
KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.
Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.
Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.
Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.
"Hasil kajian ini mencerminkan kepesatan pembangunan dan ekonomi di Malaysia di mana keterbatasan masa turut mempengaruhi aktiviti seks.
"Bagi lelaki di negara ini, aktiviti seksual berada pada tahap 8 daripada 17 keutamaan hidup dengan kerjaya dan keluarga berada pada tahap yang tertinggi," katanya dalam satu perbincangan bertajuk Enjoying Better Sex: 10 Years of Rediscovering Passion di sini semalam.
Kajian itu dilakukan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia melalui The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness (AP SHOW) ke atas 102 responden lelaki dan 100 responden wanita pelbagai kaum di negara ini yang dipilih secara rawak.
Kaji selidik tersebut dijalankan untuk mendapatkan maklumat berhubung kesihatan seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki dan wanita di Asia Pasifik.
Menurut King, bagi wanita Malaysia, aktiviti seksual berada pada tahap 14 daripada 17 senarai keutamaan hidup mereka.
Oleh FATIHAH MOHAMED
fatihah.mohamed@kosmo.com.my
Selasa, Mac 03, 2009
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 73 peratus wanita tak puas di ranjang silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "