2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Suratan Atau Kebetulan

"Macam mana dengan mamat semalam Nor?" tanya Imran tersenyum lebar.

"Apa-apa...! Kau jangan macam-macam Im...! suka hati kau aja buat blind date untuk aku camtu...!" marah Nora berapi.


"Apa pula...! aku kasi yang hensemlah tu. ikut lakaran yang kau bagi kat aku minggu lepas...?" Imran keliru.

"Dah ah kau...! Blah ah...! tak gunanya kawan. Buat malu aku aja..." Nora menghempas buku yang dipinjamnya dari Imran ke depan matanya.

Nora berlalu pergi keluar dari perpustakaan dan menanggis semahu-mahunya. Kenapa sukar untuk Imran memahami isi hatinya. Sudah terang lagi bersuluh. Mungkin itu cara untuk Imran terangkan isi hatinya kepadaku. Detik hati Nora dengan perasaan hiba dan terasing.

"Nor...!" jerit Jefri dari hadapan.

"Ooitt...! bertuah punya budak...!" Jefri hairan.

Nora hanya menjeling ke arah kawan baik Imran dengan seduan dan sapuan air mata yang melimpah di pipi.

"Apa kena minah sekor tu...! aku panggil haram...! dia nak jawab..." Jefri yang sedang menuju ke arah Imran terus menepuk bahu Imran berulangkali.

"Entah dia...! Angin ngan aku tak tentu pasal..." Imran sedikit hairan.

"Sebabnya...?" Jefri cuba mencari punca.

"Minggu lepas... aku tanyalah bakal bf ikut citarasa dia...! dah tu aku try ah aturkan blind date dia semalam..." Imran menghentikan perbualan untuk seketika tatkala melihat Jefri seperti ketawa tiada henti.

"Kau dengar ke idak nih...?!" Imran tegang.

"Kau cari nahaslah gamaknya...! Bodoh betullah...!" Jefri berlalu dan bingkas bangun setelah tahu punca kemarahan Nora pagi itu.

Melihatkan cara Jefri meninggalkannya, Imran sedar yang rakan baiknya itu pasti dapat menyelesaikan masalah kecil antara dia dengan Nora pagi ini.

"Wei...! Apa sebab dia marah aku...?" Imran cuba berlari mendapatkan Jefri yang tidak putus-putus ketawa ke arahnya.

"Betul kau tak tahu...?" tanya Jefri ketawa.

"Iyalah..." jawab Imran keliru.

"Dia sebenarnya suka kat kau...! Satu kolej tahu hal tu...! kau aja yang tak sedar..." Jefri menepuk bahu Imran sambil berlalu meninggalkannya.

"Hah...! sejak bila...?" Imran bertanya sendirian dan terduduk di bahu jalan hanya melihat satu persatu masuk ke dewan kuliah untuk kuliah pagi berkenaan.

"Adoi...!" Imran lemah saat ingin menjejakkan kakinya masuk ke dewan kuliah.

Dari pintu masuk, dia melihat dan mencari-cari kelibat Nora dari atas. Nun jauh di bawah.

"Apa yang kau tercari-cari...! duduk sini ajalah...! dia dah tukar tempat duduk dia hari ni...!" Jefri menarik beg sandang Imran tatkala melihat Imran seperti terkedu berdiri di tangga dewan kuliah tanpa arah tujuan.

"Dia marah aku betul lah ni...?" tanya Imran seolah-olah keliru.

"Nanti dia dah reda kau pujuklah dia. Biarkanlah...! Esok lusa dia duduklah dengan kita macam selalu..." pujuk Jefri yang tiba-tiba bersimpati dengan kenaifan sahabatnya itu.

Pagi itu, Imran cuba melihat Nora berulangkali. Dengan harapan pandangannya itu dibalas mungkin. tetapi apakan daya. habis sahaja satu jam kuliah, Nora hanya berlalu melewati meja Imran tanpa menoleh walaupun seinci.

"Kau tengok...?" Jefri menegur Imran yang pura-pura mengemas buku.

"Nanti dia okeylah tu... dah jom...! kita gi makan, kang ada kelas lagi..." Imran mula berfikiran positif.

Baginya, kelakuan Nora sudah masak untuk diterokai. Marahnya hanya sehari. Esok lusa, pasti dia akan kembali tersenyum dan berkawan seperti biasa dengannya semula.

"Iyalah sangat..." Jefri membiarkan ego Imran pagi itu.

"Kau okey ke Nor...! Aku tengok kau macam masam aja dengan Imran...?" Lucy menegur.

"Tak ada apalah...!" Nora cuba untuk tidak bercerita mengenainya lagi.

"Oitt...! Apa macam mamat jambu kau semalam...? Jadi ke? melekat...?" tanya Azira yang baru muncul dari sisinya.

"Mamat jambu?" tanya Lucy.

"Ala...! Imranlah yang carikan...! Kecoh satu Kolej...!" Azira memang jenis cakap lepas.

"Hurmm... macam tu rupanya...! baru aku faham sekarang...!" Lucy hanya memandang Nora dengan seribu satu pertanyaan.

"Apa yang kau faham amoi...?" Azira mencelah.

"Diamlah... Tu hah...! Mamat jambu kau dah sampai dah tu...!" Lucy berpaling ke arah bunyi deruman enjin turbo bf Azira iaitu Chak.

"Okeylah Nor... aku blah dulu. kau rembat aja mamat semalam tu. Hensem kan...?" Azira sengaja meyakinkan Nora.

Nora hanya terseryum. Melihatkan kehadiran Jefri dan Imran, dia bingkas bangun sambil menarik Lucy perlahan-lahan agar reaksinya tidak keterlaluan.

"Kenapa kau elakkan diri dari dia...?" tanya Lucy.

"Entahlah Lucy. Tiba-tiba aku jadi tawar nak tengok dia. Sekarang ni aku dah tak harapkan cinta dia dah...!" Nora putus asa. dia benar-benar tekad saat dirinya di tipu semalam.

"Yang sudah tu sudahlah...!" Lucy cuba memujuk Nora agar memaafkan Imran.

"Sorrylah kali ni...! Beriya dia ajak aku keluar semalam. Aku ni punyalah suka sampai aku dah ready 2 jam lebih awal...! Sampai kat situ, dia order minum, sebab katanya nak tunggu kawan dia kejap...! Aku no hal ah...! Yang buat aku sakit hati tu, dia tinggalkan aku camtu aja...! Bila mamat tu sampai...! Bodoh betul...!" Nora tidak sanggup mengingatkan kembali bagaimana dia keluar dengan bf kakak aku sendiri.

"Hah...!" Lucy agak terkejut dengan cerita Nora.

"Sebab tu ah aku malu Lucy. Bf kakan aku ingat aku perempuan murahan. Malu tau tak...!" Nora menahan tangisannya dari kuat menjela.

"Dah ah...! Mungkin niat dia baik, tapi caranya sahaja tak betul. Kau maafkanlah dia..." Lucy cuba meyakinkan Nora akan keikhlasan Imran.

Namun, Nora tetap bertegas...

Hari demi hari, Nora dan Imran semakin jauh. Peperiksaan semakin hampir. Imran mahupun Nora cuba menegakkan keegoan sendiri.

"Kau salah, apalah salahnya kau tegur dia dulu..." Jefri cuba memujuk Imran memandangkan tinggal seminggu sahaja lagi semester akhir mereka.

"Aku dah cuba slow talk dengan dia, dia yang ego...!" Imran sedar dia semakin menyedari akan kepentingan Nora padanya saat ini. tetapi apakan daya, Nora telah berputus asa dengannya barangkali. Itu fahamannya.

"Itulah... masa budak tu dekat kau tak perasan...! Laa ni, budak tu dah jauh, baru kau tersedar...!" Jefri beredar setelah melihat Imran termenung melihat gambarnya dengan Nora di atas meja.

"Aku tahu... jangan kau panaskan hati aku lagi...." Imran menyambung semula ulangkajinya sedaya mungkin.

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Hubungan Nora dan Imran lesap begitu sahaja. Nora pula hanya menidakkan kehadiran Imran. Hatinya begitu terluka dan malu. Disebabkan insiden itu, seluruh rakan kolejnya mentertawakannya.

Keegoan Imran dalam menepati dan membalas cintanya, membuatkan Nora cuba beralih arah. Lantas dia membuat keputusan untuk menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke UK untuk membuat Master.

"Nor... jadi ke kau nak ke UK?" tanya Lucy sedih.

"Jadi Lucy. Aku berangkat esok pagi..." Nora faham dengan makna dan maksud tersirat Lucy.

"Tak ada cara lain ke kau nak rawat hati kau tu...?" tanya Lucy lagi.

"Lagi aku cuba lupakan dia. Lagi aku ingat...! Ada baiknya aku jauh dari Malaysia ni...!" Nora memujuk Lucy dan hatinya sekali.

"Kalau dah kau cakap macam tu, aku tak boleh nak kata apa. Nanti aku jumpa kau kat KLIA ya...?" Lucy mengakhiri perbualan.

"Iyalah..." air mata Nora berderai jatuh ke bumi. semakin deras hanyunan tisu cuba ditampungnya, semakin itulah air matanya melimpah bagai tidak tertadah lagi.

Pemergian Nora dihadiri oleh sebilangan besar rakan kolejnya, kecuali seorang.

"Dia lambat kot...?" Jefri cuba menahan Nora seminit dua.

"Orang tak sudi... kita kena sedar diri Jef...! Aku tak harapkan dia..." Nora cuba tersenyum. Dia berjaya.

Akhirnya, pemergian Nora tanpa dihantar oleh Imran menyedarkannya akan isi hati Imran kepadanya selama ini hanya sekadar kawan.

Nora redha...

Tatkala dia menjejakkan kakinya ke dalam pesawat kapal terbang, dia menerima SMS dari Imran.

" Andai tuhan itu berkehendakkan umatnya disatukan...! Percayalah, tak kira di mana jauhnya... ianya pasti akan ditemukan juga..."

Nora tidak faham makna SMS Imran. Lantas, dia terus membuang SMS Imran setelah membacanya.

Tiba-tiba, bahunya dicuit seseorang...

"Boleh saya duduk di tempat saya...?" muncul satu suara dari arah sisi Nora. Hati Nora terdetik...

Mungkinkah ianya...?

"Masih marahkan Im lagi...?" tanya Imran tersenyum.

"Apa Im buat kat sini...!" tanya Nora terkejut bercampur gembira.

"Sambung Master..." Imran tersenyum sambil duduk di sebelah Nora.

"Hah...!" Nora tak faham.

"Di UK nanti..." Imran menunjukkan Universiti pengajiannya kepada Nora.

"Oh...! Im tiru Nor ya...!" Nora terkejut mereka akan mengikuti jurusan yang sama.

"Bukan tiru... mungkin satu kebetulan aja..." Imran masih ego.

"Iyalah tu..." Nora sedikit kecewa dengan jawapan ego Imran.

Imran tersenyum memerhatikan Nora mula ingin merajuk hati dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Ataupun ianya satu suratan... Im sedar selama ini, Im buta melihat cinta di mata Nor. Walaupun Im tahu Im juga menyintai Nor sepertimana Nor. Perpisahan selama 2 bulan mengajar Im erti tu semua..." akhirnya Imran kalah.

Nora tersenyum. Dia hanya tersenyum.

"Kau agakkan Jef...! Im berjaya pujuk Nor tak...? tanya Lucy melihat sahaja dari cermin kaca, pesawat yang dinaiki oleh Nora dan Imran beransur pergi.

"Kita tunggu ajalah call or email dorang...!" Jefri sengaja ego menjawab soalan Lucy.

Lucy ataupun Jefri dan rakan yang lain sama-sama ketawa dan tersenyum antara satu sama lain.
try , Khamis, Mac 15, 2007 | 5 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

5 ulasan :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog