2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 19 April 2025   
@ 21 Syawal 1446H / 4:44 AM

2Selasa,Julai

Loket radioaktif berbahaya

PUTRAJAYA, 02 Julai 2013 - Penggunaan pendant atau loket mengandungi bahan radioaktif semula jadi tidak memberi sebarang faedah dari segi perubatan dan boleh memudaratkan pengguna.

 

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) berkata, produk itu boleh memudaratkan pengguna jika terdedah kepada dos sinaran yang berlebihan.

 

Setiausaha Eksekutif LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, berkata Kementerian Kesihatan juga mengesahkan penggunaannya tidak memberi sebarang faedah perubatan.

 

Letak nota peringatan

B

erikutan itu, beliau mengingatkan pengeluar, pengedar, penjual, pengimport, dan semua pihak yang berurusan dengan loket berkenaan memastikan sisipan peringatan keselamatan dikepilkan bersama produk yang dijual kepada orang awam.

 

Umum harus dimaklumkan bahawa produk ini mengandungi bahan radioaktif semula jadi dan pengedar bertanggungjawab memaklumkan pengguna mengenai dos sinaran maksimum pada permukaan produk serta cara pemakaian yang selamat.

Tempoh maksimum

T

empoh maksimum pemakaian harian juga perlu dipastikan supaya had dos tahunan bagi orang awam tidak melampaui 1 mSv/tahun, selain pengedar memberi nasihat mengenai tatacara pelupusannya yang selamat.

 

Wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak yang menggunakannya perlu merujuk kepada pengamal perubatan. Kementerian Kesihatan menegaskan kumpulan ini paling terjejas jika terdedah kepada dos sinaran berlebihan, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 

Peringatan keselamatan itu bertujuan memberi panduan kepada orang awam rentetan daripada keraguan yang timbul berhubung aspek keselamatan dan kesihatannya.

 

Abdul Aziz berkata, peringatan keselamatan itu turut terpakai kepada produk lain yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi yang nyata.

 

Isu loket mengandungi bahan radioaktif semula jadi itu timbul September tahun lalu, apabila Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan produk berkenaan.

 

Ia berikutan kajian LPTA pada awal 2011 mendapati kepekatan bahan radioaktif thorium-232 dan uranium-238 pada loket berkenaan melebihi paras dibenarkan.

Unknown , Selasa, Julai 02, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog