2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Membeli syurga dengan harta

Membantu golongan yang memerlukan dari segi harta benda, masa dan tenaga. - Gambar hiasan


    Sahabat Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Imam Muslim)
 
Hadis yang masyhur ini sering kali disampaikan di mimbar masjid, sering kali disampaikan daripada lisan khatib yang membaca khutbah, memberikan pengajaran yang sangat besar kepada golongan Muslimin berkenaan hari selepas mati.
 
Seluruh anak Adam pasti akan menghadapi mati. Selepas mati tidak akan ada amal ibadah yang kekal kecuali tiga perkara amal. Pertama, sedekah jariah. Sedekah jariah adalah amalan yang tidak akan putus pahalanya sampai bila-bila, walaupun kita telah mati. Ia juga bermaksud pemberian yang manfaatnya berpanjangan seperti mewakafkan al-Quran, mendirikan masjid, membangunkan rumah anak yatim dan menyediakan tempat mengambil air.
 
Ini dijelaskan Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang lain, "Sesungguhnya antara amalan kebaikan seorang mukmin yang akan terus menyertainya sesudah matinya ialah ilmu yang dia ajarkan dan dia sebarkan, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf yang diwariskan atau masjid yang dibangunkannya atau rumah ibnu sabil yang dibangunkannya atau mata air yang dialirkannya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya pada saat dia sihat dan masih hidup, amalan itu akan menyertainya sesudah mati." (Sahih, Ibnu Majah)
 
Jadi sedekah bukanlah tajuk kecil di dalam Islam. Kalau kita periksa seluruh kitab hadis; Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, dan Ibnu Majah, pasti kita akan temui satu bab di mana imam-imam hadis menjadikannya satu bab khusus, yakni bab sedekah.
 

Kisah Perang Tabuk
 
    Sedekah bukan tajuk kecil di dalam Islam. Lihatlah ketika mana Nabi Muhammad SAW dan Sahabat RA berada dalam peristiwa Tabuk. Ketika itu golongan Muslimin ingin melancarkan jihad ke atas Rom, tetapi mereka kekurangan dana.
 
Nabi SAW berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan kemelut ekonomi dan kekurangan dana untuk berjihad. Lalu Nabi Muhammad SAW mengumpulkan hampir seluruh sahabat dan Baginda bangun menyampaikan khutbah khusus berkenaan sedekah untuk Tabuk.
 
Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah dengan penuh semangat, membuka pintu tabarru' seluas-luasnya untuk golongan Muslimin ketika itu.
 
Kemudian Baginda duduk, lalu bangunlah seorang sahabat Nabi SAW iaitu Utsman ibnu 'Affan ra. 'Utsman berkata, "Wahai Rasulullah SAW, hari ini aku sedekahkan 100 unta lengkap dengan pelananya pada jalan ALLAH."
 
Ketika Tabuk, sebahagian Sahabat Nabi Muhammad SAW yang menawarkan diri untuk berjihad bersama tetapi terpaksa ditolak oleh Baginda kerana tidak membawa binatang tunggangan dan kenderaan untuk jihad Tabuk. Ketika itu 'Utsman menyedekahkan 100 unta lengkap dengan pelananya fi sabilillah.
 
Nabi Muhammad SAW bangun menyambung khutbahnya. Kemudian baginda duduk. Bangun lagi sahabat Nabi, 'Utsman ra. Beliau berkata, "Wahai Rasulullah SAW, aku tambahkan lagi seratus ekor unta lengkap dengan pelananya pada jalan ALLAH."
 
Berbangga Nabi SAW dengan perbuatan 'Utsman sehingga Baginda katakan dalam satu hadis yang mulia, maksudnya: "Selepas hari ini, apa-apa yang dilakukan oleh 'Utsman ibnu 'Affan sudah tidak ada mudarat baginya."
 
Jaminan ini Nabi Muhammad SAW berikan kepada 'Utsman ibnu 'Affan, orang kaya daripada kalangan Quraisy. Adakah 'Utsman duduk dan puas? Tidak.
 
'Utsman bangun lagi dan berkata, "Wahai Rasulullah SAW, aku tambah seratus ekor unta lagi lengkap dengan pelananya pada jalan Allah untuk Tabuk."
 
Sebanyak 300 unta 'Utsman sedekahkan ketika Tabuk. Abu Bakar yang melihat keadaan itu lantas pulang ke rumahnya dan kembali membawa 4,000 dirham lalu meletakkannya di pangkuan Rasulullah SAW.
 
Jika dilihat daripada satu segi tidaklah sedekah Abu Bakar itu lebih banyak daripada sedekah 'Utsman, tetapi tetap sahaja apa yang Abu Bakar sedekahkan ini lebih banyak daripada sedekah Sahabat lain.
 
Jumlah empat ribu dirham yang Abu Bakar sedekahkan pada waktu itu adalah seluruh hartanya. Sehingga Nabi Muhammad SAW tanyakan kepada Abu Bakar, "Wahai Abu Bakar, apa yang engkau tinggalkan untuk isteri dan anakmu di rumah?" Abu Bakar menjawab, "Jangan khuatir wahai Rasulullah, ALLAH dan Rasul-Nya aku tinggalkan untuk mereka di rumah."
 
Subhanallah. 'Abdurrahman bin 'Auf bersedekah beberapa ratus uqayyah perak. 'Umar bin Al-Khattab bersedekah separuh daripada hartanya. Sahabat lain turut menyedekahkan hartanya. Sahabat wanita menanggalkan barang-barang kemas yang dipakai oleh mereka dan memberikan untuk jihad Tabuk. Kisah ini diriwayatkan dalam kitab Mustadrak oleh Imam al-Hakim.
 

Ikut Pintu Sedekah
 
    Cuba kita perhatikan mengapa begini serius golongan Sahabat RA dalam mengeluarkan harta mereka untuk sedekah. Ketahuilah bahawa mereka membeli syurga dengan harta. Syurga yang luasnya lebih luas daripada langit dan bumi itu kalau boleh mereka beli dengan sebahagian daripada harta mereka.
 
Kalaulah sedekah bukan tajuk penting dalam Islam, ALLAH tidak akan menjadikan salah satu pintu di dalam syurga itu dengan nama Babun Shadaqah (Pintu Sedekah). Para Sahabat RA ingin memasuki syurga melalui Pintu Sedekah ini.
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menafkahkan sepasang hartanya di jalan ALLAH, dia kelak akan diseru dari pintu-pintu syurga: Wahai hamba ALLAH, ini adalah suatu kebaikan (yang disediakan untuk mu). Maka sesiapa daripada kalangan ahli solat akan diseru dari pintu solat. Sesiapa yang daripada kalangan ahli jihad akan diseru dari pintu jihad. Sesiapa yang daripada kalangan ahli puasa akan diseru dari pintu rayyan. Sesiapa yang daripada kalangan ahli sedekah akan diseru dari pintu sedekah".
 
Lalu Abu Bakar RA berkata: Aku menebus mu dengan bapa dan ibuku ya Rasulullah, tidaklah ada sebarang darurat ke atas orang yang diseru dari pintu-pintu tersebut (untuk masuk melalui kesemuanya), maka apakah ada orang yang akan diseru daripada kesemua pintu itu? Jawab baginda: "Ya, dan aku berharap engkau termasuk daripada kalangan mereka". (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
 
Sering kali golongan Muslimin melihat bahawasanya mengeluarkan harta untuk sedekah adalah satu bentuk pengurangan.
 
Harta yang mereka ada, contohnya RM100 apabila disedekahkan sebahagiannya, mereka melihat baki yang tinggal hanya RM50. Tetapi sebaliknya Nabi SAW berkata di dalam satu hadis yang mulia: "Tiga perkara ini aku khabarkan kepada kalian dan kalian peliharalah ia. Pertama, tidak akan kurang harta yang dikeluarkan untuk sedekah, bahkan akan bertambah..." (Riwayat Imam Tirmudzi)
 
Celikkanlah mata, lihatlah di luar sana. Golongan ahli sedekah itu semakin berkurang atau semakin bertambah harta mereka? Kita lihat sebenarnya dengan mata kepala kita, tapi masih lagi kita tidak mahu membeli syurga dengan harta.
 

* Penulis Khoirul Anam Mohamed Sarif; Ketua Biro Dakwah dan Tarbiyah Sekretariat Ilmu
Cik NiNe Che Kadir , Jumaat, Jun 29, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog