KUALA LUMPUR, 01 Julai 2013 - Gaji berasaskan prestasi mendapat sokongan meluas di Asia Pasifik, termasuk Malaysia, demikian menurut Indeks Tenaga Kerja Kelly (KGWI), kaji selidik tahunan global.
Gaji berasaskan prestasi termasuk sebarang perkiraan melibatkan elemen jumlah ganjaran yang terikat untuk memenuhi sasaran prestasi termasuk komisen jualan dan bonus prestasi perkongsian keuntungan.
Pengarah Urusan Kelly Services Malaysia, Melissa Norman dalam satu kenyataan berkata trend itu mencerminkan pengiktirafan yang meluas bahawa organisasi dan individu yang melakukan yang terbaik apabila kepentingan mereka diselaras.
"Terdapat banyak pekerja yang jelas yakin dengan keupayaan mereka untuk menjalankan tugas mereka dengan baik, dan mahu peluang untuk dibayar ganjaran mengikut prestasi."
Indeks berkenaan antara lain, mendapati kira-kira 87 peratus daripada pekerja Malaysia dalam jualan, sudah berada dalam perkiraan gaji berubah-ubah, manakala lebih separuh daripada responden di Malaysia berkata mereka akan menjadi lebih produktif jika mereka juga demikian.
Sebanyak 72 peratus daripada responden di Malaysia mempunyai gaji yang terikat kepada beberapa bentuk prestasi atau sasaran produktiviti.
Keputusan kaji selidik di Malaysia itu juga menunjukkan 67 peratus daripada responden memilih gaji atas prestasi berbanding dengan kerja lebih masa (25 peratus).
Pembayaran gaji ikut prestasi adalah lebih tinggi dalam kalangan pekerja muda dalam demografi Gen Y dan Gen X, dalam kalangan lelaki, dan dengan pekerjaan profesional atau teknikal.
Hanya 45 peratus daripada mereka yang ditinjau di Malaysia bersetuju yang gaji semasa mereka adalah saksama.
Antara sektor pekerjaan, kadar tertinggi berasaskan prestasi di Malaysia dalam keselamatan (73 peratus), pendidikan (64 peratus), matematik (58 peratus), dan penjagaan kesihatan (49 peratus).
Ini berbeza dari Asia Pasifik, dengan kadar tertinggi berasaskan prestasi dalam jualan (80 peratus), pemasaran (71 peratus), kejuruteraan (67 peratus) dan IT (61 peratus).
Beliau berkata tumpuan yang baharu mengenai cara-cara untuk meningkatkan produktiviti dalam perusahaan telah memberi penekanan tambahan terhadap peranan imbuhan dalam meningkatkan prestasi perniagaan. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "