2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Alat tiruan harga tulen

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


AMPANG: Awas apabila membeli komponen alat ganti kereta nasional Proton dan Perodua. Ia kemungkinan diklonkan di China hasil kegiatan sindiket tertentu di negara ini.

Kerja mengklonkan komponen itu cukup mudah — hanya hantar sampel tulen seperti penyerap hentak, palam pencucuh, cakera brek, penutup klac dan pelbagai komponen lain kepada dalang di China sebelum kilang di negara itu mengeluarkan alat ganti tiruan secara besar-besaran.

Produk tiruan itu dihantar semula ke Malaysia menggunakan kontena tanpa diisytiharkan secara terperinci alat ganti terbabit.

Sindiket di Malaysia yang menerima penghantaran kargo itu pula akan membuat pembungkusan tertera jenama Proton Genuine Parts (alat ganti tulen Proton) serta pelekat kod bar dan logo Proton dan Perodua menyamai pelekat tulen.

Tanpa pengetahuan pelanggan, syarikat pembekal alat ganti yang memperoleh produk itu pada harga murah daripada sindiket terbabit menjualnya mengikut harga produk tulen.

Kebanyakan pelanggan hanya menyedari mereka tertipu apabila alat ganti tiruan yang dipasang mengalami kerosakan mendadak.

Hasil maklumat yang diperoleh, sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya diketuai Penolong Pengarah Pasukan Petugas Khas (Perihal Dagangan) Barang Tiruan, Rosley Abdullah menjejaki sindiket terbabit.

Sebelas anggota pasukan itu menyerbu kedai tiga tingkat di Taman Muda di sini, yang disyaki menjual pelbagai alat ganti kereta tiruan dan aksesori pada jam 3 petang semalam.

Rosley berkata, ketika pihaknya membuat serbuan terdapat 10 pekerja sibuk melayan pelanggan di kaunter.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati ratusan kotak alat ganti kereta tiruan Proton dan Perodua disimpan di tingkat satu, dua dan tiga kedai itu.

Siasatan mendapati semua komponen alat ganti tiruan itu diperoleh daripada pihak tertentu lebih setahun lalu.

Antara alat ganti kereta tiruan ditemui ialah penapis minyak enjin, penapis angin, penutup klac, palam pencucuh, cakera brek, penyerap hentak dan pelbagai komponen tiruan lain,” katanya yang menganggap sukar untuk dibezakan dengan produk tulen berikutan menggunakan kotak sama keluaran syarikat pengeluar alat ganti kereta sah.

Sebanyak 24 jenis alat ganti tiruan Proton dan 12 jenis alat ganti tiruan Perodua dijual di kedai itu.

Untuk mengaburi pelanggan, kata Rosley, pemilik kedai terbabit meletakkan alat ganti tulen di bahagian hadapan premis.

Pemilik kedai itu biasanya menunjukkan alat ganti tulen di kaunter tetapi akan ditukarkan dengan alat ganti tiruan yang disimpan di belakang kedai tanpa disedari pelanggan.

Semua alat ganti tiruan terbabit dianggarkan bernilai hampir RM100,000 mengikut harga pasaran.

Pembeli yang menjadi mangsa tidak menyedari penipuan licik terbabit berikutan sukar mengenal pasti perbezaan antara alat ganti palsu dan tiruan,” katanya.

Rosley berkata, walaupun alat ganti tiruan terbabit sukar dibezakan, kerjasama tiga pegawai syarikat Proton dan Perodua yang turut sama menyertai serbuan itu mengenal pasti identiti serta ciri-ciri alat ganti palsu terbabit.

Sindiket didapati masih terus mengeluarkan alat ganti tiruan kerana menyedari model kereta Proton dan Perodua paling popular di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, KPDNHEP kini memburu anggota sindiket yang membekalkan alat ganti tiruan kepada kebanyakan kedai di seluruh negara.

Menurutnya, pemilik kedai terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 3(1)(B) Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman denda RM250,000.

Penggunaan alat ganti tiruan pada kenderaan membahayakan nyawa pengguna berikutan kualiti produk yang rendah selain tidak mencapai piawaian,” katanya.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, November 30, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog