/

Hindraf wajar persoal MIC, bukan kerajaan

KUALA LUMPUR, 29 Nov, - Pasukan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) seharusnya menuntut penjelasan mengenai isu kemiskinan kaum India daripada MIC dan bukannya membuat tuduhan-tuduhan kepada kerajaan Barisan Nasional mahupun kerajaan Britain, saran seorang sejarawan.

Prof Emeritus Datuk Khoo Kay Kim berkata masalah kemiskinan orang India bukan masalah orang Melayu atau orang Cina tetapi masalah dalaman yang perlu ditangani oleh MIC.

"Isu sebenarnya sekarang, mereka tidak berpuas hati dengan MIC, tetapi mereka salahkan BN, sebab itulah orang Umno marah. Mereka sepatutnya lebih spesifik dengan menyatakan MIC," katanya lagi.

"MIC yang patut jawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu. Apa gunanya mereka ada parti MIC?" kata Prof Khoo kepada mStar Online dalam satu temubual hari ini.

Tuduhan tersebut antara perkara yang disentuh dalam memorandum yang cuba diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Britain di sini dalam satu demonstrasi di ibu negara hujung minggu lalu.

Jelas Prof Khoo lagi, rungutan daripada golongan miskin ini boleh dikesan daripada masalah-masalah di dalam Maika Holdings Bhd, sebuah koperasi yang ditubuhkan sejak 1982 untuk membantu golongan tersebut.

"Duit untuk pelaburan Maika ini dikutip daripada golongan India yang miskin untuk pelaburan, tetapi ada dakwaan penyelewengan," katanya lagi.

Prof Khoo juga menafikan satu lagi dakwaan Hindraf bahawa golongan berkenaan telah ditindas oleh British sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

"Mereka tidak ditindas oleh British tetapi oleh parti yang mewakili kelompok itu sendiri," katanya.

Jelasnya, British telah mengambil pendekatan yang bertanggungjawab dalam membawa buruh-buruh perladangan, kebanyakannya daripada Selatan India, untuk berhijrah masuk ke dan keluar dari Malaya sepanjang penjajahannya di negara ini.

"Semasa harga getah meleset pada tahun 1930-an dan 1920-an, British telah menghantar sebahagian daripada pekerja ladang getah yang menganggur untuk pulang ke negara masing-masing," katanya.

Tambahnya, pekerja-pekerja ini bukan dibawa masuk oleh secara langsung oleh British tetapi ejen-ejen yang terdiri daripada golongan pedagang India yang dipanggil 'kangani' atau 'overseer'.

"British hanya memantau dan keluarkan kebenaran untuk berhijrah sahaja," katanya lagi.

Jelasnya, 'kangani' juga biasanya terdiri daripada golongan berada daripada Utara India yang kemudiannya menjadi golongan peniaga yang lebih berkemampuan.

"Pada 1905, British telah membina King Edward College di Singapura. Ramai daripada pelajar kedoktoran dan undang-undang yang menuntut di kolej itu terdiri daripada golongan India, sebab itulah kita ada ramai doktor dan peguam India sekarang," tambahnya.

Jelasnya, masalah sebenar berlaku selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 apabila estet-estet dipecah-pecahkan kepada bahagian tertentu untuk memberi laluan kepada program pembangunan luar bandar.

"Yang berasal daripada estet ini menganggur, dan mereka tidak ada apa-apa harta, dari segi pendidikan mereka hanya pergi sekolah Tamil saja, tidak belajar bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Kemudian mereka berhijrah pula ke kawasan-kawasan bandar," katanya menjelaskan keadaan kemiskinan yang dialami oleh golongan India pada masa ini. - Oleh SALHAN K. AHMAD (mStar)


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, November 30, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog