2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pesawah cipta pembajak 5 fungsi


PENDANG 29 Nov.Teh Bah Chuan, 47, hanyalah seorang pesawah biasa di Bukit Raya dekat sini yang mewarisi pekerjaan itu daripada bapanya sebelum terlibat dengan kerja-kerja penyenggaraan mesin jentuai padi.

Walaupun menamatkan pelajaran setakat tingkatan tiga, Bah Chuan cekap dan mahir dalam penyenggaraan mesin jentuai padi sehingga membolehkan dia mendapat ilham untuk mencipta sebuah jentera bajak yang mempunyai lima fungsi.

Lebih menarik, jentera ‘bajak lima dalam satu’ itu yang dipercayai satu-satunya seumpama itu di negara ini, mampu menjimatkan kos sehingga puluhan juta ringgit.

Jika ia digunakan secara meluas di negara ini, saya jangka ia boleh menjimatkan secara keseluruhannya RM20 juta kos diesel dan RM40 juta kos pembajakan sawah padi,” katanya pada sidang akhbar di kilang syarikat pengedar beras Jati, Serba Wangi Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Menurutnya, jentera bajak tersebut bukan sahaja boleh melakukan kerja-kerja membajak sawah tetapi juga boleh menyisir tanah, menekan rumput rumpai ke dalam tanah, meratakan tanah, menyembur racun rumpai di batas sawah dan meracun siput.

Bah Chuan berkata, kelima-lima kerja itu boleh dilakukan serentak dalam satu masa oleh jentera berkenaan yang dihasilkannya sejak sembilan bulan lalu dengan kos kira-kira RM100,000.

Asalnya ia adalah jentera biasa yang saya beli secara terpakai dan dipertingkatkan kegunaannya untuk kelima-lima kerja itu.

Fungsinya dibuat berdasarkan pada masalah yang dihadapi oleh para petani iaitu masalah tanah tidak rata sehingga menjejaskan hasil pengeluaran padi, masalah masa dan juga peningkatan kos,” jelasnya.

Katanya, penggunaan jentera dan mesin bajak dalam industri padi sudah meluas, cuma ia terpaksa dilakukan secara berasingan dan mengambil masa yang lama.

Jentera bajak sedia ada, tambahnya, mungkin mengambil masa sehingga lima hari untuk menyelesaikan kerja-kerja yang diperlukan sebelum kerja menabur benih padi dijalankan bagi kawasan seluas kira-kira satu hektar tetapi jentera ciptaannya itu hanya memakan masa satu jam.

Menurut Bah Chuan, bantuan kewangan oleh syarikat Serba Wangi Sdn. Bhd. yang menyokong projek tersebut membolehkan jentera lima dalam satu itu dihasilkan.

Katanya, dengan kerjasama syarikat beras itu, mereka sedang berusaha untuk mengkomersialkan jentera berkenaan yang diyakini dapat membantu meningkatkan lagi pengeluaran beras negara. - Utusan


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, November 30, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog