Iskandar tahu siapa dirinya, pasti Iskandar tidak mendekati dirinya. Nadia ingin melepaskan genggaman tangan Iskandar tetapi genggaman itu terlalu kukuh.
‘Is belum tahu siapa Nadia! Is belum kenal siapa Nadia!’
‘Is semakin cintakan Nadia selepas Is tahu siapa dan apa yang berlaku sebelum dan selepas perkenalan kita. Sudah 6 tahun hubungan kita. Takkan Nadia tak kenal siapa Is?’
‘Is..’
‘Nadia, please sayang. I really want you to be my heart and soul. I really love you Nadia. Even you are not Nadia Natasya bt. Tengku Norman, Is akan cintakan Nadia!’
Nadia terkejut. Iskandar tahu nama daddy? Seingatnya dia tidak pernah menceritakan pada Iskandar walau sedikit tentang keluarganya juga hubungan keluarganya dengan dirinya.
‘Saya Iskandar Fazri sudah kenal siapa Nadia Natasya bt Tengku Norman dan bersedia menerima dia seadanya sepertimana pertemuan kami yang dulu.’
Nadia terharu dengan tindakan Iskandar. Air matanya tidak dapat dibendung lagi.
‘Is… Jangan terburu- buru.’
‘Is dah lama fikirkan tentang hal ini Nadia.’
‘Nadia perlukan masa.’
‘Is akan sentiasa berada disamping Nadia dalam apa jua situasi.’
Nadia diam membisu. Tetapi dia harus juga memberi peluang pada lelaki itu. Selama ini dia hanya menidakkan perasaan yang hadir. Walau tidak sedalam Laila pada Majnun nya atau cinta Juliet pada Romeo, tetapi kasih yang tumbuh dihati pasti akan mekar andai dibaja dan disiram.
‘Nadia dah buat keputusan?’
Nadia hanya mengangguk. Tengku Awaludin bukan tidak gembira. Tetapi dia agak ragu- ragu dengan kemampuan Nadia berada di kerusi pengarah. Dia takut akan menjejaskan tahap kesihatan Nadia.
‘Uncle percayakan Nadia kan? Uncle seorang yang buat Nadia yakin dengan kemampuan Nadia! Please… Nadia dah lama berehat. Takut hilang kemahiran dan kehebatan Nadia dalam berniaga nie..’
Tengku Awaludin hanya tersenyum dengan gurauan Nadia. Sekarang Nadia sudah boleh bergelak ketawa dan mengusik serta menyakatnya seperti dulu. Cuma kadang- kadang dia risau melihat Nadia akan termenung jika ada masa terluang. Dia khuatir Nadia akan hilang tahap kesedaran mana yang ilusi dan realiti.
‘Uncle sayang pada Nadia kan? Uncle kenalah bagi dorongan pada Nadia. Nadia nak hidup macam dulu..’
Tengku Awaludin melihat wajah Nadia yang bersungguh- sungguh. Kepalanya dilentokkan ke bahu Tengku Awaludin.
‘Oklah sayang. Tapi jangan hardwork sangat! Jaga kesihatan!’
‘Ok uncle. Nadia janji Nadia ikut cakap uncle. Sayangg uncle!’
Tengku Awaludin tersenyum gembira melihat telatah Nadia yang melompat tanda dia gembira. Nadia mula bekerja semula keesokkan harinya setelah diberi kebenaran oleh Tengku Awaludin.
‘Salmi.. Awak tolong announce pada staff hari nie saya belanja makan and tak payah lah makan di luar. Awak order katering. Yang best- best tau! Buat banyak sikit menu!’
Salmi akur pada arahan Nadia. Nadia menyemak fail Teguh Corporation yang memohon untuk bekerjasama dalam industri perniagaan antarabangsa untuk memberi sokongan terhadap syarikat itu yang hampir- hampir muflis. Nadia mengkaji prestasi syarikat itu sebelum ini dan cuba meneliti impaknya pada syarikatnya nanti. Hubungan Nadia dan Iskandar semakin baik. Malah Iskandar pernah menyatakan hasratnya untuk menyunting Nadia. Nadia amat berterima kasih pada Iskandar kerana dari dorongannya jugalah yang membuatkan dia bangun semula dan boleh berjalan serta lupa pada peristiwa hitam itu.
‘Hai sayang.’
‘Hai..’
‘I rindu lah.’
‘Rindu apa?’
‘Rindu Cik Nadia Natasya kita nie!’
Nadia mengetip peha Iskandar yang menarik hidungnya. Mereka bersiar- siar di sekitar Putrajaya ketika Nadia mencuri peluang untuk bersama Iskandar yang pada itu dia ada mesyuarat di Kuala Lumpur. Kini sudah hampir 3 bulan peristiwa itu sudah berlalu. Nadia sudah boleh berjalan dan bertindak sendiri walau sesekali bayangan ngeri datang mengganggu malamnya.
‘Kenapa Nadia nampak pucat je nie? Nadia demam ke sayang?’
‘Takde lah. Ok je. Perasaan auntie agaknya tak!’
‘Ish. Auntie makan garam dulu dari kamu. Dah jumpa doktor?’
‘Tak sakitlah auntie. Sihat betul nie!’
Zulaikha risau melihat wajah Nadia yang pucat serta badannya yang agak berisi sedikit dari dulu. Takkanlah Nadia… Dia cepat- cepat beristighfar apabila berfikir yang bukan- bukan. Nadia juga risau sebenarnya. Sejak dua menjak nie, kepalanya asyik pusing dan pernah juga sesekali tekaknya meloya. Tak pernah pulak termuntah.
‘Salmi, bawa kan saya panadol.’
Nadia hanya menelan panadol di pejabat.
‘Cik Nadia sihat ke?’
Nadia mengangguk sementara tangannya memicit- micit dahinya.
‘Cik Nadia pergilah jumpa doktor. Risau saya tengok Cik Nadia macam nie tau!’
‘Takpelah Salmi. Saya ok je nie. Awak tolong batalkan pertemuan saya dengan sesiapa saja. Saya nak duduk dalam pejabat saja petang nie.’
Salmi beredar keluar. Nadia masih lagi memicit dahinya. Bukan semakin berkurang kesakitan yang di alaminya. Petang itu dia keluar awal dari pejabat dan dia pergi ke klinik yang berdekatan dengan rumahnya.
‘Puan Nadia mengandung!’
Nadia kaku. Benarkah pendengarannya itu? Doktor muda wanita itu senyum.
‘Sudah 3 bulan. Alahan yang puan alami tu adalah kebiasaan bagi perempuan mengandung. Jangan risau. Selepas 2-3 bulan pasti alahan itu sudah berkurangan. Puan ambil ubat yang saya berikan, insya Allah segalanya akan pulih. Cuma alahan tu akan bertambah teruk kalau puan tak jaga pemakanan.’
Nadia diam. Terkejut dengan apa yang didengarinya. Dia duduk di dalam kereta. Kepalanya masih lagi terngiang- ngiang kata doktor.
‘Puan Nadia mengandung!’
Berulang- ulang dalam kepalanya.
‘Rinaa… Aku mengandung… Aku baru keluar dari klinik…. Apa aku nak buat nie Rina?…. Aku takut!….’
Nadia memandu pulang ke rumah. Dunianya bagai dilangit hitam. Gelap. Tiada cahaya yang boleh ditembusi. Dia hendak mengadu pada siapa. Bolehkah Iskandar menerima dirinya andai diberitahu padanya? Sedangkan mereka baru saja melangsungkan pertunangan.
‘Rina aku takut!’
‘Sabar Nadia. Kau tahu aku akan sentiasa sokong kau! Walau apa pun yang akan terjadi.’
Nadia buntu memikirkan akan hubungan dia dan Iskandar yang baru saja terjalin. Dapatkah mereka bertahan? Nadia memeluk erat Rina. Dia masih belum khabarkan pada uncle dan auntie Ika. Pasti kecoh keadaan nanti.
‘Kuatkan semangat Nadia. You must tell them whatever way!’
Nadia memandang Rina dengan perasaan berbelah bagi. Rina menggenggam erat jemari runcing Nadia.
‘Uncle…auntie.. Nadia nak beritahu sesuatu.’
Zulaikha dan Tengku Awaludin diam membisu. Nadia pula berkira- kira dalam hati.
‘Nadia…. Errr.. Nadia dah jumpa doktor.’
Tengku Awaludin dan Zulaikha diam. Masih menantikan kata- kata seterusnya dari mulut Nadia. Nadia menunduk. Dia semakin kuat berpaut jari dengan Rina.
‘Nadia… Nadia..’
‘Cakaplah Nadia. Kami mendengar nie..’
‘Nadia mengandung!’
Bagai halilintar yang memanah bumi ketika ayat itu meluncur dari bibir halus milik Nadia.
‘Nadia apa?’
‘Nadia mengandung 3 bulan.’
‘Macam mana….’
‘Kes rogol.’
Tengku Awaludin amat terkejut. Dia tidak menyangka akan terjadi begini. Dia berasa ragu- ragu. Dia bangun dan berjalan mundar- mandir.
‘Uncle jangan macam nie. Bukan salah Nadia.’
Tengku Awaludin masih lagi mendiamkan diri. Hatinya bagai direntap dengan ganas oleh binatang buas. Dia terluka.
‘Nadia dirogol dan yang membesar itu adalah anak yang tidak berdosa uncle.’
Rina cuba menenangkan keadaan. Dia memandang Nadia yang sudah teresak- esak. Manakala auntie Ika bertindak dengan mendiamkan diri. Dia sedikit hairan dengan tangkah laku Zulaikha yang tenang menghadapi detik itu. Nadia tidak dapat memaafkan diri jika Tengku Awaludin tidak menerimanya. Hanya Tengku Awaludin saudaranya. Dia tiada sesiapa andai Tengku Awaludin bertindak menjauhkan diri darinya. Zulaikha datang merapati suaminya. Diurut lembut bahu suaminya itu. Dia menarik suaminya ke satu sudut.
‘Ika dah agak dia mengandung. Ika tak sangka apa yang Ika syaki adalah benar. Kita kena terima qada’ dan qadar Allah bang. Nadia tak punya sesiapa di dunia ini. Abang kena ingat janji abang!’
Tengku Awaludin memalingkan muka. Menatap wajah isterinya. Zulaikha boleh terima dengan rela hati dan Nadia terima dengan tabah, mengapa bukan dia?
‘Abang… Nadia perlukan sokongan dari kita. Jangan lah macam nie. Kita tahu Nadia tak bersalah. Janganlah biarkan dia trauma lagi dengan apa yang terjadi padanya bang…’
Tengku Awaludin diam. Dia teringat pada kata- katanya. Dia menyayangi Nadia melebihi kasih sayangnya pada isteri dan anak- anak tirinya.
‘Kita sayangkan Nadia bagai anak sendiri.’
Tengku Awaludin senyum. Dia melangkah ke arah Nadia. Nadia memeluknya erat. Dia mengusap kepala Nadia dengan penuh kasih sayang.
‘Uncle sayang pada Nadia.’
Nadia mengangguk kepala dalam sendu. Dia bersyukur kerana Tengku Awaludin dapat menerima berita itu dengan redha.
‘Nadia beritahu pada uncle siapa yang sepatutnya bertanggungjawab?’
Nadia terkedu. Rina pula mendiamkan diri. Dia tahu Nadia tidak sesekali akan memberitahu pada Tengku Awaludin siapa orangnya.
‘Nadia… Beritahu lah pada uncle.’
Nadia mendiamkan diri. Dia menggelengkan kepala. Tengku Awaludin dan Zulaikha tidak mampu berbuat apa- apa jika Nadia mendiamkan diri. Jadi mereka tidak memaksa Nadia.
‘Nadia nak gugurkan?’
‘Bayi nie tak berdosa uncle, auntie.’
‘Tapi dia tiada ibu bapa Nadia!’
‘Bapa tidak… Ibu ye.’
Zulaikha dan Tengku Awaludin berpandangan sesama sendiri.
‘Nadia nak bela anak tu?’
‘Uncle, auntie… Nadia tahu tindakan nie agak keterlaluan, tapi apa salahnya Nadia jaga dia walau dia tak tau asal- usul dirinya. Kita sendiri mampu menjaga anak- anak yatim. Anggaplah seperti dia anak yatim uncle.’
‘Nadia dah fikir masak- masak sayang?’
Nadia menganggukkan kepala.
‘Abang setuju ke Nadia nak teruskan kandungan tu bang?’
‘Keputusan dia kita tak boleh larang Ika.’
‘Abang tak takut nanti dapat fitnah? Abang bukan tak tau keluarga sebelah abang macam mana?’
‘Itu yang abang risaukan Ika. Tapi Nadia nampaknya berkeras nak anak tu. Tapi yang paling merisaukan abang satu je…’
‘Risau apa bang?’
‘Abang takut trauma Nadia akan menjadi parah. Dah dua kali diperkosa dan bawa pula zuriat lelaki jahanam! Abang takut Nadia tak mampu hadapi masa depan!’
Zulaikha diam. Benar kata- kata suaminya itu. Nadia sudah banyak hadapi keperitan hidup. Mengapa begitu kuat dugaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa pada Nadia? Anak yang sudah ketandusan kasih sayang ibu bapa. Dihadapkan pula dengan dugaan yang maha hebat pada usia yang sepatutnya dia gembira dengan kehidupannya.
‘Nadia dah khabarkan berita nie pada Iskandar bang?’
‘Abang tak pasti lah Ika.’
‘Abang rasa Is boleh terima tak keputusan Nadia tu?’
‘Abang tak reti nak komen lah Ika. Tapi abang harap Is tahu menilai Nadia.’
‘Kalau Is tak terima Nadia tu bang, Ika lagi kesian pada Nadia bang. Dah tak punya kasih sayang keluarga, putus pula pertunangan yang direstui kedua belah pihak.’
Nadia diam membisu. Dia takut akan kehilangan kasih sayang yang melimpah ruah dari Iskandar pada dirinya. Tapi dia sudah fikirkan perkara ini semasaknya. Dia bertawakal pada Pencipta alam.
‘Kenapa diam je sayang?’
Nadia diam. Dia menatap laut terbentang di hadapannya. Semalam Iskandar menelefonnya mengatakan bahawa Iskandar akan ke Johor Bahru untuk menghadiri seminar selama seminggu. Langit gelap. Tiada bintang. Mungkin hujan akan turun bila- bila masa. Nadia terasa bahunya disentuh.
‘Is… Nadia nak khabarkan satu berita.’
‘Ermm biar Is teka. Nadia dah ready nak kahwin dengan Is?’
Nadia senyum tawar. Iskandar pandai mengambil hati. Dia menggeleng.
‘Nadia terima apa sahaja keputusan Is.’
Wajah Iskandar bertukar keruh.
‘Nadia mengandung!’
Nadia menunduk. Tidak berani menatap reaksi Iskandar. Mereka diam seketika.
‘Nadia apa?’
‘Nadia mengandung.’
‘Anak siapa?’
Nadia terkejut. Nada suara Iskandar sudah berubah.
‘Anak orang yang perkosa Nadia?’
Nadia mengangguk lesu.
‘Gugurkan!’
Nadia benar- benar terkejut. Iskandar tidak pernah meninggikan suara padanya sebelum ini.
‘Is cakap ape?’
Dengan terketar- ketar Nadia bertanya. Ingin memastikan bahawa apa yang didengarnya itu hanya khayalan.
‘Is kata, Nadia gugurkan kandungan tu!’
‘Tapi kenapa?’
‘Itu bukan anak dari darah Is sendiri!’
‘Is! Anak yang membesar dalam perut nie adalah suci. Dia tak berdosa!’
‘Is taknak Nadia simpan tinggalan lelaki kejam dalam perut Nadia! Faham?’
‘Nadia tak berniat nak gugurkan. Malah Nadia berniat nak jaga anak nie sebaik dia lahir.’
‘Are you crazy?’
‘No, I’m not!’
‘Nadia! Is tunang Nadia. Is bertanggungjawab atas segala yang berlaku pada Nadia! I said, gugurkan!’
‘No way Is. Whatever happen, Nadia masih dengan keputusan Nadia. Nadia nekad!’
‘Ok. Then we off!’
Nadia tergamam. Iskandar rasa tercabar maruahnya sebagai seorang lelaki apabila kekasih hati berniat menjaga anak yang datang bukan dari kehendak hatinya. Nadia melihat kereta Is berlalu pergi. Nadia nekad dengan keputusannya walau apa pun yang terjadi. Dia kecewa apabila Iskandar bukan lagi miliknya.
‘Apa? Dia gila ke?’
Nadia menangis teresak- esak di ruang tamu.
‘Mana janji dia pada kau Nadia? Sebelum kau jadi milik dia, bukan main manis lagi mulutnya. Sekarang nie?’
Nadia tidak mahu memikirkan hal itu lagi. Sudah ditakdirkan dia tidak layak mendapat kasih sayang dari mana- mana lelaki pun.
‘Biarlah Rina. Dah nasib aku.’
Rina serba- salah apabila tangisan Nadia semakin menjadi. Dia memeluk rapat Nadia. Dia sangat marah dengan tindakan Iskandar. Iskandar bertindak dengan terburu- buru. Perkara nie boleh dibincang. Rina menyesal dengan sikap Iskandar yang berubah sekelip mata.
‘Salmi, awak fotostat semua dokumen nie and pass it too director of human resource.’
‘Baik cik Nadia. Anything else?’
‘Ermm semalam ada satu dokumen baru terima. Awak dah print out semuanya?’
‘Company apa cik Nadia?’
‘Sulawesi and quotation dari Junior Great Corp.’
‘Saya check balik cik Nadia.’
‘Ok. By today saya nak dokumen tu ye. Kena ingat, quotation tu P&C tau!’
Salmi mencatit segala arahan dari Nadia. Nadia menandatangani dokumen yang memerlukan persetujuan darinya. Telefon dimejanya berbunyi. Salmi menjawab sebelum menyerahkan pada Nadia.
‘Thanks. Salmi, awak boleh serahkan dokumen nie balik and jangan lupa segala fail yang saya minta tadi!’
Salmi mengangguk dan berlalu pergi.
‘Hello…. Saya….Oh doktor…. Alhamdulillah. Morning sickness dah hilang. Cuma meloya pagi- pagi je… Khamis nie?…Pukul berapa tu doktor?….Ok..Nanti saya pesan pada pembantu saya….Terima kasih doktor ambil berat kesihatan saya….Waalaikumsalam.’
Nadia tersenyum mengingatkan usikan Dr. Hamizi. Memang lain benar nalurinya sejak mengandung nie. Semua yang rapat dengan dirinya amat mengambil berat terutama uncle dan auntie Ika yang tidak sabar untuk menimang cucu. Jari di tangannya masih lagi merah. Teringatkan pasangan pengantin lelakinya membuatkan hatinya sayu. Gambar hari persandingannya dengan sepupu tirinya, Fakrul Hakimi, direnung. Kasihan Fakrul. Menjadi pak sanggup pula. Iskandar menghilangkan diri selepas pertunangan mereka putus. Emosinya tidak seimbang. Dan hampir- hampir juga dia dimasukkan ke hospital mental. Tetapi atas dorongan yang diberikan oleh Rina, Tengku Awaludin, Zulaikha serta Fakrul, membuatkan dia cuba bangun kembali. Dia juga hampir- hampir kehilangan kandungannya. Akhirnya Fakrul menjadi tempat penyelamat maruah keluarga. Majlis pernikahan di jalankan secara senyap- senyap di utara Johor. Berwalikan Tengku Awaludin apabila dia mendapat tahu bahawa dia anak Tengku Norman dan Fardina Nurliz ketika mereka sama- sama menuntut di Switszerland dan bercerai kerana fitnah yang direka oleh Tengku Mariana. Ibunya meninggal kerana pendarahan yang teruk semasa melahirkannya. Tengku Norman terpaksa menerima Nadia ketika diserahkan oleh Tengku Awaludin tetapi akhirnya hak penjagaan diberikan kepada Tengku Awaludin ketika Tengku Norman berhijrah ke UK. Nadia teringat ketika kecil, dia sentiasa disisihkan oleh Tengku Norman dan Tengku Mariana. Sekarang barulah dia faham mengapa. Tetapi semuanya sudah berakhir. Dia mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada keluarga Tengku Awaludin.

‘Sayang dah makan ubat?’
‘Dah. Abang dah makan?’
‘Mama buat bubur kacang. Sayang nak makan? Abang ambilkan?’
Nadia menggeleng. Hatinya tawar untuk menyayangi sesiapa pun. Tetapi dia menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh Fakrul padanya. Pada malam pertama mereka, barulah Nadia tahu Fakrul mencintainya. Sudah dia terangkan pada Fakrul. Hatinya sudah tertutup, tetapi dia memberikan Fakrul kebebasan kerana Fakrul menjadi suaminya kini.
‘Fakrul sanggup selamatkan maruah Nadia abah.’
Nadia, Zulaikha dan Tengku Awaludin terkejut.
‘Apa yang Fakrul cakap nie?’
‘Fakrul sanggup kahwin dengan Nadia!’
‘Fakrul waras ke?’
‘Fakrul waras dan Fakrul sanggup terima apa saja risiko. Yang penting maruah Nadia dan keluarga kita selamat!’
Tengku Awaludin diam. Zulaikha kaku. Nadia kaget. Fakrul dengan tenang, melamar Nadia dihadapan kedua orang tuanya.
‘Unclee…’
Nadia memandang wajah sugul Tengku Awaludin. Akhirnya Tengku Awaludin dan Zulaikha mengangguk setuju dan Nadia menerima segalanya dengan berserah pada Allah. Majlis berlangsung secara sederhana. Kucupan pertama yang diterima setelah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah diimpikan hidup bersama, membuatkan hatinya terharu. Ciuman pada tangan Fakrul telah di ikrar dalam diam bahawa hidupnya hanya untuk lelaki dihadapannya kini dan anak yang dikandungnya.
‘Fakrul cintakan Nadia. Dari mula lagi.’
Nadia terkejut dengan pernyataan yang diberikan oleh Fakrul ketika mereka duduk di birai katil.
‘Fakrul tak sanggup meluahkan pada Nadia. Tapi, hanya Nadia seorang yang Fakrul cintakan sejak sekolah menengah. Nadia jangan anggap Fakrul ambil kesempatan atas peluang yang ada. Fakrul cuma nak hidup sebagai seorang suami buat Nadia. Janganlah Nadia pertikaikan kasih sayang Fakrul pada Nadia. Sesungguhnya Fakrul amat bersyukur pada Tuhan kerana menyatukan kita juga walau bukan dengan kehendak kita sendiri.’
Nadia tersentuh dengan kata- kata yang jujur dari mulut Fakrul. Malam itu tidurnya sebagai seorang teman. Lelap dalam pelukan seorang suami. Kerana permintaan dari Nadia sendiri, Fakrul suaminya tetapi dia tidak boleh menyentuh Nadia seperti suami yang lain. Nadia masih perlukan ketenangan dan sokongan. Hanya senyuman yang dilemparkan oleh Fakrul apabila Nadia menyatakan hasratnya.
‘Nadia jangan risau. Fakrul takkan buat tanpa keizinan Nadia. Tetapi Fakrul akan memeluk Nadia sebagai tanda kasih Fakrul pada Nadia.’
Nadia senyum. Dia berterima kasih pada Tuhan dengan pertemuan ini. Sedikit demi sedikit kasihnya mekar juga untuk suaminya itu.
‘Cik Nadia!’
Nadia terkejut. Dipandangnya Salmi dihadapannya yang senyum padanya. Nadia malu sendiri.
‘Alah Cik Nadia nie…saya tahulah baru kahwin, janganlah ingatkan suami je…’
Salmi mengusiknya. Nadia hanya tersenyum malu.
‘Ada apa Salmi?’
‘Dokumen yang saya dah print out dan fail- fail yang cik Nadia perlukan.’
‘Ok thanks. Oh ye Salmi!’
Salmi mendiamkan diri apabila Nadia memanggilnya yang sudah bergerak keluar bilik.
‘Awak tolong clearkan any apointment pada hari khamis. Jam 2.30 petang saya ada apointment dengan Dr. Hamizi.’
‘Ermm saya dah confirm semua date apointment cik Nadia dengan Dr. Hamizi. Dari bulan nie hinggalah cik Nadia bersalin nanti.’
‘Good job Salmi! Pandai awak ye..’
‘Well…’
Nadia ketawa gelihati dengan cara Salmi menunjukkan lagaknya. Nadia mengusap perutnya. Sudah bulan kelima kandungannya. Nadia sayangkan kandungan itu walaupun bukan dari permintaannya.
‘Saya ada berita buruk nak beritahu pada Nadia.’
Nadia diam. Agak mendebarkan cara Dr. Hamizi bercakap.
‘Saya jumpa satu penyakit yang agak serius pada tubuh Nadia.’
‘Apa nya doktor?’
‘Barah hati.’
Nadia kaku. Banyak sungguh dugaannya.
‘Jadi doktor?’
‘Saya sedang kaji tindak tanduk baby dalam kandungan. Dia agak agresif walau ini bulan kelima kandungan. Saya dan doktor pakar lain takut ada implikasi pada tahap kesihatan Nadia jika meneruskan kandungan ini.’
Nadia berdebar. Jantungnya berdegup dengan kencang.
‘Jadi saya nak minta jasa Nadia pilih yang mana satu?’
‘Takkan takde ubat doktor?’
‘Nadia akan makan ubat yang dibekalkan. Tetapi kesannya akan turun pada kandungan. Kami bimbang kandungan Nadia juga terjejas kerana dari pemakanan ubatan kami!’
Nadia menarik nafas dalam. Dia sekali- sekali tidak akan menggugurkan kandungan ini.
‘Tidak doktor. Saya tidak akan gugurkan. Saya sayang kandungan nie doktor!’
‘Bawa bersabar Nadia. Kami akan kaji lagi tahap kesihatan Nadia macam mana.’
‘Doktor mesti pertahankan kandungan saya walau saya tak selamat. Tolonglah doktor!’
‘Nadia berbincang dulu dengan Tengku sebelum buat keputusan.’
‘Doktor jangan beritahu pada sesiapa. Please… Saya taknak susahkan mereka lagi! Biarlah saya dengan keputusan saya.’
Doktor Hamizi melepaskan nafas berat. Nadia sentiasa fikirkan perasaan orang lain. Dia terpaksa menghormati kehendak pesakit. Anggukan kepala Dr. Hamizi membuahkan senyuman Nadia. Nadia menonton televisyen ketika Fakrul pulang dari tempat kerja.
‘Abang dah makan?’
Senyap. Tiada reaksi dari soalan Nadia. Fakrul terus menuju ke atas dimana bilik tidur mereka di tempatkan. Nadia mengekori jejak Fakrul.
‘Nadia dah masak. Kalau abang nak makan, Nadia hidangkan.’
Fakrul menyarung tuala dan melangkah masuk ke bilik air. Sedikit sebanyak Nadia terasa hati. Dia menunggu Fakrul keluar dari bilik air dengan duduk di birai katil.
‘Abang sihat ke?’
Fakrul masih lagi membisu. Nadia merapati Fakrul dan memegang lengannya. Tetapi tangan Nadia disentap membuatkan darahnya tersirap.
‘Kenapa dengan abang? Nadia ada buat salah ke bang?’
Mata Nadia di renung tajam oleh Fakrul. Nadia agak gentar melihat wajah suaminya. Nadia memerhati dari jauh Fakrul sedang bersiap- siap dan terus keluar tanpa sebarang kata dari mulutnya. Nadia sedih. Sudah hampir 2 minggu Fakrul berperangai begitu. Petang tadi ketika dia pulang ternampak mesej yang ditinggalkan di pintu peti ais mengatakan bahawa suaminya itu ke Jepun atas urusan pejabat untuk 3 minggu. Nadia merenyukkan kertas kecil itu. Hatinya sendu. Dia memandu kereta ke rumah uncle.
‘Nadia seorang je? Mana Fakrul?’
Nadia diam membisu ketika ditanya auntie Ika. Dia bergerak ke meja makan.
‘Mama masak apa? Nadia lapar.’
Zulaikha hairan dengan sikap Nadia. Wajahnya berlainan. Agak pucat sedikit. Tetapi dia membisu. Dihidang juga makanan yang di masak untuk menantu atau anak saudara tirinya itu.
‘Uncle mana mama?’
‘Abah lah!’
Nadia senyum. Seringkali dia tersasul memanggil ‘uncle’ dengan ‘abah’. Zulaikha senyum gelihati.
‘Dah biasa dengan uncle lah auntie!’
‘Mama!’
Nadia menepuk dahi sendiri. Mereka berdua ketawa.
‘Abah masih belum balik. Ada dinner di PJ Hilton.’
‘Kenapa mama tak ikut?’
‘Malas lah mama. Lagipun diaorang ada meeting. Mama pergi nanti jadi tunggul je kat sana!’
Nadia ketawa. Dia menjamah masakan Zulaikha. Nasi yang masuk ke mulutnya terasa berpasir. Dia tersedak untuk suapan yang kedua. Zulaikha agak panik melihat keadaan Nadia begitu. Di hulurkan gelas yang berisi air suam dan menggosok perlahan belakang badan Nadia.
‘Lain kali makan tu perlahan.’
‘Tak selesa badan lah mama. Nadia tak mau makan lagi lah!’
Zulaikha mengangguk. Ditahan Nadia yang cuba bangun untuk mengemas meja.
‘Biar mama yang buat. Nadia pergi rehat kat sana. Nanti mama urutkan badan tu sikit!’
Nadia mengikut arahan. Dia beredar ke sofa yang diimport dari Itali. Membaringkan diri dan fikirannya pun melayang entah di mana.
‘Nadia kenapa?’
Nadia menggeleng. Cuba mendudukkan dirinya. Kandungan 6 bulan itu sudah bertambah berat. Malah sudah terasa gerakannya. Badannya agak lenguh.
‘Mama tengok muka Nadia pucat je. Kenapa?’
‘Yeke mama? Biasa je. Perasaan mama je kot!’
‘Mama makan garam dulu dari kamu tau!’
Nadia gelak.
‘Mama makan garam dulu? Gula, cuka dengan herba? Ingatkan mama makan bubur dulu.’
Zulaikha menggeleng kepala melayan karenah Nadia. Nadia memang suka mengusik. Dia faham.
‘Nadia taknak cerita pada mama?’
‘Cerita apa? Puteri Gunung Ledang ataupun Santubong?’
Zulaikha senyum. Tangannya mengurut lembut bahu Nadia.
‘Fakrul kenapa tak ikut sekali Nadia?’
‘Dia ke Jepun mama. 3 minggu.’
‘3 minggu? Baby dah masuk bulan ke tujuh, kesana kemari jugak dia!’
‘Ada kerja kat sana mama.’
‘Yelah kerja. Hari tu kan dia dah janji taknak kerja luar sementara Nadia mengandung nie!’
‘Mungkin penting agaknya dia ke sana.’
‘Nadia nie lembut hati sangat pada dia.’
‘Dia suami Nadia mama. Apa- apa hal pun, dia dah selamatkan maruah keluarga. Nadia tak kisah. Janji dia ingat mana letak keluarga dan diri dia!’
Zulaikha menggeleng mendengarkan kata Nadia. Dia kenal sangat dengan Fakrul. Bukan setahun dua dia jaga Fakrul, tetapi dah 30 tahun. Dia tahu Fakrul tak mudah memencilkan diri. Dia tahu berfikir. Malah Fakrul takkan mudah meninggalkan orang yang di sayangi begitu saja. Pasti ada sebab.
‘Nadia janganlah fikir macam tu sangat. Hidup suami isteri bukan nya untuk sebulan dua. Tapi untuk seumur hidup. Sampai kita mati.’
Nadia hanya mendiamkan diri. Dia tidak sanggup menceritakan hal sebenarnya kepada Zulaikha.
‘Nadia tidur sini ye mama malam nie. Nadia malas nak drive malam- malam macam nie.’
‘Selama Fakrul ke Jepun tu, Nadia duduklah sini. Mama nak tengok sikit Nadia tu!’
‘Tengok sikit je mama? Kedekutnya!’
‘Mama tengok Nadia sikitpun dah memadai. Nanti bila mama tengok Nadia sepenuhnya takut Nadia menyampah pulak.’
Nadia gelak mendengarkan bebelan Zulaikha. Dia mengikut langkah kaki Zulaikha ke bilik yang dia duduki sebelum kahwin dulu.
‘Rehatlah. Esok kamu kerja?’
‘Esok sabtu mama!’
Zulaikha menepuk dahi sendiri. Nadia cepat- cepat berlari ke bilik air apabila merasakan sesuatu hendak keluar dari mulutnya. Lega rasanya apabila telah mengeluarkan cecair yang agak pekat itu. Peningnya menjadi- jadi selepas menunaikan solat subuh. Kali kedua masuk ke bilik air dia memuntahkan semua isi perut. Peningnya menjadi- jadi dan akhirnya dia jatuh terkulai di pintu bilik air. Darah merah pekat mengalir di telinga dan hidungnya. Zulaikha menyiapkan hidangan nasi dagang. Makanan kegemaran Nadia. Dia memandang jam di dinding. Sudah pukul 8. Jarang Nadia bangun lewat begini. Dia tidak mensyaki apa- apa. Dia ke dapur untuk membancuh air milo panas untuk Nadia.
‘Nadia mana ma? Awak kata dia datang malam tadi?’
‘Tak turun lagi abahnya. Taktau lah saya. Bangun lambat agaknya. Maklumlah, penat.’
‘Dia datang seorang je ke?’
‘Betul lah bang. Katanya Fakrul ke Jepun 3 minggu. Muka dia nampak pucatlah bang. Saya risau tengokkan dia tu!’
Tengku Awaludin menghirup kopi suam yang dibancuh oleh isterinya itu.
‘Dia ada mengadu apa- apa?’
‘Takde. Cuma nak rehat je katanya.’
Tengku Awaludin menjeling pada jarum jam. 8.45 pagi.
‘Abang pergi tengok dia lah Ika. Sekejap lagi nak ke kelab. Merajuk pulak dia nanti kalau abang tak tengok dia!’
Zulaikha tersenyum. Nadia memang manja dengan suaminya itu. Kalau datang bermalam di rumah dan Tengku Awaludin tiada di rumah waktu itu, kemestian bagi Tengku Awaludin melawat Nadia pada pagi hari esoknya. Jika tidak, jenuh lah nak memujuk Nadia yang seorang itu. Matanya mengekori langkah Tengku Awaludin naik ke bilik.
‘Nadia! Buka pintu sayang. Uncle datang nie..’
‘Bukan uncle bang… Abah!’
Teguran dari Zulaikha membuatkan dia tersenyum sendiri.
‘Nadia! Buka pintu nie!’
Tengku Awaludin memulas tombol pintu kayu yang terukir indah. Tak berkunci. Dia menolaknya perlahan. Gelap. Dia membuka luas pintu bilik dan melangkah masuk. Pintu bilik air terbuka luas dengan cahaya lampu yang masih terpasang. Dilihatnya sedikit. Terkejut bukan kepalang melihat Nadia terbaring dengan berlumuran darah. Dia mencimpung Nadia ke kereta.
‘Kenapa nie bang? Ya Allah! Nadia!’
‘Kita ke hospital Ika. Tutup pintu!’
Mereka ke hospital tempat Dr. Hamizi bertugas. Tengku Awaludin dan Zulaikha resah menanti di luar bilik rawatan. Mereka tak putus- putus berdoa. Hampir 40 minit selepas itu, Dr. Hamizi keluar.
‘Macam mana Nadia Mizi?’
‘Kau jangan risau. Dia dah stabil. Tekanan darahnya rendah dan keadaannya agak terganggu. Kau nasihatkanlah dia. Selalu teman dia. Aku takut kalau- kalau dia trauma balik. Kandungan dia terjejas nanti. Sekarang aku dah bagi ubat pelali. Biar dia rehat. Tapi biarlah dia tenang dan ada orang temankan dia!’
Zulaikha dan Tengku Awaludin menarik nafas lega.
‘Kandungan dia selamat ke Mizi?’
‘Ika jangan risau. Dia dan kandungan selamat. You all boleh lawat dia.’
Dr. Hamizi berlalu. Tengku Awaludin dan Zulaikha masuk ke dalam bilik khas yang menempatkan Nadia. Lengan Nadia disambungkan dengan wayar yang meyalurkan air. Tengku Awaludin merapati Nadia. Tangannya diusap pada ubun- ubun kepala Nadia. Anak saudara atau menantunya itu sajalah tempat dia mencurahkan segala kasih sayang. Hatinya sebak.
‘Ika jaga dia bang. Ika tak nak tinggalkan dia sendiri lagi.’
Tengku Awaludin hanya mengangguk.
‘Abang nak bincang dengan Mizi. Ika tengok- tengok kan dia ye..’
Zulaikha mengangguk perlahan. Dia seorang ibu merasa amat kasihan pada Nadia. Mengapa begitu berat dugaan yang Kau berikan pada diaYa Allah? Budak ini seorang yang berjiwa suci. Air matanya menitis juga. Jemari Nadia digenggam supaya Nadia merasakan akan dorongan yang dia berikan. Tengku Awaludin mencari Dr. Hamizi, kawan lamanya dan juga doktor peribadi keluarganya. Hamizi senyum melihat sahabatnya semasa di Harvard dulu datang menghampiri.
‘Teruk sangat ke keadaan dia Mizi?’
‘Dia ok. Kau jangan risau sangat. Dia cuma tertekan.’
‘Tertekan? Maksud kau?’
‘Mungkin ada orang yang beri dia tekanan sampai buatkan dia sentiasa fikirkan tentang masalah itu hingga menjadi suatu beban. Dia masih lagi dalam trauma Awal. Kau kena ingat, dia tak boleh tersalah langkah lagi.’
‘Ada orang beri dia tekanan? Tapi siapa? Dia kerja dengan baik dan tak pernah mendapat tekanan dari pejabat Mizi!’
‘Mungkin bukan dari pejabat. Tapi dari rumah? Ada kau fikir?’
‘Dari rumah? Maksud kau?’
‘Orang yang rapat dengan dia. Yang selalu berjumpa dia.’
Tengku Awaludin diam. Sabrina? Takkan pulak! Kali terakhir Sabrina datang ke Johor Bahru 2 bulan lepas. Dan Nadia baru berbual di telefon dengan Sabrina sehari sebelum dia ke rumahnya. Suaranya gembira dapat berbual dengan Sabrina. Ika? Hubungan mereka baik saja. Fakrul? Tengku Awaludin menajamkan fikiran. Fakrul ke Jepun 3 minggu atas alasan urusan kerja.
‘Suami dia?’
‘Mungkin. Dia dah banyak kali trauma dan didera secara mentalnya Awal. Aku takut kalau- kalau nyawanya boleh melayang. Sedangkan dia budak baik.’
‘Aku nak buat apa Mizi?’
‘Kita cuba apa yang mampu setakat nie. Pulihkan semangat dia. Aku takut sesuatu yang terjadi. Kandungan dia agresif. Aku lihat, dia pun kurang selera makan sejak dua menjak nie. Kandungan perlukan zat makanan dari perut ibunya!’
Tengku Awaludin memaksa Zulaikha menghubungi Fakrul yang berada di Jepun. Tetapi hampa kerana hampir kesemua hotel di Tokyo telah dihubungi. Tiada nama Fakrul.
‘Kenapa abang nie?’
‘Mizi kata Nadia mungkin tertekan dengan orang yang rapat dengan dia. Abang syak Fakrul.’
‘Kenapa pulak macam tu? Kan Fakrul sayangkan Nadia!’
‘Ika jangan silap nilai hati orang. Jangan lupa jugak Nadia tu mengandung anak hasil perkosaan. Bukan anak Fakrul!’
Zulaikha diam. Mungkin ada benarnya. Sampai betul hati Fakrul. Tidak disangka Fakrul sanggup buat begitu. Dia memandang sayu wajah Nadia. Nadia sejak sedar tidak banyak yang dicakapkan. Bila penting saja baru dia bercakap. Selebihnya hanya gelengan dan anggukan yang diberikan.
‘Macam mana Nadia uncle?’
‘Uncle tak reti nak bagitau Rina. Uncle risau. Makan sesudu dua. Bercakap pun tidak. Sedangkan dia tengah mengandung. Kami risau Rina!’
‘Uncle sabar ye. Bawak berdoa pada Tuhan. Rina cuba pujuk dia.’
Tengku Awaludin juga mati kutu. Puas di carinya Fakrul, anak tirinya itu. Tetapi hampa. Kata 3 minggu. Sudah hampir sebulan tidak ada khabar berita. Dia kecewa dengan sikap Fakrul. Rina menghampiri Nadia.
‘Kenapa nie sayang? Janganlah makan hati. Nanti anak kau besar nak makan jantung pulak!’
Rina cuba membawa senyuman pada Nadia. Tetapi hampa. Nadia hanya mampu memandangnya sepi. Zulaikha memberi laluan pada dua saudara itu berbual. Nadia memeluk erat Rina.
‘Aku dah tak mampu lagi Rina. Aku dah tak larat!’
‘Kenapa nie Nadia? Apa yang kau tak larat? Tak mampu?’
Selepas beberapa ketika, Nadia menangis. Rina cuba mententeramkan jiwa Nadia. Setelah agak lama, Nadia bersuara. Dia menceritakan tentang hubungan dia dan Fakrul yang agak tegang sebelum Fakrul menghilangkan diri. Sedangkan dia tidak tahu apa yang bermain di kepala Fakrul pada masa itu.
‘Aku takut hidup seorang Rina. Aku dah mula sayangkan dia! Tapi kenapa dia sanggup tinggalkan aku seorang diri? Aku perlukan kata- kata dorongan dari dia Rina.’
Rina turut sebak. Dia terkejut dengan kenyataan Nadia tentang Fakrul. Kerana baginya, Fakrul seorang yang mudah dibawa berbincang dan baik budi. Tapi mengapa pula dia meninggalkan Nadia dengan tanda tanya?’
‘Sabar Nadia. Mungkin benar dia ada kerja di Jepun. Dia tak dapat hubungi kau. Doakan dia selamat.’
‘Aku sayangkan dia. Aku tak sanggup kehilangan dia Rina!’
‘Syyhhh… Aku percaya dia akan dengar rintihan kau nie. Bersabarlah sayang. Kuatkan semangat!’

Rina mencium lembut dahi Nadia. Puas dia pujuk, baru sekarang Nadia dapat melelapkan mata. Matanya memerhati wajah Nadia. Wajah itu agak cengkung. Banyak sungguh masalah yang melanda Nadia. Bahunya disentuh orang.
‘Dia baru je tidur uncle. Dia risau Fakrul tak balik!’
‘Uncle tak reti Rina nak cakap apa. Uncle tak sangka Fakrul buat dia macam nie!’
‘Sabarlah uncle. Mungkin ada hikmahnya. Kita tawakal je.’
Rina terkejut bila Nadia menggerakkan tangannya. Dia tertidur di katil Nadia rupanya.
‘Aku ada tulis surat. Untuk uncle, auntie Ika dan Fakrul. Kalau aku tak sempat jumpa diaorang, kau tolong sampaikan surat nie buat diaorang semua ye..’
‘Apa kau cakap nie Nadia?’

‘Tolong ye Rina. Janji pada aku!’
‘Aku janji Nadia. Tapi jangan cakap yang bukan- bukan ye.’
Nadia senyum. Senyuman yang pertama sejak dia dimasukkan ke hospital. Jam 3 pagi Nadia mengadu sakit perut. Rina memanggil doktor untuk melihat keadaan Nadia.
‘Nadia nak bersalin. Kami nak bawa dia ke labour room. Tapi kami nak saudara terdekat tandatangan surat pengesahan.’
‘Saya sepupu dia.’
‘Parents atau suami dia?’
‘Semua di oversea. Dia cuma ada saya disini.’
‘Baiklah. Cik boleh ke kaunter sana dan tandatangan.’
Rina mengikut arahan yang diberikan. Dihubungi Tengku Awaludin dan Zulaikha untuk mengkhabarkan berita itu.
‘Rina….Aku takut tak sempat nak lihat wajah anak dan suami aku! Aku takut Rina!’
‘Everything was fine after the baby were born sayang. Remember aku, uncle dan auntie Ika sayangkan kau. Kami tunggu kau keluar.’
Nadia senyum. Trolinya di tolak ke labour room. Rina terpaksa melepaskan genggaman tangan Nadia.
‘Kirim salam sayang buat Fakrul dan abah mama ye Rina. Aku sayang kau semua!’
Rina hampir menangis mendengar jeritan Nadia.
‘Mana Nadia, Rina?’
‘Dia dah dimasukkan ke labour room.’
‘Macam mana keadaan dia?’
‘Dia sihat. Dia kirim salam sayang pada auntie dan uncle.’
Rina resah menanti di luar bilik pembedahan. Dia tidak putus- putus berdoa. Dia berharap agar Nadia selamat. Dia sayangkan Nadia. Malah hanya mereka dua saudara. Tengku Awaludin mundar- mandir di ruang menunggu. Zulaikha diam membisu. Mereka suami isteri berada dalam keadaan tegang kerana Fakrul masih belum ditemui. Tiada apa- apa kesan yang boleh dijejaki. Tiba- tiba seorang jururawat keluar dan masuk semula tidak lama kemudian dengan membawa tabung yang berisi dengan darah. Rina kaku. Pandangannya jatuh pada pintu bilik itu yang tertutup rapat. Doktor Hamizi keluar. Tengku Awaludin menerpa ke arah kawannya itu.
‘Macam mana dia Mizi?’
Dr. Hamizi hanya diam. Dia mengusap lembut bahu Tengku Awaludin. Sabar ye. Nadia tak dapat melahirkan anaknya. Dia berada dalam situasi yang agak teruk. Kau doakan dia selamat.’
Tengku Awaludin diam. Rina dan Zulaikha hanya memandang sepi.
‘Pakar puan ada di dalam. Mereka yang akan selesaikan proses bersalin Nadia. Saya cuma akan memantau keadaan dari masa ke semasa.’
Rina mengejar Dr. Hamizi yang berjalan ke arah lif.
‘Doktor…’
‘Cik Rina.’
‘Doktor, tolong jelaskan pada saya tahap kesihatan Nadia kat dalam. Saya risau!’
Dr. Hamizi melepaskan nafas berat. Dia memimpin Rina ke sudut kaunter sebelah kanan mereka dan duduk di kerusi yang disediakan.
‘Nadia masih dalam trauma. Mana suaminya?’
‘Dia.. Dia belum balik dari oversea doktor.’
‘Dia perlukan kata- kata semangat dari orang yang paling rapat dengannya dalam bilik bersalin. Rina pun tahu dia masih trauma dengan kejadian yang menimpa.’
Rina hanya mengangguk. Mengingati setiap bait kata yang keluar dari bibir Dr. Hamizi.
‘Pendarahannya agak teruk. Kami tak pasti dia dapat bertahan atau tidak. Kalau dia tidak mampu, kami terpaksa menjalankan pembedahan kerana takut bayi dalam kandungan tidak dapat bernafas.’
‘Ya Allah! Nadia pulak macam mana?’
‘Itu yang kami risaukan. Dia tak dapat bertahan. Keadaannya amat lemah, tetapi semuanya bergantung pada semangat dia. Kami hanya menjalankan tugas kami dengan apa yang kami mampu.’
‘Takde jalan lain ke doktor?’
‘Jika pendarahan dia semakin teruk, kami akan menjalankan pembedahan. Kami perlu keluarkan bayi itu dulu. Kemudian kami akan cuba menyelamatkan Nadia. Dia berada dalam keadaan kritikal. Kami juga bimbang dia tak dapat mengawal perasaannya.’
‘Apa maksud doktor kritikal? Takkan hanya kerana bersalin dia kritikal?’
‘Rina.. I have to tell you this. She ask me to keep it.’
Rina berdebar. Nadia ada simpan rahsia?
‘She had liver cancer.’
Rina terkejut. Barah hati?
‘What?’
‘Kami baru kesan penyakitnya ini pada bulan kelima kandungannya.’
‘What? Are you serious doctor?’
‘I have to tell you about this. Sebab itu dia agak susah bertahan.’
‘Oh God! Ada kesan pada bayi doktor?’
‘Buat masa ini, bayi selamat. Cuma kami bimbangkan Nadia.’
Rina masih lagi terkejut. Agak lama dia mendiamkan diri, sehingga Dr. Hamizi berlalu pergi dia tidak sedar. Nadia melindungi perkara begini? Bagaimanakah dia mahu khabarkan berita ini pada Tengku Awaludin dan Zulaikha? Dia bergerak ke ruang menunggu di mana Tengku Awaludin dan Zulaikha menantikan Nadia.
‘Kenapa Rina? Doktor cakap apa?’
Rina diam. Pertanyaan Zulaikha dibiarkan berlalu.
‘Dah ada berita tentang Nadia uncle?’
‘Belum Rina. Uncle menyesal dengan tindakan Fakrul. Uncle menyesal yang amat sangat.’
‘Sabarlah uncle. Masih banyak tentang Nadia yang belum kita ketahui.’
Tengku Awaludin memandang wajah Sabrina.
‘Sebenarnya uncle, banyak rahsia yang Nadia tidak beritahu pada uncle dan auntie.’
‘Apa maksud Rina?’
Rina menarik nafas untuk menenangkan hati dan perasaannya. Dia mesti kuatkan semangat. Nasib Nadia perlu di bela.
‘Nadia dirogol sebanyak dua kali.’
Tengku Awaludin diam.
‘Orang yang merogolnya adalah orang yang terdekat dengannya.’
‘Fakrul?’
‘Bukan. Amri.’
Tengku Awaludin dan Zulaikha terkejut bukan kepalang. Amri yang merogol Nadia?
‘Jangan buat cerita Rina!’
‘Terpulang pada uncle. Nadia diperkosa oleh Amri ketika Nadia berada dalam tingkatan 5.’
‘Tingkatan 5? Nadia kan tinggal di hostel?’
‘Memang Nadia tinggal di hostel. Uncle tau Nadia terseksa dengan mama dan daddy nya kan? Nadia mengambil jalan mudah dengan tinggal dirumah uncle pada musim cuti sekolah! Dan masa tu lah uncle dan auntie Ika sibuk ke sana ke mari dengan majlis perkahwinan dan tinggalkan Nadia keseorangan di rumah di bawah tanggungjawab Amri!’
Tengku Awaludin beristighfar. Benarkah ini?
‘Amri makan padi yang dijaga! Amri rosakkan maruah Nadia. Dan anak yang Nadia kandungkan itu anak Amri! Amri yang sepatutnya bertanggungjawab. Bukan Fakrul!’
Zulaikha diam. Dia mengetap bibir. Panas rasa perutnya kerana melahirkan Amri. Dia jatuh rebah. Keadaan agak kelam kabut disitu. Rina menahan tangisnya. Dia berdoa agar Tuhan dapat menyelamatkan nyawa Nadia.
‘Abang…’
‘Abang disini Ika.’
‘Abang… Nadia…’
‘Nadia masih di dalam.’
‘Ika kecewa bang… Nadia simpankan rahsia sebesar itu… Abang…’
‘Ya sayang..’
‘Amri bukan anak saya bang. Kesal sungguh saya dengan Amri.’
‘Sabar sayang. Jangan ikutkan perasaan.’
‘Saya nak jumpa Nadia bang. Ika nak sujud kakinya. Minta ampun dari dia.’
Zulaikha menangis didalam ribaan Tengku Awaludin. Dia juga kesal dengan segala apa yang berlaku.

******************************************************************************

Di satu tempat pada waktu yang sama. Amri memasukkan gear lebih tinggi.
‘Aku mesti kalahkan dia!’
Dia membawa kereta sport itu dengan laju. Dikiri kanan keretanya penuh dengan kelibat remaja- remaja bersorak. Dia bangga dengan kehebatannya di atas jalan raya. Seringkali lawannya tewas dalam perlumbaan haram itu. Ketika berada di satu selekoh lebuhraya, dia nampak ada satu treler yang terbabas dan tumbang di arah yang ditujuinya. Dia menekan brek dan menarik brek tangan. Stereng dipusingkan berkali- kali. Kerana pemanduan nya yang laju dan menyebabkan keretanya sukar dikawal. Keretanya turut terhumban sama dan berlanggar dengan treler itu. Bunyi dentuman yang agak kuat kedengaran. Amri cuba untuk keluar. Pintunya terbuka. Di fikirannya terbayang wajah ayu Nadia. Nadia sedang senyum dan mengendong bayi lelaki.
‘Maafkan aku Nadia. Maafkan aku! Aku bersalah Nadia. Aku minta ampun…’
Dalam kesakitan Amri cuba mengeluarkan dirinya. Nadia masih senyum padanya tetapi tidak lama. Air mata Nadia menitis dengan laju. Dia menggelengkan kepala.
‘Nadia… Nadiaaa..’
Amri menggapai tangan untuk meminta simpati Nadia. Nadia melangkah pergi dengan esak tangis selepas meletakkan bayi yang dikendongnya di sisi Amri. Muncul pula wajah Zulaikha.
‘Mama… Maaamaaa.. Ampunkan Amri. Amri bersalah!’
Zulaikha menggelengkan kepala. Juga melangkah pergi. Amri kesal. Matanya terpejam rapat.

******************************************************************************

Dihospital, Nadia selamat melahirkan anak lelaki. Tengku Awaludin mengucap syukur. Zulaikha dan Rina berdebar.
‘Macam mana Nadia?’
‘Maaf. Dia mengalami pendarahan yang teruk. Kami sudah lakukan yang kami mampu.’
Tengku Awaludin, Zulaikha dan Sabrina berdiri kaku. Seorang demi seorang keluar dari bilik pembedahan. Troli dikeluarkan dan mereka berdiri disisi tubuh Nadia. Zulaikha menangis sendu. Dia mengucup dahi Nadia. Diusap lembut pipi dan rambut Nadia. Rina menggenggam tangan Nadia. Menangis di sudut lain. Dia tak mahu air matanya jatuh ditubuh kaku milik Nadia. Tengku Awaludin memandang sayu wajah anak saudara kesayangannya. Dia menarik Zulaikha ke tepi agar dapat memberi laluan pada petugas hospital menolak Nadia. Rumah dikelilingi dengan saudara mara. Tengku Awaludin bersalaman dengan hadirin yang ada. Sabrina dan Zulaikha bersimpuh di satu sudut. Ayat bacaan Yassin kedengaran. Zulaikha tidak dapat menahan tangis. Sabrina pula menenangkan Zulaikha yang bersedih dengan pemergian Nadia. Tengku Awaludin terkejut melihat adiknya dan isteri datang.
‘Abang engku…’
Tengku Awaludin diam. Hatinya penuh kemarahan. Selepas dipaksa, barulah mereka datang.
‘Abang.. Maafkan Man!’
Tengku Mariana diam. Tengku Awaludin menjeling pada adiknya yang seorang itu.
‘Kau patut minta keampunan pada Nadia! Bukan pada aku!’
Tengku Norman terkejut. Walau perlahan suara Tengku Awaludin, tetapi amat jelas di pendengarannya. Mereka melangkah masuk. Tengku Norman terkaku melihat wajah yang terbaring. Tenang dan lembut. Seperti arwah Fardina dulu. Tengku Norman menyesal. Kesal kerana tidak sempat meminta ampun pada Nadia. Kesal kerana membiarkan Nadia kehilangan kasih sayang. Tengku Mariana hanya mendiamkan diri di satu sudut. Zulaikha datang menghampiri Tengku Mariana. Dia geram menatap wajah itu.
‘Buat apa kau datang sini?’
‘Akak..’
‘Siapa akak kau? Kau datang nak seksakan arwah?’
Tengku Awaludin melangkah masuk ke dalam rumah. Terkejut dengan herdikan yang kuat. Zulaikha memarahi Tengku Mariana.
‘Maafkan saya kak!’
‘Kau sepatutnya minta maaf pada Nadia! Bukan pada aku atau abang engku! Kau seksakan perasaan dia! Kau biarkan dia ketandusan kasih sayang, baru sekarang kau datang? Baru sekarang kau nak mengaku dia anak kau?’
‘Saya sedar sekarang kak!’
‘Cukup! Kau berdua tak layak nak tengok Nadia walau sikit! Keluar sekarang!! Keluar!’
Tengku Mariana dan Tengku Norman terkedu. Air liur terasa pahit. Hadirin yang melihat peristiwa itu hanya mendiamkan diri. Tengku Awaludin mengarahkan Sabrina membawa Zulaikha ke dalam. Tengku Norman dan Tengku Mariana terpaksa berlalu pergi. Mereka sedar akan risiko yang perlu mereka hadapi kerana perbuatan mereka. Inilah balasannya. Tengku Awaludin mencurahkan air mawar pada tanah merah itu. Mereka semua menadah tangan semasa pak imam membacakan talkin. Zulaikha mendukung anak kecil. Kasihan. Tubuhnya masih merah, hilang pula ibu kesayangan. Zulaikha mengucup lembut dahi Amir Rizal. Sabrina sebak melihat bayi itu. Anak yang ditinggalkan Nadia. Berita di kaca televisyen amat mengejutkan mereka bertiga. Gambar kemalangan yang mengorbankan Amri dilaporkan. Tengku Awaludin menerima dengan hati yang terbuka. Ada hikmah disebaliknya. Zulaikha memandang sepi kaca televisyen.

‘Rina, tutup tv tu..’
Sabrina mengikut arahan. Tangisan Amir amat mengejutkan Zulaikha. Dia membawa bayi itu ke bilik tidur untuk menidurkannya. Tengku Awaludin diam. Fikirannya masih lagi sesak dengan peristiwa yang terjadi. Sekelip mata saja berbagai peristiwa terjadi. Pintu rumah diketuk dan diberi salam.
‘Rina tengok siapa tu? Masakan ada orang nak melawat lagi!’
Rina berlalu ke pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Rina terkejut.
‘Abah…’
Tengku Awaludin memandang pada tubuh itu. Fakrul bersalaman dengan Tengku Awaludin. Hambar rasanya.
‘Rina buat apa kat sini?’
Rina terkedu. Dia memandang wajah Tengku Awaludin. Soalan Fakrul dibiarkan.
‘Mana kau pergi?’
Fakrul diam. Dia tahu salahnya meninggalkan Nadia tanpa khabar berita. Salah dia kerana membiarkan Nadia begitu. Dia seksa setelah mengetahui anak yang dikandung Nadia itu adalah anak adiknya sendiri, Amri. Pergaduhan kecil antara mereka berdua telah membongkar kejadian yang tidak diingini. Dia mengambil jalan mudah dengan meninggalkan Nadia. Sekarang dia dapat menerima kehadiran anak yang dikandung Nadia. Nadia tidak bersalah. Amri yang bersalah dalam hal ini. Jadi dia mengambil langkah pulang setelah berbulan- bulan ke Afrika Selatan dan duduk di sana. Dia ingat hari ini adalah tarikh yang dijangka oleh doktor Nadia akan bersalin. Dia telah ke hospital sebelum ke rumah ini, tetapi jururawat yang bertugas mengatakan Nadia telah keluar pada jam 8 pagi.
‘Kau tak perlu lagi dirumah ini!’
Fakrul terkejut.
‘Maafkan saya abah. Saya sedar silap saya! Saya minta ampun! Saya janji saya tak ulangi lagi. Saya sayangkan Nadia. Saya nak jumpa dia!’
Sabrina menangis. Tengku Awaludin sebak.
‘Dia tak perlukan kamu lagi. Dan kami juga tak harap kamu pulang! Mulai dari saat ini, pergilah ke mana juga kamu ingin pergi. Tak siapa yang melarang!’
Fakrul melutut. Air matanya menitis.
‘Saya minta ampun abah. Berilah saya peluang untuk berjumpa Nadia walau sekejap! Tolonglah saya abah! Saya rindukan dia!’
‘Fakrul!’
Fakrul berpaling. Dia menerpa pada mama.
‘Mama.. Rul nak jumpa Nadia maa… Rul sayangkan dia!’
Zulaikha meleraikan pelukan Fakrul. Ditahan perasaannya. Semua anaknya sama saja. Air matanya sudah kering untuk menangisi pemergian dan nasib Nadia. Fakrul terkejut. Semua orang dalam rumah ini bersikap hambar padanya.
‘Fakrul nak jumpa Nadia mama!’
Zulaikha merenung tajam wajah Fakrul.
‘Betul kau nak jumpa Nadia?’
Fakrul mengangguk laju.
‘Rina! Bawakan Fakrul ke tempat Nadia. Biar dia disitu. Biar dia sendiri yang minta ampun dengan Nadia!’
Sabrina meminpin Fakrul. Mereka ke tanah perkuburan dalam gelap. Fakrul kaku melihat kereta yang dibawa Rina masuk ke kawasan perkuburan. Rina keluar dan membuka pintu sebelah pemandu.
‘Aku nak jumpa Nadia! Kenapa bawa aku ke sini?’
Rina diam. Dia menarik tangan Fakrul dan berjalan ke satu sudut dimana letaknya kubur Nadia. Fakrul memandang dengan tanda tanya.
‘Kau nak jumpa Nadia sangatkan? Itulah dia! Kau minta ampun pada dia!’
Fakrul terkejut. Dipandangnya wajah Rina dan kubur yang tanahnya masih merah bersilih ganti.
‘Kau tengok apa lagi? Dalam tanah itulah letaknya Nadia! Nadia ada di sana!’
Fakrul terkejut. Kakinya lemah. Melutut pada tanah yang masih basah. Digenggam tanah merah yang liat.
‘Kau memang patut minta ampun pada Nadia! Dia inginkan kau ketika perit maung melahirkan anak yang tidak berdosa. Mana kau masa tu? Mana kau masa dia melaung dan menjerit nama kau Fakrul? Suami jenis apa kau nie? Kau tinggalkan dia dalam keadaan yang terseksa. Kau biarkan dia mati tanpa dapat menatap wajah anaknya walau sesaat!’
Fakrul terkejut. Hatinya dilanda perasaan bersalah yang amat sangat. Dia menangis. Sabrina meninggalkan Fakrul dengan perasaannya.
‘Nadiaaaaaaaa!!!’
Dia amat kesal. Wajah yang amat dirinduinya telah tertanam di dalam tanah itu. Dia menangis kesal. Dia kesal tidak bertanya pada Nadia! Dia kesal tidak bersama Nadia dalam pertarungan melahirkan anak mereka. Nadia masih suci. Kesal kerana dia tidak memegang janji- janjinya pada Nadia.
‘Nadiaaa!! Maafkan abang. Abang sayangkan Nadia!! Maafkan abang!! Abang kesal!! Nadiaaa!!’
Fakrul menatap wajah bayi yang didukung oleh mamanya. Wajah bayi itu tulus suci. Bersih dari segala dosa. Dia mencium lembut dahi Amir Rizal. Matanya lembut seperti milik Nadia. Kulitnya putih mulus, juga seperti Nadia. Segala yang ada pada bayi itu memang kepunyaan Nadia. Air matanya mengalir lagi. Dia berikrar untuk menjaga amanat Nadia.
‘Rina nak pergi?’
‘Rina perlu balik auntie.’
‘Rina taknak tinggal sehari dua lagi?’
‘Tak perlulah auntie. Nadia ada tinggalkan surat untuk auntie, uncle dan Fakrul.’
Rina menghulurkan sampul surat yang berwarna coklat cair pada ketiga- tiga mereka. Fakrul diam. Amir Rizal didukung Rina. Rina mencium pipi lembut milik Amir Rizal. Air matanya juga gugur. Fakrul, Tengku Awaludin dan Zulaikha terduduk sesudah membaca surat tinggalan Nadia.

Assalamualaikum buat abang, abah dan mama….

Nadia sayangkan semua yang hidup dalam kehidupan Nadia. Nadia ingin hidup bahagia. Nadia bahagia Nadia ada daddy dan mama. Cuma nasib Nadia mereka tidak menerima Nadia. Hidup Nadia diterangi cahaya apabila uncle dan auntie Ika sudi menerima dan menjaga Nadia. Tak kurang walau sikitpun kasih sayang yang uncle dan auntie curahkan. Jikalau uncle dan auntie boleh anggap Nadia bagai anak sendiri, mengapa tidak Nadia anggap Fakrul dan Amri sebagai abang kandung Nadia? Nadia kasihkan pengorbanan dan kasih sayang uncle dan auntie. Tetapi semuanya gelap setelah Amri memperkosa dan sekaligus telah meranapkan kepercayaan Nadia pada Amri. Kerana mengenangkan jasa baik uncle dan auntie kerana membenarkan Nadia tinggal dirumah ini, membuatkan Nadia menyimpannya sebagai rahsia. Segala rasa hati Nadia curahkan pada Sabrina. Hanya dia beradik Nadia yang Nadia kasihi.

Nadia masih mengharapkan sinar dari daddy dan mama. Tetapi hampa, Nadia bersyukur Nadia masih punyai uncle yang amat mengambil berat akan kebajikan Nadia sehingga diberi kepercayaan untuk memiliki saham syarikat uncle. Nadia mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih pada uncle. Nadia ingatkan Nadia sudah bahagia. Awan mendung yang pernah meneroka diri Nadia sudah hilang. Rupanya hanya sementara cerahnya. Awan itu kembali merajai jiwa Nadia. Amri juga orangnya. Nadia amat kecewa pada orang yang amat Nadia sayang dan orang yang Nadia anggap macam abang sendiri sanggup merosakkan Nadia.
Buat abang Fakrul, kasih yang abang curahkan amat membahagiakan diri Nadia. Nadia sangka Nadia tidak layak berada dalam hati seseorang. Rupa- rupanya sangkaan Nadia meleset. Nadia tahu abang pasti kecewa andai dapat tahu siapa ayah sebenar pada anak yang Nadia kandungkan. Nadia faham bang… Nadia sedar mana letak duduk diri Nadia. Cuma Nadia amat berterima kasih pada abang, abah dan mama kerana memberikan Nadia bahagia yang selama ini Nadia fikirkan amat mustahil bagi Nadia memilikinya. Terima kasih…. Abang jagalah anak ini baik- baik. Nadia hanya anggap abang sebagai bapa kandungnya. Nadia cintakan abang… Ampunkan segala makan minum Nadia. Juga kesilapan yang Nadia lakukan samada Nadia sedari ataupun tidak. Nadia rindukan abang….
Maafkan Nadia mama, uncle. Kirim salam buat daddy dan mama. Walau bagaimanapun, mereka masih keluarga Nadia. Nadia sayangkan mereka dan juga keluarga ini. Pesan pada anak ini, ibunya amat kasihkan dia. Ibunya akan sentiasa berada disisinya dalam apa jua situasi.. Wassalam.

Nadia Natasya bt Tengku Norman

Air mata berjujuran di pipi mereka. Tangisan Amir Rizal mengejutkan semua. Tinggal lah kenangan Nadia di dalam keluarga ini. Semoga Nadia dapat menemui bahagia yang dia inginkan di alam sana.
try , Khamis, Mac 15, 2007 | 4 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

4 ulasan :

  1. panjang sangat la
    tapi...............bestttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

    BalasPadam
  2. sedihhhhhhhhhhhhhhhh.....waaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. kesian nadia...dhla mak ayah dia tak trm.dia lak jadi cam 2...

    BalasPadam
  4. waaaaaaaaaaaaa!!!!!!! sedihhhhnyaaaaaaaaaaaaaa....

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog