/

KPT iktiraf 820 institusi pengajian tinggi China

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2012 - Sebanyak 820 institusi pengajian tinggi (IPT) China telah diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sehingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
  
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata senarai kesemua IPT itu dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran China kepada KPT dan diiktiraf melalui perjanjian rangka kerja bagi memudahkan pengiktirafan untuk kelayakan pendidikan tinggi akademik yang dimeterai antara kerajaan Malaysia dan republik berkenaan pada 28 April 2011.
  
"Senarai 820 buah universiti ini akan dimuatnaik di laman web Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 1 Julai ini," katanya menjawab soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) di Parlimen di sini.
  
Liang ingin tahu sebab KPT mengiktiraf ijazah dari China dan tidak mempertimbang pengiktirafan ijazah universiti Taiwan.
  

Hou berkata perjanjian pengiktirafan bersama antara Malaysia dan China adalah bertaraf antara kerajaan dengan kerajaan (G2G), justeru lebih banyak universiti dari republik itu dapat diiktiraf.
 
Bagaimanapun, katanya, MQA sedang dalam proses akhir membuat penanda aras dengan agensi jaminan kualiti Taiwan iaitu Majlis Penilaian dan Akreditasi Pengajian Tinggi Taiwan (HEEACT) mengenai universiti dari negara itu yang akan diiktiraf.
  
"Apabila proses ini dimuktamadkan dalam masa yang terdekat ini, satu Kenyataan Keyakinan Bersama (SoC) akan dikeluarkan oleh MQA dan HEEACT," katanya.
  
Hou juga berkata apabila sesuatu SoC ditandatangani, kerajaan dan pihak swasta kedua-dua buah negara akan dijamin mendapat kelayakan akademik yang memenuhi standard dan kualiti yang ditetapkan.
  
Selain Taiwan, kerajaan juga bercadang menandatangani SoC dengan New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat, katanya. - Bernama
Unknown , Jumaat, Jun 29, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog