2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Edrie Hashim - Hidup Rocker


EDRIE menjadikan gitaris rock tersohor, Steve Vai sebagai idolanya.

Digelar 'Mat Longgok Kampung Keramat' sejak berusia 13 tahun, menggunakan duit belanja sekolah RM1 sehari yang dibekalkan ibunya untuk membayar kos jamming di studio, itu antara liku-liku perjalanan hidup Edrie Hashim sebelum bergelar pengarah urusan syarikat rakaman, Neo Gendang Sdn. Bhd.

Golongan rocker atau dalam istilah popularnya mat rock cukup sinonim dengan rambut panjang. Selain merupakan stail wajib bagi menggambarkan imej golongan tersebut, apakah agaknya faktor yang menyebabkan seseorang rocker menyimpan rambut panjang?

"Ia membuatkan saya berasa yakin kerana saya sebenarnya boleh dikatakan seorang pemalu."

Itu jawapan yang terkeluar dari mulut Edrie Hashim tentang dirinya yang begitu selesa berambut panjang.

Tidak pernah mendabik dada dirinya seorang rocker, Edrie tiba-tiba meraih perhatian khalayak apabila muncul sebagai salah seorang juri tetap program realiti TV popular, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).

"Saya menerima tawaran menjadi juri AF7 kerana ada sesuatu untuk saya perkatakan, selain berkongsi pengalaman dengan bakat-bakat baru dalam dunia muzik kita," ujar suami kepada salah seorang anggota kumpulan Candy, Nurul Nadhira Patricia Robert atau Pat, 35.

Lebih banyak mengukir nama dan melampiaskan bakat muziknya di belakang tabir, selain pernah menjadi penerbit album nama-nama terkenal dalam dunia muzik rock tanah air seperti Ella, Search dan Candy, Edrie juga dikenali sebagai komposer lagu antaranya Irama Marakas (Search) dan Akan Ku Tunggu (Candy).

Menerusi lagu Iris dendangan Awie, Janjikan Pada Bulan (Def Gab C), Hanya Pada Kamu (Ella) dan banyak lagi, Edrie yang juga bergelar pemuzik, pengarah muzik dan pengarah urusan syarikat rakaman Neo Gendang Sdn. Bhd. (Neo Gendang) turut menyumbang bakatnya sebagai penulis lirik.

Edrie mula membabitkan diri dalam aktiviti muzik Search pada tahun 1997 sebelum diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai penerbit album Search, Gothik Malam Edan pada 2006.

Namun, siapa sangka ketika Search muncul dengan album ketiga mereka, Mentari Merah Di Ufuk Timur pada 1987, Edrie ketika itu masih bersekolah di tingkatan dua.

"Saya masih ingat lagi ketika mahu buat jamming (latihan muzik) di Studio Sound Dimension, Kampung Baru, apabila saya dan rakan-rakan masuk sahaja ke situ kami semua ternganga mulut masing-masing apabila mendapati Amy dan semua anggota Search yang lain ada di situ. Ketika itu saya baru berusia 14 tahun," ungkapnya mengimbas kembali memori ketika pertama kali bersua dengan Search.

Tambah Edrie: "Saya sebenarnya sudah mula aktif bermain muzik rock ketika di tingkatan satu. Namun, saya mula menyanyi sejak di sekolah rendah."

KINAN: KETIKA berusia enam tahun, Edrie belajar di Tadika Jalan Gurney, Kuala Lumpur.
KIRI: EDRIE (dalam bulatan) bersama rakan sekelas ketika di tingkatan lima.


Menetap di Kampung Datuk Keramat atau sering dipanggil sebagai Kampung Keramat, menurut Edrie, dia mengikut keluarganya menetap di situ sejak berusia tujuh tahun.

"Sebelum menetap di Kampung Keramat, saya dan keluarga menetap di Kampung Pandan sebelum kami berpindah ke Jalan AU2, Taman Keramat," ujarnya.

Justeru, Edrie yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik mendapat pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah Taman Keramat.

"Saya sudah berjinak-jinak dengan dunia nyanyian sejak di sekolah rendah. Ketika darjah tiga lagi saya sudah biasa menyanyi terutama pada majlis yang diadakan bersempena Hari Guru. Zamani (Slam) juga belajar di sekolah yang sama dengan saya, dan kami berdua sering menjadi penyanyi di sekolah itu. Biasanya saya akan menyanyikan lagu-lagu popular Alleycats," tuturnya.

Biarpun minat menyanyi, namun Edrie boleh dikatakan seorang yang bijak dalam pelajaran. "Ketika di sekolah rendah dari darjah satu hingga darjah enam, saya sering mendapat tempat pertama atau kedua dalam kelas, tetapi sebaik masuk ke sekolah menengah, saya tidak lagi dapat mengekalkan kedudukan saya itu.

"Namun, saya masih kekal dalam kelas nombor satu di sekolah saya itu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima," ujarnya yang belajar dalam jurusan perdagangan dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga sebelum bertukar kepada jurusan sains ketika di tingkatan empat hingga tingkatan lima.

KIRI: EDRIE (dua dari kanan) ketika mengganggotai kumpulan Visions bersama (dari kiri), Boy, Joe dan Yon.
KANAN: TETAP mementingkan pelajaran, Edrie (kanan) bersama rakan-rakan di ITTAR, Kuala Lumpur.


Menjejak kembali jejak bertapak dirinya menjadi gitaris rock sebelum menjadi seorang Edrie Hashim pada hari ini, semuanya tercetus daripada kegemarannya bermain gitar.

"Saya memang gila gitar, biasanya saya main gitar pak cik saya ketika lepak dengan kawan-kawan di tepi longkang jalan raya dekat rumah saya, sampai kami semua digelar 'mat longgok'.

"Namun, saya bukan jenis yang mahu susahkan keluarga, kerana untuk jamming di studio perlukan wang. Selepas berbincang dengan rakan-rakan, kami bersepakat untuk membayar RM5 setiap seorang bagi membayar kos sewa studio untuk jamming, tetapi saya menghadapi masalah kerana mana saya ada wang.

"Bapa meninggal dunia ketika saya darjah satu. Ibu saya, Sapiah Ujang pula boleh tahan garangnya, jadi daripada saya menyusahkan ibu, lebih baik saya berusaha sendiri.

"Ibu memberikan saya RM1 sehari untuk perbelanjaan di sekolah. Saya kumpul selama lima hari persekolahan dapatlah RM5, jadi duit itulah yang saya guna untuk bayar kos studio," akuinya.

Adakah ini bermakna Edrie tidak makan di sekolah?
"Mana mungkin saya tak makan di sekolah, mestilah saya makan. Selalunya saya tumpang kawan-kawanlah," ujarnya sambil tergelak besar.

Hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap muzik rock, ketika di tingkatan lima, Edrie bersama tiga orang rakannya, Boy, Joe dan Yon menubuhkan kumpulan Visions.
"Bersama Visions, kami membuat persembahan di kenduri-kenduri kahwin, jadi dapatlah mencari wang sendiri ketika itu," ucapnya.

Biarpun begitu, Edrie ternyata tidak larut dalam dunia muzik rock. Selepas tamat persekolahan, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dalam jurusan Teknologi Informasi (IT) selama dua tahun.

"Namun, sekali kita sudah terbabit dengan dunia muzik, kita akan kembali kepada muzik, biarpun cuba untuk lari ke bidang lain," akui Edrie.

"Pada 1994, saya dapat tawaran daripada seorang rakan untuk menerbitkan album kumpulan Shakar, sebelum pada 1995 saya menerbitkan album Candy. Tawaran itu membuka mata banyak pihak dalam industri muzik terhadap diri saya dan kemudian meraih kepercayaan untuk menerbitkan album nama-nama besar seperti Ella dan Search," ujarnya.


KIRI: EDRIE yang berusia 21 tahun ketika bergambar kenangan di hadapan rumah keluarganya di Taman Keramat.
KANAN: EDRIE banyak meraih pengalaman dalam bidang muzik hasil jamming bersama rakan-rakan di studio muzik.


Di sebalik sekadar menjadi karyawan muzik, Edrie bertuah apabila BMG Music (Malaysia) Sdn. Bhd. telah melantiknya menjadi Pengurus Artiste & Reportaire (A&R) syarikat rakaman muzik antarabangsa itu dari tahun 2000 hingga 2004.

Edrie yang mengakui darah seni dalam tubuhnya itu diwarisi daripada arwah bapanya, Hashim Abdullah yang pernah menyumbangkan lagu untuk album penyanyi Yunizar Hussein berkata:
"Jika sebelum ini saya bergiat aktif dalam dunia muzik, ketika bertugas di BMG, saya belajar selok-belok bisnes dunia muzik.

"Justeru, pengalaman yang saya raih itu membolehkan saya bukan sahaja aktif sebagai penggiat muzik, tetapi juga meraih pengetahuan dan pengalaman sebagai orang di belakang tabir yang menaungi aktiviti penggiat muzik. Ia mendorong saya menubuhkan Neo Gendang pada 2004."

Merenung semula perjalanan hidupnya selama 36 tahun lalu, Edrie yang kini sibuk dengan penganjuran Konsert Jelajah Radio Rosak: Untuk Tabung Gaza dan proses rakaman album terbaru Hattan, Inderawala meluahkan: "Memang dulu ketika menjadi mat longgok, orang sekeliling selalu pandang rendah terhadap saya, sampai ibu berleter kata saya nak jadi apa pada masa depan.

"Namun, bagi saya kalau kita sudah minat dan bersungguh-sungguh menyemai minat kita dan melakukannya dengan jujur, hasilnya adalah sesuatu yang bermanfaat. Dan apa yang penting, ibu akhirnya gembira dengan pencapaian saya hari ini."

Oleh MOHD. YUSMAN AWANG
yusman.awang@kosmo.com.my
try , Khamis, Mei 21, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog