2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 20 April 2025   
@ 22 Syawal 1446H / 10:19 AM

3Isnin,Februari

‘Elak dekati unggas, haiwan’

Kuala Lumpur, 3 Feb. 2014 - Jangan dekati unggas dan haiwan, termasuk ladang ternakan unta sepanjang berada di Arab Saudi atau negara yang dikesan berlaku penularan penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).
 
Peringatan Kementerian Kesihatan kepada jemaah umrah ke Tanah Suci tahun ini berikutan laporan kes penyakit berjangkit itu di Arab Saudi dan Jordan.
 
Pada tahun lalu kira-kira 230,000 rakyat Malaysia mengerjakan umrah di Makkah.
Kawasan berisiko
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam reaksi segeranya mengarahkan TH Travel tidak membawa jemaah ke kawasan berisiko itu, selain menasihatkan agensi pengembaraan dan pelancongan yang menyediakan pakej umrah lain, mengambil langkah sama.
 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setakat ini tidak mengeluarkan sekatan pergerakan berhubung kes jangkitan MERS-CoV yang merekodkan 180 kes disahkan melalui ujian makmal pada peringkat global sejak September 2012, termasuk 77 kematian.
 
Seramai 140 rakyat Malaysia yang mengunjungi beberapa negara Asia Barat di antara 31 Oktober hingga kelmarin pula disyaki dijangkiti penyakit itu selepas menunjukkan simptom seperti demam dan batuk berpanjangan serta sesak nafas.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rakyat Malaysia masih dibenarkan menunaikan umrah tetapi dinasihatkan supaya mematuhi garis panduan ditetapkan WHO.
 
Tingkat pemantauan
Katanya, semua pusat kesihatan juga diminta meningkatkan pemantauan terhadap pesakit yang mempunyai simptom jangkitan dengan individu yang disyaki atau dijangkiti perlu melakukan pemeriksaan lanjut serta ujian makmal.
 
"Mereka yang berisiko tinggi dijangkiti perlu mengelak mendekati haiwan termasuk mengelak ladang atau kandang ternakan tempat virus itu dikesan.
 
"Pusat Persediaan dan Tindakan Krisis (CPRC) Putrajaya mengambil 140 sampel pesakit disyaki dijangkiti MERS-CoV tapi ujian makmal mendapati semuanya negatif, " katanya ketika dihubungi BH, semalam.
 
Beliau mengulas mengenai penularan kes MERS-CoV di Asia Barat dengan kes terkini sejak penghujung Disember lalu menyaksikan dua kematian pada bulan lalu membabitkan seorang pekerja kesihatan berusia 54 tahun dari Riyadh, Arab Saudi dan seorang lelaki berusia 48 tahun dari Jordan.
 
WHO ketika ini belum mengeluarkan arahan saringan di pintu masuk, sebaliknya menggalakkan peningkatan kesedaran dalam kalangan pihak berkenaan yang mengunjungi negara terbabit termasuk jemaah umrah.
 
 
Unknown , Isnin, Februari 03, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog