/

Tak malukah orang Islam di Malaysia ini?




At the End of the Day....
Originally uploaded by steph.A.



Tak malukah orang Islam di Malaysia ini apabila En Sri Raman yang saya rasa beragama Hindhu mencadangkan kempen pengharaman arak sepertimana kempen Tak Nak rokok dalam artikel beliau yang disiar dalam Utusan Malaysia 25 Mei 2006. Orang bukan Islam nampak bahaya arak, tapi orang Islam membiarkan penjualan dan pengiklanan arak berleluasa. Lebih teruk lagi mereka memegang saham dalam industri arak, bekerja di kilang arak. Begitu juga dengan industri judi, ramai wanita bukan Islam mengadu suami-suami sudah menjadi tahi judi hingga mengabaikan rumah tangga , persekolahan anak-anak, dan tiada agama juga dalam dunia ini yang menggalakkan pengikutnya berjudi. Tetapi industri perjudian di Malaysia semakin subur, malah kekerapan cabutannya juga ditambah. Wanita bukan Islam menderita akibat suami mereka berjudi, tapi orang Islam yang membiarkan pusat-pusat judi berlesen berleluasa, malah orang Islam memegang saham dalam industri judi, orang Islam jugalah yang mengerumuni kedai-kedai judi. Mana pergi golongan yang memperjuangkan Kongsi Raya, tetapi tidak memperjuangkan masalah masyarakat yang melanda di Malaysia ini tanpa mengira agama ? Mufti Perak kata kaji Kongsi Raya, bukannya menghalang orang Kristian sambut Krismas, bukannya menghalang orang Hindhu sambut Thaipusam. Jika konsep Kongsi Raya dapat menyatu padukan pelbagai kaum dan agama di dunia ini dan dapat menyelesaikan masalah rumahtangga dan masyarakat maka cadangkanlah kepada kerajaan Israel supaya mengadakan Kongsi Raya supaya konflik Arab-Israel dapat diselesaikan melalui kongsi raya. Kenapa kita sibuk hendak mempertahankan Kongsi Raya tetapi tidak mahu membantu jiran kita yang bukan beragama Islam kerana mereka mempunyai hak sebagai jiran ?


*************************
Tiada agama galakkan penganutnya minum arak
oleh SRI RAMAN, Kuala Lumpur.

MALAYSIA mempunyai 25 juta penduduk, tetapi mencatatkan jualan minuman keras melebihi RM1 billion dalam setahun. Ini satu keadaan yang serius.

Saban hari, kita membincangkan mengenai bahaya rokok. Merokok tidak baik untuk kesihatan, penagih dadah mencuba dadah melalui rokok dan bermacam-macam lagi hingga melupakan akan bahaya mengambil minuman arak

Minuman arak juga menjerumuskan masyarakat kepada gejala-gejala yang ditegah di sisi agama.

Minuman arak yang mengandungi alkohol memberi kesan terhadap tubuh badan dan sistem saraf pusat.

Fungsi yang pertama terjejas ialah proses membuat pertimbangan, pemerhatian dan konsentrasi, kehilangan sifat penahanan diri, tindakan yang dipengaruhi oleh perasaan pada sesuatu ketika dan hilang upaya untuk mengawal perasaan.

Contoh yang paling hampir adalah pemandu kenderaan. Setiap tahun banyak kemalangan jalan raya disebabkan pemandu yang mabuk.

Tiada gunanya kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk menjalankan ‘Kempen Tak Nak’ pada rokok dan ‘Utamakan Kesihatan’, jika bahaya minuman arak tidak diberitahu kepada masyarakat seperti mana yang dibuat untuk menyedarkan individu yang merokok.

Mengapa perkara ini diabaikan? Apakah seseorang individu itu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan berhenti merokok, tetapi meminum arak?

Mengapa kerajaan boleh mengharamkan sebarang penajaan dan penayangan sebarang iklan berkaitan tembakau di dalam media cetak dan media elektronik, tetapi tidak bagi iklan minuman keras.

Memang diakui bahawa iklan berkaitan minuman arak tidak lagi ditayangkan di media elektronik namun tidak bagi media cetak dan di pawagam.

Kita dapat lihat sendiri bahawa wujudnya sesetengah akhbar berbahasa Inggeris yang masih mengiklankan minuman keras tanpa perasaan tanggungjawab kepada masyarakat.

Kita tidak mahu media elektronik dan media cetak yang berperanan sebagai penyebar maklumat dan sumber rujukan kepada masyarakat terpesong daripada matlamat kewujudannya

Dalam situasi ini, kerajaan perlu pro aktif dengan menjalankan kempen `Tak Nak' pada rokok dan minuman keras secara bersama untuk menyedarkan masyarakat keseluruhannya.

Kerajaan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan perlu membekukan pengeluaran lesen dan menjalankan penguatkuasaan yang tegas dan menyeluruh kepada pekedai-pekedai yang menjual minuman keras secara haram.

Terdapat peniaga yang menjalankan kegiatan menjual arak secara haram berselindung di sebalik perniagaan barang runcit yang dijalankan di kawasan perumahan.

Situasi ini sangat berbahaya kerana ketiadaan kawalan penjualan arak dan ini membolehkan remaja yang berumur 18 tahun ke bawah mendapatkan minuman arak dengan mudah.

Apabila kita merujuk kepada kepercayaan agama kaum-kuam yang terdapat di Malaysia, jelas bahawa tidak satu agama pun menggalakkan penganutnya mengambil minuman keras dalam kehidupan.

Saya merasakan sekiranya pengharaman terhadap minuman keras dilakukan, ia akan menyelesaikan sebarang masalah atau huru-hara kepada masyarakat Malaysia malah mereka akan bersetuju kerana gejala sosial dan keruntuhan institusi keluarga juga berpunca daripada minuman keras.

Kajian juga menunjukkan ramai remaja yang mengambil alkohol mempunyai ibu bapa yang juga peminum alkohol.

Tentulah kita tidak mahu negara kita digelar sebagai negara dunia ketiga yang paling maju, tetapi keruntuhan akhlak dan gejala sosial di kalangan masyarakat semakin meningkat dan tidak dapat dibendung serta akan menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan.

Kita berkehendakan masyarakat yang seimbang dari segi material mahupun kerohanian.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0525&pub=
utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_01.htm&arc=hive
try , Sabtu, Jun 17, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog