/

Fenomena Celcom-isme Dalam Kalangan Pelajar Islam



Natural Beauty
Originally uploaded by steph.A.


Sabaruddin : AbdHalim@yahoo.com wrote:

Rentung!
Tubuh-tubuh lesu muslim dilonggok ke setiap penjuru dan dibakar hidup-hidup! Yang tua, yang muda seperti kita, malahan anak-anak kecil tidak terlepas daripada bahang yang membakar. Berkecai daging hangus manusia muslim ini apabila mayat rentung mereka diangkat untuk disempurnakan pengebumiannya. Nyawa muslimin ibarat dedaunan yang sesuka hati digetus gugur dari tangkainya dan tiada bernilai! Kaum wanita dibunuh bersama anak kecil mereka. Masjid diperlakukan sehina-hinanya oleh golongan insan yang zalim. Peristiwa serangan maut kaum pelampau Hindu ke atas umat Islam di Gujerat dan Masjid Babri tidak akan pernah kita lupakan! Atas sebab mimpi bodoh seorang sami Hindu yang sesat, ribuan umat Islam dibakar hidup-hidup. Desakan untuk merampas tapak Masjid Babri yang dikatakan sebagai tempat kelahiran Dewa Ram melalui mimpi sami jahat itu telah mengundang peperangan antara agama dan umat Islam terus berpegang pada aqidah perjuangannya! Bangsat sungguh pelampau Hindu itu!

Sejahtera negaraku Malaysia
Namun, Alhamdulillah kita di Malaysia tiada berlaku apa-apa yang sedemikian. Semuanya aman dan damai. Kisah saudara seaqidah di India dilupakan dek faktor geografi, sempadan negara dan semangat nasionalisme ciptaan barat.

"Biarlah mereka kena bakar, mereka rakyat India dan bukan warganegara kita! Kita di Malaysia usah ambil pusing sangat pasal hal tersebut. Kita di sini, perlu jaga kerukunan dan hubungan baik antara semua agama. Baik Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Itu yang terbaik untuk kita semua"

YA dan TIDAK untuk kata-kata di atas. Ya, kerana memang benar kita perlu berlapang dada dengan cara hidup masyarakat Malaysia yang majmuk ini. Tidak, kerana lupakah kita bahawa salah satu punca keruntuhan Sistem Khalifah Islam dahulu adalah apabila bangsa Turki mulai bangga dengan keturunannya dan memandang rendah kepada umat Islam daripada keturunan selain mereka. Inilah natijahnya nasional-isme!

Memperkayakan Hindu

Kita perlu menjaga kerukunan. Benar. Namun, kita di Malaysia bukan setakat menjaga perhubungan baik dan kerukunan, malahan kita sendiri sebenarnya berlebih-lebihan apabila menyokong dan mendokong kuffar. Memperkayakan mereka. Sesuaikah penggunaan istilah kuffar untuk penulis gunakan di sini? Selalunya minda kita hanya menafsirkan barat ataupun lebih tepat Amerika dan Israel sebagai kuffar. Tetapi, ingatlah bahawa Hindu juga adalah kuffar.

Tan Sri Annanda Krishnan

Orang kedua terkaya di Asia Tenggara adalah Tan Sri Annanda Krishnan, berusia 66 tahun, selepas raja gula Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, 81 yang memiliki aset berjumlah RM 15.58 bilion (AS$4.1 bilion) [Mingguan Malaysia : Ahad 19 Mac 2006]. Annanda adalah raja telekomunikasi Malaysia dan pemilik stesen kabel Astro.

Pada tahun 2004 beliau memiliki aset RM12.87 billion. Hebatnya kita semua apabila menambahkan lagi harta uncle ini dan terbaru, dalam masa tidak sampai setahun setengah, asetnya bertambah kepada jumlah RM13.30 bilion (AS$3.5 bilion). Kawan-kawan, RM13.30 billion ini bukan suatu nilai yang kecil. Ianya bukan 13.3 sen, bukan RM13.30, bukan RM133.00, bukan RM1330.00. Bukan dan bukan! Jika sebagai pelajar, kita kira nilai RM100 sudah banyak dan mencukupi bagi kita untuk perbelanjaan selama beberapa ketika dan bagi yang berkeluarga, RM1330 pula sudah dikira cukup-cukup makan (baca: sesak nafas) untuk anak isteri, juga untuk beberapa ketika. Namun, Annanda memiliki RM 13.30 billion!!! Atau perlu untuk saya tulis RM13.30 billion sebagai RM 13300000000.00, barulah kita rasa macam "banyak juga duit dia ni..."

Perubahan Annanda Krishnan bersekolah di Sekolah Tamil Vivekananda, Kuala Lumpur, Malaysia. Menyambung pelajaran ke University Melbourne untuk peringkat B.A. (Honours). Selepas itu Krishnan menyambung pelajarannya di Harvard University untuk Masters dalam Bussiness Administration dalam tahun 1964. Selepas belajar beliau menceburkan diri dalam perniagaan minyak di Malaysia. Kemudian menceburkan diri dalam perjudian Malaysia, perladangan di Australia dan menjalankan sebuah studio kartun di Hollywood. Kini menguasi bidang perkapalan dan telekomunikasi (Maxis) dan harta-tanah. Menguasai Astro dan melancarkan satelit komunikasi Measat.

"Buat apa ingin berdengki dengan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya? Biarlah, sudah dia memang pandai berniaga. Kita ni yang perlu belajar daripada dia!" Ini kata-kata orang yang tidak sensitif kepada persoalan agama, dosa pahala, dunia akhirat dan syurga neraka. Sedarkah kita apa sumbangan Maxis dan Astro kepada umat Islam? Menyumbang kepada kebaikan? Ada juga sebenarnya...pada pandangan sempit penulis secara peribadi. Tapi, sumbangan kepada kehancuran umat? Kerosakan jiwa dan aqidah muda mudi? Penyemarakan hedonisme?

Apakah sumbangan ASTRO dan MAXIS kepada masyarakat Malaysia khususnya? Yang kita maklumi sumbangannya disalurkan kepada penajaan Sure Heboh (Jom Heboh), Akademi Fantasia dan Malam Pesta Indonesia serta pelbagai lagi rancangan yang meningkatkan budaya hedonisme di kalangan masyarakat. Lihat sahaja iklan Maxis di kaca TV. Budaya yang ditonjolkan itu sama dengan akhlak Rasulullah-kah? Anak muda terkinja-kinja melompat berhibur. Adakah ini yang sangat kita harap-harapkan? Mahukan perubahan? Bolehkah berubah?

Maxis, Digi, Celcom dan ....
Teringat kisah Perempuan, Wanita dan dot dot suatu ketika dahulu. Namun di sini, tiada persamaan pun antara filem dan syarikat-syarikat telekomunikasi di atas. Siapa yang tidak kenal jenama Maxis terutama di kalangan pelajar IPT? Campus Zone? Active 5?. 3G? Terbaru ini pula, menjelang Piala Dunia FIFA, Maxis sekali lagi akan membawakan berita terkini tentang perlawanan di Jerman sana. Wah, makin penting untuk penggila bolasepak ni! Lagi pula, dengan tawaran yang murah sekadar 1sen/sms sudah tentu menjadi rebutan di kalangan pelajar untuk menjadi pelanggan setianya dulu, kini dan selamanya, Ye tak bro? Baca bro!

Sekiranya kita terus menjadi penyumbang terbesar kepada keuntungan Maxis dan Astro dengan setiap kali kita membeli kad Top-Up dan melanggan Astro, siapakah yang untung? Umat Islam atau sebaliknya? Kita sendiri memang untung sebab kos menelefon dan berSMS menjadi murah. Namun, ini keuntungan yang bersifat peribadi semata-mata!

Siapa yang tidak kenal Mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, 56, pemimpin paling berpengaruh dalam sejarah Thailand. Sekarang beliau telah menamatkan (baca: dijatuhkan) karier politiknya di Thailand. Siapakah beliau? Beliau merupakan Jutawan Telekomunikasi di Thailand yang mana ahli keluarganya mempunyai saham terbesar dalam syarikat gergasi telekom, Shin Corp yang diasaskan sendiri olehnya sebelum menceburi politik sehingga menjadikan beliau seorang bilionair.

[Harian Metro : Isnin 27 Februari 2006].
Apakah sumbangan dan jasa beliau sepanjang mentadbir kerajaan Thailand? Berapa ramai umat ISLAM diancam dan dibunuh di selatan Thailand sepanjang tempoh pemerintahannya?Adakah rakyat dibela atau diperkosa hak, maruah dan diri mereka? Masih ingat bagaimana Soldadu Siam menyepak dan memijak pemuda Islam yang bersaudara dengan kita? Disumbat dan dilempar berlapis-lapis ke dalam lori tentera. Ratusan yang syahid dan tidak kurang bilangan yang masih hilang tanpa dapat dikesan hingga sekarang! Persoalannya, relevan atau tidak pemilik MAXIS mengikut jejak langkah pemilik Shin Corp untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti? Apakah titik persamaan mereka berdua? Aqidah? Harta? Pengaruh?

Fikiran? Yang jelasnya mereka banyak titik perbezaan dengan kita yang beragama Islam. Bagi penulis, tiada apa yang peliknya untuk Annanda jadi PM. Lihat sahaja kerusi orang Melayu di Dewan Rakyat sekarang ini yang semakin berkurang dan susut. Itupun sudah dicampur antara kerusi UMNO, PAS dan Keadilan. Tetapi, kerusi mereka yang bukan Melayu hampir menyamai kita. Sebab itulah, memorandum berani dihantar kepada Paklah tempoh hari oleh sembilan orang menteri kabinet! DIGI pula siapa pemiliknya? Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan (RM 2.6 Billion) merupakan Pengerusi Berjaya Group, Pemenang Francais McDonald, Cosway Corporation dan semestinya Pemilik Digi dengan pegangan saham sebanyak 23.53%. Beliau juga mendapat lesen untuk TV berbayar MiTV (50 saluran).

Akhir sekali, siapakah pemilik Celcom? Adakah individu seperti diatas? Apakah sumbangan mereka dari aspek positif? Aspek negatif? Penulis percaya bahawa Celcom juga bermasalah. Namun, apa yang kita ketahui Celcom adalah anak Syarikat Telekom Malaysia yang merupakan Government Link Company (GLC) yang saban tahun membayar zakat untuk disalurkan kepada yang layak menerimanya, sama seperti syarikat Petronas juga. Siapakah yang ingin membantu syarikat ini yang diterajui oleh anak tempatan yang banyak titik persamaan dengan kita ini? Kita? Mereka? Jawapannya di tangan anda.

Fenomena Celcom-isme
Penulis terasa seperti menjadi promoter Celcom pula. Namun, hakikatnya tidak! Saya pun kena bayar bil Celcom jugak maaa...Cuma, terfikir akan kebaikan dan sumbangan yang dapat kita berikan kepada Islam melalui kehidupan dan perbelanjaan harian. Biarlah duit yang dibelanjakan melalui SMS ataupun call in and out setiap hari melalui handset kita ini mampu menyekat maksiat yang sedang mekar berkembang biak. Biarlah hanya 1sen untuk satu SMS, namun 1 sen-ku itu untuk Islam. Tapikan, saya tak guna 1 SMS je untuk sebulan...!

Adakah kita masih berhasrat untuk terus kekal sebagai penyumbang kebaikan atau kemungkaran yang kita sudah maklumi ini? Jadilah orang yang apabila diketahui sesuatu perkara itu baik, maka dia berusaha untuk mengikuti dan membantunya serta merta tetapi apabila sesuatu kemungkaran yang diketahuinya dia berusaha untuk menjauhi dan meninggalkannya serta merta juga.

Cuma, penulis agak musykil juga sebenarnya. Adakah Fenomena Celcom-isme ini berasaskan kepada kesedaran oleh para pelajar Islam ini akan perlunya bersifat wara' dan cermat dalam kehidupan harian walaupun menggunakan talian telefon, ataupun mereka menukar talian sebab.......

.....sebab, Celcom baru menawarkan kelebihan-kelebihan yang terkini berbanding syarikat telekomunikasi lain?
Entahlah!

try , Ahad, Jun 18, 2006 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

  1. salam,saya dulu pun guna talian maxis,postpaid lg,tp bila dh 3tahun guna,baru tahu yg maxis ni milik ehem2,n ehem2 pny sumbangan,lepas tu terus guna Celcom.. Mula2 guna Celcom,mmg bnyk sgt kelemahan,mcm mnyampah je guna clcom nih,serba serbi mcm salah,tp bile dh gune 2,3 bulan,ok je,xde pa pe yg bmasalah sgt la.. tp yg sakit cket,member2 rmai pakai maxis,byk gak r duit abis call&sms diorg,ad gak pujuk diorg gune clcom,tp diorg xnk r abis bnyk duit sbb kwn2 diorg pn ramai yg gune maxis.. hmmmm,xtahu nak ckp mcm mana dah.. ad idea x mcm mana nk pujuk diorg?kalo ad,email kat saya at beserian_fareez@yahoo.com

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog