Beijing, 01 Julai 2013 - China menguatkuasakan undang-undang baru mengenakan denda terhadap warga negaranya kerana gagal mengunjungi ibu bapa mereka hingga hidup sendirian tanpa bantuan.
Undang-undang baru yang mewajibkan seorang anak melawat atau sentiasa berhubungan dengan ibu bapa mereka berkuat kuasa semalam, ketika China berdepan kesukaran menjaga kebajikan golongan warga tua.
Bagaimanapun, undang-undang dipinda itu dianggap tidak banyak membawa perubahan kepada masyarakat kerana ibu bapa yang semakin tua semakin kerap menyaman anak mereka untuk mendapatkan sokongan emosi.
Selain itu, undang-undang berkenaan tidak menetapkan kekerapan seseorang itu perlu melawat ibu bapa mereka atau menjelaskan bentuk hukuman kepada mereka yang tidak berbuat demikian.
Apapun, ia memang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu itu, kata penulis perundangan berkenaan, Profesor Undang-Undang di Universiti Shandong, Xiao Jinming.
Bekerja beratus kilometer
S |
eorang pencuci, Wang Yi, 57, yang tinggal berseorangan di Shanghai, berkata undang-undang itu lebih baik daripada tiada langsung. Dua anak lelakinya bekerja beratus-ratus kilometer di wilayah Guangdong dan cuma berkesempatan bertemu pada majlis perjumpaan semula keluarga.
Orang China membesarkan anak supaya mereka menjaga kita apabila kita tua, katanya.
Ahli perundangan China meminda undang-undang itu Disember lalu berikutan kekerapan laporan ibu bapa diabaikan anak. Perundangan baru menekankan, anak yang ada ibu bapa berusia lebih 60 tahun perlu memastikan keperluan kewangan dan kerohanian mereka dipenuhi setiap hari.
Walaupun rasa hormat kepada warga tua memang berakar umbi dalam masyarakat China, pembaharuan selama tiga dekad menyumbang kepada perpecahan keluarga tradisi dan ada beberapa alternatif seperti rumah persaraan.
Saman anak
X |
iao berkata, sebelum Undang-Undang Perlindungan Hak dan Kepentingan Warga Tua dipinda, ada ibu bapa menyaman anak untuk mendapat sokongan emosi. Pegawai mahkamah secara umum menyelesaikan kes itu dengan mendapatkan persetujuan anak melawat ibu bapa mereka lebih kerap.
Bilangan rakyat berusia 60 tahun ke atas di China dijangka bertambah daripada 185 juta kepada 487 juta atau 35 peratus daripada penduduk, menjelang 2053, menurut perangkaan Jawatankuasa Kebangsaan China mengenai Warga Tua.
Nisbah yang jauh itu disebabkan kenaikan jangka hayat daripada 41 kepada 73 tahun sejak lima dekad lalu dan dasar perancangan keluarga yang mengehadkan cuma satu anak.
Pensyarah universiti dari Wilayah Jiangsu, Zhang Ye, 36, berkata undang-undang itu tidak munasabah dan meletakkan terlalu banyak tekanan ke atas rakyat yang berpindah jauh dari rumah untuk mencari kerja atau hidup berdikari. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "