2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 2:19 PM

3Isnin,Februari

Mimpi buruk generasi masa hadapan

BANDARAYA KUWAIT, 31 Januari 2014 - Sewaktu Valerie Amos, Setiausaha Rendah Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkunjung ke Syria buat pertama kalinya hampir dua tahun lepas, beliau menganggarkan sejuta orang memerlukan bantuan kemanusiaan segera.
 
"Angka itu kini mencecah 9.3 juta orang yang dianggarkan sama dengan jumlah penduduk Chad, Sweden atau Bolivia.
 
"Daripada jumlah itu, hampir 6.5 juta telah lari dari kediaman masing-masing," kata Amos, yang juga Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB di Persidangan Ikrar Kemanusiaan Antarabangsa Kedua, yang diadakan di sini baru-baru ini.
 
Beliau memberitahu peserta persidangan, tindakan mengepung kawasan penempatan menjadi senjata peperangan dan mengakibatkan penduduk menghadapi kekurangan bekalan makanan dan tidak mendapat perkhidmatan asas.
 
Amos mendakwa kumpulan penentang terus mengepung bandar-bandar Nubul dan Az-Zahraa di kawasan perkampungan Aleppo.
 
Pasukan tentera kerajaan Syria pula mengepung bandar Ghouta Timur, Darayya dan Moadamiyah di kawasan perkampungan Damsyik, Bandar Lama di Homs serta khemah pelarian Palestin di Yarmouk.
 
"Saya amat bimbang dengan laporan demi laporan bahawa penduduk menghadapi kekurangan makanan di kawasan yang dikepung dan ini melibatkan kira-kira 245,000 orang.
 
"Kanak-kanak, wanita dan lelaki terperangkap, kelaparan dan mereka menjadi semakin kecewa serta putus asa dengan kemampuan masyarakat antarabangsa untuk menolong mereka," katanya.
Krisis yang melanda Syria bermula dengan revolusi yang tercetus di Tunisia selepas Mohamed Bouazizi membakar dirinya pada 17 Dis, 2010.
 
Dipanggil 'Arab Spring', kebangkitan rakyat ini kemudian merebak ke Mesir, Libya dan Syria.
 
Bermula pada Mac 2011, kebangkitan rakyat Syria merebak ke seluruh negara menjelang April tahun yang sama.
 
Bagaimanapun, jangkaan rakyat bahawa Presiden Bashar Al-Assad akan melepaskan jawatannya mula merosot. Krisis ini sudah masuk ke tahun ketiga di mana begitu ramai jiwa yang terkorban dan berjuta-juta rakyat menjadi pelarian.
 
Menurut Karam Shaar, pelajar lepasan ijazah Syria di Malaysia, kekacauan bermula di Dara'a, terletak di bahagian terpencil selatan Syria, apabila sekumpulan remaja lelaki menconteng slogan yang digunakan di Tunisia dan Mesir.
 
Remaja-remaja itu kemudian ditahan polis.
 
"Rakyat mahu menjatuhkan rejim yang memerintah sekarang. Sudah tiba masanya untuk dia pergi", Shaar memberitahu Bernama.
 
Menurut pelajar ini lagi, sebelum tercetusnya 'Arab Spring', beliau dan rakan-rakannya percaya regim yang memerintah Syria dan diketuai Bashar perlu disingkirkan.
 
Rakyat Syria, katanya maklum regim Bashar amat kuat dari sudut kegiatan perisikan oleh polis rahsia 'mukhabarat', begitu juga dengan Tunisia di mana nisbah polis dengan orang awam adalah tertinggi di dunia.     
 
"Di sebalik kelebihan itu, regim yang memerintah Tunisia berjaya juga digulingkan. Kami merasa gembira dengan apa yang berlaku dan menunggu untuk seseorang melaungkan 'Mari kita lakukan!" katanya.
 
Shaar berkata selepas remaja lelaki itu ditahan, rusuhan dan tunjuk perasaan meletus di Dara'a dan berlarutan selama 10 hari sebelum remaja-remaja itu dibebaskan.
 
Keadaan remaja-remaja itu amat menyedihkan di mana mereka telah disiksa dan kuku mereka dicabut.
 
Maka meletuslah penentangan terhadap kerajaan yang dipimpin Bashar.
KEADAAN SEMAKIN TERUK
Jurucakap Pejabat Serantau Timur Mediterranean, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Rana Sidani dalam wawancara dengan Bernama memberitahu bahawa keadaan kesihatan di Syria juga amat mencabar.
 
"Enam puluh empat peratus hospital di Syria sama ada musnah sama sekali atau rosak, dan 60 peratus ambulans tidak lagi boleh berfungsi.
 
"Pengeluaran ubat-ubatan tempatan juga telah terhenti 70 peratus," katanya.
 
Menurut Sidani, kebanyakan kakitangan perubatan institusi-institusi itu telah lari meninggalkan Syria untuk ke tempat yang lebih selamat.
 
Beliau menambah penyertaan WHO pada persidangan itu bertujuan membentangkan krisis kesihatan di Syria dan untuk mendapatkan sumbangan dana.
 
WHO, katanya memerlukan sejumlah AS$187 (kira-kira RM621 juta) untuk 2014. "Kami merancang menggunakan wang ini untuk meneruskan kempen pemvaksinan mencegah polio.
 
"Sebagai tambahan, dana itu juga akan digunakan untuk membekalkan perubatan dan peralatan ke hospital dan pusat perubatan," katanya.
 
Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Juliette S. Touma berkata pihaknya amat sedih dengan kemunculan semula penyakit polio di Syria.
 
Beliau menjelaskan penyakit akibat jangkitan virus ini boleh memberi kesan kepada saraf dan mengakibatkan lumpuh separuh badan atau sepenuhnya.
 
Sejak 14 tahun, polio telah berjaya dibasmi. Sekarang ia muncul semula dan ini menambahkan lagi kesengsaraan kepada kehidupan kanak-kanak," beliau memberitahu Bernama.
 
Menurut Touma, dalam menghadapi ancaman polio, UNICEF melancarkan kempen besar-besaran untuk memberi vaksin kepada 2.2 juta kanak-kanak di Syria.
 
Pertubuhan itu juga berhasrat melakukan yang sama untuk 23 juta kanak-kanak di seluruh rantau ini dan menganggap ia adalah kempen terbesar pernah dilakukan UNICEF di bahagian dunia ini.
 
"Polio bukan perkara kecil. Sekiranya berlaku wabak polio di satu tempat, ia boleh merebak dan kami mahu menyekatnya. Itulah sebabnya mengapa kami mengadakan kempen untuk memberi vaksin itu kepada seramai mungkin kanak-kanak," jelasnya.
 
CABARAN HEBAT
Sementara itu, Sidani berkata cabaran paling hebat yang terpaksa ditanggung pertubuhan kemanusiaan ialah pertempuran serta akses yang terhad.
 
Bercakap mengenai perkara ini, Sidani menegaskan faktor itu menyebabkan pertubuhan kemanusiaan terpaksa menghentikan konvoi menghantar bekalan perubatan.
 
"Baru-baru ini kami memberi vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah polio dan kami terpaksa menghentikannya kerana pertempuran mula meletus di Raqaa.
 
"Di kawasan itu, kami menganggarkan 100,000 kanak-kanak memerlukan vaksin polio.
 
"Malang sekali, kami tidak dapat menghubungi kanak-kanak itu dan menunggu pertempuran berhenti sebelum kami dapat menghantar pasukan perubatan," kata Sidani.
 
Raut wajahnya jelas menampakkan kekecewaan serta kesedihan kerana tidak dapat menghubungi kanak-kanak itu. 
 
Sadini menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik Syria untuk melakukan gencatan senjata selama beberapa hari bagi membolehkan pihaknya meneruskan kempen vaksin polio kepada kanak-kanak di negara ini.  
 
"Semua tahu betapa bahayanya penyakit polio ini. Virus ini bijak dan mudah berjangkit. Ia tidak kenal erti sempadan politik atau geografi," beliau memberi amaran. - Bernama
Unknown , Isnin, Februari 03, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog